Tips untuk pastikan kita minum air yang cukup setiap hari

Hai semua! Terima kasih sebab sudi singgah ke blog ni. Untuk entry kali ni, Kak Sya nak bagi tips macam mana kita boleh pastikan kita minum cukup air supaya keperluan harian kita. 

Tau tak apa kepentingan air untuk tubuh badan kita?


Air adalah merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap badan manusia mengandungi 55 peratus hingga 75 peratus air. Air sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.


Selain itu, air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang. Fungsi lain bagi air dalam tubuh kita ialah untuk menyelaraskan suhu badan serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran.

Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air. Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Manakala rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari. 

Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.

Bagaimana nak 'trick' diri kita untuk minum lebih air?

1) Jadikan tabiat minum air sebahagian dari rutin harian kita.

2) Dapatkan sebotol air yang menarik dan tandakan dengan matlamat/target harian anda.

 

3) Jadikan tabiat minum air sejenis permainan/cabaran untuk diri anda!

4) Set masa untuk minum dan cipta pencetus mental yang lama kelamaan akan menjadikan tabiat minum air kosong satu rutin hidup kita.

5) Jadikan air kosong anda lebih menarik dengan menambahkan buah-buahan seperti lemon untuk menjadikan rasanya lebih segar.


6) 'Makan' air kosong anda - Anda mungkin bosan dengan rutin mum air kosong setiap hari. Tahukah anda, anda boleh menambah pengambilan air anda dengan mengambil buah-buahan atau sayuran yang kaya dengan kandungan air yang tinggi seperti tomato, timun, apricot dan anggur.

Susah ke senang ke kita mesti mulakan untuk minum air kosong yang mencukupi untuk keperluan harian kita. Jangan culas ye, sebab kurang minum air boleh mendatangkan keburukan kepada badan kita seperti:

◇ Kehilangan cecair dan garam dalam badan.

◇ Meningkatkan tekanan darah.

◇ Mengakibatkan lesu dan keletihan. 

◇ Masalah sembelit dan masalah pencernaan.

◇ Masalah peningkatan berat badan.

◇ Mudah terkena 'simpul biawak'.

Haaa banyakkan keburukan kalau kita kurang minum air? Jom jadikan a malam minum air ni satu kemestian kita sehari.. Tak rugi pun, lagi baaanyaak manfaat adalah!!

Nak share? Silakan jika bermanfaat..

Nak tips lagi? Boleh aje..


Kak Sya - 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

● SMS/WA je ok untuk order. 
● Boleh pos ke mana saja!
● COD ke area Pasir Gudang dan sekitar.

No comments:

Post a Comment