Showing posts with label Asid Folik. Show all posts
Showing posts with label Asid Folik. Show all posts

Testimoni berjaya Set Kesuburan Shaklee

Bismillah..

Mana-mana pasangan, tak kisah la baru ke atau yang dah lama berkahwin, mesti akan kata mereka nak anak. Anak atau zuriat penyeri rumah tangga, penyambung keturunan.

Macam Kak Sya dulu, lepas 2 tahun tunggu anak sulung, Kak Sya dan suami usaha pergi ke LPPKN, buat macam-macam test untum sahkan kami berdua sihat dan boleh conceive secara normal. Masa tu Shaklee pun tak kenal lagi.. huhuhu (di entry yang lain insyaaAllah kalau sempat Kak Sya nak share pengalaman Kak Sya dulu. Supaya kita sama-sama dapat belajar dan usaha sehabis baik untuk dapatkan zuriat sendiri. InsyaaAllah

Sebenarnya dalam entry ni Kak Sya nak share testimoni Puan Yanie yang berjaya hamil asbab konsisten makan Set Kesuburan Shaklee. Happy reading!

==========
TESTIMONI : ELYANIE CHE ROS

[MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin. 

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee 😘

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur. 

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua. 

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu. 

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu. 

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA. 

Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya. 

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.

Salam sayang dariku,
Elyanie Che Ros,
Mama Ahmad Aryan Razin.
==========

Bestnyaa perkongsian Puan Yanie kan? Kak Sya harap ia dapat jadi sumber inspirasi yang baik untuk bakal-bakal bapa dan ibu supaya tak putus asa dalam usaha untuk hamil.

Anda nak cuba Set Kesuburan? Jom Whatsapp/DM Kak Sya. Kak Sya sedia membantu..


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/


FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/WA/Telegram : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya
Shaklee Pasir Gudang

Produk Shaklee untuk ibu mengandung

Bismillah..

Semua ibu yang mengandung mesti nak yang terbaik untuk permata hati mereka. Macam-macam makanan ibu-ibu nak makan, bukan aje untuk badan mereka sendiri tapi untuk anak yang tersayang juga. 

Dari pengalaman Kak Sya (masa mengandungkan Yasmin memang Kak Sya ambil Set Mengandung complete) ada banyak Shaklee effect yang best yang Kak Sya rasa. Tapi sebelum tu meh Kak Sya nak cerita apa yang ada dalam Set Ibu Hamil Shaklee ni.


Dalam Set Ibu Hamil ni ada:-

1. ESP

2. B Complex 
• Lengkap dengan 8 vitamin B yang penting termasuk rumusan terpenting asid folik. Asid folik sangat penting untuk mencegah kecacatan kepada janin.
• Membantu pembentukan sel darah merah.
• Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh

3. Vitalea


4. Ostematrix


5. Omega Guard 

Untuk ibu
• Mengawal berat badan
• Mengurangkan risiko kemurungan
• Mengawal kolesterol ibu
• Meningkatkan daya tahan badan
• Mengurangkan risiko pre-eclampsia 

Untuk anak
• Perkembangan kognitif
• Mengurangkan risiko allergies bayi
• Perkembangan penglihatan
• Mencegah kelahiran pra-matang
• Baik untuk perkembangan sistem saraf bayi

6. SR Vitamin C 
Amacam? Menarikkan fungsi semua supplement yang Kak Sya cadangkan untuk ibu hamil ni?

Harini banyak info grafik so korang redha je la ok!

Kalau korang nak baca pengalaman Kak SYA consume Set Ibu Hamil ni boleh rujuk kat sini.

Kalau ada yang berminat untuk mencuba Set Ibu Hamil ni, jangan lupa roger Kak Sya ye! Kak Sya sedia untuk guide korang!


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Penggemar tegar Set Ibu Hamil 
013.7799.624
===========================

Kurus lepas bersalin dengan SET BERSALIN SHAKLEE

Bismillah..

Dah minum ibu-ibu sekelian? 

Harini Kak Sya nak cerita tentang Set Bersalin Shaklee & Kak Sya jugak nak share dengan korang tentang Set Bersalin Shaklee ni.

Sebelum tu jom kita layan video ni dulu



Pn Salwa empunya testimoni ni mengambil Set Berpantang dan Set Penyusuan. Disamping tu beliau juga ambil Set Slimming dan Set Kecantikan.

Banyak tuu? Macam mana tu? Mesti korang pun tertanya kan?

Sebenarnya kan vitamin dalam set slimming dan kecantikan memang ada dalam set bersalin Shaklee.

Jom kita tengok apa ada dalam Set Bersalin Shaklee:-



Dalam Set Bersalin lengkap Shaklee ni sebenarnya ada lagi 3 set yang korang boleh dapat:-
 • Set menyusu (milkbooster)
 • Set slimming sihat
 • Set kulit cantik

Bestkan? 4 in 1 tuuu...

ESP
- Tahukah anda, sel badan kita diperbuat dari protein? Pengambilan protein yang sangat baik perlu bagi menggalakkan sel-sel baru tumbuh menggantikan sel-sel lama atau sel-sel mati.
- Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal. 
- Merangsang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan pemulihan luka dan memudarkan parut.
- Membekalkan tenga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.
- Milkbooster yang hebat!

Vitalea
- Lengkap dengan 28 vitamin dan mineral untuk dibekalkan pada tubuh.
- Membantu memberikan tenga
- Membantu melambatkan proses penuaan 
- Meningkatkan metabolisme badan 
- Zat besi dalam Vitalea membantu penghasilan sel-sel darah merah

Omega Guard
- Meningkatkan sistem imun badan
- Mengawal masalah obesiti
- Melicinkan kulit dan kulit kelihatan kemerah-merahan 
- DHA di dalam Omega Guard membantu dalam perkembangan otak janina dan bayi.

Vitamin C
- Merangsang pembentukan ko Lagen
- Membantu penyerapan zat besi dalam Vitalea dengan baik.
- Membantu meningkatkan sistem imun.
- Membantu mencerahkan kulit dan membantu melambatkan penuaan.
- Membantu sel darah putih untuk melawan bakteria dan kuman.

Alfalfa Complex
- Membuang angin dalam badan
- Digunakan turun-temurun sebagai herba untuk meningkatkan susu.
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan
- Mencuci usus untuk membuang toksik
- Memulihkan urat selepas bersalin 
- Melegakan sembelit 

B Complex 
- Membantu menukarkan makanan kepada tenaga 
- Membantu mengurangkan tekanan, insomnia dan kemurungan
- Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat
- Membantu memperbaiki masalah kulit kepala dan rabbit

Ostematrix 
- Mengelakkan sembelit
- Sumber kalsium terbaik untuk ibu yang baru bersalin kerana ibu-ibu baru bersalin banyak kehilangan kalsium
- Mengurangkan risiko osteoporosis 
- Mengelakkan kekejangan 

Memang terbaiklah Set Bersalin Shaklee ni. 

You know what to do..


Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

10 sebab kenapa mesti pilih SET BERPANTANG SHAKLEE!

Bismillah..

Ibu-ibu yang bersalin tak kira la kali ke berapa (especially bila anak dah ramai) mesti nak badan yang sihat, bertenaga sepanjang tempoh berpantang kan? 

Kak Sya mula berkenalan dengan SET BERPANTANG SHAKLEE lepas melahirkan anak ke-2, Laila Humaira si kasih hati. Masa tu bulan puasa, walaupun berpantang dengan mak, takkan la nak kacau mak untuk layan Kakak Sara main kan? Kesian kat mak..

Asbab makan set berpantang, Kak Sya memang sihat walafiat sepanjang tempoh berpantang. Ramai yang datang melawat yang tak percaya Kak Sya baru 8 hari bersalin (masa tu dah raya so ramai la saudara mara yang datang melawat). Memang bertenaga!

Nak tahu tak apa 10 kelebihan yang ibu-ibu akan dapat kalau berpantang dengan set berpantang Shaklee?


1. Ibu berpantang yang bersalin normal mesti takut nak ke toilet. Seriau kan? Sebab takut ke toilet dan sebab orang2 tua tak bagi minum air yang banyak, terjadilah masalah sembelit. Bila makan Ostematrix, insyaaAllah ibu-ibu akan mudah nak ke toilet. Sebab magnesium dalam Ostematrix berfungsi melembutkan najis

2. Badan ibu-ibu lebih bertenaga untuk jaga bayi yang baru lahir dan anak-anak lain yang perlukan perhatian.

3. Kulit ibu-ibu tak kusam

4. Ostematrix membekalkan keperluan kalsium untuk ibu-ibu, seterusnya membekalkan kalsium untuk bayi juga

5. Vitamin B Complex membantu mengurangkan sindrom meroyan ibu-ibu berpantang kerana ia mengandungi vitamin B12 yang dapat membantu mengelakkan stress

6. ESP membantu memperbaiki sel-sel dan mempercepatkan penyembuhan luka

7. Selamat untuk diambil ibu-ibu tak kisah bersalin normal atau czer. 

8. Susu badan ibu banyak dan pekat. Baby yang menyusu badan kenyang lebih lama

9. Vitalea membekalkan segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Iye lah, ibu-ibu berpantang kan macam-macam tak boleh makan. InsyaaAllah Vitalea yang mengandungi 28 vitamin dan mineral mampu untuk membekalkan keperluan vitamin dan mineral untuk ibu-ibu.


10. Iron dalam Vitalea memang membantu untuk tambah darah. 

Sebenarnya kan ada banyak lagi faedah dan kelebihan berpantang dengan set berpantang Shaklee.

Korang boleh layan testimoni set berpantang di sini ok!

Untuk ibu-ibu yang masih keliru dan mencari set berpantang yang sesuai, Kak Sya memang highly recommend set berpantang Shaklee ni. Bukan kerana Kak Sya nak jual, tapi Kak Sya dah makan (dan masih maksn sebab set berpantang ni memang bagus diamalkan oleh ibu-ibu) dan dah rasai kehebatan dia.

Memang berbaloi, memang tak rugi!

Jom contact Kak Sya cepat-cepat untuk dapatkan set bersalin ni. Consultation terbaik akan Kak Sya berikan untuk customer2 Kak Sya. 

Jaga diri


Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

❤❤❤

Tingkatkan Peluang Untuk Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum, hai readers!

Bila kita cerita tentang makanan yang meningkatkan kesuburan, pasti ramai yang berfikir dua, tiga kali.. Mana tak nya, bukan satu, dua jenis makanan yang nak kena makan, banyaaakk pulak tu. Iyelah, setiap makanan yang nak diambil membekalkan nutrisi yang berbeza-beza. 

Nak kena cari bahan mentah, nak kena siang, nak kena masak. Lepas tu salah cara masak hilang pulak nutrien yang kita nak. Kesiann..

Macam Kak Sya, memang dah tak fikir panjang. Senang ambil supplement je. Nak ingatkan korang ni, nak makan supplement pun bukan sebarang je tau. Silap haribulan, subur pun tidak, dapat pulak pakej penyakit lain. Nauzubillahi minzaalik..

Nak tahu tak apa supplement untuk kesuburan yang Shaklee ada?

Set kesuburan wanita 


Set kesuburan wanita ni ada:-
🌼 ESP - Diperbuat dari soya non-GMO. Mengandungi isoflavone yang membantu menyihatkan sel-sel rahim untuk persediaan implantasi. 

🌼 Alfalfa - Jamu moden Shaklee. Membantu mengatasi masalah keputihan dan membantu mengetatkan Ms V.

🌼 GLA Complex - Mengandungi Omega-6 yang membantu menstabilkan hormon.

🌼 B Complex - Mengandungi asid folik yang baik untuk mengurangkan kecacatan tiub neural.

🌼 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang melindungi sel dan telur dari kerosakan dan penuaan. 


Set kesuburan lelaki 


Set kesuburan lelaki ada:-
💪 Vitamin E - Meningkatkan kualiti air mani, membantu pembentukan sel sperma yang sihat dan sempurna. 

💪 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel dan sperma dari kerosakan dan penuaan. 

💪 Omega Guard - Supplement omega-3 yang melancarkan darah ke bahagian organ pembiakan dan meningkatkan bilangan sperma.

Untuk anda yang masih mencari produk terbaik untuk bantu kesuburan anda, ini lah dia!

Memang tak rugi untuk anda cuba. InsyaaAllah, zuriat untuk anda pasti hadir bila dah berusaha!

Nak baca testimoni-testimoni pasal set kesuburan ni?


Kalau anda berminat untuk mencuba supplement kesuburan Shaklee ni, boleh hujung2 Kak Sya untuk matlamat lanjut dan order.


🌱 Call/WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB : Syahridah Ishak 
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!


Jaga diri.

Kak Sya. 

Kelebihan vitamin untuk ibu hamil Shaklee

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat hari Rabu


Hihi kejap je kan dah tengah minggu. Ibu-ibu yang sedang hamil tu tengah buat apa? Kalau Kak Sya dulu, masa keje dan tengah pregnant, mulut mesti nak mengunyah. Lapar sokmo.

Dulu masa mengandung kali pertama, Kak Sya tak kenal langsung Shaklee. Masa tu tak tau sangat pasal jamu2. Lagipun bersalinkan anak sulung ni tak terasa penatnya. Rehat dapat cukup, masa baby tidur kita pun boleh tidur juga. 

Bila mengandung kali kedua, masa tu dah terfikir mesti cari supplement masa mengandung sebab baru 3 bulan pregnant dah kena cramp. Tiap-tiap malam cramp sampai hubby belikan spray cramp yang atlit selalu guna tu. Masa tu la start beli Ostematrix, supplement kalsium Shaklee. Makan 3 hari, alhamdulillah cramp hilang! Syukur sangat dah tak payah bangun jerit2 tengah-tengah malam.

Dan selepas tu Kak Sya terus setia guna set hamil, set berpantang, menyusu dan slimming sampai la Kak Sya disahkan mengandung untuk kali ketiga. Alhamdulillah kali ni jarakkan anak kedua dan ketiga tak berapa jauh macam masa Kak Sya tunggu untuk dapatkan Kakak (Anak sulung) dan tunggu pula Laila yang lahir lebih kurang 3 tahun kemudian.  

Masa mengandung yang ketiga dengan dua puteri yang sedang membesar, Kak Sya tetap bertenaga dalam menguruskan aktiviti seharian kat office dan rumah. Cramp alhamdulillah, memang takde. Nak tau tak apa lagi yang Kak Sya rasa sepanjang mengandungkan Yasmin? 

 ♡ Masa mengandungkan Laila dan Yasmin, Hb Kak Sya  memang rendah start 2nd trimester. Sampai Dr Thokha buat test Thalasemia sebab Hb tak naik2 walaupun Dr dah bagi tablet iron yang power. Bila Kak Sya consume Vitalea dan Vitamin C, Hb naik dan alhamdulillah, dah tak payah cucuk untuk test darah lagi. Alhamdulillah

♡ Masalah GDM pun tak ada. Walaupun Dr suspect Kak Sya ada GDM (kencing manis semasa hamil), tapi alhamdulillah lepas continue ambil set kehamilan Shaklee, Kak Sya bebas GDM. Syukur sangat!

♡ Of course la masalah cramp dah tak ada. Dengan pengambilan kalsium  yang cukup untuk keperluan harian insyaaAllah korang tak perlu susah2 tahan sakit lagi..

♡ Say babai to sembelit. Perubahan hormon boleh buat korang terkena sembelit tau! Kandungan magnesium dalam Ostematrix membantu melembutkan najis. So bangun tidur terus ke toilet. Tak perlu nak bersarang lama2 dalam toilet lagi..hihihi.


Bestkan vitamin untuk ibu hamil ni? Banyak sangat manfaat dia untuk ibu-ibu. Yang paling best, set hamil ni boleh terus diambil selepas ibu-ibu melahirkan anak sebab vitamin dalam set hamil ni adalah vitamin asas untuk kesihatan optimum. Boleh share dengan suami jugak tau!

Ibu-ibu boleh hubungi Kak Sya untuk info lanjut dan kalau ibu-ibu berminat untuk mendapatkan set hamil ni.

Call/WA/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

POS ke alamat anda bila-bila masa saja !


❤, 
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624


Pemakanan persediaan hamil - Tips buat suami isteri

Hai semua! Kali ni Kak Sya nak kongsi tips untuk pasangan yang sedang mempersiapkan diri untuk hamil. Tahu tak korang, pemakanan adalah salah satu faktor penting semasa korang dalam fasa merancang kehamilan. Ini kerana, pemakanan sihat bakal membantu korang menjalani fasa kehamilan yang sihat!

Nak tahu tips amalan pemakanan sihat? Jom baca kat bawah ni:-

♡ Perbaiki gaya makan - Banyakkan makan makanan berserat dan kurangkan makan makanan berlemak. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran, bijiran dan makanan yang kaya dengan kalsium.


♡ Ambil supplement tambahan - Walaupun kita selalu fikir diet kita dah cukup untuk cover zat pemakanan seharian, dengan mengambil supplement tambahan seperti vitamin C dan E serta asid folik dapat meningkatkan peluang kehamilan.

♡ Makan folik asid - Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan kehamilan, asid folik juga memainkan peranan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda disarankan untuk mengambil asid folik sekurang2nya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan.


♡ Dapatkan berat badan ideal - Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi masalah komplikasi kehamilan, manakala bagi yang terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang.


♡ Hindari tabiat buruk - Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman berkafein. Jauhi diri anda dari perokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.

Pemakanan isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan:

Asid folik
Ia boleh diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, buah-buahan situs, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, ikan salmon, keju etc.

Zat besi dan protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besides. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya dari makanan tenusu, telur dan soya.

Makanan lain
Antara jenis makanan yang dipercayai boleh menggalakkan kesuburan wanita ialah taugeh, kacang dal dan kacang botol.


Diet suami - makanan mengandungi zink
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat membantu meningkatkan paras testosterone dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian ialah 11mg.

Contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamin2 yang mengandungi zink. Antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate. 

Perlu dielakkan
Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda cuba untuk hamil.

Kafein 
Kajian menunjukkan dengan mengambil lebih daripada 3 cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi.

Alkohol 
Elakkan dari mengambil alkohol untuk tempoh 3 bulan sebelum anda cuba untuk hamil. Dipihak suami, pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosterone.

Rokok 
Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan. Kajian di Finland mendapat bahawa 41.9% lelaki ysng merokok adalah mandul. Malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi. Perokok perlu berhenti merokok sekurang2nya 3 bulan sebelum cuba untuk hamil.

Makanan tertentu 
Daging yang diproses, sushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur harus dielakkan. Ia berkemungkinan mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mengakibatkan jangkitan yang menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.

Itulah serba sedikit tips yang boleh Kak Sya kongsikan untuk bacaan kita bersama hari ni. Kalau korang nak tahu, semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh bakal ibu dan bapa ada dalam supplement Shaklee.


Nak tahu lebih lanjut, boleh terus contact Kak Sya ok! Jangan malu. Kak Sya sedia membantu.

Salam sayang,
Kak Sya.


☎//WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14