Showing posts with label Kulit. Show all posts
Showing posts with label Kulit. Show all posts

Apa punca dan simptom Psoriasis?

Bismillah..



Psoriasis ialah sejenis penyakit auto-imun yang berkaitan dengan tompokan kemerahan yang tidak normal pada kulit. Tompok-tompok merah ini biasanya berwarna merah, gatal dan bersisik. Terdapat pelbagai jenis Psoriasis, dari segi bentuknya, saiz sehinggalah kawasan litupan tompokan tersebut.

Kebiasaannya psoriasis boleh dijumpai dikawasan sekitar siku, lutut dan kulit kepala, walaupun ia juga boleh wujud di kawasan lain pada anggota badan juga.


Lokasi psoriasis yang biasa ditemui


Siapa boleh terkena Psoriasis?


Sesiapa pun boleh mendapat penyakit psoriasis. Pada tahun 2010, dianggarkan 500,000 rakyat Malaysia menghidapi psoriasis, dan 125 juta penduduk dunia menghidapi penyakit yang sama.


Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang tidak boleh diubati, dan ada masanya keadaan kulit pesakit psoriasis akan menjadi bertambah baik, dan ada masa sebaliknya. Simptom yang dialami oleh pesakit psoriasis pula berbeza, dari tompokan kecil yang bersisik sehingga ke tahap kronik dimana badan pesakit boleh dilitupi oleh tompokan merah yang bersisik dan tebal.


Apakah punca-punca Psoriasis?

Punca-punca psoriasis masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko telah dikenalpasti. Ia termasuklah:

  • Sistem pertahanan badan (sistem imun) yang lemah
  • Keturunan
  • Faktor persekitaran
Psoriasis kerap dijumpai pada pesakit yang berusia antara 15 hingga 35 tahun, namun ia sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapapun. Antara 10 hingga 15% pesakit didiagnos psoriasis pada usia sebelum 10 tahun. 


Simptom-simptom Psoriasis

Tanda dan simptom psoriasis berbeza antara individu. Tanda dan simptom yang biasa dijumpai termasuklah:-
  • Tompokan merah pada kulit yang dilitupi oleh sisik berkilat
  • Tompok-tompok kecil yang bersisik (selalunya dijumpai pada kanak-kanak)
Psoriasis pada kanak-kanak

  • Kulit yang kering dan merekah yang mungkin berdarah
  • Rasa gatal, terbakar dan sakit
  • Kuku tebal, berlubang kecil dan bergaris halus (ridged nail)
Psoriasis pada kuku
  • Sendi bengkak dan kaku
Di entri seterusnya, Kak Sya akan kongsikan jenis-jenis psoriasis yang perlu anda tahu. 

Salam sihat

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
+6.013.7799.624

Hilangkan kulit berminyak dengan vitamin Shaklee untuk kulit cantik

Bismillah..

Semua orang nak cantik kan? Nak jaga kecantikan tu bukan sekadar menjaga dari luaran je tau, dalaman pun kena tackle juga.

Dalam entry sebelum ni, Kak Sya ada share tentang produk untuk kulit berminyak. So korang dah tahu la kan apakah skincare yang boleh korang gunakan jika kulit korang tu jenis berminyak. 

Kulit kita memerlukan makanan berkhasiat untuk sentiasa kekal sihat. Jika anda kekurangan vitamin tertentu, pengambilan suplemen sebagai makanan tambahan adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengembalikan keremajaan kulit yang sentiasa sihat.
Supplement atau vitamin boleh menghalang masalah kulit berminyak dan berjerawat dengan meningkatkan sistem imun badan serta melindungi dari pencemaran alam sekitar. Supplement dan vitamin tertentu dapat membantu mengatasi masalah kulit berminyak, bintik hitam, dan kemunculan liang pori yang semakin membesar.

Tetapi awas!! Harus diingat bahawa supplement bukan PENGGANTI kepada makanan yang berkhasiat. Ianya hanyalah makanan tambahan dan pengambilan yang berlebihan juga tidak disarankan sama sekali kerana dapat menjejaskan kesihatan anda. Maklumlah zaman sekarang ini ramai yang terlalu agresif ingin kekal cantik dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang bakal diperolehi kelak.
Apa yang baik untuk membantu masalah kulit berminyak, liang pori besar dan masalah bintik-bintik hitam yang sering melanda wanita asia ini?

Haa meh Kak Sya kenalkan dengan Set Kulit Berminyak Shaklee ni..



Vitamin A (Carotomax)

Sebenarnya, pori-pori dimuka kita menghasilkan minyak yang perlu pada kulit untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Walau bagaimanapun, sekiranya penghasilan minyak ini terlalu banyak, liang pori-pori boleh tersumbat dengan pengeluaran sebum yang banyak dan sel-sel kulit mati seterusnya terjadi pula masalah bintik-bintik hitam yang akan mengakibatkan liang pori-pori kulit muka semakin membesar. Vitamin A penting untuk mengekalkan, membaik pulih, dan mengukuhkan sel-sel tisu pelindung kulit anda. Vitamin A bertindak sebagai antioksida yang membantu menyingkirkan toksin dari badan serta membantu mengawal penghasilan sebum yang seimbang. Retinoid yang didapati dari vitamin A boleh membantu merawat dan mencegah masalah jerawat.

Asid Lemak Omega 3 (Omega Guard)

Kulit akan mengalami masalah sekiranya anda kekurangan asid lemak Omega 3. Bintik-bintik hitam mudah terbentuk bila kulit muka terlalu berminyak dan adanya se-sel kulit mati yang tersumbat di liang pori-pori kulit. Asid lemak Omega 3 memainkan peranan penting untuk kulit yang sihat dengan mengawal kelembapan struktur kulit yang tidak stabil serta membantu untuk mengekalkan keanjalan. Omega 3 yang baik terdiri daripada kandungan asid docosahexaenic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA) yang tinggi dan sumbernya sebaik-baiknya berasal daripada ikan air sejuk laut dalam seperti salmon, trout, sardin dan makarel.


Vitamin C
Sebagai antioksidan, vitamin C membuang radikal bebas yang berbahaya dan menguraikannya kepada sebatian yang tidak berbahaya. Salah satu punca jerawat adalah kerosakan kepada kulit akibat daripad aaktiviti radikal bebas. Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen yang membantu dalam membaikpulih sel dan melindung sistem imun tubuh.

Macam mana? Boleh makan kan vitamin yang Kak Sya cadangkan ni? InsyaaAllah berkesan dengan izin-Nya. 

Kak Sya akan bimbing korang untuk dapatkan hasil yang korang idamkan. InsyaaAllah.


Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

Hilangkan parut dengan Set Cantik Shaklee!

Bismillah

Assalamualaikum cantik-cantik sekelian

Parut jerawat memang memeningkan. Kalau nak cerita pasal parut jerawat ni, dia bukan boleh merendahkan confidence level, tapi merimaskan! Lagi-lagi parut yang hitam tu.

Korang boleh ikhtiarkan untuk hilangkan parut jerawat yang Kak Sya dah share sebelum ni dalam entry 7 Cara Berkesan Menghilangkan Bekas Jerawat. Selain dari 'membersihkan' bekas jerawat secara alami, korang juga boleh dan digalakkan sangat untuk mencuba untuk hilangkan parut jerawat dengan Set Cantik Shaklee



Apa yang best sangat pasal Set Cantik Shaklee ni?

1. Vitamin C
- Melindungi kulit daripada faktor persekitaran yang merosakkan kulit
- Sumber utama penbentukan kolagen, iaitu sejenis protein yang membantu pertumbuhan sel dan salur darah selain menjadikan kulit tegang dan kuat.

2. Vitamin E
- Membantu memudarkan parut.
- Merupakan antioksidan yang memelihara dan memperbaiki kulit. Antioksidan merupakan agen yang meneutralkan kesan pengoksidaan oleh radikal bebas. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang kerosakan selmdari berlaku.

3. B Complex
- Vitamin penting untuk penjagaan kulit.
- Membantu tona kulit yang bercahaya. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak sihat dan boleh menyebabkan jerawat pada muka.

4. ESP
- Mencerahkan parut jerawat.
- Menggantikan sel-sel kulit mati yang menyebabkan bintik-bintik hitam kepada sel-sel baru yang lebih segar

Jom intai testimoni customer yang berjaya menghilangkan parut jerawat dengan Set Cantik Shaklee ni.

Buang parut jerawat yang merimaskan tu sekarang!

Contact Kak Sya untuk consultatuon eksklusif!


============================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
============================

7 Cara Hilangkan Jerawat

Bismillah..

Assalamualaikum semua. Selamat pagiiii 

Awal Kak Sya tulis entry pagi ni. Ni semua sebab semangat & aura detox parasit yang Kak Sya tengah buat sekarang. Best tau buat detox. Dalam masa 8 hari, Kak Sya dah dapat rasakan perbezaan tang berat dan inch loss tu. Ya ALLAH syukurnyeee.

Eh, lain pulak mukadimah dengan tajuk entry ye? Hihihi. Sorry lah ye. Sebenarnya entry kali ni ada kena mengena ngan kesan dari detox yang Kak Sya alami. Iaitu JERAWAT.

Dalam dunia ni takde siapa yang suka muka dia ada jerawat kan? Jerawat ni boleh jadikan seseorang tu rendah diri, kurang keyakinan, macam2 lah. Tak pernah seumur hidup Kak Sya dengar ada orang lompat2 kesukaan sebab ada jerawat baru tumbuh. Hihihi. Eh, ada ke?

Ok lah, sebenarnya Kak Sya nak share tips2 untuk hilangkan jerawat. 



Jom baca sama2 dan apply:

1. Guna ubat gigi
Haa sekarang dah tau kan? Ubat gigi bukan untuk gigi je, tapi untuk rawat masalah jerawat juga. Soda penaik dan bahan lain dalam ubat gigi boleh mengeringkan jerawat. Jangan letak banyak2, sebab nanti ubat gigi akan kering. Letak ditempat yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama 2 jam dan bila sesuatu

2. Zink
Bukan zink bumbung tu tau! 😂
Contoh makanan yang kaya zink adalah biji labu, bayam, , cendawan, gajus dan kekacang. Zink dapat mencegah pembentukan hormon DHT yang boleh menyebabkan jerawat

3. Putih telur
Teringat zaman sekolah dulu adik Kak Sya gemar dan rajin buat mask putih telur. Leceh, tapi hasil dia memang superb! Putih telur dapst menyerap minyak yang terperangkap dalam rongga kulit. Minyak dalam rongga ni lah yang sebab kan jerawat,kan? Putih telur juga mengandungi avidain, sejenis antibiotik semulajadi yang membunuh bakteria penyebab jerawat, cayalah!



4. Minyak tea tree
Minyak tea tree mengandungi ciri-ciri anti-radang. Tapi kalau nak guna cairkan dulu minyak ni dengan air. 1 titik tea tree oil dengan 9 titik air. Lepas tu sapu ditempat berjerawat sehingga jerawat hilang.

5. Betik
Betik mengandungi dua enzim, papain dan chymopapain yang mempunyai kuasa menentang jerawat yang hebat. Ia bukan saja membuang sel kulit mati yang boleh menyebabkan jerawat, tapi ia juga mengurangkan radang. Lenyekkan betik, sapu dimuka dan biarkan selama 15-20 minit, bilas. Buat sekali seminggu

6. Lemon
Lemon kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit. Asid sitrik dalam lemon amat baik untuk pengelupasan kulit yang menjadi satu langkah penting untuk merawat jerawat. Lemon juga boleh mengurangkan keradangan, dan dapat membantu membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat



7. Tomato
Selain sedap dimakan begitu saja, tomato juga boleh dibuat mask untuk kulit. Tomato kaya dengan antioksidan yang baik untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan jerawat. Ia juga membersihkan pori, mencegah bakteria, kotoran, minyak dan sel kulit mati penyebab jerawat. Blend tomato dan jadikan ia mask kulit.

Perlu diingat ye, tak semua bahan yang dicadangkan ini sesuai untuk semua jenis kulit. Jika anda rasa tidak selesa, boleh lah hentikan rawatan. 

Selamat mencuba!


❤,
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang