Showing posts with label Psoriasis. Show all posts
Showing posts with label Psoriasis. Show all posts

Testimoni Shaklee dan Psoriasis

Bismillah..

Jom tengok testimoni Shaklee dan Psoriasis lagi..

Testimoni 1

Testimoni 2


Anda mungkin berminat dengan Set Psoriasis Shaklee. Ataupun jika anda berminat dengan Set Detox Shaklee, boleh hubungi Kak Sya untuk pertanyaan dan pesanan. 

Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Testimoni Vivix dan Psoriasis - Testimoni 1

Bismillah..

Anda nak tahu lanjut tentang testimoni pesakit psoriasis dengan Vivix, has meh baca sini. Kak Sya belanja satu testimoni


[Review Psoriasis & Vivix]

Ok seperti yang dijanjikan.. Saya nak share satu kisah berkaitan Psoriasis.. Kalau dilihat pada keadaan beliau pada luaran.. Tiada siapa sangka yang dia menderita menahan sakit ini.. Hampir keseluruhan badan diserang kecuali muka dan tapak tangan..

Dan paling menyedihkan.. beliau pernah ditahan wad dan keadaan memang agak kritikal.. Seluruh tubuh bersalin kulit. Tak boleh kena sedikit pun cahaya. Memang kesian.. Dan lebih menyedihkan masa tu doc kata U ada peluang 50-50 sahaja.. Allahuakbar.. 

Entah bagaimana tiba-tiba dia whatsap saya dan beritahu ingin cuba VIVIX. Mayb dia tahu tentang vivix ni dari pembacaan atau sebagainya. Sebab saya tak pernah cerita DIRECT pada beliau pasal Vivix ni pun..

Pertama dia memilih Vivix sebab tak sanggup lagi menelan ubat hospital yang menurut beliau kesannya lebih kurang macam dikimo. Habis rambut gugur, kuku pecah, badan membengkak..

Alhamdulillah.. 5 hari dari kesan percubaan VIVIX.. bengkaknya semakin menyusut.. Kulit baru mula tumbuh sedikit demi sedikit. Dan semakin banyak perubahan positif ke atas kesihatan beliau.

Dan telah masuk botol ketiga dengan vivix. Walaupun kulitnya masih lagi merah.. Tapi keadaan kesihatan beliau semakin baik.. Psoriasis bukan satu penyakit yang boleh terus dirawat 100%.. Ianya mengambil masa.. Kena sabar dan konsisten.. Dengan izin Allah.. InsyaAllah tiada yang mustahil.. 

Maaf saya x boleh kongsikan gambar beliau di sini atas sebab-sebab tertentu..

=======

Harap perkongsian testimoni ni memberi gambaran tentang bagaimana psoriasis boleh sembuh asbab pengambilan supplement seperti Vivix.

Jika anda ada kemusykilan yang ingin anda tanyakan, boleh tanyakan pada Kak Sya melalui medium dibawah:

Call/SMS/Whatsapp/Telegram : +60.13.7799.624
Facebook : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Salam sihat,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
COD Pasir Gudang, Permas Jaya, Plentong, Masai, JB
POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!

Supplement Shaklee untuk Psoriasis

Bismillah..

Jika anda masih ragu-ragu jika anda menghidapi psoriasis, anda boleh memeriksa jika anda ada salah satu tanda psoriasis di sini

Jika anda sudah mengetahui tentang jenis psoriasis yang sedang anda hidapi, dan anda sedang menjalani rawatan, tetapi anda in in berikhtiar dengan supplement untuk membantu anda jadi lebih sihat, anda mungkin berminat untuk mencuba SET PSORIASIS SHAKLEE



Dalam Set Psoriasis ni terkandung:

A) Untuk menambah kekuatan imunisasi tubuh

Garlic Complex
  • Merupakan supplement antibiotik semulajadi. 
  • Digunakan untuk meningkatkan ketahanan tubuh terhadap serangan bakteria dan virus.
  • Garlic membantu mengurangkan pencetus psoriasis, seperti keradangan 

Sustained Release Vitamin C
  • Diperbuat dari ekstrak jagung yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menggalakkan penghasilan kolagen yang baik untuk kulit

Nutriferon
  • Dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih 40 tahun penyelidikan. 
  • Nutriferon membantu merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman
  • Meningkatkan penghasilan interferon badan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh
B) Antioksidan

Vivix 

  • Merupakan sumber terbaik Vitamin A yang merupakan salah satu sumber dalam rawatan untuk mengurangkan keradangan
  • Mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab
  • Memberi manfaat antioksidan untuk melindungi sel-sel kulit dari kerosakan dari kerosakan akibat serangan radikal bebas
CarotoMax

  • Menawarkan sumber Vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan disebabkan oleh serangan radikal bebas
  • Merawat psoriasis dengan mengurangkan overproduction sel kulit yang terjadi oleh psoriasis
Vitamin E Complex

  • Selain dari membekalkan sumber Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan, Vitamin E Complex dari Shaklee juga mengandungi Selenium. Selenium dan Vitamin E kedua-duanya adalah antioksidan, yang melindungi sel dari stress oksidatif yang terjadi dengan psoriasis

C) Vitamin D

Ostematrix

  • Salah satu vitamin yang digunakan dalam rawatan psoriasis ialah Vitamin D
  • Dalam Ostemarix, terdapat Vitamin D yang diperlukan untuk meredakan simptom psoriasis secara efektif dan selamat

D) Herbal Blend
  • Digunakan sebagai krim sapuan untuk meredakan kegatalan dan kekeringan akibat psoriasis
  • Krim serbaguna ini dihasilkan tanpa Paraben dan bahan kimia berbahaya, sesuai disapu dari peringkat bayi hingga dewasa

Kak Sya harap perkongsian Kak Sya tentang supplement untuk psoriasis berguna untuk rujukan anda dan Kak Sya harap ia dapat memberi  manfaat untuk anda.

Jika anda masih ada keraguan dan ada soalan yang ingin ditanyakan, boleh hubungi Kak Sya pada details dibawah:

Call/Whatsapp/Telegram : +6.013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
COD : Pasir Gudang, Permas Jaya, JB
POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!




Rawatan untuk psoriasis

Bismillah

Anda tentu dah mengikuti entry Kak Sya sebelum ni tentang psoriasis kan? Kalau belum cuba baca ni "punca dan simptom psoriasis" dan "jenis-jenis psoriasis"

Anda tentu boleh recall psoriasis yang paling teruk ialah psoriasis erythrodermic, yang jika terdapat flare pesakit psoriasis erythrodermic hendaklah segera berjumpa dengan doktor kerana erythrodermic psoriasis boleh membawa maut.

Di entry kali ni Kak Sya nak berkongsi dengan anda rawatan yang boleh diambil jika anda mempunyai psoriasis.



Rawatan psoriasis mengurangkan keradangan dan membersihkan kulit. Rawatan boleh dibahagian kepada 3 jenis, iaitu rawatan topikal, terapi cahaya dan perubatan sistematik. 

1) Rawatan topikal - sesuai untuk psoriasis tahap ringan ke sederhana. 

Topical corticosteroids

  • Jenis ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor untuk merawat psoriasis ringan dan sederhana.
  • Mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan, boleh juga digunakan bersama rawatan lain.
  • Corticosteroid ringan digunakan untuk disapu ke bahagian yang sensitif, seperti muka dan bahagian lipatan, juga untuk merawat tompokan besar pada kulit yang sudah rosak
Vitamin D analog
  • Vitamin D sintetik yang digunakan untuk memperlahankan tumbesaran sel kulit.
  • Sesuai untuk psoriasis ringan ke sederhana
Anthralin 
  • Derivative Vitamin A yang membantu mengurangkan keradangan.
  • Ia juga mengeluarkan kepingan sisik2 kulit dan melembutkan kulit.
Rawatan lain yang boleh didapati ialah:
  • Topical retinoid
  • Calcineurin inhibitors 
  • Asid salicylic
  • Tar arang 
  • Krim pelembap

2) Terapi cahaya (phototherapy) - menggunakan cahaya semulajadi atau cahaya ultraungu tiruan. Cara paling cepat dan mudah ialah dengan mendedahkan kulit anda kepada sinaran matahari terkawal.

Sinaran matahari
  • Pendedahan terhadap sinaran ultraungu dari matahari atau cahaya tiruan memperlahankan pertumbuhan sel kulit psoriasis dan mengurangkan didik dan keradangan
  • Pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit mampu memperbaiki psoriasis, tapi jika terdedah terlalu banyak boleh menyebabkan simptomnya lebih teruk
UVB phototherapy 
  • UVB digunakan untuk merawat tompokan tinggal, psoriasis yang meluas dan psoriasis yang tidak boleh jerawat dengan rawatan topikal
Rawatan lain yang boleh scuba dengan rawatan phototherapy ni termasuklah:
  • Narrow band UVB phototherapy 
  • Terapi Goeckerman
  • Psoralen plus ultraviolet A (PUVA)

Jenis-jenis Psoriasis

Bismillah..

Di entry sebelum ni Kak Sya ada kongsikan tentang punca-punca dan simptom psoriasis.

Kali ini mari kita kenali apakah jenis-jenis psoriasis pula. Terdapat 5 jenis psoriasis yang perlu anda kenali:


1) Psoriasis Vulgaris/Plaque Psoriasis



Vulgaris bermaksud common atau biasa. Psoriasis jenis Vulgaris adalah jenis yang paling biasa ditemui dalam kebanyakan kes. Dianggarkan 80% kes psoriasis yang didiagnos adalah psoriasis vulgaris. Ia juga dikenali dengan nama plaque psoriasis disebabkan keadaan kulit yg merah dan tebal. Terdapat kuping berwarna putih-perak dibahagian atas kulit yang tebal tersebut, yg dinamakan scale yang terbentuk dari sel kulit mati.



2) Guttate Psoriasis


Guttate adalah jenis psoriasis kedua yang biasa dijumpak dikalangan pesakit psoriasis. Guttate berbentuk tompokan merah kecil. Guttate selalunya bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan ia boleh dicetuskan oleh jangkitan bakteria strep. 



3) Inverse Psoriasis



Inverse psoriasis selalunya dijumpai dibahagian lipatan belakang lutut, dilipatan lengan dan dikawasan alat sulit. Inverse psoriasis dilihat licin dan berkilat


4) Pustular Psoriasis


Pustular di cirikan dengan kehadiran lepuhan kecil yang tidak berjangkit yang berwarna kekuningan atau kehijauan (pus). Pus mengandungi sel darah putih dan bakteria dengan serpihan tisu dan serum


5) Erythrodermic Psoriasis


Erythrodermic psoriasis adalah bentuk psoriasis yang paling teruk kerana ia boleh merebak ke seluruh badan, denan warna merah menyalanya. Ia boleh menyebabkan kegatalan dan kesakitan yang teruk, dan boleh membuatkan kulit tertanggal dalam bentuk kepingan. Ia sangat jarang berlaku, dan menjejaskan 3 peratus dari jumlah mereka yang menghidapi psoriasis

Dalam kesemua 5 jenis psoriasis ni, erythrodermic psoriasis yang paling bahaya. Jika seseorang mengalami masalah ini, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana ia boleh membawa maut.



Apa punca dan simptom Psoriasis?

Bismillah..



Psoriasis ialah sejenis penyakit auto-imun yang berkaitan dengan tompokan kemerahan yang tidak normal pada kulit. Tompok-tompok merah ini biasanya berwarna merah, gatal dan bersisik. Terdapat pelbagai jenis Psoriasis, dari segi bentuknya, saiz sehinggalah kawasan litupan tompokan tersebut.

Kebiasaannya psoriasis boleh dijumpai dikawasan sekitar siku, lutut dan kulit kepala, walaupun ia juga boleh wujud di kawasan lain pada anggota badan juga.


Lokasi psoriasis yang biasa ditemui


Siapa boleh terkena Psoriasis?


Sesiapa pun boleh mendapat penyakit psoriasis. Pada tahun 2010, dianggarkan 500,000 rakyat Malaysia menghidapi psoriasis, dan 125 juta penduduk dunia menghidapi penyakit yang sama.


Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang tidak boleh diubati, dan ada masanya keadaan kulit pesakit psoriasis akan menjadi bertambah baik, dan ada masa sebaliknya. Simptom yang dialami oleh pesakit psoriasis pula berbeza, dari tompokan kecil yang bersisik sehingga ke tahap kronik dimana badan pesakit boleh dilitupi oleh tompokan merah yang bersisik dan tebal.


Apakah punca-punca Psoriasis?

Punca-punca psoriasis masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko telah dikenalpasti. Ia termasuklah:

  • Sistem pertahanan badan (sistem imun) yang lemah
  • Keturunan
  • Faktor persekitaran
Psoriasis kerap dijumpai pada pesakit yang berusia antara 15 hingga 35 tahun, namun ia sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapapun. Antara 10 hingga 15% pesakit didiagnos psoriasis pada usia sebelum 10 tahun. 


Simptom-simptom Psoriasis

Tanda dan simptom psoriasis berbeza antara individu. Tanda dan simptom yang biasa dijumpai termasuklah:-
  • Tompokan merah pada kulit yang dilitupi oleh sisik berkilat
  • Tompok-tompok kecil yang bersisik (selalunya dijumpai pada kanak-kanak)
Psoriasis pada kanak-kanak

  • Kulit yang kering dan merekah yang mungkin berdarah
  • Rasa gatal, terbakar dan sakit
  • Kuku tebal, berlubang kecil dan bergaris halus (ridged nail)
Psoriasis pada kuku
  • Sendi bengkak dan kaku
Di entri seterusnya, Kak Sya akan kongsikan jenis-jenis psoriasis yang perlu anda tahu. 

Salam sihat

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
+6.013.7799.624

17 Kelebihan asid lemak Omega-3

Bismillah..

Assalamualaikum readers..

Seperti yang Kak Sya janjikan dalam pos Kak Sya sebelum ni (klik disini untuk baca), suka untuk Kak Sya kongsikan dengan readers semua kebaikan Omega-3 untuk badan kita.
Pengenalan

Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak sihat yang diperlukan oleh badan kita. Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak poly-unsaturated.

Fungsi asid lemak Omega-3 untuk sel adalah membantu penghasilan sel membrane. Apabila sel membrane kita lengkap, sihat dan cukup nutrien, ia membantu dalam nutrien intake ke dalam sel dan keluar sel yang lebih sempurna. So, sel badan kita akan berfungsi dengan lebih bagus dan efisien. Asid lemak Omega-3 juga tidak boleh dihasilkan oleh badan tau! Ia merupakan essential fatty acid yang bermaksud asid lemak penting.

Jom kita tengok apakah lagi 17 kelebihan pengambilan asid lemak Omega-3 ni..

1. Omega-3 membantu melawan rasa murung dan cemas

Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang biasa dijumpai. Simptom-simptom kemurungan termasuklah kesedihan, keletihan dan hilangnya minat dalam hidup.

Selalu berasa cemas (anxiety) juga merupakan salah satu dari penyakit mental yang biasa dicirikan dengan kerisauan dan gementar yang berpanjangan. 

Menariknya, kajian yang yang dijalankan menunjukkan pengambila Omega-3 secara konsisten mengurangkan simptom-simptom kemurungan dan kecemasan. Ini kerana salah satu daripada 3 jenis asid lemak Omega-3 (asid lemak Omega-3 terdiri daripada DHA, ALA dan EPA) iaitu EPA sangat efektif dalam melawan simptom kemurungan.

2. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan mata

DHA, salah satu asid lemak Omega-3 ialah satu struktur komponen utama otak dan retina mata.

Jika anda tidak mendapat cukup DHA dalam diet harian, anda mungkin akan menghadapi masalah dengan penglihatan anda.

Pengambilan Omega-3 yang kaya dengan DHA mengurangkan risiko macular degeneration - sejenis penyebab kerosakan mata yang terkenal didunia. 



3. Omega-3 menggalakkan kesihatan otak semasa kehamilan dan di awal kelahiran

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran otak kanak-kanak.


40% daripada DHA yang didapati dari asid lemak politaktepu diperlukan dalam otak; manakala 60% lagi diperlukan dalam retina mata.

Oleh yang demikian, tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang dibekalkan dengan susu kaya DHA mempunyai penglihatan yang lebih baik dari kanak-kanak yang tidak mendapat bekalan DHA yang secukupnya.

Ibu-ibu yang mendapat bekalan Omega-3 yang mencukupi semasa hamil akan memberi anak yang dikandung kebaikan-kebaikan seperti dibawah, insyaaAllah:

 1. Kebijaksaan yang tinggi
2. Skil sosial dan komunikasi yang lebih baik
3. Kurang masalah perilaku
4. Pengurangan risiko kelewatan tumbesaran
 5. Mengurangkan risiko ADHD, autism dan cerebral palsy.

4. Omega-3 boleh memperbaiki faktor risiko penyakit kardiovaskular


Asid lemak Omega-3 telah dibuktikan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan jantung. Ini termasuklah: 



  • Mengurangkan triglycerides sebanyak 15 hingga 30%. Tahukah anda, semakin tinggi triglycerides dalam badan, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung? 
  • Omega-3 boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah dikalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Omega-3 membantu meningkatkan kolestrol baik (HDL)
  • Omega-3 mencegah pembekuan darah
  • Omega-3 mencegah plaque yang menghalang dan mengeraskan arteri dengan membantu melancarkan perjalanan darah dalam arteri
  • Omega-3 bersifat anti-radang. 
Bagi sesetengah orang, Omega-3 juga membantu mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah mereka. 

5, Omega-3 mengurangkan simptom ADHD dikalangan kanak-kanak

ADHD atau attention deficit hyperactivity disorder ialah gangguan tingkah laku yang dicirikan oleh kelakuan yang tidak masuk akal (inattention), hiperaktif dan impulsif

Omega-3 adalah supplement yang boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD dikalangan kanak-kanak. Ia memperbaiki perhatian dan mengurangkan hiperaktiviti, impulsif dan sifat aggresif pada kanak-kanak
6. Omega-3 mengurangkan simptom-simptom sindrom metabolik

Sindrom metabolik termasuklah lemak dibahagian perut, tekanan darah tinggi, kerintangan terhadap insulin, tinggi kadar triglycerides, dan kadar HDL yang rendah.

Kesemua sindrom diatas sangat lah tidak baik untuk badan kita, kerana ia menjerumus kepada risiko pembentukan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan kerintangan insulin dan keradangan, dan memperbaiki faktor risiko penyakit jantung dikalangan individu yang mempunyai sindrom metabolik.

7. Omega-3 sebagai supplement anti-radang

Keradangan sangat penting kerana badan kita memerlukannya untuk melawan jangkitan dan memperbaiki kerosakan.

Tetapi, kadangkala keradangan wujud dalam tempoh yang lama, walaupun jangkitan atau luka tidak lagi ada. Ini dinamakan keradangan kronik (long-term). Keradangan kronik selalunya sangat berkait dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan pembentukan molekul dan bahan yang berkaitan dengan keradangan, seperti eicosanoids dan cytokines.

8. Omega-3 boleh melawan penyakit auto-immune

Dalam penyakit-penyakit berkaitan auto-imun, sistem imun badan akan menyerang sel-sel sihat secara kerana ia menyangka sel-sel sihat adalah sel-sel yang rosak.

Contoh penyakit auto-imun adalah diabetes type 1. Sistem imun pesakit diabetes type 1 menyerang sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas, yang menyebabkan kekurangan insulin dan menyebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah. 

Omega-3 boleh membantu untuk melawan penyakit auto-imun, terutamanya diperingkat awal kehidupan.

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dari awal sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit auto-imun, termasuklah diabetes type 1, diabetes dikalangan orang dewasa dan multiple sclerosis.



Omega-3 juga sangat membantu merawat penyakit-penyakit seperti lupus, rheumatoid arthritis, ulcerative colitis, Crohn's disease dan psoriasis.

9. Omega-3 boleh memperbaiki gangguan mental


Kebanyakan pesakit psikiatari dikaitkan dengan kekurangan omega-3.


Kajian menunjukkan pengambilan supplement omega-3 boleh mengurangkan kekerapan perubahan emosi dan relapse dikalangan mereka yang mempunyai masalah schizophrenia dan gangguan dwipolar.


Pengambilan supplement asid lemak omega-3 juga boleh mengurangkan kelakuan ganas dalam seseorang individu.


10. Omega-3 melawan penurunan mental disebabkan faktor usia & penyakit Alzheimer


Penurunan fungsi otak adalah salah satu akibat dari penuaan, dan ia memang tidak boleh dielakkan.


Pengambilan asid lemak omega-3 yang tinggi sangat berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit penurunn mental dan Alzheimer.


Individu yang kerap makan asid lemak ikan mempunyai lebih gray matter didalam otak berbanding mereka yang sebaliknya. Tisu inilah yang memproses maklumat, ingatan dan emosi.


11. Omega-3 membantu mencegah kanser


Individu yang mengambil omega-3 dalam diet harian mereka mempunyai 55% kurang risiko untuk mendapat kanser kolon. Dalam satu kajian lain, didapati penggunaan omega-3 juga membantu menurunkan risiko kanser prostat dikalangan lelaki dan kanser payudara di kalangan wanita.


12. Omega-3 boleh mengurangkan asthma kanak-kanak


Asthma ialah penyakit paru-paru kronik dengan simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas dan berdeham (wheezing). Serangan asthma yang teruk boleh menjadi sangat berbahaya. Ia disebabkan oleh keradangan dan pembengkakkan paru-paru.


Ada kajian yang dikaitkan dengan risiko serangan asthma yang lebih rendah dikalangan kanak-kanak dan remaja.


13. Omega-3 mengurangkan lemak dihati


Non-alchoholic fatty liver disease (NAFLD) meningkat dengan kegemukan, dan pengambilan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan lemak hati dan keradangan dikalangan individu yang mempunyai NAFLD.


14. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan tulang dan sendi


Osteoporosis dan arthritis adalah dua masalah berkaitan dengan sistem tulang.


Pengambilan asid lemak omega-3 secara konsisten sangat membantu memperbaiki kekuatan tulang, meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang, sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis.


Manakala bagi pesakit arthritis pula, dengan mengambil supplement omega-3, mereka akan berasa kurang kesakitan dibahagian sendi, dan meningkatkan kekuatan cengkaman.


15. Omega-3 meredakan period pain


Period pain memang seksa! Jika anda mengalami masalah ni, silalah mula untuk ambil supplement asid lemak omega-3 kerana kajian-kajian mendapati wanita-wanita yang mengambil supplement omega-3 memnpunyai period pain yang lebih ringan berbanding yang tidak ambil. 


Ada juga kajian yang dijalankan juga mendapati supplement omega-3 lebih berkesan merawat kesakitan yang teruk berbanding ubat anti-radang


16. Asid lemak omega-3 baik untuk kulit


DHA adalah struktur asas kulit. Ia bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan sel membran, yang membentuk bahagian terbesar kulit. 


Sel membran yang sihat akan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan bebas kedutan.


EPA dalam minyak ikan juga memberi kesan kepada kulit iaitu:



  • Menguruskan penghasilan minyak dalam kulit
  • Menguruskan kelembapan kulit
  • Mencegah hyperkeratinization (bintik merah kecil pada bahagian atas lengan)
  • Mencegah penuaan pra-matang kulit
  • Mencegah jerawat
Omega-3 juga melindungi kulit dari kerosakan matahari. EPA melindungi kulit dari bahan yang  memusnahkan kolagen selepas terkenal sinaran matahari. 

17. Omega-3 boleh membantu meningkatkan kualiti tidur

Masalah tidur dikalangan kanak-kanak dan berdengkur dikalangan orang dewasa sangat berkait dengan kekurangan Omega-3.

Kekurangan DHA juga sangat berkait dengan kekurangan hormon melatonin, iaitu hormon yang membantu kita tidur. 



Kajian menunjukkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengambill Omega-3 dalam diet harian mempunyai masa tidur yang lebih panjang dan tidur yang lebih berkualiti

Wow..banyak betul kelebihan Omega-3 ni ya! Bukan saja baik untuk dewasa, tapi untuk kanak-kanak kita juga!

Tau tak ada supplement yang korang boleh ambil untuk dapatkan bekalan Omega-3 yang cukup untuk badan kita? 

Hubungi Kak Sya untuk maklumat lanjut. 

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/SMS/Telegram/Whatsapp : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya