Showing posts with label Set Endometriosis. Show all posts
Showing posts with label Set Endometriosis. Show all posts

Siapa yang berisiko mendapat endometriosis?

Bismillah..


Terdapat beberapa faktor yang menjadikan anda berisiko tinggi untuk mendapat endometriosis seperti:

  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Haid bermula pada usia yang muda
  • Menopause pada usia yang lebih tua
  • Mempunyai kitaran haid yang pendek - contohnya kurang dari 27 hari
  • Mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi dalam badan
  • Mempunyai BMI (body mass index) yang rendah
  • Mengambil alkohol
  • Mempunyai seorang saudara (ibu, makcik atau adik-beradik perempuan) yang mempunyai masalah endometriosis
  • Sebarang masalah kesihatan yang menghalang laluan asal darah haid untuk keluar dari badan
  • Rahim yang tidak normal

Endometriosis selalunya terjadi beberapa tahun selepas bermulanya haid (menarche). Tanda dan simptom endometriosis berakhir dengan kehamilan and berakhir secara kekal dengan menopause, memainkan anda mengambil hormon estrogen. 

Apakah punca endometriosis?

Bismillah..


Walaupun punca sebenar endometriosis tidak diketahui namun ada beberapa kemungkinan yang menjadi punca endometriosis termasuklah:

1. Aliran haid mundur. Dalam aliran haid mundur, darah haid yang mengandungi sel endometrium mengalir semula melalui tiub falopio ke dalam pelvis, dan bukan keluar dari badan. Sel-sel endometrium ini melekat kepada dinding pelvis dari permukaan organ pelvis dimana ia membesar dan menebal dan menyebabkan berlakunya pendarahan di setiap kitaran haid.

2. Perubahan sel peritonial. Di dalam apa yang dikenali sebagai 'teori induksi', pakar mencadangkan bahawa faktor hormon atau imun menggalakkan perubahan sel peritonial - sel yang membentuk bahagian dalam abdomen - kepada sel endometrium.

3. Perubahan sel embrionik. Hormon seperti estrogen boleh menukarkan sel-sel embrionik iaitu sel di awal pembentukan bayi kepada sel endometrium yang menempel semasa akil baligh.

4. Implan parut pembedahan. Selepas sesuatu pembedahan seperti histerektomi atau C-section sel-sel endometrium mungkin akan 'terlekat' pada luka pembedahan.

5. Pergerakan sel endometrium. Sistem salur darah atau bendalir tisu (lymphatic) boleh menjadi sumber pengangkutan sel endometrium kepada bahagian lain dalam badan.

6. Gangguan sistem imun. Adalah mustahil jika masalah dengan iman sistem menyebabkan badan tidak boleh mengenalpasti dan memusnahkan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim.

Dah tahukan punca-punca yang berkemungkinan terhadap endometriosis?Jom kita tengok siapa yang berisiko untuk mendapat endometriosis...

Salam sihat,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Shaklee Pasir Gudang

Apa itu Endometriosis? Apakah simptom Endometriosis?

Bismillah..

Endometriosis adalah keadaan di mana lapisan tisu yang biasanya tumbuh di kawasan rahim, tumbuh di luar kawasan rahim. Dalam kebanyakan kes yang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh di ovari, tiub fallopio dan tisu di sekitar rahim dan ovari, dan di dalam kes-kes yang jarang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh dibahagian lain dalam badan.

Antara tanda-tanda seseorang menghidap Endometriosis adalah:

1. Senggugut
  • Simptom utama endometriosis adalah senggugut. Tetapi jangan salah faham pula ye, tak semua orang yang mempunyai masalah senggugut adalah penghidap endometriosis, tetapi jangan pula pandang ringan jika anda ada masalah senggugut ni
  • Untuk pesakit endometriosis, senggugut biasa bermula sebelum haid bermula, dan masih belum berakhir walaupun haid sudah tamat.
  • Selalunya, seseorang itu juga akan berasa sakit dibahagian bawah belakang dan sakit dibahagian abdomen.

2. Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Rasa sakit ketika atau sesudah melakukan hubungan seks sangat normal dikalangan penghidap endomteriosis

3. Sakit semasa buang air besar dan kecil

  • Anda mungkin akan merasa simptom di atas semasa kedatangan haid

4. Pendarahan yang banyak
  • Anda mungkin sekali-sekala akan mengalami pendarahan yang banyak (menorrhagia) atau pendarahan di antara period (menometrorrhagia)

5. Ketidaksuburan
  • Perkara pertama yang selalu di diagnos dalam sesetengah wanita yang mendapatkan rawatan ketidak-suburan adalah endometriosis

6. Simptom-simptom lain
  • Simptom-simptom lain endometriosis termasuklah kelesuan cirit-birit, sembelit, kembung atau loya terutamanya ketika datang bulan

Sebenarnya kesakitan yang dirasai oleh seseorang tidak semestinya boleh menjadi penanda tahap keadaan seseorang. Ada wanita yang mempunyai endometriosis ringan merasakan kesakitan yang melampau manakala Ada pula yang mempunyai endometriosis yang teruk dengan hanya Merasakan sedikit kesakitan atau tidak sakit langsung.

Endometriosis selalunya disalah ertikan dengan keadaan lain yang menyebabkan kesakitan di bahagian pelvis seperti penyakit keradangan pelvis (CID) atau ovarian cysts. Ia juga boleh dikelirukan dengan irritable bowel syndrome (IBS), suatu keadaan yang menyebabkan cirit-birit, sembelit dan kekejangan abdomen.

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, cepat cepatlah berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Jumpa Kak Sya di entry yang seterusnya untuk tajuk lain di bawah endometriosis ini.

Stay healthy!
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang