7 Cara Hilangkan Jerawat

Bismillah..

Assalamualaikum semua. Selamat pagiiii 

Awal Kak Sya tulis entry pagi ni. Ni semua sebab semangat & aura detox parasit yang Kak Sya tengah buat sekarang. Best tau buat detox. Dalam masa 8 hari, Kak Sya dah dapat rasakan perbezaan tang berat dan inch loss tu. Ya ALLAH syukurnyeee.

Eh, lain pulak mukadimah dengan tajuk entry ye? Hihihi. Sorry lah ye. Sebenarnya entry kali ni ada kena mengena ngan kesan dari detox yang Kak Sya alami. Iaitu JERAWAT.

Dalam dunia ni takde siapa yang suka muka dia ada jerawat kan? Jerawat ni boleh jadikan seseorang tu rendah diri, kurang keyakinan, macam2 lah. Tak pernah seumur hidup Kak Sya dengar ada orang lompat2 kesukaan sebab ada jerawat baru tumbuh. Hihihi. Eh, ada ke?

Ok lah, sebenarnya Kak Sya nak share tips2 untuk hilangkan jerawat. 



Jom baca sama2 dan apply:

1. Guna ubat gigi
Haa sekarang dah tau kan? Ubat gigi bukan untuk gigi je, tapi untuk rawat masalah jerawat juga. Soda penaik dan bahan lain dalam ubat gigi boleh mengeringkan jerawat. Jangan letak banyak2, sebab nanti ubat gigi akan kering. Letak ditempat yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama 2 jam dan bila sesuatu

2. Zink
Bukan zink bumbung tu tau! 😂
Contoh makanan yang kaya zink adalah biji labu, bayam, , cendawan, gajus dan kekacang. Zink dapat mencegah pembentukan hormon DHT yang boleh menyebabkan jerawat

3. Putih telur
Teringat zaman sekolah dulu adik Kak Sya gemar dan rajin buat mask putih telur. Leceh, tapi hasil dia memang superb! Putih telur dapst menyerap minyak yang terperangkap dalam rongga kulit. Minyak dalam rongga ni lah yang sebab kan jerawat,kan? Putih telur juga mengandungi avidain, sejenis antibiotik semulajadi yang membunuh bakteria penyebab jerawat, cayalah!



4. Minyak tea tree
Minyak tea tree mengandungi ciri-ciri anti-radang. Tapi kalau nak guna cairkan dulu minyak ni dengan air. 1 titik tea tree oil dengan 9 titik air. Lepas tu sapu ditempat berjerawat sehingga jerawat hilang.

5. Betik
Betik mengandungi dua enzim, papain dan chymopapain yang mempunyai kuasa menentang jerawat yang hebat. Ia bukan saja membuang sel kulit mati yang boleh menyebabkan jerawat, tapi ia juga mengurangkan radang. Lenyekkan betik, sapu dimuka dan biarkan selama 15-20 minit, bilas. Buat sekali seminggu

6. Lemon
Lemon kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit. Asid sitrik dalam lemon amat baik untuk pengelupasan kulit yang menjadi satu langkah penting untuk merawat jerawat. Lemon juga boleh mengurangkan keradangan, dan dapat membantu membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat



7. Tomato
Selain sedap dimakan begitu saja, tomato juga boleh dibuat mask untuk kulit. Tomato kaya dengan antioksidan yang baik untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan jerawat. Ia juga membersihkan pori, mencegah bakteria, kotoran, minyak dan sel kulit mati penyebab jerawat. Blend tomato dan jadikan ia mask kulit.

Perlu diingat ye, tak semua bahan yang dicadangkan ini sesuai untuk semua jenis kulit. Jika anda rasa tidak selesa, boleh lah hentikan rawatan. 

Selamat mencuba!


❤,
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

No comments:

Post a Comment