Siapa yang perlukan Collagen Powder Shaklee?

Bismillah

Dalam entri yang lepas Kak Sya ada ceritakan pada anda tentang pengenalan kepada Collagen Powder Shaklee dan 7 bahan utama yang menjadikan Collagen Powder kolagen yang terbaik!

Kali ini Kak Sya akan kongsikan dengan anda tentang siapakah yang perlu dan mesti mengambil Collagen Powder sebagai salah satu dari supplement harian mereka

Sebenarnya, kalau nak cerita, semua orang perlukan Shaklee Collagen Powder sebab secara semulajadinya, kadar kolagen dalam badan kita merosot selepas usia kita melebihi 20 tahun.


1. Individu yang mempunyai masalah kulit muka

2. Wanita yang menghampiri menopause

3. Wanita

4. Individu yang mengalami masalah osteoporosis

5. Individu yang mengalami masalah sendi

Haa..kan Kak Sya dah kata, Shaklee Collagen Powder ni bukan untuk orang yang nak kulit cantik gebu gebas je tau. 

Best ke best Collagen Powder ni?

Anda jangan lupa tau, cepat-cepat grab Collagen Powder ni untuk kegunaan seisi keluarga. Bukan saja anda dapat kesihatan yang lebih baik, untung-untung raya nanti kulit cun berseri 😊

Jom rebut Collagen Powder sempena promosi di bulan Februari ni!

Beli 4 kotak Collagen Powder & 1 botol Sustained Release Vitamin C dengan diskaun bukan 5, tapi 10%!!

Yippie!

Cepat WA Kak Sya tau!

http://shakleepasirgudang.wasap.my

Kak Sya (ID : 1168907)
+6.013.7799.624
Pengedar/Agen Shaklee Malaysia

Fungsi Collagen Powder Shaklee


  • Bismillah

Dalam entri yang lepas, Kak Sya ada ceritakan tentang pengenalan kepada Collagen Powder, dan apakah 7 bahan yang menjadikan Collagen Powder Shaklee collagen terbaik dalam dunia.

Dalam entry ini, Kak Sya nak tekankan kepada anda apakah fungsi collagen powder kepada penggemarnya.

Tapi sebelum tu jom kita tengok apakah fungsi kolagen yang ada dalam badan kita.

Kolagen banyak fungsinya dalam badan kita. Antaranya:

  1. Dapat merawat luka pada kulit. Collagen dapat merangsang platlet darah agar cepat membeku dan membentuk lapisan bagi melindungi luka.
  2. Selain itu kolagen berupaya menyegarkan semula kulit yang sihat.
  3. Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.
  4. Menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.
Jadi apa pula fungsi jika saya mengambil Collagen Powder Shaklee?

Shaklee Collagen Powder mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Antaranya :

  • Anti-penuaan - dapat mengurangkan kedutan
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembabkan kulit yang kering
  • Mencerahkan pigmentasi
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Memudahkan pergerakan sendi dan
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Tona muka lebih sekata
  • Milkbooster (berdasarkan pengalaman sendiri)

Memang Shaklee Collagen Powder ni known sebagai supplement kulit cantik flawless. Tapi, bila diri sendiri dah makan, bukan kulit je makin cantik, tapi susu badan meriah dan sendi juga dah tak sakit. Mantap sangat!

Lepas entry Siapa yang perlukan Shaklee Collagen Powder nanti, Kak Sya mesti share banyak-banyak testimoni Collagen Powder untuk anda baca. Biar anda terpikat sama! Hihi

Sampai jumpa lagi

Jaga diri

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Collagen Powder Shaklee - 7 bahan utama kolagen terbaik dunia!

Bismillah..

Anda pernah dengar tentang Collagen Powder Shaklee? Haa meh Kak Sya introduce sket pasal Collagen Powder ni

Sejak lahir, badan kita memang mempunyai kolagen semulajadi, tapi kolagen dalam badan kita semakin merosot seiring pertambahan usia. Tapi jangan risau, sebenarnya kita boleh bantu badan kita untuk dapatkan bekalan kolagen melalui pengambilan makanan kaya kolagen atau supplement.

Tahu tak apakah tanda-tanda badan kita sedang kehilangan kolagen?

Antara tanda-tanda badan kita perlukan kolagen adalah:
  • Gusi yang tidak sihat
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Kesan bengkak bawah mata
  • Garis-garis kedutaan muncul pada kulit 
  • Penglihatan kabur
  • Kuku mudah pecah dan kekuningan
  • Rambut kering dan bercabang
  • Liang roma/pori menjadi besar
  • Pigmentasi kulit
  • Kulit kering 
  • Kulit hilang memanjakan
  • Kulit kelihatan tua berbanding usia sebenar
  • Kehilangan kalsium
  • Sakit sendi
  • Payudara hilang keanjalan
  • Organ dalaman kurang berfungsi

COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Collagen Powder Shaklee mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 

Shaklee Collagen mempunyai 7 bahan utama:


  1. Ekstrak biji benih Camellia Japonica
  2. Ekstrak Pfaffia
  3. Kolagen ikan
  4. Ekstrak kerang-kerangan
  5. Lactobacillus Acidophillus
  6. Vitamin B
  7. Vitamin C

Kelebihan bahan-bahan utama dalam Shaklee Collagen Powder

1. Ekstrak biji benih Camellia Japonica
Mengandungi oleic acid yang sangat membantu sebagai emolien (emollient) iaitu pelembap kulit. Ia juga mengandungi isoflavone iaitu bahan antioksida semulajadi yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas.

2. Ekstrak Pfaffia
Ginseng Brazil yang apabila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronik (hyaluronic acid) yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar. Asid hyaluronik turut berperanan dalam menghidratkan tisu untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

3. Kolagen ikan
Mengandungi elastin yang berfungsi bergabung dengan kolagen untuk mengekalkan ketegangan kulit dan elastik. Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.

4. Ekstrak kerang-kerangan
Glukosamine ekstrak kerang amat penting dalam sintesis cecair synovial untuk menghasilkan pelincir kepada sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

5. Lactobacillus Acidophillus
Sejenis bacterium iaitu bakteria yang membantu mengimbangi mikroflora usus dan memudahkan pembinaan semula usus yang sihat untuk meningkatkan penyerapan kolagen.

6. Vitamin C
Menggalakkan pengeluaran kolagen dan membantu melawan radikal bebas yang merosakkan kulit.

7. Vitamin B
Membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen.

Entry berikutnya Kak Sya akan share fungsi Collagen Powder Shaklee pulak ye.. Stay tune..

Jaga diri

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Johor Bahru

Resipi talapia merah belado yang mudah dan cepat

Bismillah

Tergelak Kak Sya baca tahu..haha

Bukan apa, sejak pandai buat lauk masak belado ni (eleh senang je pun) kemain rajin Kak Sya masak belado

Sikit-sikit kalau takde idea nak masak apa, belado la jadinya.. hihi. Lagi seronok Kak Sya masak sebab Hubby Kak Sya suka lauk belado. Tapi tengok jenis ikan juga la yee..

Masa beli talapia haritu sebenarnya first time kami beli talapia. Saiz dia lebih kurang 3 tapak tangan Kak Sya lah. Teringin nak rasa, sekali google resipi yang sesuai banyak Kak Sya jumpa orang masak belado je talapia ni


Senang je nak buat dia.. Resipi ni untuk orang baru belajar masak macam Kak Sya sesuai sangat..hihi..

Meh Kak Sya share resipi dia:

Seekor ikan talapia
Minyak untuk menggoreng

Bahan A (tumbuk - kalau nak kisar boleh juga, tapi kurang kick)

4 biji lada besar merah
3 biji lada besar hijau
3 biji cili api, cili tomyam
Selabu setengah bawang besar
3 ulas bawang putih

** Tumbuk jangan lumat sangat. Biar ada keping2 lada besar tu tertinggal..

Cara membuat

1. Gorengkan ikan (kalau dapat biar dia garing diluar, moist juicy didalam)


2. Dah masak kedua-dua belah, angkat dan toskan minyak

3. Tumis Bahan A sampai bau wangi dan jangan sampai lada jadi garing

4. Letak garam secukup rasa.

5. Bahan yang dah ditumis tadi taburkan atas ikan. Siap

Haaa mudahkan?

Selamat mencuba!


Kak Sya
Baru belajar masak :)


Shaklee promo Februari 2018

Bismillah..

Hai semua. Harini dah masuk bulan kedua Februari. Maknanya dah 31 hari dah kita lalui dalam tahun 2018 ni. Kejap sangat, kan?

Takmau lengah-lengah lagi, dengan happynya Kak Sya nak share dengan anda semua apa produk Shaklee yang promo bulan ni..


Haa ni lah dia item promo bulan ni!!

Untuk peminat Set Cantik, bulan ni memang bulan meletops anda! Bulan ni, untuk peminat Collagen Power dan Vitamin C, kalau anda grab:

4 kotak Collagen Powder
1 botol Sustained Release Vitamin C

Anda boleh dapatkan potongan 10% tau untuk satu set ni! Bestnyaaaa

InsyaaAllah sempena bulan promo Collagen Powder dan Vitamin C Kak Sya akan share banyak-banyak entry dan testimoni pasal Collagen Powder dan Vitamin C untuk anda

Stay tune tau!

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Your friendly SID