10 makanan untuk turunkan kolestrol

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Selamat berhujung minggu.

Dah sarapan? Jangan lupa, hujung minggu ni adalah masa terbaik terutamanya kepada yang bekerja untuk bersenam. Bersenam ni bukan aje untuk kurus, tapi untuk pastikan perjalanan darah kita lancar.

Cerita pasal kurus kan, korang tau tak orang kurus ni kan berisiko untuk mengalami masalah kolestrol tau? Meh baca sikit pasal kolestrol kat sini

Kak Sya suka nak share kat korang 12 makanan untuk turunkan kolestrol:

Oat
Jika korang sedang berusaha untuk menurunkan kadar kolestrol korang, cuba start dengan mengubah menu sarapan korang. Dengan mengambil 2 hidangan oat semasa sarapan boleh menurunkan LDL (kolestrol jahat) sehingga 5.3% dalam masa 6 minggu. Kunci untuk "membunuh" kolestrol jahat ni ialah beta-glucan, sejenis bahan yang menyerap LDL. 


Salmon
Lemak Omega-3 adalah salah satu keajaiban kesihatan yang mampu menghindari penyakit jantung, nyanyuk dan pelbagai penyakit lain, termasuklah menurunkan paras kolestrol. Menurut kajian yang dijalankan oleh Loma Linda University, dengan menggantikan lemak tepu dengan lemak omega-3 yang boleh didapati dari ikan salmon, sardin dan herring dapat meningkatkan kadar kolestrol baik sehingga 4%.


Kekacang
Jika korang gemar memakan snek, makan lah snek yang seperti kekacang yang mampu merendahkan paras kolestrol! Dalam satu jurnal yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition (AJCN), orang yang mengambil 1.5oz walnut 6 hari seminggu selama sebulan dapat menurunkan kolestrol mereka sehingga 5.4% dan kolestrol LDL sehingga 9.3%!! Wow banyak tuuu..


Teh
Ramai mengetahui bahawa teh adalah antioksidan pelawan kanser, dan ia juga adalah benteng terhadap kolestrol LDL! Menurut kajian  yang telah dijalankan dengan USDA, teh hitam (black tea) dapat menurunkan lipid darah sehingga 10% dalam masa 3 minggu! Dan daripada keputusan ini lebih banyak kajian dilakukan dan membuktikan bahawa teh dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari!

Coklat
Ya! Memang korang baca betul! Pengambilan coklat mamu meningkatkan paras kolestrol HDL! Dalam satu jurnal terbitan AJCN (diterbitkan pada 2007), mereka yang diberi serbuk koko selama 12 minggu berjaya menaikkan kadar HDL sebanyak 24% berbanding mereka yang tidak mengambil serbuk koko (5%). Ingat tau, coklat yang korang kena ambil hanyalah dari jenis dark atau bittersweet chocolate aje. Sebab dua2 coklat ni mengandungi antioksidan yang tinggi (3x lebih tinggi) berbanding coklat susu biasa. Antioksidan ni pulak berfungsi untuk platlet darah dari melekat antara satu sama lain dan menghalang penyumbatan salur darah

Marjerin
Pilih marjerin yang mempunyai sterol tumbuhan kerana ia boleh membantu merendahkan kolestrol. Sterol tumbuhan adalah unsur yang boleh merendahkan penyerapan kolestrol.

Bawang putih
Selain menyedapkan makanan, bawang putih juga dalam senarai makanan yang mampu menurunkan kolestrol. Bawang putih juga baik untuk mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan jangkitan. Ia boleh mengelakkan arteri tersumbat dengan cara menjaga zarah kolestrol daripada melekat pada dinding arteri. Cuba makan 2 hingga 4 labu bawang putih sehari



Minyak zaitun
Berita baik untuk pengguna minyak zaitun!! Minyak zaitun penuh dengan asid lemak monotaktepu (MUFA), yang merendahkan kolestrol LDL dan mempunyai kesan sampingan - ia boleh menyingkirkan lemak perut. Korang boleh gunakannya untuk membuat kuah salad, perap ayam dan ikan, atau guna untuk panggang sayur-sayuran.


Bayam
Sayur kegemaran Kak Sya ni sangat kaya dengan lutein - sejenis pigmen kuning matahari yang boleh didapati dalam sayuran hijau. Lutein ni memang dah dikenali sebagai pengelak degenerasi makula yang ada kaitan dengan usia, yang menjadi punca utama buta. Sekarang, kajian mendapat makanan yang kaya lutein mampu untuk menjaga kita dari penyakit jantung dengan 'menghalau' serangan kolestrol yang mampu membuatkan arteri tersumbat. 


Avocado
Avocado adalah sumber terbaik MUFA, yang mampu membantu meningkatkan kolestrol HDL dan menurunkan LDL. Dan lebih baik lagi, ia mengandungi beta-sitosterol sejenis lemak tumbuhan yang sangat bermanfaat yang membantu menurunkan jumlah kolestrol yang diserap dari makanan. 


Kak Sya harap perkongsian Kak Sya harini bermafaat lah untuk semua. Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, silalah share, tak perlu minta izin.

Ok, jaga diri. Senyum selalu :)


============================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
============================

No comments:

Post a Comment