Kencing manis semasa mengandung (Gestational Dibetes - GDM)

Bismillah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah 16 hari dah berlalu di bulan November ni. Harini Kak Sya nak kupas sedikit tentang penyakit kencing manis semasa mengandung, atau lebih popular dikenali sebagai GDM (Gestational Diabetes Mellitus) dikalangan ibu-ibu hamil.



GDM berlaku apabila ibu-ibu yang tidak mempunyai masalah kencing manis mengalami kenaikan kadar gula dalam darah semasa hamil. 

Bagaimana berlakunya GDM?

GDM akan berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin yang secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan pankreas mempunyai dua tugas utama iaitu:

• Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
• Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan

Semasa kehamilan, badan kita akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, menyebabkan anda mendapat GDM.

GDM selalunya akan hilang sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Kesan GDM kepada bayi dalam kandungan

Bayi yang lahir dari ibu yang mempunyai masalah GDM yang tidak dirawat dengan betul akan :

• Lahir dengan saiz yang besar
• Mempunyai kandungan gula dalam darah yang rendah
• Demam kuning (Jaundice)


Bagaimana GDM mempengaruhi bayi dalam kandungan

Jika masalah GDM ibu tidak dirawat, boleh juga menyebabkan kematian semasa kelahiran bayi (stillbirth). Untuk jangkamasa panjang, anak yang dilahirkan boleh menjadi obes dan boleh mendapat diabetes type 2.


Rawatan untuk GDM

• Diet yang bersesuaian untuk pesakit kencing manis
• Senaman
• Suntikan insulin
• Mengamalkan set kawalan gula untuk ibu mengandung

Haaa dah tahukan betapa bahayanya GDM untuk ibu mengandung ni? Kalau nak baca testimoni ibu2 yang berjaya mengamalkan set kawalan gula Shaklee, boleh refer disini ye!



Untuk yang berminat nak cuba set kawalan gula ni boleh juga contact Kak Sya seperti dibawah:

🌹 Call/WA/SMS : 013.7799.724
🌹 FB : Syahridah Ishak 
🌹 IG : msishaque14
🌹 FB Page: Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌹 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar.  Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 


🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

Sampai sini dulu. 

❤,
Kak Sya 


No comments:

Post a Comment