10 tanda saat bersalin sudah tiba!!

Assalamualaikum readers!
Selamat berhujung minggu. Untuk orang Johor, Kelantan, Kedah, Perlis yang bekerja harini, selamat bekerja ya!

Pregnancy Kak Sya yang ke-3 ni dah menghampiri minggu ke-39 yang jatuh Isnin depan 18/4/16. Sejarah dari dua anak yang lepas, anak2 dua2 lahir pada 38th week. Serammnyaa bila fikir. Tapi mesti kena lalu kan, dan nak deliver cepat2 sebab dah tak larat nak bawak perut..

Entry kali ni Kak Sya nak share pasal tanda2 bersalin. Jom cekidaut apa 10 tanda anda dah hampir melangkah masuk dalam labor room..


PRA-KELAHIRAN : SATU KE EMPAT MINGGU SEBELUM KELAHIRAN

1. Bayi anda "turun"

Beberapa minggu sebelum proses bersalin bermula, bayi anda akan mula turun ke pelvis anda (untuk ibu-ibu yang pertama kali bersalin, dalam kelahiran seterusnya, ini biasanya tidak berlaku sehingga anda benar-benar dalam proses kelahiran). Bayi anda semakin berada dalam posisi kelahiran: kepala ke bawah dan rendah. Anda mungkin rasa anda berjalan lebih terkedek2 daripada sebelum ni, dan anda akan kerap membuang air seperti semasa trimester pertama anda, kerana kepala bayi menolak ke pundi kencing anda juga. Tetapi berita baik adalah anda mempunyai lebih banyak ruang bernafas, kerana bayi sudah beralih menjauhi paru-paru anda.

2. Serviks anda mengembang (dilate)

Serviks anda juga sudah mula bersedia untuk kelahiran. Ia bermula dengan mengembang (membuka) dan menipis sebelum anda melahirkan. Semasa pemeriksaan mingguan anda, doktor anda boleh mengukur dan mengesan pengembangan dan penipisan serviks melalui pemeriksaan dalaman. Tetapi perlu diingatkan, pengembangan serviks setiap individu berbeza, jadi jangan kecewa jika serviks anda mengembang dengan perlahan-lahan (atau belum mengembang langsung).

3. Anda berasa lebih kerap kejang dan sakit belakang

Terutamanya jika ini bukan kehamilan anda yang pertama, anda mungkin merasa sedikit kekejangan dan sakit di pangkal paha anda apabila tempoh kelahiran semakin dekat. Pada tempoh ini, otot dan sendi anda meregang dan beralih sebagai persediaan untuk kelahiran.

4. Sendi anda berasa longgar

Sepanjang kehamilan anda, relaxin hormon telah membuat segala ligamen anda menjadi lembut dan 'longgar' - (ia juga menjadi sebab kecuaian anda di trimester akhir ini). Sebelum anda masuk ke dalam fasa kelahiran, anda mungkin perasan sendi di seluruh badan anda berasa sedikit longgar. Relax ye, ini adalah cara semulajadi untuk membuka pelvis anda bagi memberi laluan permata hati anda lahir ke dunia ini.


5. Anda mengalami cirit-birit

Seperti otot-otot rahim anda yang berehat sebagai persediaan untuk kelahiran, begitu juga otot lain dalam badan anda - termasuk rektum, yang boleh membawa kepada pergerakan usus yang longgar. Walaupun menjengkelkan, ini adalah perkara biasa; cuma anda perlu pastikan anda sentiasa terhidrat dan ingat ia satu petanda yang baik!

6. Penambahan berat badan anda terhenti (atau anda kehilangan berat)


Anda mungkin tidak akan mengalami penambahan berat badan diakhir kehamilan. Ada bakal ibu kehilangan beberapa kg juga! Ini adalah perkara biasa dan tidak akan menjejaskan berat kelahiran bayi anda. Bayi anda masih membesar dalam kandungan anda, tetapi disebabkan oleh kandungan cecair amnion (air ketuban) yang rendah, dan sebab anda lebih kerap ke tandas dan juga peningkatan aktiviti menjadi penyebab penambahan berat badan terhenti/pengurangan berat ini.

7. Anda rasa terlalu penat. Atau rasa nak berehat sangat!


Disebabkan oleh kekerapan anda pergi ke tandas untuk membuang air kecil dan disebabkan anda keletihan, kadang kala anda mesti rasa anda seperti sedang melalui trimester pertama semula!! Dengan saiz perut anda yang semakin membesar dan kekerapan anda pergi ke tandas, akan membuatkan anda berasa sukar untuk mendapatkan tidur malam yang baik di minggu akhir kehamilan. Tinggikan bantal ketika tidur dan tidur pada waktu siang hari jika anda boleh! Melainkan jika anda rasa yang anda mempunyai tenaga berlebihan untuk terus mengemas dan menyusun semua yang ada depan mata. Hihi~~ Takpa, janji anda tak berlebihan membuatnya!




TANDA KELAHIRAN AWAL : BEBERAPA JAM SEBELUM KELAHIRAN BERMULA

8. Keputihan anda berubah warna dan konsisten

Pada hari-hari terakhir sebelum proses bersalin anda akan perasan yang keputihan meningkat dan/atau menjadi lebih pekat. Anda juga boleh melihat kehilangan plug mukus anda - plug mukus adalah gabus yang menyekat uterus anda dari persekitaran luar. Ia boleh keluar dalam satu bahagian besar (ia kelihatan serupa dengan mukus yang ada dalam hidung, tetapi dengan jalur-jalur darah). Cecair keputihan pekat yang berwarna merah jambu juga dikenali sebagai 'bloody show' dan merupakan petunjuk yang baik bahawa kelahiran adalah pasti akan berlaku (walaupun tanpa contraction atau pembukaan serviks tiga hingga empat sentimeter, kelahiran masih boleh berlaku lagi beberapa hari!).

9. Anda merasa contraction yang lebih kuat dan lebih kerap


Contraction adalah tanda awal kelahiran aktif - kecuali apabila ia adalah contraction palsu. Anda boleh mengalami contraction Braxton - Hicks selama beberapa minggu dan beberapa bulan sebelum proses kelahiran. Anda akan merasa otot-otot dalam rahim mengetat sebagai persediaan untuk hari penting iaitu menolak bayi anda keluar!. 



Bagaimana anda boleh membezakan contraction sebenar dan palsu? Berikut adalah tanda-tanda contraction sebenar:
  • Jika anda aktif , contraction akan menjadi semakin kuat.
  • Jika anda menukar kedudukan, contraction tidak akan hilang
  • Rasa sakit contraction bermula dari bahagian bawah belakang dan bergerak ke bahagian abdomen yang lebih rendah , dan mungkin kaki anda
  • Contraction akan menjadi lebih kerap dan lebih keras dan kadang-kadang menjadi lebih tetap

10. Air ketuban anda pecah!

Walaupun kita selalu tengok dalam filem kita akan berada dalam proses kelahiran bila air ketuban kita pecah, ketahuilah bahawa ia adalah sesuatu yang tidak semestinya berlaku kepada semua ibu yang hamil! Ia sebenarnya adalah salah satu daripada tanda-tanda akhir kelahiran yang kebanyakan wanita perasan - dan ia berlaku dalam 15% kelahiran. Jadi ia tidak semestinya tanda kelahiran untuk anda!

PERLUKAH SAYA BERJUMPA DOKTOR?

Pada penghujung kehamilan anda, doktor anda akan menasihati anda tentang apa yang perlu lakukan apabila contraction anda menjadi biasa: "Telefon saya apabila anda merasai contraction setiap lima minit untuk sekurang-kurangnya satu jam," sebagai contoh. Contraction tidak semestinya akan berlaku pada jarak masa yang sama, tetapi jika anda rasa ia cukup konsisten, ia adalah masa untuk anda berjumpa dengan doktor anda. Jika anda tidak pasti adakah proses kelahiran sudah tiba, silalah call doktor anda dan minta nasihat seterusnya.

Anda hendaklah terus telefon doktor anda jika:
  • Anda mengalami sebarang pendarahan atau discharge berwarna merah terang (bukan coklat atau merah jambu).
  • Air ketuban anda pecah - terutamanya jika cecair yang keluar berwarna hijau atau coklat; ini boleh menjadi tanda bahawa meconium hadir (meconium adalah najis pertama bayi anda, ia boleh menjadi bahaya jika bayi anda menghirup atau menelannya semasa kelahiran).
  • Anda mengalami perubahan penglihatan, sakit kepala, atau bengkak secara tiba-tiba. Ini boleh menjadi tanda-tanda pre-eclampsia, atau hipertensi akibat mengandung.
Kak Sya harap apa yang Kak Sya share kali ni dapat memberi faedah kepada semua yang membaca. Share dengan kawan2 dan saudara2 anda yang bakal melahirkan.

Semoga semua selamat melalui proses kelahiran, dan dimudahkan segala urusan. 

Bagi yang masih mencari set berpantang tu, Kak Sya ada cadangan set yang terbaik untuk anda! Just contact Kak Sya ok!


☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

No comments:

Post a Comment