Rawatan untuk psoriasis

Bismillah

Anda tentu dah mengikuti entry Kak Sya sebelum ni tentang psoriasis kan? Kalau belum cuba baca ni "punca dan simptom psoriasis" dan "jenis-jenis psoriasis"

Anda tentu boleh recall psoriasis yang paling teruk ialah psoriasis erythrodermic, yang jika terdapat flare pesakit psoriasis erythrodermic hendaklah segera berjumpa dengan doktor kerana erythrodermic psoriasis boleh membawa maut.

Di entry kali ni Kak Sya nak berkongsi dengan anda rawatan yang boleh diambil jika anda mempunyai psoriasis.



Rawatan psoriasis mengurangkan keradangan dan membersihkan kulit. Rawatan boleh dibahagian kepada 3 jenis, iaitu rawatan topikal, terapi cahaya dan perubatan sistematik. 

1) Rawatan topikal - sesuai untuk psoriasis tahap ringan ke sederhana. 

Topical corticosteroids

  • Jenis ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor untuk merawat psoriasis ringan dan sederhana.
  • Mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan, boleh juga digunakan bersama rawatan lain.
  • Corticosteroid ringan digunakan untuk disapu ke bahagian yang sensitif, seperti muka dan bahagian lipatan, juga untuk merawat tompokan besar pada kulit yang sudah rosak
Vitamin D analog
  • Vitamin D sintetik yang digunakan untuk memperlahankan tumbesaran sel kulit.
  • Sesuai untuk psoriasis ringan ke sederhana
Anthralin 
  • Derivative Vitamin A yang membantu mengurangkan keradangan.
  • Ia juga mengeluarkan kepingan sisik2 kulit dan melembutkan kulit.
Rawatan lain yang boleh didapati ialah:
  • Topical retinoid
  • Calcineurin inhibitors 
  • Asid salicylic
  • Tar arang 
  • Krim pelembap

2) Terapi cahaya (phototherapy) - menggunakan cahaya semulajadi atau cahaya ultraungu tiruan. Cara paling cepat dan mudah ialah dengan mendedahkan kulit anda kepada sinaran matahari terkawal.

Sinaran matahari
  • Pendedahan terhadap sinaran ultraungu dari matahari atau cahaya tiruan memperlahankan pertumbuhan sel kulit psoriasis dan mengurangkan didik dan keradangan
  • Pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit mampu memperbaiki psoriasis, tapi jika terdedah terlalu banyak boleh menyebabkan simptomnya lebih teruk
UVB phototherapy 
  • UVB digunakan untuk merawat tompokan tinggal, psoriasis yang meluas dan psoriasis yang tidak boleh jerawat dengan rawatan topikal
Rawatan lain yang boleh scuba dengan rawatan phototherapy ni termasuklah:
  • Narrow band UVB phototherapy 
  • Terapi Goeckerman
  • Psoralen plus ultraviolet A (PUVA)

No comments:

Post a Comment