Kambing Aqiqah Johor Bahru - Pasir Gudang

Bismillah..

Salam hari kedua di minggu pertama dibulan keempat. Ape khabar semua? Harini Kak Sya nak share sikit tentang aktiviti Kak Sya sekeluarga hari Sabtu lepas.

Kak Sya dan suami dan bercadang untuk mengadakan kenduri aqiqah dan sambutan ulangtahun pertama untuk puteri bongsu kami, Liyana Yasmin atau nama manjanya Nana 15 April ni, sehari awal dari tarikh lahir Nana.

Bila cerita pasal aqiqah mestilah kena ada haiwan yang nak dikorbankan kan? Untuk kali kedua kami ke Osman Goat Farm (yang famous dengan kambing aqiqah RM1) kat Kangkar Tebrau

Kandang kambing dia memang bersih. Meh layan gambar2 yang Kak Sya sempat snap.


Rumah penyembelihan


Kandang kambing untuk susu


Kandang kambing untuk sembelihan


Bersihkan?




Pilih Nana.. jangan tak pilih


Ayah kata "amik yang tu la"


Mamy takmau ketinggalan bergambar juga





So kalau anda berada disekitar Taman Daya, Kempas, Tebrau dan sekitar boleh la cari kambing untuk majlis2 yang anda rancangkan kat sini..

Kak Sya dari Pasir Gudang pun cari kat sini. 

Kambing2 ni pun ada harga2 tertentu tau. Kak Sya pun tak amik port sangat haritu sebab Mr Hubby yang uruskan semua.

Kalau nak pergi, kat Waze type je Osman Goat Farm. Diorang pun ada page kat FB

Selamat berbelanja! Semoga info yang tak seberapa ni beri manfaat untuk anda yang mencari kambing untuk aqiqah, korban dan kenduri. Kalau anda cari susu kambing fresh pun dia ada jual tau!

:)

Sampai jumpa lagi!


<3, 
Kak Sya

No comments:

Post a Comment