Testimoni - ESP untuk tambah susu

Selamat pagi..

Dah Isnin dah harini. Ramai anak-anak yang dah mula menghadapi peperiksaan kan harini? Sama dengan anak Kak Sya..

Semoga anak-anak kita terang hatinya, dimudahkan mereka menjawab semua soalan. Aameen..

Pagi ni Kak Sya nak share satu testimoni tentang satu supplement yang Kak Sya suka. Supplement ni nama dia ESP

Jom baca macam mana Puan Farah berjaya menjayakan penyusunan ibu sehingga puteri kesayangan mencecah 2 tahun? 

Key point kat sini ialah keazaman ibu untuk teruskan penyusunan untuk anakanda tercinta. Supplement bantu dari segi cukupkan nutrisi ibu supaya keazaman ibu boleh menjadi realiti..

===================

[BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]


Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.

Saya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.


Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.


Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.

==================

Itulah perkongsian Puan Farah tentang kisah beliau dan betapa berpuas hatinya beliau dengan ESP dan Mealshakes.

Puan2 yang sedang membaca yang ada masalah yang sama macam Puan Farah yang malu untuk minta consultation Kak Sya, ok! 

Kak Sya sedia membantu..

Call/Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD area Pasir Gudang, Kota Masai, Tanjung Langsat, Kg Pasir Putih, Taman Rinting, Permas Jaya, Plentong dan sekitar 

POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

Vivix untuk kecutkan fibroid

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Selamat berhujung minggu. Kak Sya harapkan semua sihat2 hendaknya. InsyaaAllah..

Kak Sya nak share dengan anda semua testimoni Vivix untuk kecutkan active fibroid. Semoga sharing Kak Sya mendatangkan manfaat untuk semua. 

==================

[ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.

Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin C dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.

Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.

Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!

Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.

Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.

Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.

Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.
Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.

Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!


Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.

Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.

===================

Seronok kan baca testimoni customer berjaya ni? Alhamdulillah asbab Vivix fibroid Puan Nira mengecil dan doktor sahkan tak perlu jalani pembedahan untuk buang fibroid. Syukur.. syukur.. 

Kalau anda mempunyai masalah fibroid atau anda mengenali , Kak Sya sangat sarankan Vivix untuk bantu anda atasi masalah fibroid. 

Kak Sya ada ready stok tau! Boleh terus contact Kak Sya untuk dapatkan Vivix anda!

Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD area Pasir Gudang, Kota Masai, Tanjung Langsat, Taman Rinting, Seri Alam, Permas Jaya, Plentong dan sekitar



POS ke alamat anda bila2 masa saja!

Vivix untuk TTC (Trying to Conceive)

Bismillah..

Testimoni TTC dengan Vivix
=======================

10 Tahun Penantian, Kini Isteri Hamil Semula..


Assalamualaikum

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabarjela yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaaAllah.

================

Jom ikhtiar dengan Vivix! Semoga dengan usaha ni anda akan dapat khabar gembira soon! InsyaaAllah. 

Untuk consultation & order, boleh PM Kak Sya ok!

Whatsapp/Telegram/SMS : 013.779O.624
FB : Syahridah Ishak 
Twitter : syahridahishak 
IG : maishaque14
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

COD area Pasir Gudang, Masai, Tanjung Langsat, Permas Jaya, Kota Masai, Taman Rinting, Kong Kong  dan area berhampiran.

POS laju ke alamat anda bila-bila masa sahaja!

Nutriferon si immune system booster

Bismillah..

Apa khabar readers? Ya Allah dah bersawang tebal blog ni. Hihi..

Kak Sya doakan readers semua sihat walafiat, ye lah kan sekarang musim demam, batuk dan selsema. Kenapa boleh berjangkit? Boleh sakit? Sebab sistem imun yang lemah la.. Macam mana nak tahu sistem imun kita lemah? Pernah tak dengar INTERFERON? haaa..meh nak cerita apa itu interferon.

Dalam tubuh kita ni, kalau berlakunya jangkitan penyakit, interferon ni tugasnya melindungi tubuh daripada serangan jangkitan. Kalau imun kita kuat, cepat la jangkitan baik. Kalau lemah, lambaaaaat sangat nak baik.

Biasa nampak kan? Kenapa la anak aku ni..lambat sangat baik demamnya. Tengok anak orang lain cepat jer. Hmm mungkin ubat anak dia lebih baik daripada ubat anak aku kot...😅😅

Meh kita intai apakah tanda2 sistem imun lemah:

🎯 Kerap sakit
🎯 Ada banyak allergi
🎯 Stress sentiasa
🎯 Hormon tak berapa nak stabil
🎯 Ada sel kanser dan tumor

Ada salah satu tanda di atas? Wajib naikkan sistem imun serta merta.

Peranan Nutriferon dalam tingkatkan sistem imun memang terbaik. Disinilah bermulanya dimana interferon diransang supaya ia dapat bertugas dengan baik.

Nutriferon ni sebenarnya makanan yang menggalak interferon dalam tubuh manusia. Banyak makanan kat luar sana yang boleh tingkatkan interferon. 

Nutriferon diperbuat daripada 4 ramuan penting. Keempat ramuan ini apabila digabungkan akan membantu tubuh menghasilkan interferon secara semulajadi.

Bagaimana interferon berfungsi? 

Apabila bakteria masuk melepasi pertahanan badan, sel darah putih perlu bertindak. Namun sel darah putih memerlukan signal daripada interferon untuknya bertindak. Sebab itulah pentingnya fungsi interferon ini.

Nutriferon menggalakkan interferon secara semulajadi


Interferon telah ditemui pada tahun 1954 oleh pakar imunologis iaitu Dr Yasuhiko Kojima. Dr Yasuhiko mengambil masa selama 40 tahun untuk menghasilkan Nutriferon dengan membuat kajian ke atas 200 herba, dan hanya memilih 4 sahaja.

Interferon boleh juga didapati secara suntikan. Kebiasaannya akan diberikan kepada pesakit yang benar-benar memerlukan seperti pesakit kanser, hepatitis B dan lain-lain dengan kos yang sangat tinggi. Bagaimanapun suntikan interferon adalah sangat bertoksik sebenarnya.

Dengan pengambilan Nutriferon, interferon dalam tubuh akan dihasilkan secara semulajadi dan kelebihan lain adalah:

✅ Tidak bertoksik
✅ Selamat
✅ Dipatenkan
✅ terbukti secara klinikal
✅ Harga yang mampu milik
✅Boleh diambil setiap hari oleh sesiapa sahaja

Lama tuu sampair 40 tahun kajian? Iyelah, sebab Shaklee betul2 nak ciptakan supplement yang berkualiti dan berkesan. Stok Nutriferon ni sememangnya perlu ada disetiap rumah. Kat rumah Kak Sya wajib ada sekotak dan mesti restok bila dah tinggal 2-3 sachet.

Anda yang nak cuba boleh je contact Kak Sya terus ok! Nanti kita share lain testimoni Nutriferon ye!!


🌸 WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
🌸 FB : Syahridah Ishak
🌸 IG : msishaque14
🌸 Twitter : syahridahishak
🌸 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
🌸 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

🚄 COD area Pasir Gudang, Masai, Tanjung Langsat, Permas Jaya, Kota Masai, Taman Rinting, Kong Kong dan area berhampiran

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!

Vivix vs Anti-penuaan - Pengenalan kepada TELOMERE

Bismillah.. 

Assalamualaikum readers.. 

Apa khabar? Kak Sya harap semua sihatlah ye. Dah tahun baru 2017 dah kan. Dah masuk hari ke-17 dah pun. 

Sempena bulan pertama ni, Shaklee offer tonik ajaibnya sebagai supplement pertama untuk promosi tahun ni. Apa lagi kalau bukan Vivix. Bestnyaaa! Vivix memang dah jadi salah satu Supplement kegemaran Kak Sya. 

Harini Kak Sya nak terangkan sikit pasal Vivix dan apa kena mengena Vivix dengan anti-aging atau anti-penuaan. Selalu kalau anda tengok poster-poster promo Vivix mesti ada tulis pasal tu kan?

Dan anda juga mesti nak tanya kenapa kalau cerita pasal Vivix mesti nak cakap pasal ANTI-AGING? Tua dan mati itu kan pasti? Kenapa nak lawan ketentuan-Nya?



Haa tu la korang tak faham. Yang kitorang SID ni dok cakap pasal anti-aging tu sebenarnya merujuk kepada cellular anti-aging. Anti-penuaan peringkat sel. Sel tau! Korang tau kan Vivix ni adalah satu-satunya supplement yang bekerja sehingga ke tahap sel?

So macam mana pulak Vivix ni berfungsi melambatkan penuaan sel?

Sebelum kita cerita lebih lanjut, jom kita cekidaut tentang Telomere. Apa tu Telomere?

TELOMERE
=========

Sebelum kita cerita lebih, meh tengok video pasal Telomere ni..



Dalam badan kita ada trillions of cells kan? Dan sel kita terdiri daripada kromosom. Alaaa macam Tuan Ihsan beritahu kat Seroja malam tadi - lelaki punya kromosom adalah XY. Hihi. Kat setiap hujung kromosom tu ada Telomere yang bertindak sebagai penutup hujung kromosom dan melindungi kromosom. Telomere terbentuk dari turutan DNA yang berulang. 

Semakin meningkat usia kita, saiz Telomere semakin memendek seiring dengan pembahagian sel2 kita. Semakin pendek saiz Telomere, semakin mudah sel2 kita rosak. Dan jika kita tak lindungi Telomere, sampai satu tahap nanti Telomere akan habis dan pembahagian sel pun akan berhenti dan di situ lah segala nya akan terhenti..

So macam mana kita nak membantu 'memanjangkan' hayat Telomere ni? Alhamdulillah Kak Sya dah jumpa jawapannya --> VIVIX!
.
Vivix bertindak melindungi Telomere dengan memastikan ia sentiasa panjang supaya sel2 dan DNA kita terlindung dari kerosakan dan serangan radikal bebas. InsyaaAllah..

Dan daripada result LandmarkStudy, pengamal supplement Shaklee mempunyai Telomere dengan 11% lebih panjang berbanding individu yang  tak mengambil Shaklee. 

Jom grab Vivix! Tengah promo sekarang!

BUY 6 FREE 1! BUY 2 LESS 5%


🌸 Call/Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
🌸 FB : Syahridah Ishak 
🌸 IG : msishaque14
🌸 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌸 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang, Masai, Tanjung Langsat, Permas Jaya, Kota Masai, Taman Rinting, Kong Kong dan area berhampiran 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!