Showing posts with label Set Kurus. Show all posts
Showing posts with label Set Kurus. Show all posts

Testimoni Set Kurus Shaklee

Bismillah..

Anda dah kenal kan set kurus Shaklee yang hot tu? Jom kita tengok testimoni pula..

Testimoni 1



Sebenarnya nafsu makan nasi tu memang tak tipu memang kurang. Kalau nak ikutkan memang tak nak makan nasi tapi kekadang makan kat rumah orang dah dia cedok kan nasi tu makan juga tapi makan sesenduk je. Tu pun kadang tak habis tu breakfast pun minum ESP je.. Malam tak sentuh nasi pun makan tomyam pun boleh kongsi 2 orang..

Testimoni 2


Masih saya ingat saat dimana wanita berjiwa muda itu memegang belakang badan saya, katanya wanita biasa akan mempunyai lemak berlapis di bahagian belakang badan tanpa dia sedar. Iaitu bahagian tali pakaian dalam Biasanya ada spare tyre

"Oh nasib you tak ada spare tyre di sini".

Saya tergelak sambil senyum

Beliau yang telah berumur menghampiri 60 itu memulakan cerita:

Saya ni jenis suka makan nasi. Maka dulu saya menghadapi masalah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan. Selepas itu saya amal makan lecithin dengan dos X x 3 sehari. Barulah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan bahagian sini (sambil tangan kanannya memegang bahagian atas belakang badan saya).

Oh ya saya perasan perkara ini biasa terjadi pada wanita kerana ia tidak menonjol dia depan maka adakala kita pun tak ambil port sangat sampailah orang tegur

Hihi. Macam-macam kisah

InsyaaAllah nanti Kak Sya sambung lagi ok!

Jaga diri




Produk kurus terbaik Shaklee untuk turunkan berat dan kurangkan inci

Bismillah..

Anda sedang mencari produk untuk turunkan berat badan? Atau nak inch loss he? Janji kurus? Hihi

Sabar, sabar.. Kak Sya nak bagi anda info tentang produk untuk turunkan berat badan dari Shaklee. Nak tau apa dia?


Dalam Set Kurus yang hot ni, anda mesti ada sekurang-kurangnya ada 3 supplement dari kumpulan BAKAR LEMAK, BUANG TOKSIN dan BINA OTOT

BAKAR LEMAK

Omega Guard
  • Membantu memecahkan lemak yang berada pada bahagian organ dan di dalam salur darah
  • Membantu mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan membakar lemak untuk tenaga
  • Omega-3 juga boleh membantu menaikkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak bila bersenam
  • Sangat sesuai diamalkan oleh ibu yang menyusu kerana minyak ikan Omega-3 juga baik untuk perkembangan otak bayi

Lecithin

  • Lecithin membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh
  • Lecithin juga membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang diambil

BUANG TOKSIN

Alfalfa


  • Kaya dengan serat yang membawa keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard 
  • Sangat sesuai diambil oleh ibu yang sedang berpantang kerana Alfalfa juga merupakan agen milkbooster yang baik

Herb-Lax
  • Mengandungi sienna iaitu salah satu herba yang terkenal dari zaman dahulu untuk membantu masalah ketidak hadaman dan untuk membantu pergerakan usus yang lebih baik
  • Membersihkan usus daripada toksin lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar

BINA OTOT

ESP
  • Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah
  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan selain membantu tubuh untuk Bertenaga sepanjang hari
  • Sesuai untuk ibu yang menyusukan kerana ESP juga merupakan salah satu suplemen milk booster yang juga meningkatkan kualiti susu

CINCH SHAKE MIX
  • Merupakan minuman protein soya yang membantu rasa kenyang lebih lama
  • Meningkatkan metabolisma badan kerana sing Shake mix mengandungi leucine yang membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat supaya badan tidak menggeleber bila berat turun kelak
  • Sangat sesuai digunakan sebagai meal replacement yang berupaya untuk memotong beratus-ratus nilai kalori harian 

Sebenarnya dengan Set Kurus Shaklee ni, ibu-ibu menyusu sesuai sangat tau untuk ambil supplement2 ni.

Kalau anda perasan, supplement dalam Set Kurus ni sebenarnya ada dalam Set Berpantang

Best ke best? Kalau anda tak sure supplement mana yang sesuai dengan anda, pastikan anda hubungi dulu SID yang bertauliah sebelum decide untuk beli ye!

Kalau nak Kak Sya consult pun boleh..

Whatsapp/call/SMS/Telegram je:
+6.013.7799.624
+6.013.7799.624


Jaga diri,
KAK SYA
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
ID: 1168907

Testimoni Alfalfa Complex untuk ibu lepas bersalin yang hendak kurus

Nah, seperti yang Kak Sya janjikan, himpunan testimoni Alfalfa Complex untuk anda!

Testimoni 1


"Saya amalkan Alfalfa lepas bersalin anak no 3 secara operat (czer). Hasilnya habis pantang berat turun 20kg (dari 74kg ke 54kg), perut kempistak nampak.macam baru lepas bersalin. Susu meriah & bab keintiman tu memang suami puji macam anak dara laaa pulak katanya. Badan pun ringan je bergerak!

Testimoni 2


Pertama kali consume Lecithin dan Alfalfa 4 tahun lalu, dalam tempoh 2 minggu je perut kempis. Masa tu 9 bulan lepas melahirkan anak ke 2. Happy sangat rasa..

Sejak tu, memang konsisten makan setiap hari Lecithin 6 biji dan Alfalfa 10biji sampai sekarang. Alhamdulillah... bentuk badan maintain je macam sebelum beranak. Suami pun amalkan Lecithin.. perut dia maintain kempis macam sebelum kawin.. Alhamdulillah...

Seronok kan? Ada banyak lagi testimoni ibu-ibu berpantang yang berjaya mengekalkan bentuk dan berat badan yang asal bila konsisten dengan supplement

Lepas ni Kak Sya testimoni Alfalfa sebagai jamu moden pulak tau!

Stay tune!!


Kak Sya
+6.013.7799.624
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore

Siapa yang perlukan Alfalfa Complex Shaklee?

Bismillah..

Dalam entry sebelum ni Kak Sya ada ceritakan tentang Alfalfa Complex Shaklee, dan apakah fungsi dan kebaikan Alfalfa Complex jika ia diamalkan.

Dalam entry ini pula, mari kita tengok siapakah yang patut makan Alfalfa Complex?



1. Ibu-ibu yang baru bersalin/sedang berpantang
  • Melancarkan darah nifas
  • Membantu mengecutkan rahim
2. Ibu yang menyusukan anak
  • Alfalfa merupakan herba yang telah diamalkan sekian lama sebagai milkbooster
  • Alfalfa mengandungi phyto-estrogen, atau estrogen tumbuhan yang membantu meningkatkan tisu payudara dan meningkatkan pengeluaran susu.
3. Individu yang mempunyai masalah sendi
  • Alfalfa merupakan supplement yang membantu mengurangkan keradangan pada sendi.
  • Alfalfa mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat membantu melegakan sakit sendi, sakit belakang dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan ia menguatkan tulang serta memberi manfaat kepada kesihatan badan secara menyeluruh
4. Individu yang mempunyai masalah kolestrol
  • Terdapat kajian yang mendapati serat didalam Alfalfa 'melekat' dengan kolestrol dalam darah, supaya ia tidak sempat untuk menempel pada salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat
5. Individu yang mempunyai masalah penghadaman
  • Alfalfa mempunyai nisbah enzim pencernaan yang tinggi yang membantu badan untuk mencerna protein, lemak dan karbohidrat
  • Alfalfa membantu mengurangkan ketidakhadaman dan angin  dengan melancarkan penghadaman makanan yang baru dimakan.
  • Membantu melegakan simptom refluks asid, pedih ulu hati dan ulser perut kerana ketidakupayaan perut untuk menyeimbangkan pH level perut.
6. Individu yang mempunyai masalah gout
  • Alfalfa membantu mengurangkan keradangan dikalangan pesakit gout, kerana sifatnya yang anti-radang dan antioksidan
  • Ia membantu mengurangkan dan meneutralkan kadar asid urik dalam darah.

Siapa pula yang tak digalakkan makan Alfalfa Complex?
  • Ibu hamil - alfalfa boleh memberi rangsangan kepada rahim dan mencetuskan kontraksi.
  • Individu yang mempunyai penyakit auto-imune seperti SLE dan lupus digalakkan agar menjauhi alfalfa kerana ia memberi rangsangan kepada pengaktifan semula lupus pada sesetengah individu
  • Individu yang mengambil ubat pencair darah. Alfalfa kaya dengan Vitamin K yang diketahui membantu mengelakkan pembekuan darah.
  • Pesakit buah pinggang kerana takut ia memberi kesan kepada buah pinggang jika pesakit sedang menjalani dialisis.

Nanti Kak Sya akan share testimoni Alfalfa dalam entry yang lain pula. Stay tune!!

Salam sihat,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore
+6.013.7799.624

Testimoni #2 produk kurus terbaik dari Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat yang penuh barakah.

Dah sarapan ke? Kak Sya macam banyak sangat mood nak share ngan anda semua testimoni customer yang berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee.

Takmau bebel banyak, jom layannn..

==============================
DISEMBER 2015
TESTIMONI : NOR RUZANNA HANEE

Asalamualaikum..
Saya Ruzanna Hanee, saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Set Kurus Shaklee. Sebelum kenal Shaklee, saya pernah cuba macam-macam set kurus yang ada dipasaran. Asal iklan je nak cuba. Tapi mungkin tak serasi dengan saya..

Kesannya sampai nak ke toilet pon tak sempat  dah ‘terbuang’ dalam seluar. Ada sekali tu kena  cery-bery sampai 2 minggu akibat makan produk XXX.  Berat badan tak turun-turun, sakit je yang saya dapat.

Sampai la satu hari tu tgk kawan dok post pasal Shaklee..Time ni la first time saya berkenalan dengan Shaklee, bukan takde sebelum ni kawan post tapi buat dek je time tu hehe.. Permulaan nye saya ambik Vitalea, Lecithin, Alfalfa Complex dan Herb-Lax. 

Mula tu takut jugak, fobia takut kena ulang alik ke tandas..  Tapi alhamdulillh, saya takde pon kena masalah seperti  ‘terbuang’, atau tercery-bery..Proses buang air besar tu macam biasa dan  badan saya rasa lebih segar dan sihat. Penurunan berat badan? 

Alhamdulillah berat badan saya turun dengan pengambilan set diet ni secara disiplin dan konsisten. Turun 13kg, dari 88kg, now tinggal 75kg.

Sekarang, saya maintain makan Lecitin dan Alfalfa Complex (orang panggil set kurus bajet Shaklee) untuk membantu saya menurunkan berat badan sehingga mencapai BMI yang normal. .

Apa yang penting pilihlah produk yang selamat, semulajadi dan berkesan…Saya sudah, anda bila lagi ? 

================================

Sebelum anda decide nak cuba apa-apa supplement, tolong tolong tolong check dulu ingredient dia. Check adakah produk tu dah diuji dan disahkan selamat? Ada kelulusan KKM?

Jangan asal tengok iklan aje terus beli. Takut makan diri. Iyelah, product tak ori..

Ok sampai sini dulu. Jangan lupa sarapan 


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624
===========================

Testimoni #1 produk kurus terbaik dari Shaklee!

Bismillah..

Sebelum tidur ni nak share ngan anda semua testimoni untuk produk kurus terbaik dari Shaklee.

Empunya testimoni ni berjaya menghilangkan 10kg berat beliau dalam masa 10 minggu!! MasyaaAllah!! Superb betul!

Jom kita tengok apa yang beliau buat sampai boleh turun banyak macam tu.

=============================

MEI 2016
TESTIMONI : NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA

[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu. 

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE.

===============================

Hubungi Kak Sya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee!!

Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

Sampai jumpa lagi di lain entry! Selamat malam..

Turunkan berat badan dengan cepat

Bismillah  


Hi readers!



Dalam entry kali ni Kak Sya nak share tentang macammana korang boleh turunkan berat bacan dengan cepat tanpa perlu berlapar. *Sebenarnya tips ni applicable untuk diri sendiri juga, hihihi*


Ada 3 langkah mudah yang kita sama-sama boleh ambil untuk turunkan berat badan dengan cepat. Kak Sya dah try semua ni masa Kak Sya buat Detox Parasit yang akan berakhir hari Selasa ni (22/11/16). Korang boleh baca tentang detox kat entry ni. Pasal detox parasit pulak kat sini.

Apa 3 step tu? Haa meh baca sini..

1. Kurangkan pengambilan gula dan kanji (karbohidrat la tuuu)

Gula dan karbohidrat adalah makanan yang merangsang rembesan insulin. Untuk pengetahuan korang, insulin ni adalah hormon penyimpan lemak terbesar dalam badan kita. Apabila insulin menurun, lemak lebih mudah untuk keluar daripada tempat penyimpanannya dan badan akan mula membakar lemak dan bukannya karbohidrat.

Satu lagi kelebihan bila insulin tak dirembeskan begitu banyak dalam badan adalah buah pinggang kita akan menyingkirkan garam dan air berlebihan. Ini akan mengelakkan kembung dan berat badan berlebihan akibat air.


2. Makan protein, lemak dan sayur-sayuran

Setiap satu dari hidangan korang mesti ada 3 makanan ni - makanan yang berasaskan protein, sumber lemak dan sayuran rendah karbohidrat. Dengan mengatur hidangan makanan korang macam ni, boleh menurunkan pengambilan karbohidrat kepada jumlah yang dicadangkan iaitu 20-50gram sehari.

Sumber protein boleh datang daripada:

  • Daging - lembu, kambing, ayam dan sebagainya
  • Ikan dan makanan laut - salmon, udang, lobster dan sebagainya
  • Telur - yang mengandungi omega-3 atau telur dipastur adalah yang terbaik
Diet protein tinggi boleh membuatkan korang berasa kenyang dan kurang rasa obses terhadap makanan.

Sayuran rendah karbohidrat pula adalah seperti:

  • Brokoli
  • Kobis bunga
  • Bayam
  • Tauge
  • Kobis
  • Celery
  • Timun dan sebagainya
Sumber lemak pula adalah seperti:

  • Minyak zaitun
  • Minyak kelapa
  • Minyak avocado
  • Mentega
Makan 2-3 kali sehari. Jika korang rasa lapar masa tengahari, tambah waktu makan sekali.


3. Angkat berat 3 kali seminggu

Dengan mengangkat berat 3 kali seminggu, sebenarnya korang dah bakar kalori dan mencegah metabolisme korang dari menurun tau! 

Kalau korang rasa angkat berat tu tak jiwa ngan korang, boleh je exercise cara lain - jogging ke, swimming, berlari dan sebagainya. Janji exercise! Hihi


Korang juga boleh try supplement Shaklee untuk bantu menurunkan berat dengan lebih cepat. Just ask me how, ok!

Jaga diri, moga sihat selalu!


========================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
========================




                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

10 makanan untuk turunkan kolestrol

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Selamat berhujung minggu.

Dah sarapan? Jangan lupa, hujung minggu ni adalah masa terbaik terutamanya kepada yang bekerja untuk bersenam. Bersenam ni bukan aje untuk kurus, tapi untuk pastikan perjalanan darah kita lancar.

Cerita pasal kurus kan, korang tau tak orang kurus ni kan berisiko untuk mengalami masalah kolestrol tau? Meh baca sikit pasal kolestrol kat sini

Kak Sya suka nak share kat korang 12 makanan untuk turunkan kolestrol:

Oat
Jika korang sedang berusaha untuk menurunkan kadar kolestrol korang, cuba start dengan mengubah menu sarapan korang. Dengan mengambil 2 hidangan oat semasa sarapan boleh menurunkan LDL (kolestrol jahat) sehingga 5.3% dalam masa 6 minggu. Kunci untuk "membunuh" kolestrol jahat ni ialah beta-glucan, sejenis bahan yang menyerap LDL. 


Salmon
Lemak Omega-3 adalah salah satu keajaiban kesihatan yang mampu menghindari penyakit jantung, nyanyuk dan pelbagai penyakit lain, termasuklah menurunkan paras kolestrol. Menurut kajian yang dijalankan oleh Loma Linda University, dengan menggantikan lemak tepu dengan lemak omega-3 yang boleh didapati dari ikan salmon, sardin dan herring dapat meningkatkan kadar kolestrol baik sehingga 4%.


Kekacang
Jika korang gemar memakan snek, makan lah snek yang seperti kekacang yang mampu merendahkan paras kolestrol! Dalam satu jurnal yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition (AJCN), orang yang mengambil 1.5oz walnut 6 hari seminggu selama sebulan dapat menurunkan kolestrol mereka sehingga 5.4% dan kolestrol LDL sehingga 9.3%!! Wow banyak tuuu..


Teh
Ramai mengetahui bahawa teh adalah antioksidan pelawan kanser, dan ia juga adalah benteng terhadap kolestrol LDL! Menurut kajian  yang telah dijalankan dengan USDA, teh hitam (black tea) dapat menurunkan lipid darah sehingga 10% dalam masa 3 minggu! Dan daripada keputusan ini lebih banyak kajian dilakukan dan membuktikan bahawa teh dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari!

Coklat
Ya! Memang korang baca betul! Pengambilan coklat mamu meningkatkan paras kolestrol HDL! Dalam satu jurnal terbitan AJCN (diterbitkan pada 2007), mereka yang diberi serbuk koko selama 12 minggu berjaya menaikkan kadar HDL sebanyak 24% berbanding mereka yang tidak mengambil serbuk koko (5%). Ingat tau, coklat yang korang kena ambil hanyalah dari jenis dark atau bittersweet chocolate aje. Sebab dua2 coklat ni mengandungi antioksidan yang tinggi (3x lebih tinggi) berbanding coklat susu biasa. Antioksidan ni pulak berfungsi untuk platlet darah dari melekat antara satu sama lain dan menghalang penyumbatan salur darah

Marjerin
Pilih marjerin yang mempunyai sterol tumbuhan kerana ia boleh membantu merendahkan kolestrol. Sterol tumbuhan adalah unsur yang boleh merendahkan penyerapan kolestrol.

Bawang putih
Selain menyedapkan makanan, bawang putih juga dalam senarai makanan yang mampu menurunkan kolestrol. Bawang putih juga baik untuk mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan jangkitan. Ia boleh mengelakkan arteri tersumbat dengan cara menjaga zarah kolestrol daripada melekat pada dinding arteri. Cuba makan 2 hingga 4 labu bawang putih sehari



Minyak zaitun
Berita baik untuk pengguna minyak zaitun!! Minyak zaitun penuh dengan asid lemak monotaktepu (MUFA), yang merendahkan kolestrol LDL dan mempunyai kesan sampingan - ia boleh menyingkirkan lemak perut. Korang boleh gunakannya untuk membuat kuah salad, perap ayam dan ikan, atau guna untuk panggang sayur-sayuran.


Bayam
Sayur kegemaran Kak Sya ni sangat kaya dengan lutein - sejenis pigmen kuning matahari yang boleh didapati dalam sayuran hijau. Lutein ni memang dah dikenali sebagai pengelak degenerasi makula yang ada kaitan dengan usia, yang menjadi punca utama buta. Sekarang, kajian mendapat makanan yang kaya lutein mampu untuk menjaga kita dari penyakit jantung dengan 'menghalau' serangan kolestrol yang mampu membuatkan arteri tersumbat. 


Avocado
Avocado adalah sumber terbaik MUFA, yang mampu membantu meningkatkan kolestrol HDL dan menurunkan LDL. Dan lebih baik lagi, ia mengandungi beta-sitosterol sejenis lemak tumbuhan yang sangat bermanfaat yang membantu menurunkan jumlah kolestrol yang diserap dari makanan. 


Kak Sya harap perkongsian Kak Sya harini bermafaat lah untuk semua. Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, silalah share, tak perlu minta izin.

Ok, jaga diri. Senyum selalu :)


============================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
============================

Kurus lepas bersalin dengan set berpantang Shaklee

Hai.. Assalamualaikum semua..

Seperti yang Kak Sya dah janjikan, entry kali ni Kak Sya nak share ngan korang tentang kesan pengambilan set berpantang yang Kak Sya amalkan selepas Kak Sya melahirkan Laila Si Kasih Hati.

Bila start makan set berpantang, memang sebab nak badan ni lebih bertenaga, sihat, lagi2 kena layan Sara Puteri Yang Cantik tu main2. Memang serious masa amalkan makan set berpantang ni badan tak letih walaupun tak rehat sangat masa tu. 

Dah puas hati dengan tenaga berkekalan (alhamdulillah, syukur sangat) - terfikir nak slim plak sambil berpantang. Pastu nak kumpul stok susu banyak2 sebelum start keje. So, bila tanya Kak Sya punya upline dia pun rekemen untuk tambah alfalfa & omega untuk slim. alfalfa tu makan sekali untuk  milk booster.

Alhamdulillah, berat badan Kak Sya turun sampai dapat balik berat badan sebelum mengandungkan Sara! Memang lain la, badan dah ringan penyakit M pun kurang la, idak gitu? Hihihi~~~

Syukur sangat sebab sepanjang berpantang, stok susu memang banyak. Budak kecik memang selalu kena kejut kalau tak bengkak la Ms. B. Sampai penuh freezer rumah mak. Selamat rumah mak ada deep freezer. Dan alhamdulillah jugak sokongan mak dan suami tak pernah putus dalam menjayakan penyusuan ibu ni.

Bila naik keje, Kak Sya berazam untuk teruskan mengumpulkan stok susu supaya bekalkan breastmilk untuk Laila Si Kasih Hati tak putus, sebab memang cita2 Kak Sya sejak tau Kak Sya mengandungkan Laila, Kak Sya MESTI susukan Laila sepenuhnya sehingga sekurang2nya umur dia 6 bulan. Susah payah jerit perih bangun tengah malam, dan mengepam masa office hour memang bantu sangat untuk ensure supply berterusan, sampai Laila berjaya disusukan sepenuhnya sehingga umur dia mencecah 1 tahun 1 bulan. 

Mesti morang terfikir kan nape Laila berhenti menyusu masa umur dia 13 bulan? Mungkin dia rasa tak sedap kot sebab ada 'adik' baru dalam tummy mamy.. Hihihi~~

Meh layan testimoni Kak Sya, upline & sideline yang amalkan set berpantang Shaklee ni. 

TESTIMONI #1 - KURUS DENGAN SET BERPANTANG + SLIMMING

TESTIMONI #2 - AMBIL SET PENYUSUAN SHAKLEE, TAPI "TER"KURUS??

TESTIMONI #3 - SET PENYUSUAN SHAKLEE

TESTIMONI #4 - SEKALI PAM DAPAT SAMPAI 13OZ?!


Satu je pesanan Kak Sya pada yang sedang bakal mengamalkan set penyusuan tu jangan marah tau kalau korang titibe terkurus atau susu titibe terbanyak bila consume set berpantang ngan set berpantang Shaklee ni. 

Kalau nak try sendiri ke, nak bagi hadiah ke, nak consultation ke bole contact Kak Sya OK!!

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

Testimoni kurus dengan Vivix

Salam sihat.. 

Terima kasih sebab sudi baca entry berkenaan macam mana nak kurus dengan Vivix?




Seronok sangat kalau baca testimoni mereka yang dah berjaya kurus dengan Vivix. Jom Kak Sya kongsikan dengan korang testimoni hebat diorang ni:

Testimoni #1 - Berat sama tapi inch loss dia!! Baca ni!!

Testimoni dari Puan Maria:




Honestly, saya bukanlah seorang yg disiplin dalam bab makan supplement. I might eat 10-15 tabs of supplement a day, lepas tu the next day I eat only 3 tabs a day. Or maybe the next day I don't eat anything at all.

But I 'know' how my body 'works' and I know very very well how Shaklee's vitamins work. Saya tahu bila saya detox usus saya, vitamins and supplements lebih cepat menyerap dan memberi kesan pada badan saya.

SAYA TAK DIET. I did not cut down my food intake. In fact, I eat 3-4 plates of RICE a day!

Saya memang tak boleh hidup tanpa nasi. Takde lauk takpe, janji ada nasi. Nasi dengan ikan kering pun cukuplah. Tapi nasi wajib ada. Dan jarang orang akan nampak saya makan 1 pinggan nasi je. Selalunya mesti lebih dan bertambah-tambah. Beras kat rumah memang cepat habis ;))

Gambar kiri:
- 2 Januari 2015
- Pick up hubby kat KLIA

Gambar kanan:
- 3 Mei 2015
- Nak promote tudung sebenarnya

Tengah-tengah nak clearkan photo album kat dalam hp ni, tiba-tiba ternampak gambar kat airport tu. Terus compare ngan gambar latest (ahad lepas). Kebetulan pulak saya pakai baju yg sama!

Ada beza tak? ;))

Apa yg saya jarang miss:
- Alfalfa
- Omega
- Lecithin
- ESP
- Cinch

Apa yg saya selalu add on:
- Vitamin C
- DTX Complex
- Ostematrix
- Vivix

Within 4 months, gambar kiri bertukar menjadi gambar kanan

Itupun sebab tak disiplin. Kalau DISIPLIN betul-betul, makan supplement ikut JADUAL, minum AIR banyak-banyak, KURANGKAN makan nasi, I am sure you can get even FASTER result! Within SEBULAN pun boleh insyaAllah.

And believe it or not, berat saya sebenarnya maintain je 72kg. Gambar kiri 72kg, gambar kanan pun 72kg. Tapi SAIZ YG BERBEZA.

Itulah yg ditekankan dalam Shaklee. INCH-LOSS, not weight-loss.


Tak perlu timbang berat badan setiap hari, sebab anda akan kecewa. Kalau turun pun, maybe 2-3 kg je. Tapi.....insyaAllah anda boleh pakai balik baju-baju lama anda!

How Shaklee Works?

1. Omega MENCAIRKAN lemak-lemak di dalam badan kita

2. Alfalfa pula bawa lemak-lemak tu KELUAR dari badan

3. ESP BINA otot kita supaya tak menggeleber selepas kita kurus

VIVIX PULA MERUPAKAN EJEN DETOX YANG SANGAT POWER!
bagi memastikan keberkesanan penyerapan suplimen2 kurus yang diambil oleh Puan Maria.


Testimoni #2 - Kurus dengan consume Vivix aje! Alhamdulillah!




Customer ni bukan je berjaya kurus dengan hanya consume Vivix, tapi dapat bonus dimana kulit beliau menjadi semakin cerah dan berseri!! Jangan salahkan Vivix ok bila dah jadi camni! Hihihi~~

Seronokkan bila baca testimoni penggemar Vivix yang dah berjaya kurus? Tak semestinya kurus ni hanya bila kita berjaya kurangkan berat, kalau kita experience inch loss pun dah kira satu kejayaan kan? Janji sihat dan boleh pakai baju lama balik!

Ok lah. Sampai sini dulu. Banyak lagi yang Kak Sya nak share pasal kebaikan Vivix ni untuk uollss. Sesungguhnya kuasa penyembuh tu datang dari Allah, kita jangan putus asa untuk terus usaha ok!

Contact Kak Sya untuk free consultation:

☎/WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak 

IG : msishaque14