Hai semua!!
Teringat nak share dengan mak2 yang ada cadangan untuk resign dari pekerjaan sekarang dan beralih menjadi WAHM. Apa yang Kak Sya buat?
Tolong like ye, FB page - Precious Pearl Vitamin Shoppe |
Jom baca..semoga dapat manfaat dari perkongsian ni..
======================
Bila Kak Sya mengambil keputusan untuk resign dan menjadi seorang WAHM, bermakna Kak Sya perlu dedicate masa Kak Sya supaya kerja-kerja bisnes dapat Kak Sya lakukan sambil menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Nak kata pandai tu tidaklah. Kak Sya pun masih baru. Masih hijau. Tapi ini lah cara dan tips bagaimana Kak Sya berbisnes secara online:-
1. Mesti ada gajet yang sesuai 📱 dan data plan yang mencukupi 📈
================================
Bila dah memang namanya pun online, mestilah nak kena ade gajet.
Ada orang suka guna PC, ada yang memilih untuk guna tablet, laptop, smartphone.. Tepuk dada tanya selera.
Kak Sya pilih untuk guna smartphone dan tablet. Smartphone yang dihadiahkan Mr. Hubby dua tahun lepas. Satu Kak Sya letak nombor yang digunakan untuk family dan close friends, dan di tablet pula Kak Sya registerkan nombor yang digunakan untuk bisnes. Sebenarnya kongsi dengan Mr. Hubby, sementelah Mr. Hubby pun ada bisnes kereta sewanya.
Smartphone Kak Sya tu lah Kak Sya guna buat update FB, IG, blog, nak buat iklan promosi, update gambar, buat poster, etc. Sama la tu fungsi tab. Bila duduk rumah ni kadang-kadang kena share ngan anak. Tu yang gilir-gilir tab dan phone buat kerja Shaklee Kak Sya.
Data plan yang mencukupi pun kena ada juga. Penting untuk reply WA customers, nak attend online class, upline buat coaching, nak download customer hantar gambar..macam2 lah. Sekarang ni cukuplah data yang ada ditablet dan phone untuk kegunaan bisnes.
Looking forward untuk ade WiFi dalam rumah. Sebab macam nak start update blog kat laptop pulak. Kalau yang membaca ni ada jual pakej WiFi sekali dengan channel macam yang Unifi offer, boleh tinggalkan nombor anda atau WA je Kak Sya, ok!
2. Time management 🕛
=====================
Pengurusan masa memang perlu bila kita buat bisnes online. Bila kita bisnes online, peruntukan masa perlu ada untuk keluarga dan buat kerja2 rumah juga.
Kak Sya akan pilih masa ketika anak2 sedang tidur atau bermain sendiri untuk membuat kerja bisnes Kak Sya. Kadang-kadang buat masa Mr Hubby ada dirumah. Sebab dia akan tolong jaga anak-anak. Hihihi..
3. Buku 📒✏
============
Walaupun Kak Sya suka untuk rekodkan segala rekod customer dalam smartphone, tapi Kak Sya juga suka menyimpan data customer dalam buku.
Boleh jadi bahan rujukan kedua sekiranya bateryt phone tak dapat nak diselamatkan.. hihihi
4. Produk jualan 🌱
=================
Kalau kita hendak berniaga, kita mesti ada plan produk apa yang kita nak niagakan. Macam Kak Sya, Kak Sya pilih Shaklee. Sebab dah dua tahun lebih Kak Sya menjadi penggemar supplement Shaklee
Kak Sya dah makan dan dah rasa efek positif supplement Shaklee pada diri Kak Sya dan keluarga Kak Sya. Sebab tu Kak Sya yakin untuk pilih Shaklee. Lagi pulak, Shaklee ni produk hot, selamat dan sentiasa ada demand.
Bisnes plan dan pembayaran bonus juga Kak Sya ambil kira. Korang tau tak, bisnes plan dan pembayaran bonus Shaklee ni di patenkan tauu!
Bila produk sentiasa ada demand, baru income pun masyuukk.. 👍👍
5. Sentiasa buat promosi 📣📣📣
=============================
Bila berniaga, wajib ada promosi. Sebab promosilah cara untuk anda beritahu orang-orang sekeliling anda tentang diri anda sebagai peniaga online dan apa produk jualan anda.
Yang ni kena istiqamah la. Tak boleh buat sekali lepas tu expect orang terus kenal dan ingat kita.. Siti Nurhaliza pun selalu promote produk dia tau!! Nama besar tu, lagii kita ni kena selalu la promote kat media sosial, blog dan offline.
Ok, cukup dululah ye lima tips bisnes untuk WAHM harini. Harap dapat membantu anda yang baruu nak start online bisnes macam saya.. 😊😊
Yang berminat nak buat side income dengam Shaklee, atau yang nak buat full time pun boleh.
Contact bisnes leader anda:
🌱 Call/ WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB : Syahridah Ishak
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com
No comments:
Post a Comment