Sejarah blog kesayangan Kak Sya

Bismillah..

Masa mula-mula start bisnes dulu, memang Kak Sya pilih untuk buat bisnes online, dan masa tu medium yang Kak Sya guna ialah Facebook & Instagram sahaja. Tu pun sebab Kak Sya memang dah ada dua-dua akaun untuk kedua-dua media sosial tu, dan paling Kak Sya suka sebab Kak Sya hanya update di Instagram, dan dia boleh update Facebook sekali. Konon-konon guna konsep 'serampang 2 mata' la. Hahaha..

Ok lah tu kan? Nama pun baru belajar

Bila dah lama sikit dalam bisnes, masa tu upline Kak Sya ada buat kelas blog dan buat sekali aktiviti untuk update blog setiap hari. Masa tu lah Kak Sya baru create blog ni.. Hihi.. Bila tak pernah terfikir untuk buat blog, jadi masalah negara sungguh nak fikir nama apa nak letak kat address blog tu. Sebab dah desperate tu yang jadi mamysazu-lara.blogspot.com tu. Haha. Kelakar sungguh bila ingat balik


Nak tau tak apa sebenarnya mamysazu-lara tu? 

SaZu = Sara Zulaikha
LaRa = Laila humaiRa

Haha. Sekarang bila dah ada Nana terfikir juga tang mana nak sumbat nama Nana. Tapi Kak Sya rasa untuk jadi adil, mungkin Kak Sya kena beli domain www.syahridahishak.com. Cun jugak tu, kan? InsyaaAllah memang ada dalam perancangan Kak Sya, tapi sebelum tu memang kena betul-betul rajin dan utilize blog ni dulu. Kena ada sekurang-kurangnya 350 entry baru Kak Sya boleh fikir pasal domain tu.

Kak Sya masih belum khatam ilmu blog ni lagi tapi sebab blog ni salah satu lubuk rezeki, Kak Sya tau Kak Sya mesti kena gali dalam-dalam ilmu blog supaya Kak Sya boleh dpt banyak lagi sales melalui dia. Ilmu blog terlalu luas, dan banyak sangat ilmu teknikal yang perlu Kak Sya dalami, dan kelas blog ni bukan boleh belajar ikut buku dan secara online saja, nak kena berguru tau!

InsyaaAllah Kak Sya akan cari guru untuk belajar ilmu blog ni banyak-banyak! Jom sama-sama kita!


Kak Sya
Masih merangkak dalam blogging
Berangan nak jadi blogger mama

-tsunami2018 0401-

No comments:

Post a Comment