Macam-macam orang bila pergi banyak-banyak tempat

Bismillah..

Hubby Kak Sya memang suka bawa kami sefamily jalan-jalan. Kalau dia tengok dalam kalendar ada long holiday, atau ada masa cuti sekolah yang masa tu jadual dia pun tak sibuk (Hubby pun ada side income juga tau, Hubby ni tokey kereta sewa - boleh ke website kereta sewa www.greenmatrix.com/pasirgudang), dia akan beritahu Kak Sya untuk plan ke mana destinasi yang kami nak pergi. Of course la destinasi yang difikirkan tu sesuai untuk bawa tiga dara kami ni. Sebab tujuan nya nak bagi anak-anak happy, kan?

Dan setiap bulan juga memang kami travel balik ke rumah AyahBonda Kak Sya di Seremban. Memang tak berapa jauh, tapi Kak Sya personally akan jumpa dengan macam-macam orang - tak kira lah kat toilet ke, kat surau atau kat food court. 

Jadi orang bisnes ni memang jadi ringan mulut. Bukan ringan nak menjual je. Memang rajin nak berborak dengan orang. Selalu starting point dia, anak lah. Tak kisah la anak orang tu ke, kisah anak-anak Kak Sya ke, dari satu soalan boleh jadi berjela-jela boraknya, sampai kadang-kadang hubby yang tunggu kat luar surau boleh call tanya dah siap solat ke belum?  Haha. Nampak sangat selalu nauu jadi macam tu..

Us @ Bandaraya Melaka, Disember 2017

Gambar ni masa kat Melaka Disember haritu. Masa ni kali on the way balik rumah, kami singgah di Melaka, stay overnight, nak layan anak-anak last kopek school holiday (walaupun yang kenit 2 orang tu memang holiday sokmo 😂)

Kat hotel yang kami stay tu ada waterpark, so masa bawa anak-anak mandi Kak Sya stay tepi je, sambil kaki main air, sambil tengok-tengokkan anak-anak seronok mandi manda, sempat juga borak-borak dengan seorang yang berpangkat 'kakak' dari Kak Sya. Anak bongsu beliau form 1, yang dah besar dah kerja. Umur 23 tahun. 

Beliau dah 3 kali bercuti kat situ. Bawa anak-anak bercuti sebab biasanya beliau kata beliau terlalu sibuk. Sibuk dengan urusan seharian. Akak yang Kak Sya jumpa masa tu ialah seorang ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak bersendirian. Suami beliau meninggal masa beliau sangat comfort di zon selesa. Sebab arwah suami beliau berpangkat besar di sebuah company besar.

Beliau bangkit dengan duit peninggalan suami dan hasil simpanan beliau. Alhamdulillah beliau masih survive sampai sekarang.

Takutnyaaa. 

Sekelip mata je Allah boleh turn ourlives upside down. Kak Sya kagum dengan kakak tu dan dia sempat pesan, jangan leka dengan dunia selesa sekarang. Kena beringat terutamanya bila titibe insan tercinta lebih awal dijemput Ilahi. 😭

Sebab tu Kak Sya tak pernah nak stop tolong hubby untuk jana income banyak-banyak dari bisnes kereta sewa. Dan Kak Sya tetap nak usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan income 4 angka minimum tiap-tiap bulan untuk simpanan masa depan. InsyaaAllah..

Panjang umur, boleh kami sama-sama travel satu dunia dengan anak-anak. Hihi

Doakan ye

Jaga diri 

Kak Sya
Isteri kaki jalan-jalan

-tsunami2018 0301-

No comments:

Post a Comment