Tanda2 GOUT yang perlu anda ketahui..

Bila sebut pasal gout, teringat la ayahanda ku yang kalau tersilap makan je, mesti kena gout. InsyaAllah ayah dah start consume Vivix botol yang pertama. Kita tengok nanti apa hasilnya yee..

Sebelum tu, meh kita tengok apa tu sakit gout, tanda2 gout dan macam mana nak ubati sakit gout ni..

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Tengok gambarajah kat bawah ni, makanan yang 'merbahaya' untuk pesakit gout.. Orang gout ni banyak kena pantang makan ok! 




Peringkat gout

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Tanda dan gejala gout

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.


Rawatan gout dengan VIVIX

Selain rawatan yang sedia ada, anda juga boleh mencuba rawatan selain ubat-ubatan dari doktor dengan mencuba Vivix. Vivix boleh membantu pesakit2 gout dengan cara memulihkan sel dan ketidaknormalan sel dari peringkat dalaman. 

Testimoni pesakit gout vs VIVIX

Sebab dah baca banyak testimoni la Kak Sya tak ragu2 untuk hadiahkan ayah dengan sebotol Vivix, tambah pula ayah ade diabetes. 

Seronok sangat tau bila baca pesakit2 gout ni dah tak sakit, tak payah pantang makan bila diorang continuously makan Vivix..


Testimoni #1

Testimoni #2


Testimoni #3


Semoga anda dan keluarga terus sihat selalu. Terima kasih kerana membaca dan jangan segan ok kalau korang nak lebih info! I'm just a phone call away.. WA pun bolehhh..

Jangan lupa tau, Vivix tengah promo ni. InsyaAllah harga kasih sayang menanti semua customer Kak Sya..

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam
POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

No comments:

Post a Comment