Detox - Apa itu detox? Kenapa kena detox?

Assalamualaikum, hai semua!

Terima kasih sebab sudi singgah blog mamysazu-lara ni.

Mulai entry kali ni, Kak Sya nak story mory pasal detox pulak. Apa tu detox? Detox ialah 
proses di mana seseorang menahan diri daripada mengambil makanan atau ubatan yang tidak sihat atau mengeluarkan toksin badan dalam satu tempoh masa.


Kenapa nak detox pulak ni?
Banyak sangat manfaat dari proses detox ni. Dibawah ni Kak Sya senaraikan 10 sebab utama kenapa kita perlu melakukan proses detox..

1. Menyingkirkan toksin dalam badan
Pendedahan kepada toksin dalam jangka masa yang lama (berpunca daripada pencemaran alam sekitar, bahan kimia penyebab kanser, logam berat dan sisa industri) boleh memberi kesan kepada metabolisme badan kita, perlakuan, sistem imun dan boleh membawa kepada penyakit. Toksin berbahaya ini 'disimpan' dalam tisu2 dan sel2 badan kita, termasuklah otak, untuk tempoh bukan sehari, tapi makan tahun tau!! Omaiiigadd!!

2. Mengelakkan penyakit kronik
Toksin dari persekitaran adalah sebab kepada kebanyakan jenis kanser, penyakit saraf, penyakit jantung, strok.. banyak lagi lah!! Sebenarnya badan kita memang dah ada fungsi detox semulajadi, tapi korang tau tak? Toksin dalam badan kita sebenarnya dah terlalu banyak! Sebab tu lah kita kena detox badan kita untuk membantu dan menambah baik proses detox yang dah ada secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun
Sistem imune yang terjejas akan menyebabkan kita mudah terdedah kepada selsema yang boleh menjejaskan kualiti dan produktiviti kehidupan. Proses detox yang tetap boleh membantu menguatkan fungsi sistem imun dan fungsi melawan jangkitan.


4. Menurunkan berat badan
Toksin boleh menyebab kebolehan semulajadi badan untuk membakar lemak terjejas, mengakibatkan kenaikan berat badan. Kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang mempunyai kaitan terus dengan berat badan. Proses detox boleh menyingkirkan toksin yang tersimpan dalam sel lemak dan meningkatkan kadar metabolisme.

5. Melambatkan proses penuaan.
Proses detox akan menyingkirkan radikal bebas dan logam berat dari badan, yang sebahagiannya bertanggungjawab terhadap sebab penuaan. Dengan melakukan proses detox, badan kita akan dapat meningkatkan kadar serapan nutrien, termasuk antioksidan dan vitamin-vitamin yang membantu melawan "oxidative stress".

6. Memperbaiki kualiti hidup
Dengan kata yang mudah,  badan kita tidak dapat berfungki dengan sempurna jika ia dipenuhi dengan toksin. Kita boleh mendapat penyakit seperti sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kekurangan tenaga. Kemurungan boleh dikurangkan dan ingatan boleh diperbaiki hasil dari proses detox!

7. Meningkatkan tenaga
Anda boleh mendapat lebih tenaga mental, fizikal dan emosi selepas detox. Kita akan mendapat tidur yang lebih lena hasil dari proses detox.

8. Memperbaiki kualiti kulit
Diet dan toksin dari persekitaran memang boleh memberi kesan kepada kulit kita. Proses detox boleh memperbaiki masalah jerawat, menguatkan rambut dan kuku serta memberikan keserian pada wajah.

9. Memperbaiki keadaan/kejelasan mental dan emosi
Apabila sistem tubuh badan kita sudah di'ejaskan', keadaan mental dan emosi kita juga akan berubah juga. Kita boleh menjadi lebih jelas dengan keadaan bila kita berada dalam keadaan yang tenang, membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik, menganalisa dengan lebih tepat dan melihat persekitaran dalam perspektif yang lebih baik.

10. Mengembalikan semula sistem tubuh badan.
Sistem pencernaan, saraf dan hormon dicipta untuk bekerja bersama-sama supaya kesihatan optimum dapat dicapai. Inilah keadaan ideal yang sepatutnya berlaku dalam badan kita! Bila sistem2 ini dipenuhi dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, sistem2 ini tidak dapat berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya dan inilah sebabnya kita selalu jatuh sakit.

So, korang pun dah tau kan kebaikan buat proses detox ni. Memang 100% untuk kesihatan kita. Maklum la, badan kita ni dah pakai lama, & nak pakai lamaaaaa lagi kan?

Stay tune tau untuk lebih info pasal detox ni! Ada kena mengena ngan produk yang tengah promo skarang!!

Psstt.. Nak order supplement jangan lupa Kak Sya tau!!

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!


No comments:

Post a Comment