Bismillah
Awal Jun yang lepas, pelakon dan pengacara - Awal Ashaari diberitakan telah menjalani pembedahan membuang hempedu beliau. Ini disebabkan oleh terdapatnya batu dalam hempedu. Pembedahan yang memakan masa selama sejam berlangsung dengan selamat dan jayanya.
Apa tu batu dalam hempedu?
Batu dalam hempedu atau gallstones merupakan partikel yang terbentuk daripada kolestrol hempedu dan bilirubin dalam hempedu.
Batu dalam hempedu |
- Hempedu ialah organ kecil yang terletak di bahagian atas kanan abdomen. Ia terletak di bawah hati, hanya dibawah sebelah rusuk hadapan.
- Hempedu merupakan sebahagian daripada sistem biliary, yang mana organ lain termasuklah hati dan pankreas.
- Sistem biliary mengangkut hempedu dan enzim pencernaan (hempedu adalah cecair yang dibuat oleh hati untuk membantu pencernaan lemak)
- Hempedu mengandungi beberapa bahan termasuklah kolestrol dan bilirubin, sejenis sisa dari proses pemecahan sel darah yang normal dalam hati.
- Cecair hempedu akan disimpan dalam hempedu sehingga ia diperlukan.
- Bila kita makan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolestrol yang tinggi, hempedu akan merembeskan cecair hempedu ke dalam usus kecil melalui tiub kecil yang dikenali sebagai saluran hempedu biasa. Cecair hempedu ini akan membantu proses pencernaan.
Sistem biliary |
Ada dua jenis batu dalam hempedu:
1. Batu kolestrol - batu kolestrol adalah kes yang selalu dijumpai dalam hempedu. Ia terbentuk apabila terdapat terlalu banyak kolestrol dalam cecair hempedu
2. Batu pigmen - ia terbentuk apabila terdapat lebihan bilirubin dalam cecair hempedu.
Saiz batu dalam hempedu boleh menjadi sekecil-kecil pasir kepada sebesar-besar bola golf
- Walaupun biasanya terdapat banyak batu kecil dalam hempedu satu batu yang besar atau kombinasi saiz batu-batu adalah tidak mustahil
- Jika saiz batu terlalu kecil ia mungkin akan menyebabkan enapcemar (sludge or slurry)
Batu dalam hempedu selalunya tidak mendatangkan masalah kecuali jika ada terlalu banyak batu atau saiz batu tersebut yang besar. Batu dalam hempedu boleh menyebabkan kesakitan apabila hempedu bertindak balas dengan makanan berlemak.
Ia juga boleh menyebabkan masalah jika cecair hempedu tidak dapat keluar dari hempedu disebabkan oleh saluran yang tersumbat.
- Apabila pergerakan batu dalam hempedu menyebabkan saluran yang menghubungkan hempedu, hati atau pankreas tersumbat, komplikasi mungkin berlaku.
- Saluran yang tersumbat boleh menyebabkan cecair hempedu atau enzim pencernaan terperangkap dalam saluran.
- Ini akan menyebabkan keradangan dan kesakitan melampau, jangkitan dan kerosakan organ.
- Jika keadaan ini tidak dirawat ia boleh menyebabkan maut.
Nanti kita sambung simptom batu dalm hempedu pulak ye di entry berikutnya!
Jaga diri,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar/Agen Shaklee Pasir Gudang
No comments:
Post a Comment