Bismillah..
Zaman sekarang ni, ramai yang memilih untuk mencari 'duit tepi' walaupun ada kerja hakiki. Zaman sekarang juga, kadangkala kehendak memang kena letak tapi disebabkan gawatnya ekonomi. Nak selesaikan bab keperluan pun ada masa sesak nafas, sebab tu ramai yang memilih untuk cari duit lebih atau lebih glemer dikenali sebagai side income secara mata.
Ada banyak jalan sebenarnya untuk kita pilih bila kita buat keputusan nak cari pendapatan tambahan. Yang penting, kita tahu sama ada kita nak buat secara online atau offline, dan kita juga tahu produk atau jenis barangan yang nak kita niagakan. Kalau banyak modal, apa jenis bisnes pun kita boleh buat, minat tak minat je. Tapi, kalau takde modal macam mana pula?
Sekarangkan banyak dah bisnes yang memerlukan dropshipper atau ejen.. Boleh saja jadi salah satu. Yang anda perlu, cuma pengetahuan tentang produk jualan dan skill komunikasi dengan pelanggan. Kalau dropship dan ejen bukan pilihan anda, mungkin anda boleh tengok pilihan-pilihan dibawah:
1. Bisnes makanan/sarapan pagi
Kalau dah keperluan tu, salah satunya makanan lah. Tak perlu sampai nak buka restoran, anda boleh mula dengan perniagaan kuih-muih, ataupun makanan sarapan pagi seperti nasi lemak. Boleh mula berjualan di ofis, ataupun tumpang di kantin ataupun kedai/warung/gerai makan. Tapi kena ingat ye, bisnes makanan ni banyak senang jatuh. Pastikan makanan yang anda jual sedap dan buat masak sebab nak jual semata-mata tauu
2. Buat servis mobile/datang ke rumah
Dah lama dah Kak Sya perhatikan bisnes jenis ni. Masa Kak Sya kecik dulu suratkhabar je yang sampai depan pintu rumah, tapi sekarang kalau kita nak cuci permaidani, kusyen kereta dah tak perlu susah payah nak ke dobi / car wash. Call je insyaaAllah sampai la depan pintu. Facial dan SPA pun dah mobile juga tauu
3. Bina blog atau website
Kalau anda sejenis yang pandai dengan blog dan website, apa kata anda cuba bisnes pembinaan blog dan website? Kak Sya ada ramai kawan-kawan yang mencari duit tambahan dengan membina blog persendirian (termasuk make up blog) dan website untuk syarikat. Modalnya cuma sebuah computer atau laptop dan skill. Dan bayarannya boleh tahan juga, semestinya bergantung kepada skill dan kreativiti anda..
4. Mulakan bisnes mengikut skill anda!
Anda ada bakat dan minat baking? Sesuai sangat kalau anda mulakan bisnes baking - kek dan pastri. Ataupun jika anda pandai menjahit, boleh mula dengan mengambil tempahan kawan-kawan dan ahli keluarga. Hal pemasaran? Sekarang kan internet dihujung jari. Jadi tak perlulah anda menyewa kedai untuk mulakan bisnes ini. Ramai yang bermula dari rumah, dan dah berjaya pun. Cubalah, anda mesti kagum dengan permintaan dan hasilnya!
Kredit gambar : rosebakes.com |
5. Dropshipper/ejen
Yang ni yang paling mudah. Modal tak diperlukan, cuma perlu modal internet dan skill marketing dan menjual je. Ada banyak sangat cadang bisnes yang menggunakan khidmat dropshipper atau ejen ni. Anda pilih je. Tapi siasat dulu orang yang anda nak pilih tu. Jangan scammer sudahlah. Tak kanak-kanak anda yang menanggung penipuan orang!
Jika anda masih berkira-kira untuk memulakan bisnes dan sangat memerlukan wang tambahan, tapi takde modal, boleh hubungi Kak Sya. Kak Sya tau satu bisnes yang modalnya tak sampai RM100 tapi anda boleh dapat duit tepi yang tak bertepi! Anda rajin, anda sungguh-sungguh, anda dapat banyak ikut yang anda mahu!
Selamat berjaya!
Kak Sya
Founder bisnes group #TeamMagnifique🚀
6013.7799.624
No comments:
Post a Comment