Jenis-jenis Psoriasis

Bismillah..

Di entry sebelum ni Kak Sya ada kongsikan tentang punca-punca dan simptom psoriasis.

Kali ini mari kita kenali apakah jenis-jenis psoriasis pula. Terdapat 5 jenis psoriasis yang perlu anda kenali:


1) Psoriasis Vulgaris/Plaque Psoriasis



Vulgaris bermaksud common atau biasa. Psoriasis jenis Vulgaris adalah jenis yang paling biasa ditemui dalam kebanyakan kes. Dianggarkan 80% kes psoriasis yang didiagnos adalah psoriasis vulgaris. Ia juga dikenali dengan nama plaque psoriasis disebabkan keadaan kulit yg merah dan tebal. Terdapat kuping berwarna putih-perak dibahagian atas kulit yang tebal tersebut, yg dinamakan scale yang terbentuk dari sel kulit mati.



2) Guttate Psoriasis


Guttate adalah jenis psoriasis kedua yang biasa dijumpak dikalangan pesakit psoriasis. Guttate berbentuk tompokan merah kecil. Guttate selalunya bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan ia boleh dicetuskan oleh jangkitan bakteria strep. 



3) Inverse Psoriasis



Inverse psoriasis selalunya dijumpai dibahagian lipatan belakang lutut, dilipatan lengan dan dikawasan alat sulit. Inverse psoriasis dilihat licin dan berkilat


4) Pustular Psoriasis


Pustular di cirikan dengan kehadiran lepuhan kecil yang tidak berjangkit yang berwarna kekuningan atau kehijauan (pus). Pus mengandungi sel darah putih dan bakteria dengan serpihan tisu dan serum


5) Erythrodermic Psoriasis


Erythrodermic psoriasis adalah bentuk psoriasis yang paling teruk kerana ia boleh merebak ke seluruh badan, denan warna merah menyalanya. Ia boleh menyebabkan kegatalan dan kesakitan yang teruk, dan boleh membuatkan kulit tertanggal dalam bentuk kepingan. Ia sangat jarang berlaku, dan menjejaskan 3 peratus dari jumlah mereka yang menghidapi psoriasis

Dalam kesemua 5 jenis psoriasis ni, erythrodermic psoriasis yang paling bahaya. Jika seseorang mengalami masalah ini, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana ia boleh membawa maut.



Apa punca dan simptom Psoriasis?

Bismillah..



Psoriasis ialah sejenis penyakit auto-imun yang berkaitan dengan tompokan kemerahan yang tidak normal pada kulit. Tompok-tompok merah ini biasanya berwarna merah, gatal dan bersisik. Terdapat pelbagai jenis Psoriasis, dari segi bentuknya, saiz sehinggalah kawasan litupan tompokan tersebut.

Kebiasaannya psoriasis boleh dijumpai dikawasan sekitar siku, lutut dan kulit kepala, walaupun ia juga boleh wujud di kawasan lain pada anggota badan juga.


Lokasi psoriasis yang biasa ditemui


Siapa boleh terkena Psoriasis?


Sesiapa pun boleh mendapat penyakit psoriasis. Pada tahun 2010, dianggarkan 500,000 rakyat Malaysia menghidapi psoriasis, dan 125 juta penduduk dunia menghidapi penyakit yang sama.


Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang tidak boleh diubati, dan ada masanya keadaan kulit pesakit psoriasis akan menjadi bertambah baik, dan ada masa sebaliknya. Simptom yang dialami oleh pesakit psoriasis pula berbeza, dari tompokan kecil yang bersisik sehingga ke tahap kronik dimana badan pesakit boleh dilitupi oleh tompokan merah yang bersisik dan tebal.


Apakah punca-punca Psoriasis?

Punca-punca psoriasis masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko telah dikenalpasti. Ia termasuklah:

  • Sistem pertahanan badan (sistem imun) yang lemah
  • Keturunan
  • Faktor persekitaran
Psoriasis kerap dijumpai pada pesakit yang berusia antara 15 hingga 35 tahun, namun ia sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapapun. Antara 10 hingga 15% pesakit didiagnos psoriasis pada usia sebelum 10 tahun. 


Simptom-simptom Psoriasis

Tanda dan simptom psoriasis berbeza antara individu. Tanda dan simptom yang biasa dijumpai termasuklah:-
  • Tompokan merah pada kulit yang dilitupi oleh sisik berkilat
  • Tompok-tompok kecil yang bersisik (selalunya dijumpai pada kanak-kanak)
Psoriasis pada kanak-kanak

  • Kulit yang kering dan merekah yang mungkin berdarah
  • Rasa gatal, terbakar dan sakit
  • Kuku tebal, berlubang kecil dan bergaris halus (ridged nail)
Psoriasis pada kuku
  • Sendi bengkak dan kaku
Di entri seterusnya, Kak Sya akan kongsikan jenis-jenis psoriasis yang perlu anda tahu. 

Salam sihat

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
+6.013.7799.624

Resipi - Makaroni cheese yang sedap!

Bismillah..

Al kisah nya anak3 Kak Sya memang suka sangat makan makanan barat. Especially pasta dan pizza. Sebelum Kak Sya resign dan jadi WAHM, memang kalau anak3 minta nak makan spaghetti atau makaroni, Secret Recipe la jawapannya. Lagi pulak dah kena train dari dalam perut kan? Hihi

Kak Sya start belajar buat Spaghetti Bolognese lepas resign. Pernah buat from scratch, manyaknyee bahan-bahan yang kena ada. Dan prosesnya lama. Malas punya pasal, sekarang Kak Sya guna yg siap tu je. Hihi. Kat entry lain lah Kak Sya share resipi Bolognese tu..

Sebab kat sini Kak Sya nak share resipi makaroni udang dengan acheese ngan korang. Kalau Kami makan di Secret Recipe, memang 2 pinggan lah. Anak3 memang suka. So ada satu weekend tu terdetik nak cuba satu resipi yang hasilnya, ummpphh sangat. 

Gambar pinjam dari whatihavecooked.blogspot.my

Resipi Kak Sya dapat dari hairul.com. Lepas masak tu memang terus bedal. Lapar satu hal, excited pun iye. Hahaha. Sampai lupa nak ambik gambar. 

Bahan-bahan:
  1. 1 paket makaroni 
  2. 3 cup cheddar cheese
  3. 1 cup shredded mozzarella cheese
  4. 1000ml susu segar
  5. 4 sudu menyewa
  6. 2 sudu tepung gandum
  7. 5 biji cendawan butang  (hiris nipis)
  8. 10 ekor udang basah
  9. Black pepper (Kak Sya letak sikit sebab takmau anak3 rasa pedas dia)
  10. Garam (sikit je sebab cheddar cheese tu sendiri dah masin)
Cara-cara membuat Prawn Macaroni & Cheese
  1. Masak air dan letak sedikit garam. Biarkan ia mendidih.
  2. Bila makaroni dah lembut, angkat dan toskan dahulu.
  3. Letakkan sedikit marjerin pada makaroni sementara is masih panas dan gaulkan.
Cara-cara membuat sos putih
  1. Cairkan marjerin dalam kuali, masukkan tepung.
  2. Kacau sehingga keperangan sedikit
  3. Masukkan susu
  4. Masukkan keju dan gaul sampai pekat 
  5. Masukkan pepper dan garam. 
  6. Masukkan cendawan dan udang. Gaul sampai serasi
  7. Masukkan makaroni dan gaul. Yummy sangat. Bila dah sejuk sikit, nampak cheesenya bertali gitu!
Resipi ni boleh makan untuk 6-7 orang dewasa. Seriously banyak untuk 5 beranak (termasuk 2 kids and a baby) macam family kecil kami..

Dan sedikit tips untuk 1st timer - cheese biar banyak, jangan tak cukup. Nanti kuah cair..

Selamat mencuba!


Kak Sya
Baru belajar masak

Kuatkan sistem imun anak dengan Shaklee

Bismillah..

Dulu sebelum Laila kenal Shaklee, Laila Kak Sya tinggalkan di taska sepanjang hari bekerja. Waktu tu Laila masih menyusu badan, dan Kak Sya tengok Laila sangat mudah demam, selsema dan batuk..

Masa tu memang stress sebab tiap2 bulan mesti Kak Sya kena ambil cuti untuk jaga Laila sebab tahu je la kan taska macam mana? Bukan dia nak jaga budak2 tak sihat 😔



Sampai satu ketika bila Laila dah bercerai susu (masa tu umur Laila dan setahun 2 bulan). Dia mula minum FM guna botol. Masa tu juga Kak Sya terfikir why not Kak Sya try bagi dia mealshakes. Masa tu pun #Mealshakes Kak Sya hanya supply kat rumah. Kat taska tak bawakan pun 😔

Bila tak berapa nak konsisten, hasil pun tak lah nampak, betul tak? So bila tak nampak perubahan Kak Sya mula berazam utk beri Omega dan Mealshakes pada Laila tanpa gagal. Kesian sangat dengan keadaan dia yg berair dihidung setiap kali ambil dari taska.

Alhamdulillah dah lebih setahun  Laila konsisten dengan Omega & Mealshakes (Vitalea for Children dia lom boleh makan. Besar sangat katanya 😂) - Laila lebih kuat melawan virus selsema, demam dan batuk berkahak. Kalau ada pun sekejap sangat dah baik. Alhamdulillah 

Meh kita tengok apa fungsi setiap vitamin dalam set ni?

Mealshakes




  • Mealshakes mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium untuk pembinaan tulang dan sel-sel semasa proses tumbesaran kanak-kanak.
  • Mealshakes lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral yang menjadikan ia multivitamin bentuk serbuk yang mudah diambil oleh kanak-kanak 
  • Ia kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel
  • Mealshakes mengandungi vitamin A, C, E, Zink dan Selenium yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan akibat serangan radikal bebas
  • Mealshakes mengandungi vitamin B yang lengkap dan besi untuk pembentukan sel darah merah yang sihat
  • Mealshakes kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak yang berlebihan daripada kolon dan perut
  • Mealshakes merupakan minuman multivitamin perasa vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tambahan.
Omega Guard



  • Omega Guard mengandungi peratusan Omega-3 dengan ketulenan yang paling tinggi. Jika anda terfikir apakah fungsi Omega-3 untuk anak anda, sila baca 17 kelebihan asid lemak omega-3
  • Selain dari asid lemak Omega-3, Omega Guard juga kaya dengan DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak dan retina kanak-kanak.
  • DHA dan EPA dalam Omega Guard juga mempunyai kesan anti-radang, yang membantu melindungi tubuh dari penyakit kronik.
  • DHA juga membantu menajamkan daya tumpuan kanak-kanak
Vitalea for Children (VFC)

  • VFC mengandungi 18 multivitamin dan multimineral yang menyokong perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat.
  • VFC mesra gigi kanak-kanak. Ia mengandungi Xylitol sebagai pemanis semulajadi yang tidak memberi risiko kepada gigi
  • Ia mengandungi rasa anggur yang sedap dan pasti digemari oleh kanak-kanak

Belikan anak anda supplement terbaik untuk kesihatan mereka! 

Jika anda berminat dengan supplement Shaklee, boleh hubungi Kak Sya ok!


http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Call/Whatsapp/Telegram : +6013 7799 624
FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang & Seluruh Malaysia 

7 Tips buang angin dalam badan

Bismillah..

Biasa tak dengar badan berangin? Angin dalam badan. Hihi sama je kot dua-dua tu. Kenapa ada angin dalam badan?

Meh kita layan video ni sat:



Kebanyakan makanan yang kita makan mengandungi karbohidrat, yang boleh menyebabkan angin, berlawanan dengan lemak dan protein yang kurang menyebabkan angin bila dimakan.

Jom baca tentang jenis-jenis makanan yang menyebabkan angin dalam badan

Dah tahu punca gas/angin dalam badan, jom kita cekidaut pulak tips untuk buang angin dalam badan:-

1. Makan herba yang ada didapur anda!

Menurut European Journal of Gastroenterology and Hepatology, salah satu herba yang mempunyai mengurangkan angin dalam badan ialah halia. Halia didapati dapat mempercepatkan proses penghadaman, dan ia bagus kerana apabila perut anda kosong, angin boleh masuk ke dalam usus kecil dengan lebih cepat, memberi rasa lega terhadap ketidakselesaan terhadap angin dalam perut (kembung).


Dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology (Januari 2011) menyatakan halia juga memberi kesan yang baik terhadap pengosongan gastrik.

Herba lain yang dapat membantu membuang dan melegakan gas/angin dalam badan adalah:

  • Chamomile
  • Dill
  • Basil
  • Fennel
  • Caraway
  • Peppermint
  • Spearmint 
2. Makan probiotik 

Probiotik dapat membantu penghadaman dan mengurangkan angin dalam badan. Probiotik ialah mikroorganisma hidup, kebanyakannya bakteria baik, sama seperti yang terdapat dalam perut manusia. Probiotik boleh didapati dalam bentuk supplement, juga dari pemakanan.


Antara makanan probiotik yang mudah didapati adalah:
  • Yogurt
  • Kefir 
  • Tempe 
  • Kimchi
3. Makan bawang putih

Bawang putih boleh membantu membuang angin dalam badan

4. Jauhi makanan yang 'berangin'

Macam yang Kak Sya pernah share sebelum ni, terdapat jenis makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan

Anda boleh baca tentang jenis makanan tersebut di sini

5. Elakkan aktiviti yang membuatkan udara lebih banyak ditelan 

Aktiviti yang dimasukkan termasuklah:

  • Mengunyah gula-gula getah
  • Makan gula-gula yang keras
  • Makan dengan cepat
  • Minum air berkarbonat
6. Tidur dengan posisi tidur yang membantu mengeluarkan gas dari badan

Anda boleh mencuba untuk tidur dengan keadaan seperti dibawah untuk melegakan angin dan membantu melancarkan penghadaman:
  • Tinggikan kepala dengan meletakkan bantal antara 6-9 inci untuk mengelakkan masalah pedih ulu hati dan melancarkan penghadaman. 
  • Baring menghadap sebelah kiri. 
  • Muka menghadap ke bawah. Posisi ini membantu penghadaman di waktu mala...
7. Bersenam secara konsisten

Berjalan adalah salah satu bentuk senaman yang paling mudah, yang kita lakukan setiap hari tanpa gagal.

Berjalan membantu merehatkan otot dibahagian abdomen sekaligus membantu angin keluar dari badan. Mudahkan?

Kak Sya harap 7 tips yang Kak Sya kongsi ni dapat  memberikan manfaat utk semua.

Selamat beradu..
Kak Sya