Showing posts with label Kasih Hati. Show all posts
Showing posts with label Kasih Hati. Show all posts

Percutian 3D2N di Pulau Perhentian, Terengganu - Part 3

Sambungan Part 2.. haha.. banyak la sambungan dia..

Masa kami lunch di Kampung Nelayan tu, perasan juga ada sebuah masjid warna putih. Cantik. Sebenarnya nampak je dari seberang chalet penginapan kami. Memang cantik. Azan pun boleh sampai ke chalet kami..

Malam tu kami tapau dari cafe Coral View je. Makan nasi goreng seafood dengan telur dadar. Tak larat nak keluar sebab anak3 bangsa dah penat tak mau keluar bilik. Haha. Ayah dia bawak balik makanan, sedap juga dihabiskannya.

End of day 2..

Hari ketiga, kami cuma sarapan dalam bilik. Menghabiskan semua biskut dan roti yang kami tapau sebelum kami ke pulau. Berjaya juga la habiskan walaupun tak semua. 

Bawa anak3 main pasir, last kopek, dan Mamy dia pun ambil kesempatan mandi laut sambil acah-acah nak tangkap ikan. Punye lah banyak ikan, sampai duduk kat gigi air pun ada ikan. Dan sebab air begitu jernih, memang nampak lah banyak sangat ikan. Subhanallah, memang seronok.  

Sampai pukul 10, kami balik ke bilik, mandi, siapkan anak3 dan kemas. Lepas tu check out sambil tunggu bot sampai dalam pukul 12. Apa lagi, snap snap snap lah.. Hihi..

Hari yang kami balik tu memang air bergelora. Bot melambung-lambung. Kak Sya dan Kakak punye jerit.. hahaha memang malu weii. Nana pulak terkenan aura penakut kena lambung air Mamy dia, ketakutan dia, sekali lagi Kak Sya peluk Nana kuat-kuat, sampai Nana tertidur.

Tamat lah percutian 3D2N kami di Pulau Perhentian. Memang best, especially untuk first timer macam kami ni. Memang tak sangka anak3 enjoy dengan environment pulau dan pantai. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti kembali..

Jom layan gambar..
Peminat pasir 
Laila, Nana, Sara


Percubaan cedok ikan coral

Goodbye Coral View, goodbye Perhentian <3

The 5 of us

Terima kasih kerana sudi baca coretan percutian 3D2N kami di Pulau Perhentian. Sebenarnya kami sambung bercuti di Kuala Terengganu selama 2D1N. Sempat lah jalan-jalan ke Pasar Payang, Masjid Kristal, dan makan seafood baaanyak2. Best best best :D

Maaanyak murah

Kitorang stay kat Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

Masjid Kristal

Duduk luar je, nak masuk sekali dah tutup daaa

Pasar Payang

Lepas pergi Pasar Payang, kami ke Muzium pula

Anak-anak dara Mamy
Ok lah, sampai sini dulu, kali ni Kak Sya betul2 nak ucap terima kasih kat anda semua sebab sudi baca cerita percutian kami yang tak seberapa ni. Selamat berhujung minggu.

Take care!


Kak Sya
Penggemar keropok lekor
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Percutian 3D2N di Pulau Perhentian, Terengganu - Part 2

Bismillah..

Excited nak sambung kisah percutian 3 hari 2 malam kami di Pulau Perhentian Besar, Ganu kite.. Hihihi. Kalau anda belum baca kisah hari pertama kami di Pulau Perhentian, boleh klik di sini..

Pagi hari kedua, kami sarapan di cafe chalet saja. Tak mau buang masa sebab kami pun ada aktiviti snorkeling jam 11. Nama pun duduk pulau, so meja semua atas pasir. Yang paling happy of course la Nana. Belum sempat makanan sampai, Nana dah menyangkung main pasir. Sampai rambut pulak tu! 


Pandangan depan chalet

Ayah dan Puteri3

Breakfast by the sea

Kasih hati Ayah

Lapar makmek la tu. Roti bakar pun sodappp

Fevret - mihun goreng seafood

Dah siap sarapan, kami balik ke bilik. Kejap lepas tu pukul 11, kami ke jeti tunggu bot yang nak bawa kami snorkeling sampai. Rupanya ada 4 spots yang bot bawa kami snorkel, i) spot tgk penyu ii) spot tgk shark dan iii) dua spots tgk coral.


Sementara tunggu bot sampai

MasyaaAllah. Coral kemain lawa. Air laut memang jernih. Memang boleh nampak sampai 1 1/2 tingkat rumah kebawah (haha nak umpamakan berapa kaki Kak Sya pun taktau..)


Masa kami dibawa utk tengok penyu, macam biasa pemandu bot akan cari penyu kat mana. Once spotted, pemandu bot panggil kami ramai-ramai terjun laut. Snorkel tengok penyu. Subhanallah. Tak pernah terfikir nak tengok penyu sedekat tu. Kat laut lak tu. Sayang takde camera yg water proof untuk capture gambar penyu kat laut. Yang mampu amik pun ade plak minah saleh photo bomb. *sigh*

Penyu


Kakak memang enjoy aktiviti snorkeling. Berani, tak sangka Mamy

Turn Mamy turun tengok penyu. Ayah jaga anak3

Last spot yang kami pergi ialah tengok shark. Yang ni Kak Sya tak turun la. Takut. Kang buat nya dia teringin nak kunyah kaki manusia (nauzubillah), takut tak sempat lari (eh..berenang) je.

Yang spot snorking untuk coral pulak, 1st spot Kak Sya pergi tak dalam sangat. Yang kedua.. ya Allah dalamnya. Yg ni mcm 2 tingkat rumah tingginya! Memang amazing! Tak tahu nak ucap syukur macam mana sebab diberi peluang melihat ciptaan Allah kat pulau ni..

Lepas dah siap snorkeling, kami di bawa ke kampung nelayan di Pulau Perhentian Kecil untuk lunch. Makan ikan tongkol goreng lada memang layan.. Haha. Puas berendam apa tak laparnya. Kat kampung nelayan ni juga la first time Kak Sya rasa satay ikan. Sedap juga. Macam keropok tisu jugak rasanya.


Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Ambil dari atas bot je tauu
Lepas lunch balik bilik ZzZzZzZz kiki.. meh layan gambar2 lain yang sempat Kak Sya snap..


Dua orang budak takut snorkeling
Kampung Nelayan

Eh macam panjang pulak. Nanti kita sambung day 2 kat part 3 la ye.. 

Ok ke ok?


Selamat sihat,
Kak Sya
Masih belum move on


Percutian 3D2N di Pulau Perhentian, Terengganu - Part 1

Bismillah..

Deepavali lepas (18 - 20 October 2017) kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Perhentian di Terengganu. Sebenarnya hajat nak ke Terengganu ni dah lama, tapi keinginan tu tak berapa nak kuat untuk ke sana.

Kami mulakan perjalanan pada 17 November petang,  memang bajet nak sampai Pekan malam, plannya nak bermalam di Pekan sebelum sambung semula perjalanan Subuh keesokan jadinya.

Tapi kita hanya merancang, sebab Hubby dah penat, anak-anak pun nampak restless, kami decide untuk bermalam di pekan Rompin. Check in je kat bajet hotel yang kitorang pass by. Hihi. Boleh la buat tidur 6 jam. Yang kitorang tau anak3 especially budak kecik setahun setengah bukan main excited ngan bilik tu. Kahkah. Memang kelakar.. 


Kegembiraan jelas terpancar diwajah beliau

Esoknya dalam jam 5 pagi kami bergerak menuju ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Singgah sekejap di satu stesyen minyak untuk Subuh, lepas tu straight ke Jeti Kuala Besut. Alhamdulillah cuaca terang sangat haritu.

Sampai di jeti, dah siap beli tiket kami pun naik lah boat. Huh memang best. Kebetulan berombak sikit, laju pulak boat tu maka melambung2 lah kami. Orang lain relax je, Kak Sya dan Kakak kemain kuat jerit lawan takut.. Hahaha


Mamy kena peluk Nana kuat-kuat sebab bot laju sangat
Muka Laila.. hahaha

Nana yang ketakutan

Di Pulau Perhentian Besar (rupanya ada Pulau Perhentian Kecil dan Besar), kami stay di Coral View Island Resort. Walaupun rate dia hanya 2 star, tapiiii bilik dia memang besar. Kami ambil bilik yg ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik air pun boleh tahan besar. Cuma bilik yang kami dapat tu tak sea view. Garden view. Tapi ok lah. Dekat juga dengan pantai. 

Bilik memang besar, TV dia pun besaq

Bilik ni selesa sangat kalau duduk 5 beranak

Ruang tamu mini. Depan pintu betul2

Sebab kami sampai dah tengah hari, kami cuma relax je kat bilik. Mandi bersihkan badan, rupanya toiletries semua tak bawak!! Waaaa. Yang ada cuma anak3 punya head to toe wash je. Oh sedih. Bila Hubby pergi kedai pulak, diorang cuma ada berus gigi & syampu. Lain?Yillek. Sebatang berus gigi costs us RM8. Mahal woiii. Selamat cap Colgate. Hahaha

Maka takde la pencuci muka bagai Kak Sya haritu. Petang tu kami bawa anak3 main pasir je. Rupanya tepi pantai tu ada banyak sangat coral yang dah mati. Pantai bersih sangat. Air laut pun jernih sangat. Main2 pasir kejap, kami pun apa lagi.. keceburrr lah.. 

Chalet kami memang tak jauh dari pantai. Sebelah kiri isle ni ialah reception dan cafe

Sebenarnya kaki Kak Sya dalam air ni tau. Jernihnya air Subhanallah!!

Kami tak sangka Nana sangat pantai friendly. Langsung tak takut pasir. Yang baju hitam belakang tu takyah cite la.. Hahaha

Sejenis kegembiraan

Pantai depan chalet. Yg seluar pink tu control je tu.. Hihihi

Ikan2 coral yg lapar biskut. Kami bawa biskut tiger. Lembik dlm masa 2 saat

Nasib bawa biskut. Dapat juga bagi ikan2 kat situ makan. Seronok! Sebab banyak sangat! Laila dan Nana sampai ketakutan jadinya sebab ikan tu tolong gigit-gigit manja kaki diorang juga.. Hahaha

Lepas dah mandi, layan ikan-ikan, kami pun ajak la anak3 naik masuk bilik. Masing-masing confirm la takmau kan? Especially yg setahun setengah tu. Kami pujuk anak3 kena simpan tenaga sebab esoknya kami ada aktiviti snorkeling pulak..

Pengsan sepengsannya..

Ex-BF Kak Sya. InsyaaAllah suami sampai syurga

Lepas dah berendam, confirm la kebuluran kan.. Hahaha. Ruang depan chalet. Ada kerusi malas-malasan

Malamnya, kami keluar mencari dinner di sekitar kawasan chalet. Macam minat nak makan kat cafe resort sebelah, tapiii semua yang makan kat situ mat saleh, pastu setiap meja mesti ada tin beer. Hihi. Jalan lagi, jumpa Mama's Chalet, kalau tak salah la nama dia. Makan kat situ. Sedap. Sotong sebesar lengan Nana yang fresh. Costs us dalam RM45 sekali masak. Tu je la pun specialnya. Diorang pun tak banyak stok seafood, sebab minggu yang kitorang pergi tu ialah minggu terakhir diorang terima guest sebelum diorang completely shut down untuk monsoon season. 


Dinner @ Mama's Chalet

Dah kenyang, jom jalan2 amik angin pantai

Sotong sambal fresh

Baru tau.. kitorang pulak main book. Alhamdulillah sepanjang hari pertama cuaca baik, takde hujan langsung..

Dah kenyang, kami jalan2 ambil angin malam. Gambar tak banyak ambil sebab masing2 dah kepenatan, nak balik bilik tidoooo

Next entry kita sambung Part 2 pulak yee.. Hihihi



Thanks for reading,
Kak Sya
Makin suka dengan pulau



Apa Kak Sya buat dengan bonus pengedar Shaklee?

Bismillah.. 

Lagi 3 hari nak bonus Shaklee. Memang tiap-tiap bulan tepat atau awal dari 14 hari bulan bonus Shaklee berka-ching dan harimau confirm mengaum, alhamdulillah.

Nak tau apa yang Kak Sya buat dengan duit bonus Kak Sya?

Selalunya duit bonus ni saya guna untuk beli stok Shaklee. Kena la standby kan kalau tiba tiba ada kes-kes dimana customer perlukan supplement urgently, contoh macam harini - titibe ada customer minta Kak Sya hantarkan Herbal Blend, Basic H dan Nutriferon sebab anak beliau terkena penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease). Weekend branch Shaklee memang tak buka. So ready stock memang membantu Kak Sya untuk support customer's urgent need. Alhamdulillah..

Selain beli stok, Kak Sya juga suka belanja family makan dan spend sikit untuk toys anak-anak (yang tak mahal..kikiki). Kadang-kadang bila anak-anak minta something, dengan duit bonus ni juga la daku tunaikan. Upah untuk anak-anak sebab selalu teman Mamy pergi branch Shaklee dan COD. Kitorang jugak ada lagu tau:-

Nanana nanana 
Nana si budak comel
Ke sini ke sana 
Sibuknya dia

Ikut Mamy gi Shaklee
Lepas tu gi COD
Nanana nanana
Comelnyee dia

**ikut irama lagu Wawa Si Lebah Comelnyee Didi and Friends.

Haritu, lepas pergi Shaklee dan COD Set Kanak-Kanak kepada seorang loyal customer Kak Sya di Permas Jaya (TQ Hanna dearie), Mamy bawa anak-anak pergi Jusco. Lepas makan dan main di playground (masa tu bonus baru masuk), kami ke dalam Department Store untuk cari seluar Mamy. Sampai je kat tempat toys, teringat janji Mamy kat anak-anak untuk belikan PlayDoh. Haritu pernah beli sekali, tapi masa kenduri aqiqah Laila habis rosak. Biasa la bila dah banyak tangan main bersepah tak berkemas la. Siap berkulat PlayDoh dalam bekas dia.. Eeeewww


Kakak memang suka la. Terus pilih yang glitter. Laila macam biasa, sebab dia shadow Kakak, dia pun amik PlayDoh jugak. Tapi Mamy pilihkan yang starter pack. Amik yang kaler rainbow. Sebenarnya Kak Sya memang suka anak-anak main PlayDoh. Dulu kecik-kecik tak dapat. Sekarang macam balas dendam belikan untuk anak-anak.

Boleh la sekali sekala. Selalu no no no!

Kikiki

Korang nak jugak tengok akaun berisi tengah2 bulan? Jom join Kak Sya buat Shaklee!

Call/WA cepat2 ok! 

===========================
Kak Sya 
Founder TeamMagnifique  
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624
=========================== 

10 sebab kenapa mesti pilih SET BERPANTANG SHAKLEE!

Bismillah..

Ibu-ibu yang bersalin tak kira la kali ke berapa (especially bila anak dah ramai) mesti nak badan yang sihat, bertenaga sepanjang tempoh berpantang kan? 

Kak Sya mula berkenalan dengan SET BERPANTANG SHAKLEE lepas melahirkan anak ke-2, Laila Humaira si kasih hati. Masa tu bulan puasa, walaupun berpantang dengan mak, takkan la nak kacau mak untuk layan Kakak Sara main kan? Kesian kat mak..

Asbab makan set berpantang, Kak Sya memang sihat walafiat sepanjang tempoh berpantang. Ramai yang datang melawat yang tak percaya Kak Sya baru 8 hari bersalin (masa tu dah raya so ramai la saudara mara yang datang melawat). Memang bertenaga!

Nak tahu tak apa 10 kelebihan yang ibu-ibu akan dapat kalau berpantang dengan set berpantang Shaklee?


1. Ibu berpantang yang bersalin normal mesti takut nak ke toilet. Seriau kan? Sebab takut ke toilet dan sebab orang2 tua tak bagi minum air yang banyak, terjadilah masalah sembelit. Bila makan Ostematrix, insyaaAllah ibu-ibu akan mudah nak ke toilet. Sebab magnesium dalam Ostematrix berfungsi melembutkan najis

2. Badan ibu-ibu lebih bertenaga untuk jaga bayi yang baru lahir dan anak-anak lain yang perlukan perhatian.

3. Kulit ibu-ibu tak kusam

4. Ostematrix membekalkan keperluan kalsium untuk ibu-ibu, seterusnya membekalkan kalsium untuk bayi juga

5. Vitamin B Complex membantu mengurangkan sindrom meroyan ibu-ibu berpantang kerana ia mengandungi vitamin B12 yang dapat membantu mengelakkan stress

6. ESP membantu memperbaiki sel-sel dan mempercepatkan penyembuhan luka

7. Selamat untuk diambil ibu-ibu tak kisah bersalin normal atau czer. 

8. Susu badan ibu banyak dan pekat. Baby yang menyusu badan kenyang lebih lama

9. Vitalea membekalkan segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Iye lah, ibu-ibu berpantang kan macam-macam tak boleh makan. InsyaaAllah Vitalea yang mengandungi 28 vitamin dan mineral mampu untuk membekalkan keperluan vitamin dan mineral untuk ibu-ibu.


10. Iron dalam Vitalea memang membantu untuk tambah darah. 

Sebenarnya kan ada banyak lagi faedah dan kelebihan berpantang dengan set berpantang Shaklee.

Korang boleh layan testimoni set berpantang di sini ok!

Untuk ibu-ibu yang masih keliru dan mencari set berpantang yang sesuai, Kak Sya memang highly recommend set berpantang Shaklee ni. Bukan kerana Kak Sya nak jual, tapi Kak Sya dah makan (dan masih maksn sebab set berpantang ni memang bagus diamalkan oleh ibu-ibu) dan dah rasai kehebatan dia.

Memang berbaloi, memang tak rugi!

Jom contact Kak Sya cepat-cepat untuk dapatkan set bersalin ni. Consultation terbaik akan Kak Sya berikan untuk customer2 Kak Sya. 

Jaga diri


Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

❤❤❤

Pantang cara moden?! Nak makan ape?

Hai..
InsyaaAllah lebih kurang sebulan lagi Kak Sya akan bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi mujahidah. Seram memang seram lagi2 bila teringat masa bersalinkan Laila hampir 2 tahun lepas (1 tahun 8 bulan to be exact).

Lepas berpantang anak sulung (seorang puteri juga - Sara nama diberi) Kak Sya memang tak kenal lagi dengan Shaklee. Bila bersalin kali ke-2 baru kenal Shaklee. Tu pun nak try sebab takmau makan jamu (ee tak sedap).

Masa tengah pregnant kan Laila (puteri ke-2) Kak Sya terpengaruh dengan set bersalin Shaklee. Tapi tak beli la satu2. Start ngan ostematrix n vitalea (sebab dah amik masa pregnant), pastu baru beli ESP.

Sket2 kumpul dapat la set kat bawah ni:


Bila dah start minum ESP, memang rasa kenyang tu lagi lama. Selang 2-3 hari lepas start minum ESP, susu mula membanyak (haha ade ke perkataan membanyak). Memang kalau anak tak nyusu kena pam. Kalau tak abis rugi. Tengok sini untuk cerita ESP sebagai milk booster Kak Sya.

Nak tau tak fungsi setiap satu supplement dalam set berpantang Shaklee ni?


  • Zinc complex - Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin.
  • Ostematrix - Membekalkan kalsium secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi. Membantu melembutkan najis ibu, so kalau yang ada masalah sembelit, takut nak membuang masa lepas bersalin tu tak payah risau sangat la. InsyaAllah celik mata je pagi2 mesti nak pergi melabur.
  • Sustained release Vita-C - Meningkatkan imune system, membantu penyerapan iron (yang diambil dari Vitalea) dengan lebih baik. 
  • ESP - Tengok kat bawah ni:
  • Vitalea - Membekalkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu berpantang, seterusnya membekalkan tenaga.
  • B Complex - Membantu mengurangkan stress untuk ibu berpantang, menstabilkan hormon dalam badan
So far, setakat selepas bersalin si Kasih Hati, Kak Sya memang masih mengekalkan pengambilan semua supplement yang Kak Sya cerita kat atas tu. Kesan dia memang superb! Tak tipu!

Nak belanja gambar Kasih Hati masa umur dia 3 bulan. My Shaklee baby~~ <3


Entry lepas ni Kak Sya share pasal testimoni Kak Sya guna set premium berpantang + slimming + breastfeeding ok!

Stay tune!

Have a productive week!

Sayang selalu,
Kak Sya


☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!