Kardiovaskular? Sakit jantung ke?

Bismillah..


Haa kali Kak Sya start entry dengan video. Lain sikit dari kebiasaan. Memang harini Kak Sya nak share dengan readers mamysazu semua tentang penyakit kardiovaskular atau penyakit berkaitan jantung.

Baru-baru ni, suami penyanyi Nora meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham dikatakan demam sejurus pulang dari Jakarta dan dibawa ke sebuah hospital di Subang Jaya, dan disahkan meninggal dunia pagi Jumaat, 24 Mac 2017.

Terkejut. Memang terkejut. Allahyarham yang sihat sebelum itu tiba-tiba menemui ajal akibat penyakit yang tak disangka. Kak Sya nak ambil kesempatan ni untuk minta readers sama-sama sedekahkan surah Fatihah untuk Allahyarham. Al-Fatihah..


Allahyarham Johan Nawawi dan Nora

Apa punca penyakit kardiovaskular?

Penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang melibatkan jantung dan salur darah. Penyakit kardiovaskular termasuklah:


  • Penyakit arteri koronari seperti angin (sakit dada) dan myocardial infarction (lebih dikenali dengan sakit jantung)
  • Strok - Strok ischemic dan strok hemorrhagic. 
  • Kegagalan jantung - berlaku apabila jantung tidak mengepam darah seperti yang sepatutnya. Ini menyebabkan keperluan anggota dan organ badan terhadap bekalan darah dan oksigen tidak mencukupi. 
  • Penyakit jantung hipertensi
  • Penyakit jantung reumatik 
  • Cardiomyopathy
  • Aritmia jantung - ritma degupan jantung yang tidak normal. Boleh jadi ritmanya terlalu laju, terlalu perlahan atau tidak teratur.
  • Congenital heart disease dan banyak lagi 
Penyakit kardiovaskular yang juga dikenali sebagai penyakit jantung, termasuk penyakit yang telah Kak Sya senaraikan, ada kaitan dengan satu proses yang dipanggil atherosclerosis. Atherosclerosis adalah keadaan dimana plak terbina pada dinding arteri, yang menyebabkan arteri menjadi sempit dan darah sukar mengalir.

Jika pembekuan darah terjadi,  ia akan menghentikan aliran darah, yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok. 

Serangan jantung terjadi apabila aliran darah kepada satu bahagian jantung terhenti disebabkan oleh terdapat pembekuan darah. Jika darah beku ini menghalang sepenuhnya aliran darah, bahagian jantung yang disupply oleh arteri tersebut akan mati.

Ischemic stroke pula berlaku apabila aliran darah ke otak terhalang, biasanya oleh darah beku. Bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah, akan mula mati. Manakala Hemorrhagic stroke pula berlaku apabila salur darah dalam otak pecah. Sebab utama yang dikenalpasti adalah kerana hipertensi.

Beza antara ischemic dan hemorrhagic stroke

Vivix untuk penyakit kardiovaskular 


Vivix mengandungi 4 bahan utama yang menjadikan Vivix supplement super antioksidan yang bertindak sehingga ke tahap selular.

Kak Sya ada huraikan tentang 4 tumbuhan yang menjadikan Vivix istimewa. 

Vivix bantu penyakit kardiovaskular

1. Vivix ialah supplement yang kaya dengan antioksidan. 




Fungsi utama antioksidan ialah melawan serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Sebahagian dari kerosakan sel akan membawa kepada salah satu faktor utama penyakit jantung, iaitu pengoksidaan kolestrol. Pengoksidaan bermaksud penambahan oksigen ke lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau 'kolestrol jahat'). LDL menyumbang kepada pembinaan plak lemak pada dinding arteri yang akhirnya memperlahankan dan menghalang aliran darah ke jantung.

2. Resveratrol dalam Vivix

Resveratrol telah terbukti dapat meningkatkan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL atau 'kolestrol baik') yang melindungi diri kita dari serangan penyakit jantung.



Resveratrol juga mencegah penggumpalan platelet. Apabila sel-sel darah merah tidak melekat antara satu sama lain, maka penggumpalan darah tidak akan berlaku. 

Bahayanya penggumpalan darah ialah kerana ia boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan mengakibatkan bahagian jantung yang tidak menerima darah dan oksigen mati. Jadi faham-faham sajalah apa yang akan berlaku selepas tu, kan?

Jom baca testimoni Vivix dan penyakit kardiovaskular kat sini. :)

Kalau anda ada soalan untuk diajukan, boleh call/WA Kak Sya terus ok!



Salam sihat selalu,
Kak Sya

Vivix untuk anemia

Bismillah.. 


Selalu kita baca tentang macam mana Vivix bantu mereka yang ada masalah darah tinggi, kan?

Kali ni Kak Sya nak kongsikan tentang bagaimana Vivix boleh bantu pesakit anemia pula.



Sebelum tu jemput baca testimoni bagaimana Vivix bantu pesakit Talasemia. Talasemia ni ada kena mengena dengan anemia ni tau. Talasemia terjadi apabila terdapat kelainan atau mutasi dalam salah satu gen yang terlibat dalam penghasilan hemoglobin.

Bila hemoglobin kurang atau tiada, maka berlaku lah anemia dalam badan kita..

Bagaimana Vivix bantu pesakit anemia?

Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya adalah disebabkan oleh serangan radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA tubuh kita dari penuaan pra-matang. Vivix sangat sesuai diambil oleh individu yang mempunyai masalah anemia kerana Vivix boleh membantu memperbaiki sel darah merah yang rosak akibat faktor keturunan atau faktor-faktor lain seperti pemakanan dan perubatan.

Melindungi sel
Vivix memelihara sel darah merah dari kerosakan, mengurangkan kesan anemia

Memperbaiki tenaga sel
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh, menguatkan sel darah merah.

Anda yang mempunyai masalah anemia memang patut try Vivix. InsyaaAllah, Vivix sesuai diambil untuk membantu masalah anda.

Jangan segan ye, boleh contact Kak Sya. :)





Call/WA/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

Punca dan simptom anemia yang perlu anda tahu

Bismillah..

Apa tu Anemia?


Anemia ialah keadaan yang terjadi apabila darah kita kurang mengandungi sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin adalah komponen utama dalam sel darah merah, dan fungsi hemoglobin adalah membawa oksigen ke seluruh badan. Jika badan kita mempunyai kurang sel darah merah, sel darah merah yang tidak normal, kurang hemoglobin atau hemoglobin yang tidak normal, sel-sel badan kita tidak akan mendapat bekalan oksigen yang cukup.

Wanita, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik berisiko tinggi untuk mendapat anemia. Faktor penting yang harus diingat berkenaan anemia:

  • Sesetengah bentuk anemia yang diwarisi dari ibubapa dan bayi mendapat anemia sejak dilahirkan
  • Wanita yang lebih terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi kerana kehilangan darah semasa haid dan penigkatan keperluan darah semasa kehamilan.
  • Orang dewasa juga terdedah kepada anemia disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat dan disebabkan oleh keadaan perubatan yang lain.

Punca Anemia

Ada lebih daripada 400 jenis anemia, yang dibahagikan kepada 3 kumpulan besar:

Anemia disebabkan oleh kehilangan darah

Kehilangan sel darah merah boleh disebab oleh pendarahan, yang mana ia boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari. Pendarahan kronik ini selalunya disebabkan oleh:

  • Keadaan gastrousus seperti ulser, buasir, gastritis (keradangan perut) dan kanser.
  • Penggunaan ubat-ubatan anti-radang bukan steroid seperti aspirin atau ibuprofen yang boleh menyebabkan ulser dan gastritis
  • Haid dan kelahiran dikalangan wanita, terutamanya jika pendarahan semasa haid terlalu banyak dan berlaku kehamilan berbilang.

Anemia disebabkan oleh pengurangan atau penghasilan sel darah merah yang rosak

Jika anda mempunyai anemia jenis ini, badan anda sebenarnya menghasilkan terlalu sedikit sel darah merah atau sel darah merah tidak berfungsi dengan betul. Dalam kedua-dua kes, sel darah merah mungkin rosak atau berkurang disebabkan oleh sel darah merah yang tidak normal. Ia juga mungkin berpunca dari kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh sel darah merah untuk bekerja dengan betul.

Keadaan yang dikaitkan dengan punca-punca anemia jenis kedua ini termasuklah:-

  1. Anemia sel sabit (Sickle cell anemia)
  2. Anemia akibat kekurangan zat besi
  3. Kekurangan vitamin
  4. Masalah stem cell dan tulang sum-sum
  5. Masalah kesihatan yang lain
Anemia sel sabit adalah anemia yang diwarisi, dimana sel darah merah berbentuk bulan sabit, kerana berlakunya kecacatan genetik. Sel sabit ini pecah dengan cepat, maka oksigen tidak dapat sampai ke bahagian anggota badan, menyebabkan anemia. Sel darah merah berbentuk sabit ini juga boleh masuk ke dalam salur darah kecil, menyebabkan kesakitan.

Beza sel darah merah normal dengan sel darah merah berbentuk bulan sabit

Anemia akibat kekurangan zat besi berlaku kerana kurangnya zat besi dalam badan. Tulang sum-sum dibahagian tengah tulang memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin, bahagian dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh organ dalam badan. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang cukup untuk sel darah merah. 

Anemia jenis ini disebabkan oleh:
  1. Kekurangan zat besi dalam diet harian, terutamanya untuk kanak-kanak, remaja dan vegetarian.
  2. Permintaan metabolik wanita yang hamil dan yang menyusukan anak yang mengurangkan jumlah zat besi dalam badan. 
  3. Haid
  4. Kekerapan menderma darah
  5. Latihan ketahanan
  6. Masalah pengharaman seperti penyakit Crohn ataupun pembedahan dibahagian perut dan usus kecil.
  7. Sesetengah ubatan, makanan dan minuman berkaffein.
Contoh makanan yang kaya dengan zat besi

Anemia akibat kekurangan vitamin boleh terjadi apabila tubuh kekurangan vitamin B12 dan folate. Kedua-dua vitamin ini diperlukan untuk penghasilan sel darah merah. 

Keadaan yang membawa kepada anemia akibat kekurangan vitamin ini termasuklah:-

  1. Anemia megaloblastik - Kekurangan vitamin B12 atau folate atau kedua-duanya.
  2. Anemia pernicious - Penyerapan vitamin B12 yang lemah, disebabkan oleh keadaan tertentu seperti Crohn's Disease, jangkitan parasit usus, pembedahan bahagian perut atau usus, atau dijangkiti HIV
  3. Kekurangan pemakanan - Makan sedikit atau tidak makan langsung daging boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12, manakala kurang makan atau terlampau masak (overcook) sayur boleh menyebabkan kekurangan folate.
  4. Sebab-sebab lain adalah kehamilan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol dan penyakit usus seperti tropical sprue dan celiac disease

Masalah stem cell dan tulang sum sum boleh mencegah badan dari menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Sesetengah stem cell yang dijumpai dalam sum sum berkembang menjadi sel darah merah. Jika stem cell terlalu sedikit, rosak atau digantikan dengan sel lain seperti sel metatistik cancer, anemia boleh terjadi. Anemia yang disebabkan oleh masalah stem sel dan tulang sum sum termasuklah:
  1. Aplastic anemia - berlaku apabila terdapat pengurangan bilangan stem sel atau ketiadaan sel. Aplastic anemia boleh diwarisi, boleh berlaku tanpa sebab yang jelas, boleh berlaku apabila sum sum tulang cedera disebabkan oleh ubat-ubatan, radiasi, kemoterapi atau jangkitan.
  2. Talasemia - berlaku apabila sel darah merah tidak matang dan berkembang dengan baik. Talasemia adalah penyakit yang diwarisi, dan wujud dari kategori ringan sehingga boleh mengancam nyawa.
  3. Pendedahan plumbum - toksik kepada sumsum tulang, dan membawa kepada pengurangan sel darah merah. Keracunan plumbum berlaku kepada orang dewasa dari tempat kerja, dan kepada kanak-kanak jika mereka makan cip cat sebagai contoh.

Anemia yang disebabkan oleh kesihatan yang lain selalunya berlaku apabila hormon yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah terlalu sedikit. Individu yang mempunyai keadaan seperti dibawah boleh mengalami anemia seperti ini:

  • Penyakit buah pinggang kronik
  • Hypothyroidism
  • Penyakit kronik lain seperti kanser, jangkitan, lupus, kencing manis, dan rheumatoid arthritis
  • Warga emas

Anemia yang disebabkan oleh kerosakan sel darah merah

Apabila sel darah merah adalah tidak stabil dan tidak dapat menahan tekanan rutin sistem peredaran darah, ia boleh pecah terlalu awal, menyebabkan anemia hemolitik. Anemia hemolitik boleh hadir sejak lahir atau kemudian hari. Kadangkala anemia hemolitik ini tidak diketahui puncanya. Sebab-sebab anemia hemolitik yang diketahui termasuklah:
  • Keadaan yang diwarisi, seperti sel darah berbentuk bulan sabit dan talasemia
  • Jangkitan, ubat-ubatan, racun dari sengatan labah-labah atau ular, dan sesetengah makanan
  • Toksin dari penyakit hati dan buah pinggang
  • Serangan yang tidak sepatutnya oleh sistem imun
  • Cantuman vaskular, injap jantung palsu, tumor, melecur teruk, pendedahan kepada bahan kimia tertentu, tekanan darah yang terlalu tinggi dan gangguan pembekuan darah

Semoga perkongsian Kak Sya ni memberi manfaat kepada semua. Selamat membaca!


Testimoni Vivix vs Hipertensi/Darah Tinggi

Bismillah..

Anda mesti tak sabar nak baca testimoni mereka yang mengambil Vivix untuk hipertensi kan?

Tak payah cerita banyak, jom layan testimoni ni..


TESTIMONI : PUAN ARBAYIAH MOHD NOH

SAKIT TUMIT SEMBUH & BACAAN DARAH TINGGI MENURUN SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum..
Nama saya Arbayiah Binti Mohd Noh dan berumur 53 tahun. Saya seorang suri rumah dan kini menetap di Selangor serta mempunyai 5 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengamalkan Vivix kerana masalah darah tinggi, sakit tumit dan cepat penat.

Saya pernah mencuba pelbagai suplemen, berjumpa doktor dan membeli produk lain seperti Jus Nusantara, Jus dari produk Zhulian dan macam-macam lagi. Doktor juga membekalkan ubat-ubatan setiap kali selepas check up.

Saya mula mengenali Shaklee melalui phamplet yang dibawa pulang oleh anak saya, Nurliyana. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee. Saya juga turut membuat pembacaan di Internet untuk mengetahui kandungan Vivix serta membaca testimoni-testimoni di Internet.

Saya mengambil 1 sudu teh Vivix setiap pagi. Selain Vivix, saya turun mengambil Ostematrix setiap hari. Selepas 5 bulan mengamalkan kedua-kedua produk ini secara konsisten, bacaan darah tinggi saya telah menurun dan dulu setiap 1-2 bulan saya perlu pergi ke klinik untuk check up, kini cuma 6 bulan sekali sahaja. Saya juga telah menghabiskan 2 botol Vivix dalam tempoh 5 bulan ini.

Saranan anda saya untuk pembaca yang mempunyai masalah seperti saya, minumlah Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Saya berasa sangat gembira kerana bacaan darah tinggi saya telah berkurang bacaannya. Saya juga sangat berpuas hati sebab dengan Vivix ini saya tidak lagi perlu mengambil ubat-ubat lain. Ianya memudahkan saya yang tak suka sangat makan ubat ini. 

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anak saya kerana memperkenalkan Vivix kepada saya. Selama 4 tahun saya menghidap darah tinggi ini, akhirnya saya bebas. Malah berat badan saya juga turun dengan banyak selepas mengamalkan Vivix.

Terima kasih Vivix! Saya sayang Vivix! 

=============

Alhamdulillah.. Seronok baca kisah mereka yang dah berjaya jadi lebih sihat bila makan Vivix, dengan izin Allah..

Kalau anda nak check jika anda ada simptom hipertensi dan jika anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang bagaimana tindakan Vivix untuk masalah hipertensi, klik saja ok!

Jom sihat dengan Vivix!



Vivix untuk hipertensi/darah tinggi

Bismillah..

Dalam entry ini Kak Sya nak kongsikan dengan anda tentang Vivix dan hipertensi/darah tinggi. Bagaimana Vivix membantu masalah hipertensi ni..

Sebelum kita bermula, jom tengok sikit entry Kak Sya sebelum ni tentang pengenalan kepada hipertensi dan simptom-simptom hipertensi.

Bagaimana Vivix membantu masalah hipertensi?



Vivix diperbuat dari 4 bahan utama iaitu Anggur Muscadine, Purple Carrot, Japanese Knotweed dan Elderberry Eropah. Kak Sya pernah share tentang semua ramuan ni di sini.

Kesemua bahan ni menjadikan Vivix sebagai supplement super antioksidan yang terbaik, yang bekerja sehingga ke peringkat sel. Ia melindungi sel dan DNA, dan satu kajian menujukkan pengambilan sumber makanan yang kaya dengan polifenol mampu menurunkan tekanan darah!

Haa tahu tak Vivix pun sejenis makanan tambahan yang kaya dengan polifenol. Lagi special sebab Vivix ni adalah gabungan polifenol dan resveratrol yang kuasanya 10 kali ganda lebih baik dari resveratrol semata-mata. Dan khasiat antioksidan yang ada dalam polifenol ni lebih baik dari wine merah (wine merah dikatakan mengandungi kadar resveratrol yang tinggi).

Polifenol dan Hipertensi

Macam mana polifenol membantu menurunkan tekanan darah tinggi?

Salah satu polifenol, iaitu anthocyanin sangat baik untuk hipertensi. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Harvard Medical School menunjukkan dengan meningkatkan pengambilan anthocyanin dalam diet mampu menurunkan risiko hipertensi sehingga 12 peratus. Anthocyanin adalah pigmen yang menghasilkan warna ungu, biru dan merah pada buah-buahan.

Wow bagusnya!

Nak bagi sure lagi tentang Vivix dan hipertensi? Klik sini untuk testimoni.

Jom mula makan Vivix harini!

Kak Sya
013.7799.624
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, Taman Rinting, Permas Jaya, Plentong dan sekitar