Percutian 3D2N di Pulau Perhentian, Terengganu - Part 3

Sambungan Part 2.. haha.. banyak la sambungan dia..

Masa kami lunch di Kampung Nelayan tu, perasan juga ada sebuah masjid warna putih. Cantik. Sebenarnya nampak je dari seberang chalet penginapan kami. Memang cantik. Azan pun boleh sampai ke chalet kami..

Malam tu kami tapau dari cafe Coral View je. Makan nasi goreng seafood dengan telur dadar. Tak larat nak keluar sebab anak3 bangsa dah penat tak mau keluar bilik. Haha. Ayah dia bawak balik makanan, sedap juga dihabiskannya.

End of day 2..

Hari ketiga, kami cuma sarapan dalam bilik. Menghabiskan semua biskut dan roti yang kami tapau sebelum kami ke pulau. Berjaya juga la habiskan walaupun tak semua. 

Bawa anak3 main pasir, last kopek, dan Mamy dia pun ambil kesempatan mandi laut sambil acah-acah nak tangkap ikan. Punye lah banyak ikan, sampai duduk kat gigi air pun ada ikan. Dan sebab air begitu jernih, memang nampak lah banyak sangat ikan. Subhanallah, memang seronok.  

Sampai pukul 10, kami balik ke bilik, mandi, siapkan anak3 dan kemas. Lepas tu check out sambil tunggu bot sampai dalam pukul 12. Apa lagi, snap snap snap lah.. Hihi..

Hari yang kami balik tu memang air bergelora. Bot melambung-lambung. Kak Sya dan Kakak punye jerit.. hahaha memang malu weii. Nana pulak terkenan aura penakut kena lambung air Mamy dia, ketakutan dia, sekali lagi Kak Sya peluk Nana kuat-kuat, sampai Nana tertidur.

Tamat lah percutian 3D2N kami di Pulau Perhentian. Memang best, especially untuk first timer macam kami ni. Memang tak sangka anak3 enjoy dengan environment pulau dan pantai. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti kembali..

Jom layan gambar..
Peminat pasir 
Laila, Nana, Sara


Percubaan cedok ikan coral

Goodbye Coral View, goodbye Perhentian <3

The 5 of us

Terima kasih kerana sudi baca coretan percutian 3D2N kami di Pulau Perhentian. Sebenarnya kami sambung bercuti di Kuala Terengganu selama 2D1N. Sempat lah jalan-jalan ke Pasar Payang, Masjid Kristal, dan makan seafood baaanyak2. Best best best :D

Maaanyak murah

Kitorang stay kat Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

Masjid Kristal

Duduk luar je, nak masuk sekali dah tutup daaa

Pasar Payang

Lepas pergi Pasar Payang, kami ke Muzium pula

Anak-anak dara Mamy
Ok lah, sampai sini dulu, kali ni Kak Sya betul2 nak ucap terima kasih kat anda semua sebab sudi baca cerita percutian kami yang tak seberapa ni. Selamat berhujung minggu.

Take care!


Kak Sya
Penggemar keropok lekor
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

No comments:

Post a Comment