7 kelebihan YOUTH - skincare terbaru Shaklee

Bismillah..

Dah dengar dah tentang skincare terbaru Shaklee, YOUTH?

Haa Youth ni Shaklee keluarkan special untuk menggantikan range skincare yang lama iaitu NutriWhite.

YOUTH ni special sangat tau! Nak tahu tak apa kelebihan YOUTH kalau nak compare dengan skincare lain yang ada dalam pasaran? 

Untuk entry kalini, Kak Sya nak share dengan anda 10 kelebihan YOUTH yang pasti akan buatkan anda rasa lebih teruja untuk baca lagi dan lagi tentang YOUTH! Dan mesti cepat-cepat nak order! Hihi

7 kelebihan dan keistimewaan YOUTH yang pasti memikat hati ramai orang!

1. YOUTH adalah 100% vegan. 

Ini bermaksud, YOUTH diperbuat 100% dari tumbuhan seperti Anggur Muscadine, Lotus Japonicus, Apple Stem Cell Extract dan Schisandra Chinesis Fruit Extract. Di entry lain, Kak Sya akan cerita satu persatu tentang bahan-bahan yang menjadikan YOUTH ni terbaik ok!

2. Masa penyelidikan yang benar-benar mencukupi dan panjang

Shaklee spend 8 tahun untuk membangunkan YOUTH. Cuba anda check, ada tak produk lain yang sanggup menghabiskan masa dan wang selama 8 tahun? Ya di Shaklee. Ini untuk memastikan YOUTH yang dihasilkan benar-benar berkesan seperti yang dicanangkan.

3. YOUTH kaya dengan paten

Kalau tengok kat kotak pada setiap produk YOUTH, memang ada paten number kat situ. Dahsyat tak dahsyat lah Shaklee ni. Sekali dia dah buat research, dan hasilkan sejenis skincare yang betul-betul premium, Shaklee tak lupa untuk patenkan sekali teknologinya.

4. Shaklee BEBAS dari 1500 bahan kimia terlarang



Iyaa.. jangan ingat mata anda salah baca. Memang benar, YOUTH bebas dari 1500 bahan kimia terlarang atau bahan yang boleh dipersoal.

5. YOUTH tidak menggunakan haiwan dalam sebarang ujiannya

Kajian selama 8 tahun menggunakan sampel manusia untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Sampel yang dia dipilih termasuklah wanita Causasian (wanita dari negara beriklim sejuk), juga wanita-wanita Asia. So anda jangan was-was. Tiada sebarang kekejaman yang dilakukan sepanjang penghasilan YOUTH!

6. YOUTH menjanjikan kulit anda menjadi sedekad lebih muda!


Sebelum Shaklee melancarkan YOUTH di Malaysia, banyak dah Shaklee share testimoni wanita-wanita di USA dan di Malaysia yang telah menggunakan YOUTH. Kulit mereka bukan sahaja nampak lebih muda, malah tanda-tanda penuaan seperti kedut, pori terbuka, pigmentasi, ketegangan kulit dan tona kulit

7. YOUTH diuji dan disahkan selamat oleh pelbagai PAKAR!

Haa yang ni paling special. Sama macam produk kulit yang lain, YOUTH telah pun disahkan selamat bukan saja oleh pakar kulit, tapi pakar mata juga tau! Haa even produk kosmetik pun kebanyakannya tak pernah minta pakar mata test dan sahkan produk mereka selamat untuk mata pengguna tau! Bestnyaaa!! Selain tu, YOUTH dah confirm takkan menyumbatkan pori kulit kita. Sebab Shaklee dah beri jaminan keputusan klinikal tanpa kompromi tau! 

Amacam, best tak YOUTH? Banyak lagi entry Kak Sya lepas ni pasal YOUTH, insyaaAllah.. Stay tune ok! And stay healthy!


Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Pengguna YOUTH

2 comments: