Kebaikan penyusuan ibu

Bismillah..

Assalamualaikum readers! Lama Kak Sya tak bersiaran kan? 

Harap2 semua sihat la hendaknya. 

Entry ni Kak Sya nak cerita sikit tentang kebaikan breastfeeding, orang Melayu panggil penyusuan ibu.



Setiap ibu yang disahkan hamil pasti sudah mengimpikan untuk menyusukan permata hati bila dia lahir kelak. Walaupun ada yang memilih untuk tidak menyusukan anak yang bakal lahir, Kak Sya percaya pasti mereka ada alasan tersendiri.

Sebenarnyakan, banyak tau kelebihan penyusuan ibu ni. Let's cekidaut apa kebaikan dia:-

1. Komposisi susu ibu yang lengkap nutrisi - cukup protein, lemak, vitamin, mineral, you name it - susu ibu ni Allah dah ciptakan cukup, ngam2, cantik2 je segala nutrien yang bayi kita perlukan untuk tumbesaran optimanya. Tak perlu tambah pape. Cukup secukup-cukupnya.

2. Penyusuan ibu menggalakkan perkembangan otak bayi anda

3. Mengurangkan pendedahan awal bayi terhadap gula (susu 🐄 tu tetap ade sugar tauu walaupun 🐄 kata takde gula) dan mengurangkan risiko kaviti kat anak di kemudian hari.

4. Mengurangkan insiden jangkitan telinga tengah (middle ear) dan jangkitan pernafasan.

5. Mengurangkan risiko ibu untuk mendapat kanser ovari, rahim dan payudara serta osteoporosis 

6. Mengurangkan risiko bayi untuk mendapat kencing manis, eczema, asthma, elergi, kanser, obesiti dan penyakit jantung kemudian hari.

7. Membantu ibu membakar sehingga 500 kalori setiap hari

8. Mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin dan risiko ibu terkena anemia.

9. Yang paling best, penyusuan ibu ni percuma, bersih, ready-to-drink & mesra alam.

So ibu2 pilih yang mana? Kak Sya mestilah pilih breastfeeding! 😍😍😍



Say YAY untuk breastfeeding!

Ibu2 tengah cari supplement untuk milk booster? Boleh baca tentang supplement penyusuan Shaklee kat sini ye


Happy breastfeeding, mommies!
Kak Sya 

No comments:

Post a Comment