Simptom-simptom HFMD yang perlu ibubapa tahu

Bismillah..


Penting untuk ibu bapa tahu apakah simptom atau tanda-tanda anak mereka dijangkiti HFMD. Tanda-tanda yang bolrh dikenalpasti terhadap pesakit HFMD termasuklah:-
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser mulut pada bahagian tekak atau dibahagian tepi lidah
  • Ruam (bintik-bintik yang timbul atau rata) atau lepuhan kecil di tapak tangan, tapak kaki dan/atau punggung
  • Lemah, tidak bertenaga
  • Kurang selera makan
  • Sakit kepala
Demam dan sakit tekak adalah antara simptom-simptom awal HFMD. Ruam dan lepuhan biasanya muncul satu atau dua hari selepas demam bermula.

Walau bagaimanapun, simptom HFMD adalah berbeza di antara individu dan berbeza juga pada tahap-tahap tertentu penyakit.

Siapa yang berisiko terhadap HFMD?

Kanak-kanak mempunyai kadar risiko tertinggi untuk mendapat HFMD. Risiko meningkat apabila mereka hadir ke taska atau sekolah kerana virus HFMD boleh tersebar dengan cepat di dalam kawasan-kawasan yang disebutkan.

Kanak-kanak biasanya membina sistem imun tubuh apabila diserang atau terdedah kepada virus penyebab penyakit. Sebab itulah dalam kebanyakan kes, HFMD jarang menyerang pesakit melebihi umur 10 tahun tetapi ia tidak mustahil untuk remaja dan dewasa untuk mendapat jangkitan terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah.

Nanti sambung lagi ye, tentang bagaimana HFMD didiagnos dan apakah rawatan yang boleh diambil jika terkena HFMD. 

Kak Sya sign off dulu ye, selamat malam!

Jaga diri,
Kak Sya (ID: 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore 

Apa itu HFMD? Bagaimana HFMD merebak? Apakah punca HFMD?

Bismillah..


Setiap tahun, bilangan kes HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut) yang dilaporkan semakin meningkat di negara kita. Tahun ini, menurut laporan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan dari pemantauan sehingga Februari 2017, terdapat peningkatan kes HFMD yang dilaporkan diseluruh negara iaitu sebanyak 1,257 kes, peningkatan sebanyak 272 kes (27.6%) berbanding purata kes 5 tahun sebanyak 479 kes.


HFMD adalah jangkitan yang biasa ditemui yang disebabkan oleh beberapa virus tertentu. Ia biasanya bermula dengan demam dan rasa tidak sedap badan. Ini diikuti oleh tumbuhnya bintik-bintik yang tidak berwarna di tangan, kaki dan mulut satu atau dua hari selepas demam bermula. Kadangkala, bintik-bintik ini juga boleh tumbuh di bahagian punggung dan pangkal peha. 

HFMD di bahagian kaki
HFMD dibahagian tangan

Tanda-tanda dan simptom HFMD pula akan muncul 3 - 6 hari selepas seseorang dijangkiti virus. Bintik-bintik selalunya akan hilang dalam masa seminggu. Kuku tangan dan kaki akan hilang dalam masa beberapa minggu kemudian tapi akan tumbuh semula seiring masa.

Bagaimana HFMD merebak?

Virus yang menyebabkan HFMD disebar melalui sentuhan, melalui udara yang tercemar oleh batuk dan daripada najis orang yang dijangkiti. Objek yang tercemar juga boleh menyebarkan virus HFMD.

Apakah punca HFMD?

Coxsackievirus A16 ialah penyebab utama dan Enterovirus 71 adalah virus punca kedua yang dikenalpasti. Terdapat juga virus dari kumpulan Coxsackievirus dan juga Enterovirus yang mungkin menjadi penyebab kepada HFMD. Ada individu yang membawa dan menyebarkan virus tanpa menunjukkan simptom-simptom penyakit tersebut.

Kak Sya akan kongsikan apakah simptom-simptom penyakit HFMD di entry seterusnya ya! Stay tune tau!

Salam hujung minggu,
Kak Sya (ID : 1168907)
PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG




Sembuhkan HFMD dengan Nutriferon Shaklee - testimoni berjaya

Bismillah..

HFMD, ataupun penyakit Hand, Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kaki dan mulut adalah jangkitan yang biasanya di sebabkan oleh sekumpulan virus. Ia selalunya bermula dengan demam, dan rasa tak sedap badan. Ini diikuti dengan kemunculan bintik-bintik merah yang selalunya melepuh, dan ia selalunya tumbuh ditangan, kaki, mulut dan ada kalanya di bahagian punggung dan alat sulit

Sebagai ibu bapa, mestilah rasa risau,kan? Walaupun Kak Sya tak pernah alami HFMD, begitu juga anak-anak (nauzubillah.. jangan la kena sampai bila-bila), tapi dari pengalaman kawan-kawan, memang kesian dengan anak-anak yang kena HFMD ni.

Kak Sya suka nak share dengan anda semua testimoni anak seorang customer yang alhamdulillah sembuh setelah diberi Set HFMD Shaklee.

=======


HFMD ANAK BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN VITAMIN SHAKLEE


Pada 22 November tahun lalu, kakak saya bagitau anak buah dah seminggu xlalu makan minum pun merenget sebab dalam mulut die habis melepuh. Bila pergi klinik doc sahkan adik terkena jangkitan hand foot mouth disease (HFMD). Selama itu jugak lah adik asyik terbaring je tak selincah seperti biasa.

Ikutkan plan asal minggu tu family nak naik bas ke KL bagi menghadiri kenduri kahwin kawan kakak di tapi disebabkan keadaan adik yang tak mengizinkan plan terpaksa di tukar kakak drive sebab kesian tengok anak tak sihat. Nanti meragam dalam bas 1 hal pulak.

Selaku mak sedara yang belum ada anak,berbekalkan pengalaman & testimoni kawan-kawan, saya nekad nak ikhtiar bagi Nutriferon kat adik. Lagipun dah banyak saya baca testimoni kawan-kawan yang mana anak kena HFMD bagi anak makan Nutriferon. 

Alhamdulillah kebetulan memang ade stok Nutriferon kat rumah. Jadi saya mintak kakak bagi adik makan Nutriferon buat mcm makan serbuk gula-gula je tanpa bancuh air. Mintak pandangan kawan-kawan, diorang cakap kalau budak-budak 1/2 sachet dah memadai tapi saya terlalu excited dan nzk adik cepat sembuh saya bg 1 sachet terus. Puas berpujuk jugak la nak suruh makan, macam-macam umpan alhamdulillah mengena.

Keeseokan harinya tengok adik relaks makan kerepek yang keras sedangkan malam sebelumnya minum air pon sakit. Alhamdulillah percubaan saya bagi Nutriferon kat adik berjaya. Dekat kenduri pon dah boleh makan, dalam kereta pon dah boleh menyanyi-nyanyi bagai tak macam masa mula-mula sampai asyik merengek je.

Semenjak dari itu saya mintak kakak konsisten bagi Nutriferon kat anak buah. Bila rasa nak demam ke, selsema ke cepat-cepat bagi makan. Alhamdulillah tak sempat nak melarat sakitnya. Adik pon dah pandai kalau nak demam terus makan Nutriferon, pastu die cakap adik dah cihat,adik mkn cateli 

========

Jom kita sama-sama simpan Nutriferon kat rumah.. Nutriferon membantu meningkatkan imun kita sekeluarga. Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. 

Pemakanan tambahan Nutriferon yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.

Kak Sya akan share lebih tentang HFMD di entry Kak Sya esok, ok!

Selamat malam!


Sihat selalu,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore
Your trusted and friendly SIDPro

Testimoni berjaya berhenti merokok dengan Vivix

Bismillah..

Mari kita tengok pula testimoni-testimoni berjaya bekas perokok yang berikhtiar untuk berhenti merokok dengan Vivix.

Sebelum tu, anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini:-


2. Testimoni-testimoni berhenti merokok yang pernah Kak Sya share sebelum ini


Testimoni 1


A : Macam mana habit merokok? Apa rasa rokok sekarang?

B : Waalaikumussalam.. dah kurang merokok sebab rasa rokok sangat-sangat tak sedap.. memang lepas sehari minum Vivix, terus rasa rokok tak sedap.. so nak hisap lebih-lebih pun tak boleh..


Testimoni 2



Dulu selalu suruh abah berhenti rokok.. tapi susahnya.. ada je alasan yang dia bagi..

Sampailah satu haritu darah tinggi dia naik.. so kitaorang dah risau.. dia pun sama..

So kitaorang adik beradik decide nak try bagi Vivix Shaklee dekat abah.. memandangkan diri sendiri amalkan vitamin Shaklee

So memang yakinlah dengan Shaklee.. lagipun ia selamat dan semulajadi

Lepas 2 bulan konsisten amik Vivix alhamdulillah darah tinggi dah kurang..

Dan yang paling-paling tak disangka-sangka sekali abah dah tak hisap rokok lagi..

Dia rasa tak best hisap rokok.. tapi kitaorang tak bagitau yang Vivix tulah penyebabnya

Sekarang abah dah 100% bebas dari rokok.. terima kasih Vivix


Testimoni 3


Abah perokok tegar sejak umur 5 tahun. Macam tak percaya kan? Tapi itulah yang mak bagitau.

Masa promo VIVIX bulan lepas, saya belikan sebotol untuk abah, dengan harapan kurang ketagihan merokok tu. Belum habis sebotol, abah dah mula komplen rokok ***son yang biasa dia beli tak sedap. Sekarang dia memang dah stop rokok ***son tu.

Rasa nak menitikair mata dengar.. Syukur alhamdulillah..


Testimoni 4



Assalamualaikum.. saya Huzair. Dulu saya seorang "heavy smoker".. lebih 20 tahun saya merokok. Beberapa kali saya cuba untuk berhenti, tetapi cuma dapat bertahan paling lama pun sebulan sahaja, kemudia kembali kepada tabiat buruk tersebut. Saya telah berjumpa dengan pakar diklinik berhenti merokok.. tapi gagal juga untuk berhenti.. sehinggalah saya mencuba produk kesihatan VIVIX dari Shaklee. Pada asalnya isteri saya beri hanya untuk memperbaiki taraf kesihatan saya, tapi saya dapar kesan positif yang lain juga. Ketagihan terhadap nikotin dari rokok hilang! Dan saya rasa merokok sangat tidak sedap!

Kini, sudah hampir 2 tahun saya berhenti merokok dan 100% bebas dari tabiat merokok. Saya sangat gembira kerana saya dapat penuhi impian isteri saya dan bebas dari asap rokok umpama saya berada didunia yang baru dan lebih sihat! TQ Shaklee and my wife!


Testimoni 5



Mmmm.. segan dan agak malu apabila ibu kita seorang perokok tegar kan.. mak saya memang perokok tegar dari usia belasan tahun lagi..bukannya rokok daun.. tapi rokok Dunhill.. Dulu memang rasa segan dengan kawan-kawan.. dengan keluarga bakal suami.. tapi tu la.. bila kita nasihat.. orang tua ni bukannya nak dengar.. keraplah mak sakit perut yang teruk, mungkin sebab organ dalaman dia dah tak berapa elok kot sebab sekarang umur dia dah 63 tahun.. tapi alhamdulillah.. awal minggu lepas saya poskan VIVIX kat mak saya.. tup tup mak call saya.. jeng..jeng..jeng..

Dia kata ubat apa yang saya bagi dia minum tu?? Saya tanya kenapa? Dia kata rokok terasa PAHIT MACAM HEMPEDU!! Dia langsung tak boleh hisap rokok tu. Saya kata itulah ubat yang saya cari selama ni untuk dia.. alhamdulillah.. dah seminggu dia tak beli dan tak sentuh langsung rokok.. dia cakap selera makan dia pun makin bertambah.. ramai yang tegur cakap dia nampak berisi.. alhamdulillah, syukur pada Allah

Akhirnya saya jumpa supplement yang betul-betul sesuai untuk ibu saya.. takpe la keluar duit banyak sikit pun.. IBU KITA SEORANG JE.. selagi dia masih ada memang nak tengok dia sihat..


Sebenarnya kalau anda tengok, memang banyak lagi testimoni berjaya ahli keluarga yang berjaya menghentikan tabiat merokok orang yang mereka sayang.

Jika anda ada suami, ayah, adik-beradik yang sangat tegar merokok, bantulah mereka untuk berhenti dengan Vivix. 

Bulan ini Vivix ada promosi:
 Beli 6 botol percuma 1 botol
 Beli 2 botol dapat diskaun 5%

Bukan anda dapat Vivix yang menyihatkan saja dengan pembelian semasa promosi ni, tapi anda juga dapat: 
  • Keahlian PERCUMA (bernilai RM 68.90)
  • Pos PERCUMA (bernilai RM 10.60)
  • CASH BONUS sehingga RM250+ 
  • Konsultasi PERCUMA seumur hidup
Takkan nak tengok je peluang ni berlalu? Kalau Hubungi Kak Sya di salah satu medium dibawah ni ok!

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
FB Page : Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak


Jaga diri 
Kak Sya  (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai. Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore

Bagaimana Vivix boleh membantu untuk berhenti merokok?

Bismillah..

Macam yang Kak Sya pernah kongsikan dalam entry sebelum ni - bahaya secondhand smoke kepada kesihatan, Kak Sya juga nak kupas sedikit tentang bahaya asap rokok terhadap perokok. Even perokok itu sendiri dah tahu betapa asap rokok sangat berbahaya kepada mereka.


Asap rokok mengandungi lebih daripada 4000 bahan kimia termasuklah 43 bahan yang penyebab kanser (karsinogen) dan 400 bahan lain yang bertoksin. Antara bahan utama dalam rokok termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, formaldehyde, ammonia, hydrogen cyanide, arsenik dan DDT

Ada apa dalam rokok?

Nikotin dalam rokok sangat menyebabkan ketagihan. Asap rokok yang mengandungi nikotin disedut terus masuk ke dalam paru-paru dan nikotin sampai ke otak dalam masa enam saat sahaja.

Nikotin dalam dos yang kecil bertindak sebagai perangsang kepada otak. Dalam dos yang besar pula, ia bertindak menghalang aliran isyarat antara saraf dan sel. Ia juga merupakan racun yang sangat berbahaya kerana ia memberi kesan buruk kepada jantung, salur darah dan hormon. Nikotin dalam aliran darah membuatkan perokok berasa tenang.

Bagaimana Vivix membantu perokok tak suka pada rokok?

1. Vivix membantu untuk menyingkirkan toksin daripada asap rokok yang berada di dalam sel-sel tubuh. Bila nikotin tak ada dalam badan maka ketagihan terhadap rokok dapat dikurangkan.

2. Vivix membantu mengurangkan rangsangan ingin merokok kerana nikotin yang berlebihan dalam badan dah dikeluarkan oleh Vivix melalui proses nyahtoksin. Keinginan juga dikurangkan kerana perokok akan merasa rokok itu pahit, disebabkan sel-sel tubuh yang semakin sihat dan menolak nikotin yang baru masuk melalui asap rokok.

3. Vivix mengurangkan sindrom withdrawal. Apabila seseorang perokok itu berhenti merokok, sindrom withdrawal adalah salah satu faktor yang menyebabkan perokok susah nak berhenti merokok. Ini kerana sindrom withdrawal akan menyebabkan perokok berasa pening, demam dan bermacam-macam sakit semasa proses nyahtoksin berlangsung. Dengan Vivix insyaallah perokok tidak akan merasa syndrome withdrawal langsung.

Jika anda benar-benar sayangkan diri, keluarga, berhentilah merokok dengan Vivix. Sokongan keluarga dan kawan-kawa  sangat penting untuk membantu anda berhenti merokok dengan lebih cepat.

Kalau anda rasa Vivix mahal, cuba bandingkan harga dibawah..

Sebotol Vivix = RM 503
Sekotak rokok = RM20

Katakan anda menghisap 1 kotak rokok sehari

Kos rokok sebulan = RM20 x 30 = RM600
Kos rokok setahun = RM600 x 12 = RM7200

Kalau anda pilih untuk jadi ahli Shaklee, anda dah jimat 20% dari kos sebotol Vivix

Contoh bulan ni, kalau anda beli 2 botol, anda bukan saja dapat beli Vivix pada harga member, dapat lagi less 5% dari harga member!

Kos Vivix sebulan (selepas beli twinpack) = RM766/2 = RM383

Bukan saja kos beli Vivix sebenarnya lebih murah, tapi anda juga dapat kesihatan berganda dari jika anda pilih untuk terus merokok. Think wisely. 

Kalau anda rasa Vivix itu mahal, cuba sakit, dan bandingkan harganya

Jom baca testimoni mereka yang dah berjaya berhenti merokok dengan Vivix!


Salam sihat,
Kak Sya
ID : 1168907
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapura