Bismillah..
Badan anda selalu berangin tak? Haha bukan naik angin tau! Selalunya punca angin dalam badan ni adalah kerana faktor pemakanan.
Nak tau tak makanan apa yang menjadi punca angin dalam badan ni? Let's cekidaut:-
Gula
Gula yang menyebabkan gula adalah raffinose, lactose, fructose dan sorbitol.
Raffinose ~ Gula kompleks yang terkandung dalam kebanyakan kekacang. Boleh juga didapati dalam amaun yang sedikit didalam kubis, brokoli, asparagus dan sayuran serta kekacang yang lain.
Lactose ~ Lactose adalah gula semula jadi dalam susu. Ia juga dijumpai dalam kebanyakan produk tenusu seperti keju dan aiskrim, dan makanan yang diproses seperti roti dan bijirin. Kebanyakan orang Asia lazimnya mempunyai kadar lactase (enzim yang diperlukan untuk mencerna lactose) yang rendah selepas zaman kanak kanak kerana semakin meningkat usia seseorang, kadar enzim akan menurun. Sebab itulah ramai yang akan mengalami masalah angin dalam badan apabila memakan makanan yang mengandungi lactose.
Fructose ~ Makanan yang kaya fructose adalah seperti bawang besar, artichoke, buah pear dan gandum. Ia juga digunakan sebagai pemanis didalam minuman ringan dan air buah buahan.
Sorbitol ~ Sorbitol adalah gula semulajadi yang dijumpai dalam buah epal, pear, pic dan prune. Ia juga digunakan sebagai pemanis buatan dalam makanan dietetic dan gula-gula tanpa gula.
Kanji
Kebanyakan kanji, termasuklah ubi kentang, jagung, pasta dan gandum menghasilkan gas apabila ia diuraikan dalam usus besar. Hanya nasi sahaja jenis kanji yang tidak menghasilkan gas.
Serat
Banyak makanan mengandungi serat larut dan serat tidak larut. Serat mudah larut melarut dengan mudah didalam air dan menjadi tekstur lembut seperti gel didalam usus. Oat bran, beans, kacang peas dan kebanyakan buah-buahan mengandungi serat mudah larut yang tidak akan terurai sehinggalah ia sampai ke usus besar, dimana pencernaan akan menghasilkan gas.
Serat tak mudah larut pula melalui usus tanpa diuraikan, dan menghasilkan hanya sedikit gas. Contoh makanan yang kaya dengan serat tak mudah larut adalah wheat bran dan sesetengah sayuran.
Itulah serba sedikit perkongsian Kak Sya untuk entry kali ni.
Anda yang mudah berangin tu kena lah jaga jaga sikit makan tu. Jangan dah tau badan tu mudah berangin belasah je makan.
Ok, jaga diri ye!
============================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
============================
Serat tak mudah larut pula melalui usus tanpa diuraikan, dan menghasilkan hanya sedikit gas. Contoh makanan yang kaya dengan serat tak mudah larut adalah wheat bran dan sesetengah sayuran.
Itulah serba sedikit perkongsian Kak Sya untuk entry kali ni.
Anda yang mudah berangin tu kena lah jaga jaga sikit makan tu. Jangan dah tau badan tu mudah berangin belasah je makan.
Ok, jaga diri ye!
============================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
============================
No comments:
Post a Comment