GMF mini gathering @ Jojo Rakit 18-19 November 2017

Bismillah..

Alhamdulillah, untuk tahun ketiga berturut-turut Kak Sya dapat berjumpa dengan pengasas group bisnes Shaklee GMF, iaitu Mami Noor Azmiah yang mesra kami sapa Mami Mia

Asalnya Mami Mai saje je tanya pasal trip pertama kami The Ismails ke Jojo Rakit yang terletak di Tanjung Buai. Tanya-tanya sket, lepas tu Mami Mai terus decide date dan terus minta Kak Sya p tanya availability bilik untuk date 18-19 November 2017. Memang cepat. Pantas.

Terus ada 'committee'. Haha. Kitorang orang Johor la yang kena siap2kan makanan untuk grand BBQ. 

Nak tengok gambar BBQ kitorg tak? 


Ada ayam, kambing, otak-otak, pepes, sotong dan ikan pari. Yummy sangat!


Hubby yang rajin


Sekitar kawasan BBQ
Untuk trip kali ni, seramai 7 keluarga yang sama-sama memeriahkan gathering kalini. Kak Sya sekeluarga memang sampai lewat lah sebab kami kena hadir ke majlis graduation Kakak Sara. Kalau nak tengok gambar-gambar sekitar majlis graduation boleh klik sini.

Lepas BBQ kami ber-coaching santai. Sesi luahan rasa la. Memang beremosi. Memang rasa puas lepas dapat luah.


Belanja wefie sekeping
Di penghujung sesi luahan rasa, kami dapat souviner dari Mami Mia. Setiap seorang dari kami mendapat daun maple kering khas dari Korea. Cantik!





Penutup malam kami ialah sesi bertukar-tukar hadiah..


Sesi tukar hadiah


Kak Sya dpt goodies dari Yanie. Yeay!

Pagi tadi, kami bersarapan sandwich sardin & telur saje. Habis licin 3 buku roti. Hihi. Minum pulak dengan kopi O panas. Pergggghh memang mengancam. Sambil-sambil mak2 borak-borak, bapak2 teruskan memancing. Anak-anak pulak seronok dengan kawan-kawan baru diorang.. Baru adil semua orang happy! Yippieee


Bahan-bahan mentah untuk sandwich









Dah siap sarapan, kami pun bersiaplah untuk balik. Kemas apa yg patut, ambil gambar group dan sayonara Jojo Rakit!

Official colour GMF, royal blue
Orang berhandbag gitu la..





Dari kiri : My Bonda Shaklee, Kak Liza & Moyang Shaklee, founder GMF, Mami Mia


I will always be here for you..
Tamatlah percutian 2D1N kami di Jojo Rakit Tanjung Buat. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti datang lagi..


Kak Sya
Founder #TeamMagnifique🚀


No comments:

Post a Comment