Resipi talapia merah belado yang mudah dan cepat

Bismillah

Tergelak Kak Sya baca tahu..haha

Bukan apa, sejak pandai buat lauk masak belado ni (eleh senang je pun) kemain rajin Kak Sya masak belado

Sikit-sikit kalau takde idea nak masak apa, belado la jadinya.. hihi. Lagi seronok Kak Sya masak sebab Hubby Kak Sya suka lauk belado. Tapi tengok jenis ikan juga la yee..

Masa beli talapia haritu sebenarnya first time kami beli talapia. Saiz dia lebih kurang 3 tapak tangan Kak Sya lah. Teringin nak rasa, sekali google resipi yang sesuai banyak Kak Sya jumpa orang masak belado je talapia ni


Senang je nak buat dia.. Resipi ni untuk orang baru belajar masak macam Kak Sya sesuai sangat..hihi..

Meh Kak Sya share resipi dia:

Seekor ikan talapia
Minyak untuk menggoreng

Bahan A (tumbuk - kalau nak kisar boleh juga, tapi kurang kick)

4 biji lada besar merah
3 biji lada besar hijau
3 biji cili api, cili tomyam
Selabu setengah bawang besar
3 ulas bawang putih

** Tumbuk jangan lumat sangat. Biar ada keping2 lada besar tu tertinggal..

Cara membuat

1. Gorengkan ikan (kalau dapat biar dia garing diluar, moist juicy didalam)


2. Dah masak kedua-dua belah, angkat dan toskan minyak

3. Tumis Bahan A sampai bau wangi dan jangan sampai lada jadi garing

4. Letak garam secukup rasa.

5. Bahan yang dah ditumis tadi taburkan atas ikan. Siap

Haaa mudahkan?

Selamat mencuba!


Kak Sya
Baru belajar masak :)


Shaklee promo Februari 2018

Bismillah..

Hai semua. Harini dah masuk bulan kedua Februari. Maknanya dah 31 hari dah kita lalui dalam tahun 2018 ni. Kejap sangat, kan?

Takmau lengah-lengah lagi, dengan happynya Kak Sya nak share dengan anda semua apa produk Shaklee yang promo bulan ni..


Haa ni lah dia item promo bulan ni!!

Untuk peminat Set Cantik, bulan ni memang bulan meletops anda! Bulan ni, untuk peminat Collagen Power dan Vitamin C, kalau anda grab:

4 kotak Collagen Powder
1 botol Sustained Release Vitamin C

Anda boleh dapatkan potongan 10% tau untuk satu set ni! Bestnyaaaa

InsyaaAllah sempena bulan promo Collagen Powder dan Vitamin C Kak Sya akan share banyak-banyak entry dan testimoni pasal Collagen Powder dan Vitamin C untuk anda

Stay tune tau!

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Your friendly SID

Set Shaklee untuk batu dalam hempedu

Bismillah..

Kalau anda mempunyai masalah batu dalam hempedu dan telah melalui rawatan yang disarankan doktor, anda masih boleh berikhtiar dengan supplement untuk membantu anda lebih sihat

Nah, inilah dia supplement Shaklee untuk mencegah batu dalam hempedu atau nama femesnya gallstone.


Fungsi setiap supplement dalam Set Batu Dalam Hempedu adalah seperti berikut:-

Vivix
  • Membantu mencegah masalah kolestrol yang boleh menyebabkan kehadiran batu kolestrol dalam hempedu
  • Membantu mengawal masalah penghasilan hormon estrogen berlebihan
Lecithin
  • Membantu menguraikan lemak punca kolestrol
  • Membantu mengawal masalah obesiti yang merupakan punca masalah kolestrol
DTX Complex
  • Deetox hati kerana pesakit batu dalam hempedu boleh juga mempunyai masalah jaundice yang memang berpunca daripada hati


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini, bolehlah berhubung terus dengan Kak Sya di talian yang Kak Sya sertakan di bawah:

+6.013.7799.624

Atau anda boleh copy dan paste link ini:

http://shakleepasirgudang.wasap.my

Boleh juga follow Kak Sya di:
FB : Syahridah Ishak
Twitter : syahridahishak
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang

Like page Kak Sya:
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624

Ok, sampai jumpa lagi di lain entry..

Jaga diri
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang (ID : 1168907)

Rawatan untuk batu dalam hempedu

Bismillah

Kebanyakan orang yang mempunyai masalah batu dalam hempedu yang tidak mengalami apa-apa simptom selalunya tidak memerlukan rawatan. Doktor akan menentukan jika rawatan yang diperlukan untuk batu dalam hempedu berdasarkan kepada simptom yang ditunjukkan oleh badan dan juga hasil ujian diagnosis

Ada beberapa jenis rawatan yang bersesuaian untuk pesakit-pesakit batu dalam hempedu:

1. Pembedahan untuk membuang hempedu (cholecystectomy)


Doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang hempedu jika kekerapan kehadiran batu dalam hempedu itu selalu dijumpai.

Apabila hempedu telah dibuang, cecair hempedu akan mengalir terus dari hati ke usus kecil dan tidak akan disimpan lagi dalam hempedu.

Kita sebenarnya tidak memerlukan hempedu untuk hidup dan pembuangan hempedu tidak akan menjejaskan kebolehan badan kita untuk mencerna makanan. Tetapi ia boleh menyebabkan cirit-birit yang mana selalunya bersifat sementara.

2. Ubat-ubatan untuk menguraikan batu dalam hempedu

Ubat-ubatan yang diambil melalui mulut boleh membantu untuk menguraikan batu dalam hempedu. Tapi ia mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun untuk memecahkan batu dan batu mungkin boleh membentuk semula jika rawatan ini dihentikan

Selain daripada kedua rawatan yang dicadangkan ini anda juga boleh mencuba supplement untuk membantu anda mengatasi masalah batu dalam hempedu.

InsyaaAllah Kak Sya akan kongsikan apakah supplement yang boleh anda ambil dalam entri berikutnya.

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui apakah jenis rawatan secara semulajadi yang boleh anda ikhtiarkan untuk penyakit batu dalam hempedu.

Stay tune ya!

Jaga diri

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang  (ID : 1168907)

WA/Call : http://shakleepasirgudang.wasap.my
+6.013.7799.624

Follow Kak Sya di Facebook
 :: Syahridah Ishak

Like page FB Kak Sya
 :: Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624

Follow Kak Sya di Instagram
 :: msishaque14
 :: shaklee.pasir.gudang

10 simptom yang menunjukkan anda ada batu dalam hempedu

Bismillah

Seperti yang Kak Sya pernah share sebelum ni, anda mesti dah tahu apakah itu batu dalam hempedu dan apakah punca-punca batu dalam hempedu. Kalini, Kak Sya nak kongsikan pula  10 simptom yang perlu anda tahu untuk mengetahui jika anda benar-benar mempunyai masalah batu dalam hempedu.



Kebanyakan individu yang mempunyai batu dalam hempedu tidak menunjukkan apa-apa simptom. Malah, mereka sebenarnya tidak menyedari langsung masalah batu dalam hempedu sehinggalah simptom muncul. "Batu hempedu senyap" ni biasanya tidak memerlukan rawatan.

Simptom biasanya muncul apabila ada komplikasi. Simptom yang paling biasa dirasakan oleh pesakit batu dalam hempedu ialah sakit dibahagian atas kanan abdomen. Oleh kerana kesakitan selalu datang secara berkala, ia.selalu dirujuk sebagai "serangan"


  • Serangan kesakitan boleh berlaku setiap beberapa hari, minggu atau bulan, ia mungkin juga terjadi selang beberapa tahun.
  • Kesakitan selalunya dirasai / bermula 30 minit selepas hidangan berminyak diambil.
  • Selalunya pesakit akan berasa sangat sakit dan tetap, dan boleh berlaku antara 1 hingga 5 jam.
  • Kesakitan mungkin boleh dirasai dibahagian kanan bahu atau belakang
  • Kesakitan selalunya dirasai pada waktu malam dan menyebabkan pesakit terjaga dari tidur
Simptom-simptom lain batu dalam hempedu termasuklah:

  • Loya dan muntah
  • Demam
  • Ketidakhadaman, selalu sendawa, kembung
  • Tidak boleh makan makan makanan berlemak atau berminyak
  • Jaundice (kulit berwarna kuning, termasuk mata putih)
Jika anda mempunyai mana-mana simptom yang telah Kak Sya listkan diatas, jangan tangguh lagi untuk berjumpa dengan doktor ya!

Jaga diri

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
ID : 1168907