Sinusitis/Resdung - yang perlu anda tahu

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..

Apa khabar? Kak Sya doakan semua sihat lah ye.

Pernah tak anda dengar tentang resdung?


Resdung juga dikenali dengan nama sinusitis adalah keradangan dibahagian sinus. Tanda-tanda biasa resdung termasuklah:

  • Lendir hidung yang pekat
  • Hidung tersumbat
  • Sakit dibahagian muka 
  • Demam 
  • Sakit kepala
  • Kurang deria bau
  • Sakit tekak 
  • Batuk (lebih teruk diwaktu malam)
  • Post-nasal drip (resdung kronik)
  • Nafas berbau (resdung kronik)
Jika anda mengalami masalah resdung lebih dari 4 minggu, resdung jenis ini dikategorikan sebagai resdung akut (ARS) manakala resdung kronik pula jika anda menghidapinya lebih dari 12 minggu.

Sebab & punca resdung

Resdung boleh disebabkan oleh jangkitan, alergi, pencemaran udara atau masalah pada hidung. Kebanyakan kes resdung adalah disebabkan oleh jangkitan tular. Jangkitan bakteria mungkin ada jika simptom-simptom yang ditunjukkan lebih dari 10 hari, atau pesakit resdung menjadi lebih teruk selepas menunjukkan peningkatan kesihatan.

Bahaya tau sebenarnya resdung ni. Walaupun kebanyakan kita nampak resdung ni selamat version diwaktu pagi, tapi sebenarnya jika di biarkan sehingga ke tahap resdung kronik, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
  • Jangkitan pada soket mata, yang akhirnya mengakibatkan hilang penglihatan
  • Jangkitan pada tulang dahi (osteomyelitis) dan tulang di sekitar bahagian muka
  • Jangkitan pada bahagian tengah telinga disebabkan oleh kesesakan laluan hidung
  • Jangkitan pada otak disebabkan oleh serangan bakteria anaerobic melalui tulang atau sakit darah. 
  • Abses 
  • Meningitis
  • Perubahan personaliti
  • Sakit kepala
  • Kesedaran yang berubah2
  • Masalah penglihatan
  • Sawan 
  • Koma, dan mungkin kematian
Dahsyat tau kesan resdung ni. 

Penawar semulajadi untuk resdung

1. Bersihkan rongga hidung menggunakan saline wash. Saline wash akan mencairkan kenduri dan membuatkan ia lebih mudah untuk dihembus keluar


2. Cuba bromaline. Bromaline adalah sejenis protein yg dijumpai dalam batang buah nanas. Bromaline digunakan untuk mengurangkan bengkak pada rongga hidung.

3. Stim - stim membantu melembapkan sinus dan mencairkan lendir dan menanggalkan kotoran dari rongga hidung

4. Minum air dengan banyak. Kekal terhidrat adalah satu cara untuk memastikan sinus kita sentiasa lembap. Jauhi minuman berkaffein dan beralkohol yang menjadi punca dehidrasi.

5. Makan makanan pedas mampu melegakan sinus. 

6. Gunakan dehumifier dalam rumah

7. Jadikan rumah dan persekitaran anda bebas dari sumber alergi

Selain dari langkah-langkah rawatan semulajadi, anda juga boleh cuba Set Resdung Shaklee 😊

Ok lah, sampai sini dulu sharing Kak Sya. Esok kita tengok apa Set Resdung Shaklee eh. 


Kak Sya
www.wasap.my/60137799624

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : @shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Boleh follow dan like Kak Sya ok! 

No comments:

Post a Comment