Bismillah
- Batu terbentuk apabila kandungan kolestrol atau bilirubin dalam cecair hempedu tinggi
- Bahan-bahan lain dalam cecair hempedu mungkin menggalakkan pembentukan batu
- Batu pigmen (pigment stone) lebih kerap terbentuk dalam individu yang mempunyai masalah hati atau darah yang mana mereka ini mempunyai kandungan bilirubin yang tinggi.
- Otot yang lemah menyebabkan hempedu tidak dapat mengosongkan sepenuhnya sisa-sisa dalam hempedu. Jadi, kehadiran saki-baki sisa dalam hempedu menggalakkan pembentukan batu.
Faktor risiko pembentukan batu kolestrol termasuklah:
- Jantina - perempuan
- Berat badan berlebihan (overweight)
- Hilang berat badan yang banyak dengan cepat disebabkan diet melampau
- Mengambil ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan atau ubat merendahkan kolestrol
Batu dalam hempedu merupakan punca yang biasa untuk penyakit batu dalam hempedu
- Apabila batu bercampur dengan cecair hempedu ia akan menyekat pergerakan keluar cecair hempedu daripada hempedu Ia juga boleh menyekat pergerakan keluar enzim pencernaan daripada pankreas.
- Jika sekatan atau penyumbatan berterusan, organ-organ ini akan mengalami keradangan. Jeradangan hempedu di dipanggil cholecystitis. Keradangan pancreas dikenali sebagai pankreatitis.
- Kontraksi hempedu yang tersumbat menyebabkan peningkatan kepada tekanan, pembengkakan dan yang ada masanya jangkitan pada hempedu.
Bila batu dalam hempedu atau salur hempedu menjadi radang atau terkena jangkitan, pankreas selalunya akan mengalami keradangan juga.
- Keradangan ini boleh menyebabkan kerosakan kepada pankreas dan pesakit akan mengalami sakit perut melampau.
- Penyakit batu dalam hempedu yang tidak dirawat boleh meragut nyawa terutamanya jika hempedu terkena jangkitan atau pankreas mengalami keradangan teruk.
Next entry Kak Sya akan share simptom-simptom batu dalam hempedu pulak ye.
Selamat malam.
Jaga diri
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB & Singapore
No comments:
Post a Comment