WAHM - kerja dan jaga anak dirumah - cerita ibu anak tiga

Bismillah..

** Ini cerita yang pernah Kak Sya post di FB di hari pertama persekolahan 2018 **

Selesai fasa pertama di hari pertama persekolahan. Fasa pertama ni sekolah agama. Fasa kedua sekolah kebangsaan.

Sempena hari pertama di tahun 2018 ni, Mamy harap Mamy boleh jadi Mamy lebih baik untuk Kakak, Laila dan Nana. Kakak dah sekolah, Ayah dan Mamy pandang alam sekolah Kakak ni sebagai satu lagi alam yang mencabar. Alam yang baru untuk Kakak, Ayah dan Mamy tempuhi dan harungi sampai berjaya.

Zaman Kakak sekolah ni adalah zaman yang 360 darjah berbeza dari zaman Mamy sekolah dulu. Masa Mamy balut buku-buku Kakak haritu, sempat Mamy belek-belek isi dalam buku. Huishh.. Memang lain lah dari zaman Mamy darjah 1.. Advance. Silibus dia bila Mamy tanya-tanya pada kawan-kawan guru Mamy, rupanya ada yang zaman dulu budak Sastera tingkatan 6 yang belajar.. Hohoho. Kesiannya. Eh, ke tak patut kesian?

Bila dah tahu betapa mencabarnya student life Kakak, Mamy berazam yang Mamy kena kena usaha betul-betul untuk tolong Kakak belajar, dan jadikan Kakak student yang terbaik dalam kelas dan sekolah Kakak. Walaupun Mamy ni seorang WAHM, Mamy akan buat sehabis baik - bahagikan masa untuk kerja bisnes Shaklee Mamy dan untuk buat tugas hakiki Mamy sebagai  seorang ibu dan teacher Kakak kat rumah. InsyaaAllah..

Harapan Mamy supaya Mamy dapat beri inspirasi kepada ibu-ibu yang dah tanam niat dan dah ada cita-cita untuk jadi WAHM - yang boleh jaga anak sendiri sambil jana pendapatan sendiri. Dan boleh bantu orang lain untuk jana pendapatan dan jadi work-at-home-mom juga.


InsyaaAllah.. Anda yang baca tolong doakan untuk Mamy Sara, Laila dan Nana juga ye..

:D

Jaga diri

Kak Sya
Ibu anak tiga yang masih bertatih dalam alam keibubapaan

-tsunami2018 0101-

7 comments:

  1. In SHaa Allah. semoga terus success KakSya.

    ReplyDelete
  2. comelkan anak2 sekolah... memang tak boleh lupa gelagat anak2 hari pertama sekolah

    ReplyDelete
  3. Kenangan anak masuk sekolah, tak boleh lupa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang anak tu je la kenangan dia.. lain anak, lain pulak kenangannya

      Delete
  4. Saya pun masih bertatih2 mendidik anak ni.. masih fahamkan apa yg anak nak.

    ReplyDelete