Eeeww!! Parasit? Badan aku ada parasit ke?

Hai semua! Assalamualaikum!!

Gelikan kalau fikir badan kita ni penuh dengan cacing dan parasit? Selalunya kita takutkan anak2, adik2 kita dengan perut cacing. Tapi, korang tau tak rupa-rupanya badan seorang dewasa pun banyak cacing dan parasit tau!



Apa tu parasit?

Parasit adalah organisma yang hidup dan memakan dari organisma lain. Apabila merujuk kepada parasit usus, saya merujuk kepada organisma kecil , biasanya cacing , yang makan di luar daripada pemakanan anda.

Beberapa contoh parasit termasuk cacing gelang, cacing pita, pinworms, whipworms, hookworms dan banyak lagi. Oleh kerana parasit datang dalam banyak bentuk dan saiz yang berbeza, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah. Parasit akan memakan makanan kita, mejadikan kita sentiasa lapar setiap kali selepas makan dan sebab itulah kita tidak akan dapat untuk menaikkan berat badan . Ada parasit yang makan sel-sel darah merah, menyebabkan anemia. Jenis parasit yang lain akan bertelur yang boleh menyebabkan gatal-gatal, cepat marah, dan juga insomnia. Jika anda telah cuba banyak cara untuk menyembuhkan usus anda dan mengurangkan simptom penyakit anda tapi tak berjaya, parasit boleh menjadi penyebab utama untuk masalah simptom penyakit anda yang tak selesai2 tu..



Macam mana tubuh kita 'dihuni' parasit?

Ada banyak cara parasit boleh masuk ke dalam tubuh kita. Pertama, parasit boleh memasuki badan kita melalui makanan dan air yang tercemar. Daging yang kurang masak adalah tempat biasa  bagi parasit untuk bersembunyi, begitu juga dengan air yang tercemar, air dari tasik, kolam, atau anak-anak sungai. Selain daging, buah-buahan dan sayur-sayuran bersih atau tercemar juga boleh menjadi 'tempat persembunyian' parasit. Sesetengah parasit juga boleh memasuki badan kita melalui bahagian bawah kaki kita.

Apa simptom tubuh kita dihuni parasit?

1. Sembelit, cirit-birit, perut berangin atau ciri-ciri IBS (irritable bowel syndrom)

2. Anda pergi ke luar negara dan mengalami cirit-birit di tempat yang anda lawati.

3. Anda pernah mengalami keracunan makanan dan sistem penghadaman anda agak berbeza selepas anda mengalami keracunan makanan tersebut.

4. Anda mengalami masalah kesukaran tidur, dan kerap terjaga malam.

5. Anda mengalami kerengsaan kulit, ruam dan eczema.

6. Anda melagakan gigi ketika sedang tidur.

7. Anda mengalami kesakitan pada otot atau sendi.

8. Anda mengalami keletihan, kemurungan, atau perasaan kerap tidak pedulikan orang lain.

9. Anda selalu rasa tak puas atau kenyang selepas makan.

10. Anda didiagnos dengan kekurangan zat besi anemia.

Huishh cuba korang check dalam 10 simptom yang dah disenaraikan kat atas, berapa skor korang? Jangan pandang remeh dengan penghuni jahat badan kita tau!!

Cepat2 buat detox parasit!!

Meh call Kak Sya untuk more info:

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam


POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

Detox - Apa itu detox? Kenapa kena detox?

Assalamualaikum, hai semua!

Terima kasih sebab sudi singgah blog mamysazu-lara ni.

Mulai entry kali ni, Kak Sya nak story mory pasal detox pulak. Apa tu detox? Detox ialah 
proses di mana seseorang menahan diri daripada mengambil makanan atau ubatan yang tidak sihat atau mengeluarkan toksin badan dalam satu tempoh masa.


Kenapa nak detox pulak ni?
Banyak sangat manfaat dari proses detox ni. Dibawah ni Kak Sya senaraikan 10 sebab utama kenapa kita perlu melakukan proses detox..

1. Menyingkirkan toksin dalam badan
Pendedahan kepada toksin dalam jangka masa yang lama (berpunca daripada pencemaran alam sekitar, bahan kimia penyebab kanser, logam berat dan sisa industri) boleh memberi kesan kepada metabolisme badan kita, perlakuan, sistem imun dan boleh membawa kepada penyakit. Toksin berbahaya ini 'disimpan' dalam tisu2 dan sel2 badan kita, termasuklah otak, untuk tempoh bukan sehari, tapi makan tahun tau!! Omaiiigadd!!

2. Mengelakkan penyakit kronik
Toksin dari persekitaran adalah sebab kepada kebanyakan jenis kanser, penyakit saraf, penyakit jantung, strok.. banyak lagi lah!! Sebenarnya badan kita memang dah ada fungsi detox semulajadi, tapi korang tau tak? Toksin dalam badan kita sebenarnya dah terlalu banyak! Sebab tu lah kita kena detox badan kita untuk membantu dan menambah baik proses detox yang dah ada secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun
Sistem imune yang terjejas akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada selsema yang boleh menjejaskan kualiti dan produktiviti kehidupan. Proses detox yang tetap boleh membantu menguatkan fungsi sistem imun dan fungsi melawan jangkitan.


4. Menurunkan berat badan
Toksin boleh menyebab kebolehan semulajadi badan untuk membakar lemak terjejas, mengakibatkan kenaikan berat badan. Kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang mempunyai kaitan terus dengan berat badan. Proses detox boleh menyingkirkan toksin yang tersimpan dalam sel lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

5. Melambatkan proses penuaan.
Proses detox akan menyingkirkan radikal bebas dan logam berat dari badan, yang sebahagiannya bertanggungjawab terhadap sebab penuaan. Dengan melakukan proses detox, badan kita akan dapat meningkatkan kadar serapan nutrien, termasuk antioksidan dan vitamin-vitamin yang membantu melawan "oxidative stress".

6. Memperbaiki kualiti hidup
Dengan kata yang mudah,  badan kita tidak dapat berfungki dengan sempurna jika ia dipenuhi dengan toksin. Kita boleh mendapat penyakit seperti sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kekurangan tenaga. Kemurungan boleh dikurangkan dan ingatan boleh diperbaiki hasil dari proses detox!

7. Meningkatkan tenaga
Anda boleh mendapat lebih tenaga mental, fizikal dan emosi selepas detox. Kita akan mendapat tidur yang lebih lena hasil dari proses detox.

8. Memperbaiki kualiti kulit
Diet dan toksin dari persekitaran memang boleh memberi kesan kepada kulit kita. Proses detox boleh memperbaiki masalah jerawat, menguatkan rambut dan kuku serta memberikan keserian pada wajah.

9. Memperbaiki keadaan/kejelasan mental dan emosi
Apabila sistem tubuh badan kita sudah di'ejaskan', keadaan mental dan emosi kita juga akan berubah juga. Kita boleh menjadi lebih jelas dengan keadaan bila kita berada dalam keadaan yang tenang, membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik, menganalisa dengan lebih tepat dan melihat persekitaran dalam perspektif yang lebih baik.

10. Mengembalikan semula sistem tubuh badan.
Sistem pencernaan, saraf dan hormon dicipta untuk bekerja bersama-sama supaya kesihatan optimum dapat dicapai. Inilah keadaan ideal yang sepatutnya berlaku dalam badan kita! Bila sistem2 ini dipenuhi dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, sistem2 ini tidak dapat berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya dan inilah sebabnya kita selalu jatuh sakit.

So, korang pun dah tau kan kebaikan buat proses detox ni. Memang 100% untuk kesihatan kita. Maklum la, badan kita ni dah pakai lama, & nak pakai lamaaaaa lagi kan?

Stay tune tau untuk lebih info pasal detox ni! Ada kena mengena ngan produk yang tengah promo skarang!!

Psstt.. Nak order supplement jangan lupa Kak Sya tau!!

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!


Testimoni VIVIX membantu pesakit talasemia

Hi readers..

Mesti ada diantara kita yang pernah dengar pasal talasemia ni kan?




Talasemia adalah gangguan darah yang diwarisi melalui keluarga di mana badan membuat bentuk hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen) yang tidak normal. Gangguan dalam kemusnahan berlebihan sel -sel darah merah ini boleh membawa kepada anemia. Anemia adalah gangguan di mana badan anda tidak mempunyai sel -sel darah merah yang sihat dan normal.

Penyakit ini diwarisi , yang bermaksud bahawa sekurang-kurangnya salah seorang dari ibu atau bapa anda perlu menjadi pembawa penyakit ini. Ia adalah disebabkan oleh sama ada mutasi genetik, atau penghapusan gen utama tertentu.

Ada 2 jenis bentuk utama talasemia, iaitu talasemia alfa dan talasemia beta. Dalam talasemia alfa, sekurang-kurangnya salah satu gen alfa globin mempunyai mutasi atau keabnormalan . Dalam talasemia beta, beta globin gen adalah gen yang terlibat.



Punca dan Faktor Risiko untuk Talasemia


Talasemia berlaku apabila terdapat kelainan atau mutasi dalam salah satu gen yang terlibat dalam pengeluaran hemoglobin. Kecacatan genetik ini diwarisi daripada ibu bapa anda.


Jika hanya salah satu daripada ibu bapa adalah pembawa talasemia, anda boleh mendapat satu bentuk penyakit yang dipanggil "talasemia minor". Jika ini berlaku, anda mungkin tidak mempunyai gejala yang menunjukkan talasemia, tetapi anda akan menjadi pembawa penyakit ini. Sesetengah orang yang mempunyai talasemia minor menunjukkan gejala ringan.

Jika kedua-dua ibu bapa anda adalah pembawa talasemia, anda mempunyai peluang 25 peratus daripada mewarisi bentuk yang lebih serius penyakit.



Talasemia biasa dijumpai dikalangan orang dari Asia Tenggara dan Asia Tengah, Mediterranean , Timur Tengah , India, dan Afrika Utara.

Simptom2 talasemia

1) Talasemia minor

Pembawa talasemia minor selalunya tidak menunjukkan apa2 simptom pembawakan. Jika ada, pembawa talasemia minor hanya akan menunjukkan tanda anemia minor.

2) Talasemia beta

Talasemia beta terbahagi kepada dua; iaitu talasemia major (juga dikenali sebagai anemia Cooley) dan talasemia intermedia.

Simptom2 talasemia major selalunya ditunjukkan sebelum ulangtahun ke-2 kelahiran seseorang kanak2. Simptom2 talasemia major:
  • Anemia yang teruk (boleh membawa maut)
  • Pucat
  • Jangkitan berulang
  • Hilang selera makan
  • Pembesaran organ
  • Jaundice
Selalunya pesakit talasemia major memerlukan pertukaran darah yang kerap.

Talasemia intermedia adalah bentuk talasemia yang kurang teruk berbanding beta talasemia. Walaupun individu dengan keadaan ini masih mempunyai anemia, namun mereka tidak memerlukan pemindahan darah.

3) Talasemia alfa

Talasemia alfa terbahagi kepada 2 kategori iaitu penyakit hemoglobin H dan hydrops fetalis.

Penyakit Hemoglobin H boleh menyebabkan masalah kepada tulang. Pipi, dahi, dan rahang semua boleh tumbuh terlalu cepat . Selain daripada masalah tulang dan anemia yang berkaitan dengan talasemia , penyakit H hemoglobin boleh menyebabkan gejala-gejala lain iaitu:

  • Penyakit kuning (jaundice)
  • Limpa membesar
  • Kekurangan zat makanan


Hydrops fetalis adalah satu bentuk talasemia yang paling teruk. Ia berlaku sebelum kelahiran, dan kebanyakan individu dengan keadaan ini akan mati semasa lahir atau mati tidak lama selepas dilahirkan.

Bagaimana talasemia dirawat?

Rawatan untuk talasemia bergantung kepada jenis dan berapa teruk penyakit talasemia yang dihidapi. Doktor akan memberikan anda satu rawatan yang sesuai untuk kes tertentu anda.

Secara umum , rawatan yang akan diterima termasuklah:


  • Pemindahan darah
  • Pemindahan tulang sumsum
  • Ubat-ubatan dan makanan tambahan
  • Pembedahan untuk membuang limpa dan/atau pundi hempedu

Anda mungkin akan diminta untuk tidak mengambil vitamin atau makanan tambahan yang mengandungi zat besi. Ini terutamanya berlaku jika anda memerlukan pemindahan darah. Orang yang menerima pemindahan darah menerima besi tambahan yang badan tidak boleh dengan mudah menghilangkan dan besi boleh berkumpul di dalam tisu, yang boleh membawa maut.

Vivix rawat talasemia?

Resveratrol yang terkandung dalam Vivix sangat kaya dengan antioksidan yang boleh membantu pesakit talasemia. 

Selain tu asid elagik dalam polyphenol boleh mengurangkan kesan stress oksidatif yang selalunya dialami oleh pesakit talasemia beta.



Testimoni Vivix membantu penghidap talasemia

Jom sama2 kita start makan Vivix!!

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam
POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

Testimoni VIVIX untuk ibu2 berpantang

Assalamualaikum readers..

Kak Sya doakan semua berada dalam keadaan yang sihat walaupun cuaca sekarang dah tak menentu.. Lagi2 ibu2 yang baru lepas bersalin. Lagiii kena jaga kesihatan, sementelah badan masih lemah lepas bertarung dalam labour room.

InsyaAllah Kak Sya pun akan melalu fasa 'mak tang' untuk kali ke-3 (doakan semuanya selamat untuk kami berdua ye!) hujung bulan April nanti. Berdebar, excited semua ada. Tak sabarr lagi la..

Masa berpantang anak pertama, memang Kak Sya tak kenal Shaklee langsung. Ada kawan2 yang dah jadi SID tapi kawan sekeliling takde pulak. So memang tak kenal la Shaklee. Masa mengandungkan anak kedua, baru kenal. Tu pun start ngan ostematrix. Lepas bersalin Kak Sya memang consume full set berpantang + menyusu + slimming. Banyak jugak la supplement yang kena telan. Tapi hasilnyaa memang berbaloi baloi!!

Bila mengandungkan anak ketiga ni, Kak Sya baca banyak sangat testimoni berkenaan mommies yang berpantang yang consume Vivix ni. Bukan aje luka lepas bersalin (tak kira la bersalin normal ke czer ke) cepat baik, tapi Vivix juga bertindak memberi tenaga untuk mak tang sekelian dan juga milk booster uollss. Power bak hang!!



Bagaimana Vivix membantu ibu2 dalam pantang? 

Testimoni #1

Sakit akibat luka jahitan bersalin hilang lepas 3 hari consume Vivix.


Testimoni #2

Ibu yang besalin czer bertenaga, anak takde jaundis.


Azam Kak Sya memang nak amik Vivix lepas selamat bersalin nanti. InsyaAllah mesti lebih bertenaga, mudah2an liquid gold untuk baby comel pun banyak. 

Jom sama2 kita start makan Vivix!!

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam
POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

Tanda2 GOUT yang perlu anda ketahui..

Bila sebut pasal gout, teringat la ayahanda ku yang kalau tersilap makan je, mesti kena gout. InsyaAllah ayah dah start consume Vivix botol yang pertama. Kita tengok nanti apa hasilnya yee..

Sebelum tu, meh kita tengok apa tu sakit gout, tanda2 gout dan macam mana nak ubati sakit gout ni..

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Tengok gambarajah kat bawah ni, makanan yang 'merbahaya' untuk pesakit gout.. Orang gout ni banyak kena pantang makan ok! 




Peringkat gout

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Tanda dan gejala gout

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.


Rawatan gout dengan VIVIX

Selain rawatan yang sedia ada, anda juga boleh mencuba rawatan selain ubat-ubatan dari doktor dengan mencuba Vivix. Vivix boleh membantu pesakit2 gout dengan cara memulihkan sel dan ketidaknormalan sel dari peringkat dalaman. 

Testimoni pesakit gout vs VIVIX

Sebab dah baca banyak testimoni la Kak Sya tak ragu2 untuk hadiahkan ayah dengan sebotol Vivix, tambah pula ayah ade diabetes. 

Seronok sangat tau bila baca pesakit2 gout ni dah tak sakit, tak payah pantang makan bila diorang continuously makan Vivix..


Testimoni #1

Testimoni #2


Testimoni #3


Semoga anda dan keluarga terus sihat selalu. Terima kasih kerana membaca dan jangan segan ok kalau korang nak lebih info! I'm just a phone call away.. WA pun bolehhh..

Jangan lupa tau, Vivix tengah promo ni. InsyaAllah harga kasih sayang menanti semua customer Kak Sya..

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam
POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!