Resipi - Sup ikan merah

Bismillah..

Apa khabar readers? Huh dahsyat juga blog Kak Sya ni kena tinggal kali ni. Lama sungguh, bukan setakat bersawang, siap semak samun! Haha.. Anda semua doakanlah Kak Sya istiqamah tulis lepas ni, ok!

Oklah, harini kita dah pun masuk Ramadhan ke 26. Pejam celik lagi 3 hari dah nak raya. Subhanallah cepat sungguh Kak Sya rasa. 

Untuk mak-mak macam Kak Sya, dah tiba masa sangat nak pening untuk fikir menu untuk sahur dan berbuka. Hihi. Betul tak?

Gambar kredit Azie Kitchen

Untuk lauk berbuka semalam, Kak Sya teringat sup ikan merah. Dulu, Ayah selalu buatkan untuk Mak masa mak kena warded. Semalam Kak Sya pun try lah guna resipi ni:-

1 ekor ikan merah (saiz remaja)
1/2 bawang besar (lebih kurang 4 biji bawang kecil)
2 ulas besar bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 bunga lawang
Lada hitam - ditumbuk (ikut suka banyak mana. Kak Sya letak sikit je sebab anak-anak pun makan sama, tapi jangan lah banyak sangat)
Air secukupnya

** Bawang merah, bawang putih dah halia dihirisl

Untuk tabur atas sup lepas sup dah masak:-
Daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya:-

1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga menjadi wangi

2. Masukkan air secukupnya. Bila air dah mendidih, masukkan pula ikan. Tambah garam & lada hitam. Biarkan sehingga ikan masak.

3. Kemudian taburkan daun sup yang dihiris halus & bawang goreng. Biarkan seketika. Siap!

Mudahkan? Best sangat dapat pujian suami (yang memang tak minat sup) dan anak-anak yang suka dengan rasa sup. Alhamdulillah.. Hihi

Selain mudah, masak pun tak ambil masa yang lama. Selamat mencuba!

Sorry laa lupa betul nak amik gambar. Masak last minute. Sebab dah taktau sangat nak masak apa. Siap je terus buat air, ngam-ngam buka puasa.. Hihi. Gambar Kak Sya pinjam dari Azie Kitchen..