RAWATAN MASALAH KETIDAKSUBURAN

Bismillah..

Hi readers!

Entry kali ni Kak Sya nak cerita pulak tentang rawatan yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah kesuburan. 

Setelah kita mengenalpasti apakah punca-punca dan simptom-simptom ketidaksuburan, mari kita check pula apakah rawatan yang boleh diambil sekiranya kita mempunyai salah satu atau beberapa tanda simptom ketidaksuburan yang telah disenaraikan.

Mari kita tengok apakah jenis rawatan yang sesuai untuk setiap jenis ketidaksuburan:

Rawatan ketidaksuburan untuk lelaki

Doktor akan menyarankan lelaki yang mempunyai masalah ketidaksuburan untuk membuat rawatan-rawatan berikut:- 

1. Permanian berhadas, atau lebih dikenali sebagai Intra-Uterine Insemination (IUI). Doktor akan mengambil sperma, dan masukkan ke dalam uterus untuk memudahkan proses persenyawaan. Matlamat IUI adalah untuk memaksimakan bilangan sperma sihat yang masuk ke dalam tiub Fallopio supaya kebarangkalian persenyawaan berlaku tinggi.


2. Kaedah rawatan kedua yang boleh dicuba oleh pasangan yang mengimpikan cahayamata adalah dengan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF). Dalam IVF, proses persenyawaan berlaku diluar badan seorang wanita. Telur wanita akan dikeluarkan melalui pembedahan dan disenyawakan dengan sperma dalam makmal. Selepas itu, telur yang telah disenyawakan atau embrio, di implan ke dalam rahim wanita melalui pembedahan.



3. Kaedah rawatan ketiga yang akan doktor lakukan ialah Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI). ICSI ialah satu bentuk IVF yang khusus IVF untuk merawat kes-kes ketidaksuburan yang teruk. ICSI melibatkan suntikan seekor sperma ke dalam telur yang matang.



Rawatan kesuburan untuk wanita

Rawatan kesuburan untuk wanita pula bergantung kepada faktor-faktor ketidaksuburan yang menyebabkan dia tidak boleh hamil.

Antara rawatan-rawatan yang sesuai untuk:-

1. Gangguan ovulasi
Ubat-ubatan kesuburan seperti clomiphne citrate untuk mencetuskan pengeluaran hormon dari kelenjar pituitari yang membantu mematangkan folikel dan menghasilkan telur.

Jika rawatan ubatan kesuburan tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan supaya ubatan jenis suntikan diberikan. Ubat hormon jenis suntikan yang biasanya diberikan adalah gonadotropins, yang menggalakkan pertumbuhan folikel. 

2. Gangguan tiub Fallopio 
Doktor akan mencadangkan supaya pesakit melalui laparoscopy atau hysterosalpingogram (HSG).  Dalam ujian HSG dye cecair akan dimasukkan melalui serviks ke dalam rahim. Kemudian, x-ray diambil untuk melihat sama ada tiub Fallopio tersumbat atau adakah dye mengalir dengan mudah ke bahagian abdomen. Jika doktor mengenalpasti tiub yang tersumbat atau rosak, doktor akan membuat pembedahan untuk membetulkan tiub yang rosak atau tersumbat. 

Jika pesakit berovulasi secara normal, doktor akan menyarankan pesakit supaya mereka melalui proses permanian berhadas seperti IUI, IVF atau ICSI. 

3. Endometriosis
Dalam kebanyakan kes, doktor akan menyarankan supaya laparoscopy dilakukan untuk membuang atau mengewap pertumbuhan tompok-tompok endometriosis untuk meningkatkan tahap kesuburan. 

Laparoscopy adalah prosedur dimana doktor akan membuat pot on gan kecil pada bahagian abdomen untuk mengeluarkan  "lesions", dan memusnahkan "lesions" dengan haba yang tinggi dan menutup saluran darah tanpa menjahitnya.

4. PCOS
Rawatan pertama untuk penghidap PCOS ialah ubatan yang bersama clomifene atau gonadotrophin. Ia bertindak menggalakkan pembebasan telur dari ovari (ovulasi) setiap bulan.

Ubat kencing manis seperti metformin untuk pesakit kencing manis atau yang mempunyai berat badan berlebihan, atau kadar hormon insulin yang tinggi. 

Ovari drilling - untuk pasangan yang tidak mahu ubatan kesuburan

Apa-apa pun yang anda lakukan, pastikan anda berjumpa dengan doktor pakar untuk memastikan rawatan yang dicadangkan tepat dengan punca ketidaksuburan anda.

Jaga diri selalu 😘


Kak Sya
😍

No comments:

Post a Comment