Bismillah
Seperti yang Kak Sya pernah share sebelum ni, anda mesti dah tahu apakah itu batu dalam hempedu dan apakah punca-punca batu dalam hempedu. Kalini, Kak Sya nak kongsikan pula 10 simptom yang perlu anda tahu untuk mengetahui jika anda benar-benar mempunyai masalah batu dalam hempedu.
Kebanyakan individu yang mempunyai batu dalam hempedu tidak menunjukkan apa-apa simptom. Malah, mereka sebenarnya tidak menyedari langsung masalah batu dalam hempedu sehinggalah simptom muncul. "Batu hempedu senyap" ni biasanya tidak memerlukan rawatan.
Simptom biasanya muncul apabila ada komplikasi. Simptom yang paling biasa dirasakan oleh pesakit batu dalam hempedu ialah sakit dibahagian atas kanan abdomen. Oleh kerana kesakitan selalu datang secara berkala, ia.selalu dirujuk sebagai "serangan"
- Serangan kesakitan boleh berlaku setiap beberapa hari, minggu atau bulan, ia mungkin juga terjadi selang beberapa tahun.
- Kesakitan selalunya dirasai / bermula 30 minit selepas hidangan berminyak diambil.
- Selalunya pesakit akan berasa sangat sakit dan tetap, dan boleh berlaku antara 1 hingga 5 jam.
- Kesakitan mungkin boleh dirasai dibahagian kanan bahu atau belakang
- Kesakitan selalunya dirasai pada waktu malam dan menyebabkan pesakit terjaga dari tidur
Simptom-simptom lain batu dalam hempedu termasuklah:
- Loya dan muntah
- Demam
- Ketidakhadaman, selalu sendawa, kembung
- Tidak boleh makan makan makanan berlemak atau berminyak
- Jaundice (kulit berwarna kuning, termasuk mata putih)
Jika anda mempunyai mana-mana simptom yang telah Kak Sya listkan diatas, jangan tangguh lagi untuk berjumpa dengan doktor ya!
Jaga diri
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
ID : 1168907
No comments:
Post a Comment