Apakah punca endometriosis?

Bismillah..


Walaupun punca sebenar endometriosis tidak diketahui namun ada beberapa kemungkinan yang menjadi punca endometriosis termasuklah:

1. Aliran haid mundur. Dalam aliran haid mundur, darah haid yang mengandungi sel endometrium mengalir semula melalui tiub falopio ke dalam pelvis, dan bukan keluar dari badan. Sel-sel endometrium ini melekat kepada dinding pelvis dari permukaan organ pelvis dimana ia membesar dan menebal dan menyebabkan berlakunya pendarahan di setiap kitaran haid.

2. Perubahan sel peritonial. Di dalam apa yang dikenali sebagai 'teori induksi', pakar mencadangkan bahawa faktor hormon atau imun menggalakkan perubahan sel peritonial - sel yang membentuk bahagian dalam abdomen - kepada sel endometrium.

3. Perubahan sel embrionik. Hormon seperti estrogen boleh menukarkan sel-sel embrionik iaitu sel di awal pembentukan bayi kepada sel endometrium yang menempel semasa akil baligh.

4. Implan parut pembedahan. Selepas sesuatu pembedahan seperti histerektomi atau C-section sel-sel endometrium mungkin akan 'terlekat' pada luka pembedahan.

5. Pergerakan sel endometrium. Sistem salur darah atau bendalir tisu (lymphatic) boleh menjadi sumber pengangkutan sel endometrium kepada bahagian lain dalam badan.

6. Gangguan sistem imun. Adalah mustahil jika masalah dengan iman sistem menyebabkan badan tidak boleh mengenalpasti dan memusnahkan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim.

Dah tahukan punca-punca yang berkemungkinan terhadap endometriosis?Jom kita tengok siapa yang berisiko untuk mendapat endometriosis...

Salam sihat,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Shaklee Pasir Gudang

Apa itu Endometriosis? Apakah simptom Endometriosis?

Bismillah..

Endometriosis adalah keadaan di mana lapisan tisu yang biasanya tumbuh di kawasan rahim, tumbuh di luar kawasan rahim. Dalam kebanyakan kes yang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh di ovari, tiub fallopio dan tisu di sekitar rahim dan ovari, dan di dalam kes-kes yang jarang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh dibahagian lain dalam badan.

Antara tanda-tanda seseorang menghidap Endometriosis adalah:

1. Senggugut
  • Simptom utama endometriosis adalah senggugut. Tetapi jangan salah faham pula ye, tak semua orang yang mempunyai masalah senggugut adalah penghidap endometriosis, tetapi jangan pula pandang ringan jika anda ada masalah senggugut ni
  • Untuk pesakit endometriosis, senggugut biasa bermula sebelum haid bermula, dan masih belum berakhir walaupun haid sudah tamat.
  • Selalunya, seseorang itu juga akan berasa sakit dibahagian bawah belakang dan sakit dibahagian abdomen.

2. Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Rasa sakit ketika atau sesudah melakukan hubungan seks sangat normal dikalangan penghidap endomteriosis

3. Sakit semasa buang air besar dan kecil

  • Anda mungkin akan merasa simptom di atas semasa kedatangan haid

4. Pendarahan yang banyak
  • Anda mungkin sekali-sekala akan mengalami pendarahan yang banyak (menorrhagia) atau pendarahan di antara period (menometrorrhagia)

5. Ketidaksuburan
  • Perkara pertama yang selalu di diagnos dalam sesetengah wanita yang mendapatkan rawatan ketidak-suburan adalah endometriosis

6. Simptom-simptom lain
  • Simptom-simptom lain endometriosis termasuklah kelesuan cirit-birit, sembelit, kembung atau loya terutamanya ketika datang bulan

Sebenarnya kesakitan yang dirasai oleh seseorang tidak semestinya boleh menjadi penanda tahap keadaan seseorang. Ada wanita yang mempunyai endometriosis ringan merasakan kesakitan yang melampau manakala Ada pula yang mempunyai endometriosis yang teruk dengan hanya Merasakan sedikit kesakitan atau tidak sakit langsung.

Endometriosis selalunya disalah ertikan dengan keadaan lain yang menyebabkan kesakitan di bahagian pelvis seperti penyakit keradangan pelvis (CID) atau ovarian cysts. Ia juga boleh dikelirukan dengan irritable bowel syndrome (IBS), suatu keadaan yang menyebabkan cirit-birit, sembelit dan kekejangan abdomen.

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, cepat cepatlah berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Jumpa Kak Sya di entry yang seterusnya untuk tajuk lain di bawah endometriosis ini.

Stay healthy!
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

Testimoni Set HFMD - HFMD sembuh lepas amalkan Shaklee

Bismillah..

Alhamdulillah sekali lagi dapat Kak Sya kongsikan dengan anda testimoni seorang ibu yang berjaya pulihkan anakanda tercinta dari HFMD selepas berikhtiar dengan Shaklee

Jom kita baca kisah Puan Sharifah Nurulkamariah dan Shaklee untuk HFMD

=======


Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.

Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.

Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.

Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.

Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.

Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.
Membesar menjadi anak yg soleh & solehah. Aaminnn

=======

Begitulah usaha Puan Sharifah untuk anakanda Aleesha yang tercinta. Jika anda lihat ada simptom-simptom HFMD pada anak anda, jangan berlengah dari terus berjumpa dengan doktor. Dan jangan ragu-ragu untuk terus ikhtiar untuk bantu anak anda pulih dengan segera dengan Set HFMD Shaklee

Shaklee untuk HFMD - tingkatkan sistem imun anak anda!

Bismillah

Jika anda list anak anda mempunyai simptom-simptom HFMD, silalah bawa anak anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan mencadangkan jenis rawatan yang bersesuaian dengan simptom-simptom yang dilihat daripada hasil pemeriksaan fizikal terhadap anak anda.

Selain daripada rawatan yang dicadangkan oleh doktor, anda juga boleh berikhtiar dengan memberikan anak anda supplement untuk menguatkan sistem imun tubuh dan melegakan kegatalan dan kesakitan akibat lepuhan dan ruam.

Shaklee untuk HFMD 

Set HFMD Shaklee

Apakah fungsi untuk setiap supplement dalam set ini?

1. NUTRIFERON

  • Membantu meningkatkan interferon tubuh sekaligus meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan virus dan bakteria

2. OMEGA GUARD
  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan keradangan akibat serangan virus kerana Omega Guard mempunyai Omega-3 yang sangat baik sebagai anti radang

3. MEALSHAKES

  • Mengandungi 19  jenis vitamin dan mineral termasuk vitamin C untuk peningkatan sistem imun dan zink untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan juga untuk meningkatkan sistem imun tubuh

4. HERBAL BLEND
  • Herbal Blend digunakan sebagai krim kegunaan luar untuk melegakan rasa tidak selesa ruam dan lepuhan
  • Ia memberikan rasa dingin yang memberi rasa selesa kepada anak-anak

5. BASIC H
  • Mandikan anak anda dengan Basic H kerana ia sangat baik membunuh bakteria dan virus

Kak Sya harap apa yang Kak Sya kongsi kali ini memberi manfaat untuk anda semua..

Jaga diri,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapura

Rawatan untuk HFMD

Bismillah..

Jika anak anda mempunyai simptom-simptom HFMD anda seharusnya membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk diperiksa. Doktor selalunya akan melakukan diagnosa dengan melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor akan memeriksa mulut dan tubuh badan untuk kehadiran lepuhan dan ruam. Doktor juga akan bertanyakan kepada anda dan anak anda tentang simptom-simptom lain.

Doktor juga mungkin akan mengambil sample dari tekak atau najis untuk menguji kehadiran virus.


Bagaimana HFMD dirawat?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan akan hilang tanpa rawatan dalam masa 7 hingga 10 hari. Walaubagaimanapun doktor mungkin akan mencadangkan rawatan tertentu untuk mengurangkan simptom sehingga penyakit hilang. Ini termasuklah:
  • Ubat sapu untuk melegakan lepuhan dan ruam
  • Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan sakit kepala
  • Sirap berubat atau ubat sakit tekak untuk mengurangkan kesakitan pada tekak
Ada juga rawatan di rumah yang mampu memberi kelegaan terhadap simptom penyakit HFMD. Anda boleh mencuba rawatan di bawah untuk mengurangkan lepuhan:
  • Menghisap ais atau popsicle
  • Makan aiskrim atau sherbet
  • Minum minuman sejuk
  • Elakkan makan buah-buahan sitrus, air buah-buahan dan soda
  • Mengelakkan makanan yang pedas atau masin
Berkumur air garam suam juga mampu mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh lepuhan di bahagian mulut dan sakit tekak. Buat beberapa kali sehari atau sekerap yang diperlukan.