Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Resipi talapia merah belado yang mudah dan cepat

Bismillah

Tergelak Kak Sya baca tahu..haha

Bukan apa, sejak pandai buat lauk masak belado ni (eleh senang je pun) kemain rajin Kak Sya masak belado

Sikit-sikit kalau takde idea nak masak apa, belado la jadinya.. hihi. Lagi seronok Kak Sya masak sebab Hubby Kak Sya suka lauk belado. Tapi tengok jenis ikan juga la yee..

Masa beli talapia haritu sebenarnya first time kami beli talapia. Saiz dia lebih kurang 3 tapak tangan Kak Sya lah. Teringin nak rasa, sekali google resipi yang sesuai banyak Kak Sya jumpa orang masak belado je talapia ni


Senang je nak buat dia.. Resipi ni untuk orang baru belajar masak macam Kak Sya sesuai sangat..hihi..

Meh Kak Sya share resipi dia:

Seekor ikan talapia
Minyak untuk menggoreng

Bahan A (tumbuk - kalau nak kisar boleh juga, tapi kurang kick)

4 biji lada besar merah
3 biji lada besar hijau
3 biji cili api, cili tomyam
Selabu setengah bawang besar
3 ulas bawang putih

** Tumbuk jangan lumat sangat. Biar ada keping2 lada besar tu tertinggal..

Cara membuat

1. Gorengkan ikan (kalau dapat biar dia garing diluar, moist juicy didalam)


2. Dah masak kedua-dua belah, angkat dan toskan minyak

3. Tumis Bahan A sampai bau wangi dan jangan sampai lada jadi garing

4. Letak garam secukup rasa.

5. Bahan yang dah ditumis tadi taburkan atas ikan. Siap

Haaa mudahkan?

Selamat mencuba!


Kak Sya
Baru belajar masak :)


Resipi ikan siakap masak stim limau

Bismillah..

Kalini Kak Sya nak share resipi ikan stim limau. Sedap sangat tau! Tapi ni bukan resipi dari mak. Kak Sya Google dan simpan je dalam buku resipi. So simpan sini pulaklah supaya tak hilang sampai bila-bila hihihi..

Bahan-bahan siakap stim limau

Masa ambil gmbr ni, tak potong lagi bahan2 lain..hihi

1 ekor ikan siakap saiz sederhana
5 ulas bawang merah **
4 ulas bawang putih **
Seinci halia (potong memanjang) **
1/2 inci lengkuas (potong memanjang) **
1/2 biji bawang besar (potong memanjang) **
3 helai daun limau purut **
3 biji limau nipis (perah ambil airnya sahaja) **
4-5 biji cili padi merah dan hijau **
Garam secukup rasa **
Sedikit stok ayam/kiub ayam **
Daun ketumbar & salad untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Ikan yang dah dibersihkan dilumur dengan sedikit garam.
  2. Masukkan ke dalam pengukus, kukus dengan sedikit air dalam 10 hingga 15 minit  (bergantung kepada saiz ikan). 
  3. Sementara menunggu ikan siap di stim, masukkan bahan-bahan yang bertanda ** dalam kuali dan panaskan sehingga layu.
  4. Bila ikan dah siap stim, masukkan bahan-bahan dari kuali tadi ke dalam ikan dan kukus lagi selama 10 minit.
  5. Taburkan daun ketumbar untuk aroma yang lebih sedap
Macam ni lah kalau masukkan semua bahan dan kukus sekali. Hihi

** Sekiranya anda suka, sebenarnya anda boleh masukkan semua bahan sekaligus bernama ikan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak.

Ok itu sahaja perkongsian resipi dari Kak Sya untuk kali ni. Cubalah. Memang sedap. Sihat pula tu sebab dia bebas minyak. Hihi


Kak Sya
Baru belajar masak





Resipi - Makaroni cheese yang sedap!

Bismillah..

Al kisah nya anak3 Kak Sya memang suka sangat makan makanan barat. Especially pasta dan pizza. Sebelum Kak Sya resign dan jadi WAHM, memang kalau anak3 minta nak makan spaghetti atau makaroni, Secret Recipe la jawapannya. Lagi pulak dah kena train dari dalam perut kan? Hihi

Kak Sya start belajar buat Spaghetti Bolognese lepas resign. Pernah buat from scratch, manyaknyee bahan-bahan yang kena ada. Dan prosesnya lama. Malas punya pasal, sekarang Kak Sya guna yg siap tu je. Hihi. Kat entry lain lah Kak Sya share resipi Bolognese tu..

Sebab kat sini Kak Sya nak share resipi makaroni udang dengan acheese ngan korang. Kalau Kami makan di Secret Recipe, memang 2 pinggan lah. Anak3 memang suka. So ada satu weekend tu terdetik nak cuba satu resipi yang hasilnya, ummpphh sangat. 

Gambar pinjam dari whatihavecooked.blogspot.my

Resipi Kak Sya dapat dari hairul.com. Lepas masak tu memang terus bedal. Lapar satu hal, excited pun iye. Hahaha. Sampai lupa nak ambik gambar. 

Bahan-bahan:
  1. 1 paket makaroni 
  2. 3 cup cheddar cheese
  3. 1 cup shredded mozzarella cheese
  4. 1000ml susu segar
  5. 4 sudu menyewa
  6. 2 sudu tepung gandum
  7. 5 biji cendawan butang  (hiris nipis)
  8. 10 ekor udang basah
  9. Black pepper (Kak Sya letak sikit sebab takmau anak3 rasa pedas dia)
  10. Garam (sikit je sebab cheddar cheese tu sendiri dah masin)
Cara-cara membuat Prawn Macaroni & Cheese
  1. Masak air dan letak sedikit garam. Biarkan ia mendidih.
  2. Bila makaroni dah lembut, angkat dan toskan dahulu.
  3. Letakkan sedikit marjerin pada makaroni sementara is masih panas dan gaulkan.
Cara-cara membuat sos putih
  1. Cairkan marjerin dalam kuali, masukkan tepung.
  2. Kacau sehingga keperangan sedikit
  3. Masukkan susu
  4. Masukkan keju dan gaul sampai pekat 
  5. Masukkan pepper dan garam. 
  6. Masukkan cendawan dan udang. Gaul sampai serasi
  7. Masukkan makaroni dan gaul. Yummy sangat. Bila dah sejuk sikit, nampak cheesenya bertali gitu!
Resipi ni boleh makan untuk 6-7 orang dewasa. Seriously banyak untuk 5 beranak (termasuk 2 kids and a baby) macam family kecil kami..

Dan sedikit tips untuk 1st timer - cheese biar banyak, jangan tak cukup. Nanti kuah cair..

Selamat mencuba!


Kak Sya
Baru belajar masak

Resipi - Sup ikan merah

Bismillah..

Apa khabar readers? Huh dahsyat juga blog Kak Sya ni kena tinggal kali ni. Lama sungguh, bukan setakat bersawang, siap semak samun! Haha.. Anda semua doakanlah Kak Sya istiqamah tulis lepas ni, ok!

Oklah, harini kita dah pun masuk Ramadhan ke 26. Pejam celik lagi 3 hari dah nak raya. Subhanallah cepat sungguh Kak Sya rasa. 

Untuk mak-mak macam Kak Sya, dah tiba masa sangat nak pening untuk fikir menu untuk sahur dan berbuka. Hihi. Betul tak?

Gambar kredit Azie Kitchen

Untuk lauk berbuka semalam, Kak Sya teringat sup ikan merah. Dulu, Ayah selalu buatkan untuk Mak masa mak kena warded. Semalam Kak Sya pun try lah guna resipi ni:-

1 ekor ikan merah (saiz remaja)
1/2 bawang besar (lebih kurang 4 biji bawang kecil)
2 ulas besar bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 bunga lawang
Lada hitam - ditumbuk (ikut suka banyak mana. Kak Sya letak sikit je sebab anak-anak pun makan sama, tapi jangan lah banyak sangat)
Air secukupnya

** Bawang merah, bawang putih dah halia dihirisl

Untuk tabur atas sup lepas sup dah masak:-
Daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya:-

1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga menjadi wangi

2. Masukkan air secukupnya. Bila air dah mendidih, masukkan pula ikan. Tambah garam & lada hitam. Biarkan sehingga ikan masak.

3. Kemudian taburkan daun sup yang dihiris halus & bawang goreng. Biarkan seketika. Siap!

Mudahkan? Best sangat dapat pujian suami (yang memang tak minat sup) dan anak-anak yang suka dengan rasa sup. Alhamdulillah.. Hihi

Selain mudah, masak pun tak ambil masa yang lama. Selamat mencuba!

Sorry laa lupa betul nak amik gambar. Masak last minute. Sebab dah taktau sangat nak masak apa. Siap je terus buat air, ngam-ngam buka puasa.. Hihi. Gambar Kak Sya pinjam dari Azie Kitchen..