Vivix vs Anti-penuaan - Pengenalan kepada TELOMERE

Bismillah.. 

Assalamualaikum readers.. 

Apa khabar? Kak Sya harap semua sihatlah ye. Dah tahun baru 2017 dah kan. Dah masuk hari ke-17 dah pun. 

Sempena bulan pertama ni, Shaklee offer tonik ajaibnya sebagai supplement pertama untuk promosi tahun ni. Apa lagi kalau bukan Vivix. Bestnyaaa! Vivix memang dah jadi salah satu Supplement kegemaran Kak Sya. 

Harini Kak Sya nak terangkan sikit pasal Vivix dan apa kena mengena Vivix dengan anti-aging atau anti-penuaan. Selalu kalau anda tengok poster-poster promo Vivix mesti ada tulis pasal tu kan?

Dan anda juga mesti nak tanya kenapa kalau cerita pasal Vivix mesti nak cakap pasal ANTI-AGING? Tua dan mati itu kan pasti? Kenapa nak lawan ketentuan-Nya?



Haa tu la korang tak faham. Yang kitorang SID ni dok cakap pasal anti-aging tu sebenarnya merujuk kepada cellular anti-aging. Anti-penuaan peringkat sel. Sel tau! Korang tau kan Vivix ni adalah satu-satunya supplement yang bekerja sehingga ke tahap sel?

So macam mana pulak Vivix ni berfungsi melambatkan penuaan sel?

Sebelum kita cerita lebih lanjut, jom kita cekidaut tentang Telomere. Apa tu Telomere?

TELOMERE
=========

Sebelum kita cerita lebih, meh tengok video pasal Telomere ni..



Dalam badan kita ada trillions of cells kan? Dan sel kita terdiri daripada kromosom. Alaaa macam Tuan Ihsan beritahu kat Seroja malam tadi - lelaki punya kromosom adalah XY. Hihi. Kat setiap hujung kromosom tu ada Telomere yang bertindak sebagai penutup hujung kromosom dan melindungi kromosom. Telomere terbentuk dari turutan DNA yang berulang. 

Semakin meningkat usia kita, saiz Telomere semakin memendek seiring dengan pembahagian sel2 kita. Semakin pendek saiz Telomere, semakin mudah sel2 kita rosak. Dan jika kita tak lindungi Telomere, sampai satu tahap nanti Telomere akan habis dan pembahagian sel pun akan berhenti dan di situ lah segala nya akan terhenti..

So macam mana kita nak membantu 'memanjangkan' hayat Telomere ni? Alhamdulillah Kak Sya dah jumpa jawapannya --> VIVIX!
.
Vivix bertindak melindungi Telomere dengan memastikan ia sentiasa panjang supaya sel2 dan DNA kita terlindung dari kerosakan dan serangan radikal bebas. InsyaaAllah..

Dan daripada result LandmarkStudy, pengamal supplement Shaklee mempunyai Telomere dengan 11% lebih panjang berbanding individu yang  tak mengambil Shaklee. 

Jom grab Vivix! Tengah promo sekarang!

BUY 6 FREE 1! BUY 2 LESS 5%


🌸 Call/Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
🌸 FB : Syahridah Ishak 
🌸 IG : msishaque14
🌸 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌸 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang, Masai, Tanjung Langsat, Permas Jaya, Kota Masai, Taman Rinting, Kong Kong dan area berhampiran 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!

Set Penjagaan Kulit Normal - NutriWhite

Bismillah..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi readers..

Harini Kak Sya nak share tentang fungsi Set Kulit NutriWhite kepada anda. Kak Sya guna NutriWhite menggantikan brand skincare yang lama. 



1) NutriWhite Action Makeup Remover - Menjadikan kulit lebih licin, lembut dan berseri. Tunas pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit. Lembut , tidak berminyak dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri.

Walaupun anda tak guna makeup, anda boleh menggunakan makeup remover menggantikan skrub. Lepas guna kulit memang tak kering.  

2) NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser - Membersihkan dan menyegarkan kulit, rumpai laut menghilangkan kotoran, membuang sel – sel mati dan menegangkan, alga hijau menyahtoksin dan melembapkan, strawberri begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen. Ia lembut dan menyegarkan.

3) NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener - Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary. Kudzu pula menegangkan dan mencerahkan kulit.

4) NutriWhite Daily Defense Whitening Essence - Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit. Strawberry Begonia untuk mengimbangkan pigmen. Kacang soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok – tompok hitam. Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah. Ia lembut dan mudah diserap oleh kulit.

5) NutriWhite Spot Whitening Treatment - Memperbaiki kesan – kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. Kuasa pencerahan dari Likouris dan Peony amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit. Cats Claw menegangkan kulit. Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit dan kulit lebih halus.

6) NutriWhite Daytime Whitening Lotion - Licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari. Mountain Arnica untuk menghilang radang kulit, pelembap bertindak daripada semua sudut. Melindungi daripada kesan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

7) NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream - Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur, Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam, Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit, Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam, mengembalikan keserian wajah. Di waktu pagi, kulit terasa gebu, halus, cerah dan  berseri.

Untuk anda yang nak mendapat kulit yang bersih, halus wajib cuba set NutriWhite ni. Kak Sya pun dah cuba. Semua best especially Makeup Remover. Kalau anda ni berada seharian di luar rumah, cuba sental muka anda dengan  Makeup Remover ni. InsyaaAllah habis semua sel kulit mati & kotoran yang melekat kata muka hilang.

Lagi special pasal skincare NutriWhite ni ialah set ni boleh tahan sehingga 6 bulan. Ya Allah berbaloi-baloi sangat kalau beli set ni tau!!

Jom la ladies and gentlemen sekelian, kite ubah kepada skincare yang lebih selamat, semulajadi dan berkesan! 

Kak Sya boleh recommend dan consult yang terbaik untuk korang!

Hubungi Kak Sya tau!


Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com


Hilangkan parut chicken pox dengan vitamin untuk kulit cantik Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum semua

Selamat berhujung minggu. Cuti-cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin kan? Boleh kata setiap hujung minggu orang dok pulun pergi kenduri. Hihi

Eh, tapi kenduri bukan ada kena mengena pun dengan entry ni. Cuma musim kenduri ni kena jaga jaga, bila dah ramai-ramai penyakit berjangkit macam chicken pox memang guna senang nak merebak kalau pembawa tak dikuarantin.

Kalau anak-anak yang terkena chicken pox tu normal, dan penjagaan anak-anak yang terkena chicken pox ni lebih mudah berbanding orang dewasa. Jom kita tengok macam mana Puan Daya yang menjangkit chicken pox dari anak beliau dengan Set Kulit Cantik Shaklee


Meh kita tengok macam mana kulit Puan Daya sebelum dan selepas berjaya menghilangkan parut chicken pox dengan Set Kulit Cantik Shaklee ni


Puan Daya ambil Vitamin C, Vitamin E, B Complex, GLA dan ESP untuk menghilangkan parut chicken  pox di muka beliau. Alhamdulillah, dengan izin Allah kulit Puan Daya bersih cantik seperti sebelumnya.

Jom baca tentang Set Kulit Cantik kat sini.

Kak Sya nak share la lagi satu testimoni power tentang seorang abang sado yang alhamdulillah berjaya juga pulihkan kulit beliau dari parut chicken pox yang scary itu.

Stay tuned tau!

Untuk order set untuk hilangkan parut chicken pox ni boleh contact Kak Sya ok!

Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 


Apa Kak Sya buat dengan bonus pengedar Shaklee?

Bismillah.. 

Lagi 3 hari nak bonus Shaklee. Memang tiap-tiap bulan tepat atau awal dari 14 hari bulan bonus Shaklee berka-ching dan harimau confirm mengaum, alhamdulillah.

Nak tau apa yang Kak Sya buat dengan duit bonus Kak Sya?

Selalunya duit bonus ni saya guna untuk beli stok Shaklee. Kena la standby kan kalau tiba tiba ada kes-kes dimana customer perlukan supplement urgently, contoh macam harini - titibe ada customer minta Kak Sya hantarkan Herbal Blend, Basic H dan Nutriferon sebab anak beliau terkena penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease). Weekend branch Shaklee memang tak buka. So ready stock memang membantu Kak Sya untuk support customer's urgent need. Alhamdulillah..

Selain beli stok, Kak Sya juga suka belanja family makan dan spend sikit untuk toys anak-anak (yang tak mahal..kikiki). Kadang-kadang bila anak-anak minta something, dengan duit bonus ni juga la daku tunaikan. Upah untuk anak-anak sebab selalu teman Mamy pergi branch Shaklee dan COD. Kitorang jugak ada lagu tau:-

Nanana nanana 
Nana si budak comel
Ke sini ke sana 
Sibuknya dia

Ikut Mamy gi Shaklee
Lepas tu gi COD
Nanana nanana
Comelnyee dia

**ikut irama lagu Wawa Si Lebah Comelnyee Didi and Friends.

Haritu, lepas pergi Shaklee dan COD Set Kanak-Kanak kepada seorang loyal customer Kak Sya di Permas Jaya (TQ Hanna dearie), Mamy bawa anak-anak pergi Jusco. Lepas makan dan main di playground (masa tu bonus baru masuk), kami ke dalam Department Store untuk cari seluar Mamy. Sampai je kat tempat toys, teringat janji Mamy kat anak-anak untuk belikan PlayDoh. Haritu pernah beli sekali, tapi masa kenduri aqiqah Laila habis rosak. Biasa la bila dah banyak tangan main bersepah tak berkemas la. Siap berkulat PlayDoh dalam bekas dia.. Eeeewww


Kakak memang suka la. Terus pilih yang glitter. Laila macam biasa, sebab dia shadow Kakak, dia pun amik PlayDoh jugak. Tapi Mamy pilihkan yang starter pack. Amik yang kaler rainbow. Sebenarnya Kak Sya memang suka anak-anak main PlayDoh. Dulu kecik-kecik tak dapat. Sekarang macam balas dendam belikan untuk anak-anak.

Boleh la sekali sekala. Selalu no no no!

Kikiki

Korang nak jugak tengok akaun berisi tengah2 bulan? Jom join Kak Sya buat Shaklee!

Call/WA cepat2 ok! 

===========================
Kak Sya 
Founder TeamMagnifique  
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624
=========================== 

Produk untuk kulit kusam Shaklee

Bismillah..
Assalamulaikum semua..
Hari ini Kak Sya nak cerita bagaimana kulit yang kusam tidak bermaya boleh diatasi dengan set supplement shaklee. Nak cerita satu-persatu ni antara produk yang amat membantu mengatasi masalah anda.
Satu hal juga mengenai masalah kulit yang pelbagai iaitu, kusam berjerawat, kusam gelap, kusam kuit kering, kusam kulit berminyak, kusam berjerawat pasir, berjerawat teruk dan banyak la lagi. Kulit anda perlu dikenalpasti bagi memudahkan pemilihan vitamin yang paling sesuai bagi mendapatkan kulit bak sutera.

TIDAK CUKUP VITAMIN MENGURANGKAN KEKUATAN KULIT

Nak ke taknak? Makanan tambahan dapat membantu atasi kulit kusam yang selama ini membelenggu diri. Ketidak cukupan vitamin dalam tubuh, mengurangkan kekuatan kulit anda untuk menapis penuaan dan nampak lebih tua dari usia. Lebih teruk lagi, muka yang sering terdedah dengan sinaran matahari dan bendeasing yang memberhaya. Seterusnya kulit anda mudah rosak.
Kombinasi-kombinasi set supplement shaklee adalah pelbagai, apabila kita gabungkan Sustained Release Vita-C, B-Complex dan Zinc, maka terhasillah Set Jerawat Bajet, sama jugak bile kita amik Vitamin E dan Sustained Release Vita-C akan jadi Set Asas Kulit Cantik, jika kita nak lagi lawa boleh tambah B-Complex, ESP, Collagen atau Vivix.
I

VITAMIN-VITAMIN YANG MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM.

Vitamin B Complex
Ada kajian menunjukkan kekurangan vitamin B-complex menyebabkan kulit bermasalah, kusam dan tidak bermaya. Tahukah anda? Vitamin B terdapat pelbagai jenis dan pelbagai fungsi yang dapat menyokong kulit anda untuk kelihatan lebih sihat dan cantik.

1. Keupayaan vitamin B5 dapat membantu mengurangkan masalah jerawat dengan tindakannya memecahkan triglidrid dan kolestro

2. Vitamin B5 juga membantu tingkatkan peredaran darah secara tidak langsung menjadikan kulit lebih sihat. Malah kelihatan lebih segar dan berseri.

3. Vitamin B5 dapat mengurangkan tekanan yang mana tekanan salah satu punca jerawat.

4. Vitamin B12 membantu mengatur pengeluaran dan lokasi pigmen kulit, fungsinya bagi mengelakkan hiperpigmentasi iaitu kulit gelap dikawasan tertentu tubuh.

5. Vitamin B3 dan B5 bantu mengekalkan kelembapan kulit, melambatkan penuaan kulit.

6. Masalah jerawat kebiasaannya disebabkan gabungan pelbagai faktor seperti keturunan, perpeluhan, pencemaran dan kekurangan nutrien, maka pengambilan vitamin B-Complex dapat mengurangkan masalah jerawat dengan meningkatkan peredaran darah, metabolisme dan pencernaan.

Sustained Release Vita-C

1. Mencantikkan kulit – Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan kurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari.

2. Membentuk Kolagen – Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kunci kepada pengeluaran kolagen- protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah dan menjadikan kulit kuat dan firmness dengan menghalang otot menjadi lembik

3. Antioksida yang melambatkan kerosakan kulit oleh radikal bebas-radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, garis halus dan kedutan.

4. Kurangkan kemerahan pada jerawat dengan membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri.

5. Menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.



Vitamin E
1. Antisioksidan yang kuat mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas

2. Melambatkan proses penuaanseterusnya dapat mengurangkan kedutan dan garis halus

3. Membantu pudarkan parut dan jerawat juga mengurangkan kesan parut

4. Melambatkan pembentukan melanin– pigmen kulit yang menyebabkan jeragat

5. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferolmenunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf ‘l’ or ‘dl’ menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)

ESP Shaklee
Protein tersangat lah penting kepada mereka yang inginkan kulit cantik dan tona kulit yang sekata. Sebabnya protein adalah makanan sel. Sel yang sihat dapat membantu mencerikan kulit dan nampak segar menawan.

Tahukah anda? kesan jeragat atau parut yang susah nak hilang tu, kemungkinan besar adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tu.
ESP juga mengandungi Low Glysemic Index. Oleh itu ESP boleh memberikan tenaga berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar, jadi sangat sesuai untuk mereka yang nak Slim dan yang ada Gastrik.
1. Mengembalikan keserian kulit dan dan kepejalan otot
2. Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda
3. Membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru
4. Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
5. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
6. Mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan
7. Mengurangkan kesan parut
8. Mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
1. Mengembalikan keanjalan semulajadi kulit – meningkatkan ketegangan kulit
2. Anti-penuaan – mengurangkan garis halus dan kedutan, mengecilkan liang pori
3. Menghidratkan – menjadikan kulit lebih lembap dan kurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah
4. Mencerah – mengurangkan parut, pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
5. Kulit lebih licin dan lembut
6. Berat molekul kecil sekitar 1000-3000 Dalton sahaja, memudahkan penyerapan oleh tubuh

So macam mana? Anda dah tahu kan vitamin yang sesuai untuk masalah kulit kusam anda? Ramai yang dah cuba dan Alhamdulillah kesannya sangat baik untuk kebanyakan customer.
Kak Sya amat mencadangkan set ni untuk anda yang mempunyai masalah kulit kusam. Hubungi Kak Sya untuk informasi lanjut dan order