GMF mini gathering @ Jojo Rakit 18-19 November 2017

Bismillah..

Alhamdulillah, untuk tahun ketiga berturut-turut Kak Sya dapat berjumpa dengan pengasas group bisnes Shaklee GMF, iaitu Mami Noor Azmiah yang mesra kami sapa Mami Mia

Asalnya Mami Mai saje je tanya pasal trip pertama kami The Ismails ke Jojo Rakit yang terletak di Tanjung Buai. Tanya-tanya sket, lepas tu Mami Mai terus decide date dan terus minta Kak Sya p tanya availability bilik untuk date 18-19 November 2017. Memang cepat. Pantas.

Terus ada 'committee'. Haha. Kitorang orang Johor la yang kena siap2kan makanan untuk grand BBQ. 

Nak tengok gambar BBQ kitorg tak? 


Ada ayam, kambing, otak-otak, pepes, sotong dan ikan pari. Yummy sangat!


Hubby yang rajin


Sekitar kawasan BBQ
Untuk trip kali ni, seramai 7 keluarga yang sama-sama memeriahkan gathering kalini. Kak Sya sekeluarga memang sampai lewat lah sebab kami kena hadir ke majlis graduation Kakak Sara. Kalau nak tengok gambar-gambar sekitar majlis graduation boleh klik sini.

Lepas BBQ kami ber-coaching santai. Sesi luahan rasa la. Memang beremosi. Memang rasa puas lepas dapat luah.


Belanja wefie sekeping
Di penghujung sesi luahan rasa, kami dapat souviner dari Mami Mia. Setiap seorang dari kami mendapat daun maple kering khas dari Korea. Cantik!





Penutup malam kami ialah sesi bertukar-tukar hadiah..


Sesi tukar hadiah


Kak Sya dpt goodies dari Yanie. Yeay!

Pagi tadi, kami bersarapan sandwich sardin & telur saje. Habis licin 3 buku roti. Hihi. Minum pulak dengan kopi O panas. Pergggghh memang mengancam. Sambil-sambil mak2 borak-borak, bapak2 teruskan memancing. Anak-anak pulak seronok dengan kawan-kawan baru diorang.. Baru adil semua orang happy! Yippieee


Bahan-bahan mentah untuk sandwich









Dah siap sarapan, kami pun bersiaplah untuk balik. Kemas apa yg patut, ambil gambar group dan sayonara Jojo Rakit!

Official colour GMF, royal blue
Orang berhandbag gitu la..





Dari kiri : My Bonda Shaklee, Kak Liza & Moyang Shaklee, founder GMF, Mami Mia


I will always be here for you..
Tamatlah percutian 2D1N kami di Jojo Rakit Tanjung Buat. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti datang lagi..


Kak Sya
Founder #TeamMagnifique🚀


Sri Kamariah 2017 Graduation

Bismillah..

Bila berada di konvo Kakak tadi, macam-macam perasaan Kak Sya rasa. Sebak, gembira, bercampur-baur.

Rasa "Ya Allah dah besar dah anak aku..". Konvo tadika ni hanya permulaan untuk Kakak menempuh alam persekolahan dan even higher, diperingkat universiti yang lebih dan sangat mencabar

Tahun ni, sempena 20th anniversary Sri Kamariah Kindergarten, julung kalinya Sri Kamariah buat konvo berasingan dari konsert tahunannya. Last month, Sri Kamariah Kindy buat konsert di Nusajaya Sports Centre. Nantilah, akan Kak Sya kongsikan dengan anda semua pasal Sports Carnival/konsert tu yee..

Jom layan gambar dulu..


Konvo Kakak di Pulai Springs Resort


The king and the 3 princesses

Yang paling excited confirm la yang paling kecik

Tunggu pintu dewan buka

Gambar little graduates. Comel sangatkan?


Hai Kakak!


InsyaaAllah, lagi 3 tahun turn Laila ok!

Excited kemain

Cantiknyaaa anak Mamy

Recitation of ummul kitab, 3 Quls, ayatul-Qursi and Al-Mulk (verses 1-10)

Laju nauu Kakak. Tak sempat nak snap

Chocolate bouquet & belon untuk Kakak

Sebelum pergi hi-tea

The Ismails

Bersama (dari kiri) : Teacher Umi, Teacher Su & Teacher Sella
Congratulations Kakak!



Nana pun teringin naik pentas juga
Gambar kami 4 beranak. Ayah takde sebab Ayah tunggu kami kat tepi. 
Kaki Ayah tendonnya koyak so Ayah tak boleh jalan banyak.

Untuk Kakak anak sulung Mamy, Mamy ucapkan tahniah atas kejayaan Kakak menamatkan 2 tahun persekolahan di peringkat tadika. Tahun depan, bermulalah alam persekolahan sebenar yang lebih mencabar.

Untuk teachers di Sri Kamariah Kindergarten, Mamy dengan rasa rendah diri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada teachers atas jasa teachers mengajar dan mendidik Sara Zulaikha selama ni.

Dari tak kenal huruf, sampai boleh baca dalam dua bahasa, Mamy bersyukur kami masukkan Kakak ke sekolah yang sangat ... bestlah! Tq so much! Allah je boleh balas jasa teachers semua

Love,
Kak Sya







Cara cari wang lebih - 5 bisnes yang mudah!

Bismillah..

Zaman sekarang ni, ramai yang memilih untuk mencari 'duit tepi' walaupun ada kerja hakiki. Zaman sekarang juga, kadangkala kehendak memang kena letak tapi disebabkan gawatnya ekonomi. Nak selesaikan bab keperluan pun ada masa sesak nafas, sebab tu ramai yang memilih untuk cari duit lebih atau lebih glemer dikenali sebagai side income secara mata.


Ada banyak jalan sebenarnya untuk kita pilih bila kita buat keputusan nak cari pendapatan tambahan. Yang penting, kita tahu sama ada kita nak buat secara online atau offline, dan kita juga tahu produk atau jenis barangan yang nak kita niagakan.  Kalau banyak modal, apa jenis bisnes pun kita boleh buat, minat tak minat je. Tapi, kalau takde modal macam mana pula?

Sekarangkan banyak dah bisnes yang memerlukan dropshipper atau ejen.. Boleh saja jadi salah satu. Yang anda perlu, cuma pengetahuan tentang produk jualan dan skill komunikasi dengan pelanggan. Kalau dropship dan ejen bukan pilihan anda, mungkin anda boleh tengok pilihan-pilihan dibawah:

1. Bisnes makanan/sarapan pagi

Kalau dah keperluan tu, salah satunya makanan lah. Tak perlu sampai nak buka restoran, anda boleh mula dengan perniagaan kuih-muih, ataupun makanan sarapan pagi seperti nasi lemak. Boleh mula berjualan di ofis, ataupun tumpang di kantin ataupun kedai/warung/gerai makan. Tapi kena ingat ye, bisnes makanan ni banyak senang jatuh. Pastikan makanan yang anda jual sedap dan buat masak sebab nak jual semata-mata tauu


2. Buat servis mobile/datang ke rumah

Dah lama dah Kak Sya perhatikan bisnes jenis ni. Masa Kak Sya kecik dulu suratkhabar je yang sampai depan pintu rumah, tapi sekarang kalau kita nak cuci permaidani, kusyen kereta dah tak perlu susah payah nak ke dobi / car wash. Call je insyaaAllah sampai la depan pintu. Facial dan SPA pun dah mobile juga tauu

3. Bina blog atau website

Kalau anda sejenis yang pandai dengan blog dan website, apa kata anda cuba bisnes pembinaan blog dan website? Kak Sya ada ramai kawan-kawan yang mencari duit tambahan dengan membina blog persendirian (termasuk make up blog) dan website untuk syarikat. Modalnya cuma sebuah computer atau laptop dan skill. Dan bayarannya boleh tahan juga, semestinya bergantung kepada skill dan kreativiti anda..


4. Mulakan bisnes mengikut skill anda!

Anda ada bakat dan minat baking? Sesuai sangat kalau anda mulakan bisnes baking - kek dan pastri. Ataupun jika anda pandai menjahit, boleh mula dengan mengambil tempahan kawan-kawan dan ahli keluarga.  Hal pemasaran? Sekarang kan internet dihujung jari. Jadi tak perlulah anda menyewa kedai untuk mulakan bisnes ini. Ramai yang bermula dari rumah, dan dah berjaya pun. Cubalah, anda mesti kagum dengan permintaan dan hasilnya!

Kredit gambar : rosebakes.com

5. Dropshipper/ejen

Yang ni yang paling mudah. Modal tak diperlukan, cuma perlu modal internet dan skill marketing dan menjual je. Ada banyak sangat cadang bisnes yang menggunakan khidmat dropshipper atau ejen ni. Anda pilih je. Tapi siasat dulu orang yang anda nak pilih tu. Jangan scammer sudahlah. Tak kanak-kanak anda yang menanggung penipuan orang!

Jika anda masih berkira-kira untuk memulakan bisnes dan sangat memerlukan wang tambahan, tapi takde modal, boleh hubungi Kak Sya. Kak Sya tau satu bisnes yang modalnya tak sampai RM100 tapi anda boleh dapat duit tepi yang tak bertepi! Anda rajin, anda sungguh-sungguh, anda dapat banyak ikut yang anda mahu!

Selamat berjaya!

Kak Sya
Founder bisnes group #TeamMagnifique🚀
6013.7799.624

Testimoni Vivix dan kencing tikus

Bismillah..

Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi adalah selebriti tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Tanda2 seseorang telah dijangkiti virus kencing tikus termasuklah:
🐁 Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
🐁 Batuk tidak berkahak
🐁 Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
🐁 Radang selaput mata
🐁 Sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Mari kita baca kisah Encik Amirul yang berjaya bebas dari virus pembunuh sentap ni dengan Shaklee:
==========
SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON


Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos. 

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan. 

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU. 

Di sini saya diberitahu saya kena  virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya. 

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat. 

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut. 

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu. 

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.
==========
Alhamdulillah, asbab Vivix dan Nutriferon Encik Amirul sembuh sepenuhnya pada hari ketujuh selepas beliau mula makan supplement.

Tak salah untuk ikhtiar dengan supplement. Jom ikhtiar dengan Vivix!


http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Jaga diri 
Kak Sya

Testimoni berjaya Set Kesuburan Shaklee

Bismillah..

Mana-mana pasangan, tak kisah la baru ke atau yang dah lama berkahwin, mesti akan kata mereka nak anak. Anak atau zuriat penyeri rumah tangga, penyambung keturunan.

Macam Kak Sya dulu, lepas 2 tahun tunggu anak sulung, Kak Sya dan suami usaha pergi ke LPPKN, buat macam-macam test untum sahkan kami berdua sihat dan boleh conceive secara normal. Masa tu Shaklee pun tak kenal lagi.. huhuhu (di entry yang lain insyaaAllah kalau sempat Kak Sya nak share pengalaman Kak Sya dulu. Supaya kita sama-sama dapat belajar dan usaha sehabis baik untuk dapatkan zuriat sendiri. InsyaaAllah

Sebenarnya dalam entry ni Kak Sya nak share testimoni Puan Yanie yang berjaya hamil asbab konsisten makan Set Kesuburan Shaklee. Happy reading!

==========
TESTIMONI : ELYANIE CHE ROS

[MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin. 

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee 😘

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur. 

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua. 

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu. 

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu. 

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA. 

Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya. 

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.

Salam sayang dariku,
Elyanie Che Ros,
Mama Ahmad Aryan Razin.
==========

Bestnyaa perkongsian Puan Yanie kan? Kak Sya harap ia dapat jadi sumber inspirasi yang baik untuk bakal-bakal bapa dan ibu supaya tak putus asa dalam usaha untuk hamil.

Anda nak cuba Set Kesuburan? Jom Whatsapp/DM Kak Sya. Kak Sya sedia membantu..


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/


FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/WA/Telegram : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya
Shaklee Pasir Gudang