Punca-punca ketidaksuburan

Bismillah..
Dalam entry yang lepas, kita dah bincang tentang perkara yang mengganggu kesuburan.

Dalam entry ini pula, mari kita tengok apakah punca-punca ketidaksuburan lelaki dan wanita.


Penyebab ketidaksuburan lelaki

Ketidaksuburan lelaki selalunya disebabkan oleh samada penghasilan sperma atau pergerakan sperma. Melalui ujian perubatan, doktor dapat mengenalpasti masalah sebenar ketidaksuburan seseorang individu itu.

Kira-kira 2/3 daripada lelaki yang tidak subur menghadapi masalah penghasilan sperma didalam testis. Masalah tersebut adalah samada bilangan sperma yang dihasilkan adalah sedikit dan/atau sperma yang dihasilkan tidak berfungsi dengan baik.


Masalah pergerakan sperma pula dijumpai pada seorang dari lima lelaki yang tidak subur. Saluran tiub yang tersumbat yang menghalang laluan sperma dari testis ke buah zakar juga boleh menyebabkan ketiadaan sperma dalam pancutan air mani.

Punca ketidaksuburan lain yang dikenalpasti termasuklah:

1. Masalah seksual yang menjejaskan kemasukan air mani ke dalam faraj wanita supaya persenyawaan boleh berlaku. (1 dalam setiap 100 pasangan)

2. Penghasilan kadar hormon yang rendah dalam kelenjar pituitari yang bertindak ke atas testis. (1 dalam 100 lelaki)

3. Antibodi sperma. Bagi kebanyakan lelaki, antibodi sperma tidak akan akan mengganggu peluang untuk hamil, tapi ia boleh menjejaskan kesuburan (16 kes dalam 100 lelaki)

Penyebab ketidaksuburan wanita 

Masalah ketidaksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir 1 dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Bagi wanita, isu kesuburan seringkali dikaitkan dengan masalah keseimbangan hormon yang boleh menjejaskan ovulasi. 

Berikut adalah masalah umum yang berkaitan dengan ketidaksuburan wanita:

1. Gangguan ovulasi 

Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun berlaku hanya perubahan kecil, kitaran ovari boleh terganggu dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon kerana badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu secukupnya atau tidak membebaskan hormon pada masa yang tepat.

2. Gangguan tiub Fallopio 

Kerosakan pada tiub Fallopio boleh menghalang persenyawaan sperma dan telur. Ini mungkin disebabkan oleh:-
a. Keradangan tiub Fallopio
b. Pernah mengalami kehamilan ektopik /kehamilan luar rahim. 
c. Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan. 
d. Pertumbuhan spontan sel-sel  rahim diluar rahim atau endometriosis 

3. Endometriosis 

Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang dikawasan luar rahim, contohnya dalam tiub Fallopio dan ovari.


4. Perubahan kepada uterus atau serviks.

Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut pembedahan, tersumbat atau radang menghalang sperma masuk melalui serviks. Satu myoma atau fibroid (ketumbuhan dalam rahim) boleh menjadi masalah ketidaksuburan berterusan atau keguguran. 

5. Kecacatan sistem pembedahan

Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kesukaran untuk hamil adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, faraj, tiub Fallopio atau gabungan mana-mana yang telah disebutkan.

6. Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Masalah penghidap PCOS adalah penghasilan androgen (hormon lelaki) berlebihan menyebabkan ovulasi berlaku dengan tidak tetap atau tidak berlaku langsung. Kadar androgen yang tinggi akan mengganggu penghasilan dan pelepasan telur semalam ovulasi.


7. Gangguan sistem imun 

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, sistem imun tubuh menganggap telur dan sperma sebagai bendasing lalu menyebabkan kedua-duanya 'dibunuh' oleh sistem imun. Ada juga kes dimana mucus serviks bertindak menyerang sperma menyebabkan sperma tidak bersamaan sampai ke telur.

8. Umur

Semakin meningkat usia, kesuburan wanita semakin berkurangan. Wanita yang berusia lebih 40-an mempunyai 5 kali kebarangkalian untuk kehilangan bayi berbanding wanita yang berusia dibawah 35 tahun. 

Diharapkan perkongsian tentang punca-punca ketidaksuburan dapat memberi manfaat pada anda yang membaca.

Kita sambung lagi di entry seterusnya ye!

See ya!!


❤, 
Kak Sya

No comments:

Post a Comment