Punca dan simptom anemia yang perlu anda tahu

Bismillah..

Apa tu Anemia?


Anemia ialah keadaan yang terjadi apabila darah kita kurang mengandungi sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin adalah komponen utama dalam sel darah merah, dan fungsi hemoglobin adalah membawa oksigen ke seluruh badan. Jika badan kita mempunyai kurang sel darah merah, sel darah merah yang tidak normal, kurang hemoglobin atau hemoglobin yang tidak normal, sel-sel badan kita tidak akan mendapat bekalan oksigen yang cukup.

Wanita, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik berisiko tinggi untuk mendapat anemia. Faktor penting yang harus diingat berkenaan anemia:

  • Sesetengah bentuk anemia yang diwarisi dari ibubapa dan bayi mendapat anemia sejak dilahirkan
  • Wanita yang lebih terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi kerana kehilangan darah semasa haid dan penigkatan keperluan darah semasa kehamilan.
  • Orang dewasa juga terdedah kepada anemia disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat dan disebabkan oleh keadaan perubatan yang lain.

Punca Anemia

Ada lebih daripada 400 jenis anemia, yang dibahagikan kepada 3 kumpulan besar:

Anemia disebabkan oleh kehilangan darah

Kehilangan sel darah merah boleh disebab oleh pendarahan, yang mana ia boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari. Pendarahan kronik ini selalunya disebabkan oleh:

  • Keadaan gastrousus seperti ulser, buasir, gastritis (keradangan perut) dan kanser.
  • Penggunaan ubat-ubatan anti-radang bukan steroid seperti aspirin atau ibuprofen yang boleh menyebabkan ulser dan gastritis
  • Haid dan kelahiran dikalangan wanita, terutamanya jika pendarahan semasa haid terlalu banyak dan berlaku kehamilan berbilang.

Anemia disebabkan oleh pengurangan atau penghasilan sel darah merah yang rosak

Jika anda mempunyai anemia jenis ini, badan anda sebenarnya menghasilkan terlalu sedikit sel darah merah atau sel darah merah tidak berfungsi dengan betul. Dalam kedua-dua kes, sel darah merah mungkin rosak atau berkurang disebabkan oleh sel darah merah yang tidak normal. Ia juga mungkin berpunca dari kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh sel darah merah untuk bekerja dengan betul.

Keadaan yang dikaitkan dengan punca-punca anemia jenis kedua ini termasuklah:-

  1. Anemia sel sabit (Sickle cell anemia)
  2. Anemia akibat kekurangan zat besi
  3. Kekurangan vitamin
  4. Masalah stem cell dan tulang sum-sum
  5. Masalah kesihatan yang lain
Anemia sel sabit adalah anemia yang diwarisi, dimana sel darah merah berbentuk bulan sabit, kerana berlakunya kecacatan genetik. Sel sabit ini pecah dengan cepat, maka oksigen tidak dapat sampai ke bahagian anggota badan, menyebabkan anemia. Sel darah merah berbentuk sabit ini juga boleh masuk ke dalam salur darah kecil, menyebabkan kesakitan.

Beza sel darah merah normal dengan sel darah merah berbentuk bulan sabit

Anemia akibat kekurangan zat besi berlaku kerana kurangnya zat besi dalam badan. Tulang sum-sum dibahagian tengah tulang memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin, bahagian dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh organ dalam badan. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang cukup untuk sel darah merah. 

Anemia jenis ini disebabkan oleh:
  1. Kekurangan zat besi dalam diet harian, terutamanya untuk kanak-kanak, remaja dan vegetarian.
  2. Permintaan metabolik wanita yang hamil dan yang menyusukan anak yang mengurangkan jumlah zat besi dalam badan. 
  3. Haid
  4. Kekerapan menderma darah
  5. Latihan ketahanan
  6. Masalah pengharaman seperti penyakit Crohn ataupun pembedahan dibahagian perut dan usus kecil.
  7. Sesetengah ubatan, makanan dan minuman berkaffein.
Contoh makanan yang kaya dengan zat besi

Anemia akibat kekurangan vitamin boleh terjadi apabila tubuh kekurangan vitamin B12 dan folate. Kedua-dua vitamin ini diperlukan untuk penghasilan sel darah merah. 

Keadaan yang membawa kepada anemia akibat kekurangan vitamin ini termasuklah:-

  1. Anemia megaloblastik - Kekurangan vitamin B12 atau folate atau kedua-duanya.
  2. Anemia pernicious - Penyerapan vitamin B12 yang lemah, disebabkan oleh keadaan tertentu seperti Crohn's Disease, jangkitan parasit usus, pembedahan bahagian perut atau usus, atau dijangkiti HIV
  3. Kekurangan pemakanan - Makan sedikit atau tidak makan langsung daging boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12, manakala kurang makan atau terlampau masak (overcook) sayur boleh menyebabkan kekurangan folate.
  4. Sebab-sebab lain adalah kehamilan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol dan penyakit usus seperti tropical sprue dan celiac disease

Masalah stem cell dan tulang sum sum boleh mencegah badan dari menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Sesetengah stem cell yang dijumpai dalam sum sum berkembang menjadi sel darah merah. Jika stem cell terlalu sedikit, rosak atau digantikan dengan sel lain seperti sel metatistik cancer, anemia boleh terjadi. Anemia yang disebabkan oleh masalah stem sel dan tulang sum sum termasuklah:
  1. Aplastic anemia - berlaku apabila terdapat pengurangan bilangan stem sel atau ketiadaan sel. Aplastic anemia boleh diwarisi, boleh berlaku tanpa sebab yang jelas, boleh berlaku apabila sum sum tulang cedera disebabkan oleh ubat-ubatan, radiasi, kemoterapi atau jangkitan.
  2. Talasemia - berlaku apabila sel darah merah tidak matang dan berkembang dengan baik. Talasemia adalah penyakit yang diwarisi, dan wujud dari kategori ringan sehingga boleh mengancam nyawa.
  3. Pendedahan plumbum - toksik kepada sumsum tulang, dan membawa kepada pengurangan sel darah merah. Keracunan plumbum berlaku kepada orang dewasa dari tempat kerja, dan kepada kanak-kanak jika mereka makan cip cat sebagai contoh.

Anemia yang disebabkan oleh kesihatan yang lain selalunya berlaku apabila hormon yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah terlalu sedikit. Individu yang mempunyai keadaan seperti dibawah boleh mengalami anemia seperti ini:

  • Penyakit buah pinggang kronik
  • Hypothyroidism
  • Penyakit kronik lain seperti kanser, jangkitan, lupus, kencing manis, dan rheumatoid arthritis
  • Warga emas

Anemia yang disebabkan oleh kerosakan sel darah merah

Apabila sel darah merah adalah tidak stabil dan tidak dapat menahan tekanan rutin sistem peredaran darah, ia boleh pecah terlalu awal, menyebabkan anemia hemolitik. Anemia hemolitik boleh hadir sejak lahir atau kemudian hari. Kadangkala anemia hemolitik ini tidak diketahui puncanya. Sebab-sebab anemia hemolitik yang diketahui termasuklah:
  • Keadaan yang diwarisi, seperti sel darah berbentuk bulan sabit dan talasemia
  • Jangkitan, ubat-ubatan, racun dari sengatan labah-labah atau ular, dan sesetengah makanan
  • Toksin dari penyakit hati dan buah pinggang
  • Serangan yang tidak sepatutnya oleh sistem imun
  • Cantuman vaskular, injap jantung palsu, tumor, melecur teruk, pendedahan kepada bahan kimia tertentu, tekanan darah yang terlalu tinggi dan gangguan pembekuan darah

Semoga perkongsian Kak Sya ni memberi manfaat kepada semua. Selamat membaca!


No comments:

Post a Comment