Mastitis - Jangkitan payudara & 8 cara mudah untuk mengatasinya

Assalamualaikum readers..

Dalam entry semalam, saya dah huraikan sedikit tentang apa itu Mastitis dan apakah simptom-simptom anda mendapat Mastitis.

Harini mari kita baca lebih lanjut tentang Mastitis ni..


Selamatkah untuk saya susukan bayi saya jika saya ada Mastitis?

Jika bayi anda lahir cukup bulan, tidak ada masalah untuk anda menyusukan bayi anda jika anda terkena Mastitis. Anda TIDAK PERLU untuk hentikan penyusuan kerana Mastitis tidak membahayakan bayi dan proses penyusuan juga TIDAK mengganggu proses penyembuhan payudara anda, kerana sebenarnya untuk menyembuhkan Mastitis ialah dengan mengeluarkan susu dari payudara anda dengan kerap. Jika anda tidak dapat menyusukan anak anda, gunakan breast pump atau hand express aje susu anda beberapa jam sekali.

Mastitis dan susu ibu

Susu anda berubah bila anda ada Mastitis. Terdapat peningkatan terhadap lactoferrin (sejenis protein yang hadir dalam susu, yang mempunyai ciri-ciri bactericidal dan iron-binding) dan antibodi seperti secretory immunoglobin A (IgA). Antibodi ini akan melindungi bayi anda semasa anda terkena jangkitan.

Semasa anda terkena Mastitis, kadar sodium (garam) dan klorida badan anda turut naik, menyebabkan susu anda berasa sedikit masin. Ada bayi yang tidak suka akan perubahan rasa ini dan akan menjadi punca bayi anda tidak mahu menyusu pada bahagian payudara yang terkena Mastitis.

Apa yang boleh anda lakukan jika anda terkena Mastitis?

1. Teruskan dengan penyusuan atau pam keluar susu anda. Penyusuan ibu adalah cara terbaik untuk anda kosongkan payudara untuk mengelakkan payudara bengkak dan saluran susu tersumbat.

2. Mulakan penyusuan dengan payudara yang sudah membengkak. Bayi akan menghisap lebih kuat diawal penyusuan, membolehkan lebih banyak susu dan mengurangkan kawasan yang tersumbat pada payudara anda.

3. Jika penyusuan pada sebelah payudara yang terkena Mastitis menyakitkan, ia boleh mengganggu let-down reflex anda. Apa yang anda boleh buat ialah susukan bayi anda pada payudara yang tiada masalah sehingga anda terasa let-down reflex bermula. Kemudian cepat-cepat pindahkan bayi anda untuk menyusu disebelah yang terkena Mastitis.

4. Pastikan bayi anda menyusu pada posisi yang betul. Posisi yang baik dapat mengurangkan rasa sakit pada puting anda, seterusnya dapat membolehkan bayi anda menghisap susu dan mengosongkan payudara anda dengan lebih berkesan.

5. Lekapkan bayi anda dengan hidung dan dagunya menunjuk ke arah kawasan yang tersumbat. Posisi ini boleh mengosongkan payudara dengan lebih baik.

6. Tukar posisi penyusuan setiap kali sesi penyusuan supaya kedua-dua belah payudara dapat dikosongkan.

7. Urut bahagian payudara yang tersumbat, mulakan urutan dari tempat yang sakit, mengarah ke puting.



8. Pam atau hand express susu anda setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan payudara benar-benar kosong.

9. Dapatkan rehat yang secukupnya.

10. Letakkan pemampat suam (warm compress) atau mandi air suam sebelum menyusukan anak untuk membantu let-down reflex dan memudahkan aliran air susu keluar dari payudara.

11. Cold compress atau daun kobis boleh digunakan selepas sesi penyusuan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Tapi jangan letak ia lama-lama kerana ia boleh mengurangkan supply susu anda.

8 Cara untuk mengelakkan Mastitis

1. Gunakan teknik penyusuan yang betul untuk memastikan bayi melekap dengan betul pada payudara, dan bayi dapat membantu menghisap lebih banyak susu tanpa melukakan puting susu.
Kedudukan mulut bayi semasa menyusu

2. Pastikan anda menukar posisi penyusuan pada setiap sesi supaya payudara kosong dan tidak sempat membengkak.

3. Jika anda memakai alas payudara (breast pads), pastikan anda selalu tukar supaya tiada pertumbuhan bakteria berlaku.

4. Makan kapsul lecithin untuk kurangkan bengkak payudara.

Lecithin Shaklee
5. Jangan pakai bra yang terlalu ketat.

6. Jangan wean off (cerai susu) secara tiba-tiba. Ini boleb menyebabkan payudara anda membengkak. Jika anda perlu cerai susu, pastikan anda lakukannya perlahan-lahan, bukan secara tiba-tiba.

7. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Jangan pendekkan sesi penyusuan.

8. Jangan stress. Jangan buat kerja yang terlalu berat.

Itulah serba sedikit perkongsian tentang Mastitis. Diharapkan anda dapat ilmu dan manfaat dari perkongsian ini.

Sebarkan ilmu ini untul kebaikan bersama.


Salam sayang from your friendly SID,
Kak Sya
013.7799.624

No comments:

Post a Comment