7 kelebihan YOUTH - skincare terbaru Shaklee

Bismillah..

Dah dengar dah tentang skincare terbaru Shaklee, YOUTH?

Haa Youth ni Shaklee keluarkan special untuk menggantikan range skincare yang lama iaitu NutriWhite.

YOUTH ni special sangat tau! Nak tahu tak apa kelebihan YOUTH kalau nak compare dengan skincare lain yang ada dalam pasaran? 

Untuk entry kalini, Kak Sya nak share dengan anda 10 kelebihan YOUTH yang pasti akan buatkan anda rasa lebih teruja untuk baca lagi dan lagi tentang YOUTH! Dan mesti cepat-cepat nak order! Hihi

7 kelebihan dan keistimewaan YOUTH yang pasti memikat hati ramai orang!

1. YOUTH adalah 100% vegan. 

Ini bermaksud, YOUTH diperbuat 100% dari tumbuhan seperti Anggur Muscadine, Lotus Japonicus, Apple Stem Cell Extract dan Schisandra Chinesis Fruit Extract. Di entry lain, Kak Sya akan cerita satu persatu tentang bahan-bahan yang menjadikan YOUTH ni terbaik ok!

2. Masa penyelidikan yang benar-benar mencukupi dan panjang

Shaklee spend 8 tahun untuk membangunkan YOUTH. Cuba anda check, ada tak produk lain yang sanggup menghabiskan masa dan wang selama 8 tahun? Ya di Shaklee. Ini untuk memastikan YOUTH yang dihasilkan benar-benar berkesan seperti yang dicanangkan.

3. YOUTH kaya dengan paten

Kalau tengok kat kotak pada setiap produk YOUTH, memang ada paten number kat situ. Dahsyat tak dahsyat lah Shaklee ni. Sekali dia dah buat research, dan hasilkan sejenis skincare yang betul-betul premium, Shaklee tak lupa untuk patenkan sekali teknologinya.

4. Shaklee BEBAS dari 1500 bahan kimia terlarang



Iyaa.. jangan ingat mata anda salah baca. Memang benar, YOUTH bebas dari 1500 bahan kimia terlarang atau bahan yang boleh dipersoal.

5. YOUTH tidak menggunakan haiwan dalam sebarang ujiannya

Kajian selama 8 tahun menggunakan sampel manusia untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Sampel yang dia dipilih termasuklah wanita Causasian (wanita dari negara beriklim sejuk), juga wanita-wanita Asia. So anda jangan was-was. Tiada sebarang kekejaman yang dilakukan sepanjang penghasilan YOUTH!

6. YOUTH menjanjikan kulit anda menjadi sedekad lebih muda!


Sebelum Shaklee melancarkan YOUTH di Malaysia, banyak dah Shaklee share testimoni wanita-wanita di USA dan di Malaysia yang telah menggunakan YOUTH. Kulit mereka bukan sahaja nampak lebih muda, malah tanda-tanda penuaan seperti kedut, pori terbuka, pigmentasi, ketegangan kulit dan tona kulit

7. YOUTH diuji dan disahkan selamat oleh pelbagai PAKAR!

Haa yang ni paling special. Sama macam produk kulit yang lain, YOUTH telah pun disahkan selamat bukan saja oleh pakar kulit, tapi pakar mata juga tau! Haa even produk kosmetik pun kebanyakannya tak pernah minta pakar mata test dan sahkan produk mereka selamat untuk mata pengguna tau! Bestnyaaa!! Selain tu, YOUTH dah confirm takkan menyumbatkan pori kulit kita. Sebab Shaklee dah beri jaminan keputusan klinikal tanpa kompromi tau! 

Amacam, best tak YOUTH? Banyak lagi entry Kak Sya lepas ni pasal YOUTH, insyaaAllah.. Stay tune ok! And stay healthy!


Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Pengguna YOUTH

Recharge dalam kehidupan - perlu ke?

Bismillah..

Apa tu recharge?

Recharge ni macam ni - kita kembalikan semula energy atau tenaga kita setelah kita penat dan dah melalui rutin sehari-hari kita..

Sebelum Kakak sekolah, weekend kami tetap Sabtu Ahad, walaupun kami ni duduk kat Johor. Sama macam orang-orang kat KL, Selangor, dan yang bukan weekend dia  Jumaat & Sabtu sebab kindy Kakak boleh pilih weekend yang mana - Jumaat Sabtu atau Sabtu Ahad. Kami ofkos la pilih Sabtu Ahad, senang sebab Ayah Kakak pun weekend dia memang Sabtu Ahad (kilang-kilang dan pihak swasta masih lagi weekend mereka Sabtu Ahad).

Masa weekend lah masa untuk Kak Sya recharge diri. Pergi taman untuk ambil angin, layan anak main di indoor playground, shopping, semua tu boleh kikis kepenatan yang Kak Sya kumpul untuk seminggu. Aktiviti-aktiviti yang kami buat memang bagus untuk Kak Sya recharge untuk minggu seterusnya.

Weekend yang bakal tiba lagi 3 hari adalah weekend ke lapan Kakak sekolah dihari Ahad. Kak Sya masih rasa 'sempit' dengan weekend macam ni. Hihi. Biasalah, benda baru memang takes time to adjust, kan?

Anda tahu tak, ada banyak lagi cara untuk kita recharge.

Antaranya:-

  • Pergi bercuti. Bercuti atau staycation sangat membantu kita beralih angin. Even kalau kita stay satu malam ni luar dari rumah kita, memang kita boleh kosongkan banyak space dalam fikiran kita untuk idea-idea baru
  • Balik kampung. Sama juga macam pergi holiday atau staycation, balik kampung dengan environment yang sangat boleh buat kita happy sangat membantu kita untuk relax dan recharge.
  • Baca Al-Quran. Kalau buat yang ni, confirm memang boleh recharge. Bila hati runsing, takde idea, stuck, silalah baca kalam Allah. Memang sangat membantu
  • Zikir. Zikir adalah perbuatan kita untuk mengingati Allah, yang mendekatkan kita dengannya. Zikir mampu membuat kita rasa energized, dan lebih relax
  • Bawa anak-anak mandi pool/pantai/pergi theme park. Bila anak-anak mandi, jangan lupa join sekali. Mesti segar dan bersemangat semula lepas tu!
Hihi. Ni lah yang Kak Sya selalu buat. Point nombor 1 tu tak selalu lah. Masih perlu ada kira-kira dan plan yang teliti sebelum execution. Hihi.

Tapi yang lain memang Kak Sya buat. InsyaaAllah memang membantu sangat lah!

Cuba lah! Especially mak-mak WAHM macam Kak Sya ni mesti selalu buat. Trust me, it really helps!

Gambar credit FB محمد رءيس اسماعيل
Ok tak cerita pasal recharge ni? Kalau anda minat nak tau lebih pasal recharge dalam bisnes, jangan lupa klik link kat bawah ni ye untuk Whatsapp Kak Sya ye..


Jaga diri 

Kak Sya
Masih gigih menyesuaikan diri dengan 3 days weekend

-tsunami2018 0701-

Macammana Kak Sya tarik minat kenalan baru untuk bisnes dengan Shaklee?

Bismillah..

Orang bisnes macam Kak Sya ni, nadi, nyawa bisnes ialah sales. Kalau takde sales maka tak bernyawa lah bisnes.

Orang bisnes mesti tak ada rasa malu untuk promote diri. Tuan punya bisnes kena bangga dengan produk jualan dan dagangan mereka. Dan orang bisnes mesti ringan mulut dengan orang lain.

Macam diminggu-minggu awal persekolahan, bila hantar Kakak, sementara tunggu Kakak beratur dan sampai dia masuk kelas, masa tu ramai juga mak-mak macam Kak Sya kat sekolah. Mak-mak ni pulak kalau dah bercerita mesti lah pasal anak-anak, topik wajib untuk seorang ibu. Hihi. Macam-macam cerita yang kami bualkan, tapi perkara pertama yang pasti ditanya  di awal perkenalan ialah soalan ini - "awak kerja kat mana?"
.
Haaa masa ni lah mulut ringan cerita pasal Kak Sya buat bisnes Shaklee. Kak Sya kalau dah start, mesti bagi mukadimah tentang macam mana Kak Sya boleh start kenal dan makan Shaklee. Kalau nak tahu sejarah perkenalan Kak Sya yang dulu susah sangat nak percaya dengan supplement (tapi bukan anti supplement yaa..) boleh cuba baca cerita tentang cinta pertama Kak Sya dengan Ostematrix

Kiki selalunya insyaaAllah kalau Kak Sya dah bercerita sungguh-sungguh tentanh Shaklee effect Kak Sya, mesti tersangkut seketul dua produk kat situ. Tak kisah la, at least mak-mak kawan anak Kak Sya yang sama-sama jadi 'penunggu' anak-anak kat sekolah tau Kak Sya ni SID. Mihmihmih

Dan Kak Sya kalau dah share pasal Shaklee tu, bukan hat produk je yang jadi fevret sharing, Kak Sya juga suka cerita sampai macam mana nak jadi member, kelebihan jadi member - dapat bonus, boleh beli harga confirm murah, macam-macam lah. Ala-ala strategi untuk tarik minat mak-mak surirumah untuk buat bisnes dari rumah, dan Kak Sya dapat kembangkan group juga. Sebab tak semua orang tahu pasal specialnya ber-MLM dengan Shaklee. Serious tak sama, memang istimewa!

Salah satu keistimewaan bisnes dengan Shaklee, kita sentiasa boleh berkepit dengan anak-anak. Restock supplement, COD semua buat bersama anak-anak

Anda yang baca pun mesti nak tau apa specialnya jadi member Shaklee kan? Hihi jangan malu, jangan segan, WA je Kak Sya ok!

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Jaga diri

Kak Sya
Founder #TeamMagnifique Shaklee
Nak bantu ramai mak berjaya dari rumah

-tsunami2018 0601-

Vision Board - penting ke untuk bisnes?

Bismillah..

Bila Kak Sya betul-betul serious nak berbisnes (sebenarnya dah start masa keje dulu, tapi tak berapa fokus sebab macam tak sempat, Kak Sya betul-betul buat bisnes lepas resign kerja, lepas tamat tempoh berpantang Nana), Kak Sya mula join banyak kelas-kelas yang upline Kak Sya anjurkan, tak kiralah secara online atau offline. 

Kami bukan saja di ajar ilmu produk dan ilmu yang berkaitan dengan bisnes, tapi kami juga diajar untuk ada target dalam bisnes. Lagipun takkan buat bisnes ni saja-saja nak buang masa, kan?

Dulu masa keje dalam bidang manufacturing, Kak Sya belajar pasal KPI. KPI bermaksud Key Performance Index. Maksudnya target kita untuk suatu jangkamasa tertentu. Haaa kalau kita buat sesuatu mesti nak kena ada target kan? Dah ada target mesti lah kena usaha untum capai target kita. Dulu masa kerja, KPI untuk department akan dibincang bersama dengan bos, dah finalize bubuh la dalam table . Pastu present kepada management. KPI tu kena realistic dan doable kan? Tahan je lah telinga dengan soalan-soalan killer dari management.

Sama je macam Vision Board (VB). Beza Vision Board dengan KPI masa kerja dulu ialah VB ni kita letak dalam bentuk gambar. Apa KPI yang kita nak capai pada bila masa yang kita nak capai? 

Bila dah buat dan faham tentang VB, VB tu buat Kak Sya lagi faham apa target sebenar Kak Sya dalam bisnes Shaklee. Lagi tahu kenapa Kak Sya nak kena buat bisnes ni betul-betul. Dah ada VB sebenarnya baru tahu apa BIG WHY sebenar Kak Sya, dan Kak Sya kena buat all out untuk realisasikan apa yang Kak Sya dah plan dalam VB. InsyaaAllah

Sebab bisnes ni kita buat untuk diri kita. Rajin kita, banyak lah kita dapat. Macam tu lah sebaliknya. Kita dah tak ada bos untuk pantau pencapaian kita dalam bisnes. Yang ada dengan kita dalam bisnes ialah diri sendiri dan CEO kita, Yang Maha Esa..

Kak Sya harap short term VB Kak Sya untuk 2018 ni akan tercapai. Ya Allah, mudahkanlah..

Nak tahu apa VB Kak Sya. WA ye. Nanti Kak Sya share. Sampai jumpa lagi


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Tu link WA Kak Sya

Kak Sya
Macam-macam impian belum tertunai
+6.013.7799.624

-tsunami2018 0501-

Sejarah blog kesayangan Kak Sya

Bismillah..

Masa mula-mula start bisnes dulu, memang Kak Sya pilih untuk buat bisnes online, dan masa tu medium yang Kak Sya guna ialah Facebook & Instagram sahaja. Tu pun sebab Kak Sya memang dah ada dua-dua akaun untuk kedua-dua media sosial tu, dan paling Kak Sya suka sebab Kak Sya hanya update di Instagram, dan dia boleh update Facebook sekali. Konon-konon guna konsep 'serampang 2 mata' la. Hahaha..

Ok lah tu kan? Nama pun baru belajar

Bila dah lama sikit dalam bisnes, masa tu upline Kak Sya ada buat kelas blog dan buat sekali aktiviti untuk update blog setiap hari. Masa tu lah Kak Sya baru create blog ni.. Hihi.. Bila tak pernah terfikir untuk buat blog, jadi masalah negara sungguh nak fikir nama apa nak letak kat address blog tu. Sebab dah desperate tu yang jadi mamysazu-lara.blogspot.com tu. Haha. Kelakar sungguh bila ingat balik


Nak tau tak apa sebenarnya mamysazu-lara tu? 

SaZu = Sara Zulaikha
LaRa = Laila humaiRa

Haha. Sekarang bila dah ada Nana terfikir juga tang mana nak sumbat nama Nana. Tapi Kak Sya rasa untuk jadi adil, mungkin Kak Sya kena beli domain www.syahridahishak.com. Cun jugak tu, kan? InsyaaAllah memang ada dalam perancangan Kak Sya, tapi sebelum tu memang kena betul-betul rajin dan utilize blog ni dulu. Kena ada sekurang-kurangnya 350 entry baru Kak Sya boleh fikir pasal domain tu.

Kak Sya masih belum khatam ilmu blog ni lagi tapi sebab blog ni salah satu lubuk rezeki, Kak Sya tau Kak Sya mesti kena gali dalam-dalam ilmu blog supaya Kak Sya boleh dpt banyak lagi sales melalui dia. Ilmu blog terlalu luas, dan banyak sangat ilmu teknikal yang perlu Kak Sya dalami, dan kelas blog ni bukan boleh belajar ikut buku dan secara online saja, nak kena berguru tau!

InsyaaAllah Kak Sya akan cari guru untuk belajar ilmu blog ni banyak-banyak! Jom sama-sama kita!


Kak Sya
Masih merangkak dalam blogging
Berangan nak jadi blogger mama

-tsunami2018 0401-

Macam-macam orang bila pergi banyak-banyak tempat

Bismillah..

Hubby Kak Sya memang suka bawa kami sefamily jalan-jalan. Kalau dia tengok dalam kalendar ada long holiday, atau ada masa cuti sekolah yang masa tu jadual dia pun tak sibuk (Hubby pun ada side income juga tau, Hubby ni tokey kereta sewa - boleh ke website kereta sewa www.greenmatrix.com/pasirgudang), dia akan beritahu Kak Sya untuk plan ke mana destinasi yang kami nak pergi. Of course la destinasi yang difikirkan tu sesuai untuk bawa tiga dara kami ni. Sebab tujuan nya nak bagi anak-anak happy, kan?

Dan setiap bulan juga memang kami travel balik ke rumah AyahBonda Kak Sya di Seremban. Memang tak berapa jauh, tapi Kak Sya personally akan jumpa dengan macam-macam orang - tak kira lah kat toilet ke, kat surau atau kat food court. 

Jadi orang bisnes ni memang jadi ringan mulut. Bukan ringan nak menjual je. Memang rajin nak berborak dengan orang. Selalu starting point dia, anak lah. Tak kisah la anak orang tu ke, kisah anak-anak Kak Sya ke, dari satu soalan boleh jadi berjela-jela boraknya, sampai kadang-kadang hubby yang tunggu kat luar surau boleh call tanya dah siap solat ke belum?  Haha. Nampak sangat selalu nauu jadi macam tu..

Us @ Bandaraya Melaka, Disember 2017

Gambar ni masa kat Melaka Disember haritu. Masa ni kali on the way balik rumah, kami singgah di Melaka, stay overnight, nak layan anak-anak last kopek school holiday (walaupun yang kenit 2 orang tu memang holiday sokmo 😂)

Kat hotel yang kami stay tu ada waterpark, so masa bawa anak-anak mandi Kak Sya stay tepi je, sambil kaki main air, sambil tengok-tengokkan anak-anak seronok mandi manda, sempat juga borak-borak dengan seorang yang berpangkat 'kakak' dari Kak Sya. Anak bongsu beliau form 1, yang dah besar dah kerja. Umur 23 tahun. 

Beliau dah 3 kali bercuti kat situ. Bawa anak-anak bercuti sebab biasanya beliau kata beliau terlalu sibuk. Sibuk dengan urusan seharian. Akak yang Kak Sya jumpa masa tu ialah seorang ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak bersendirian. Suami beliau meninggal masa beliau sangat comfort di zon selesa. Sebab arwah suami beliau berpangkat besar di sebuah company besar.

Beliau bangkit dengan duit peninggalan suami dan hasil simpanan beliau. Alhamdulillah beliau masih survive sampai sekarang.

Takutnyaaa. 

Sekelip mata je Allah boleh turn ourlives upside down. Kak Sya kagum dengan kakak tu dan dia sempat pesan, jangan leka dengan dunia selesa sekarang. Kena beringat terutamanya bila titibe insan tercinta lebih awal dijemput Ilahi. 😭

Sebab tu Kak Sya tak pernah nak stop tolong hubby untuk jana income banyak-banyak dari bisnes kereta sewa. Dan Kak Sya tetap nak usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan income 4 angka minimum tiap-tiap bulan untuk simpanan masa depan. InsyaaAllah..

Panjang umur, boleh kami sama-sama travel satu dunia dengan anak-anak. Hihi

Doakan ye

Jaga diri 

Kak Sya
Isteri kaki jalan-jalan

-tsunami2018 0301-

Kisah seorang Pengedar Shaklee - dari engineer ke surirumah bergaji

Bismillah..

#throwback lagi. From my FB post dated 2nd Jan 2018

Alhamdulillah, Kak Sya masih survive menempuh alam persekolahan dihari kedua fasa pertama 😊😅

Harini mak-mak duduk borak-borak tepi pagar (sebab Ustazah dah tak bagi masuk dalam kawasan sekolah. Kalau tak rasanya dah tau kitorang kat mana, kan? Hihi) sambil perhati anak-anak yang sedang beratur dikawasan perhimpunan. Sempat lah borak macam-macam topik, mostly pasal anak dan hari pertama persekolahan.

Tau je la, bila baru-baru kenal ni, macam-macam la nak tanya pasal kawan baru kita tu kan? Antara soalan yang mesti kena tanya ialah profesion mak-mak? Bila sesiapa tanya soalan tu pada Kak Sya, Kak Sya mesti jawab Kak Sya duduk rumah, tapi buat bisnes Shaklee. Dan bila org tanya pasal pekerjaan Kak Sya dulu (bila orang tau I was an engineer)  dan tak menyesal ke berhenti sebab nak jaga anak, memang Kak Sya tak rasa menyesal.

Tau Kak Sya sebenar-benarnya rasa apa?

Rasa happy. Puas. Berbaloi-baloi. Anak-anak membesar depan mata. Anak pergi, balik sekolah diri ni yang hantar, yang jemput. Tahu dia kat mana. Itulah objektif 'jaga anak' tu.

Lagipun bukan Kak Sya duduk saja-saja kat rumah. Shaklee melengkapkan cycle title seorang WAHM yang Kak Sya inginkan dulu, dah dah pegang sekarang. Atau mak-mak surirumah moden kata kitaorang ni engineer oil & gas kat rumah 😆

So taj ada perkara yang mustahil untuk ibu-ibu yang macam Kak Sya ni.. Boleh duduk rumah, uruskan anak-anak dan rumahtangga sambil jana pendapatan sendiri. Tak perlu sampai kena buka booth, atau berjumpa dengan orang setiap masa. Semua boleh buat dari rumah. Sambil jaga anak.

Dan.. Paling Kak Sya bangga, orang kenal Kak Sya sebagai 'tokey Shaklee'. Mana2-mana Kak Sya pergi, sesiapa yang Kak Sya jumpa tahu brand yang Kak Sya bawa. Lepas ni nak brandkan #TeamMagnifique Shaklee pula. Biar satu dunia kenal. InsyaaAllah..

Doakan ya! 😘


Nak Kak Sya share lagi tentang life as a WAHM Kak Sya? Atau anda berminat nak jadi WAHM tapi taktau nak buat bisnes apa?

You have found the right person you can talk to. Whatsapp Kak Sya Ok!

Call/WA/Telegram : +6.013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
FB Page : Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

I will always be ready

Ok sampai sini dulu. 

Jaga diri

Kak Sya
Mamy ex-engineer, now a WAHM

-tsunami2018 0201-

WAHM - kerja dan jaga anak dirumah - cerita ibu anak tiga

Bismillah..

** Ini cerita yang pernah Kak Sya post di FB di hari pertama persekolahan 2018 **

Selesai fasa pertama di hari pertama persekolahan. Fasa pertama ni sekolah agama. Fasa kedua sekolah kebangsaan.

Sempena hari pertama di tahun 2018 ni, Mamy harap Mamy boleh jadi Mamy lebih baik untuk Kakak, Laila dan Nana. Kakak dah sekolah, Ayah dan Mamy pandang alam sekolah Kakak ni sebagai satu lagi alam yang mencabar. Alam yang baru untuk Kakak, Ayah dan Mamy tempuhi dan harungi sampai berjaya.

Zaman Kakak sekolah ni adalah zaman yang 360 darjah berbeza dari zaman Mamy sekolah dulu. Masa Mamy balut buku-buku Kakak haritu, sempat Mamy belek-belek isi dalam buku. Huishh.. Memang lain lah dari zaman Mamy darjah 1.. Advance. Silibus dia bila Mamy tanya-tanya pada kawan-kawan guru Mamy, rupanya ada yang zaman dulu budak Sastera tingkatan 6 yang belajar.. Hohoho. Kesiannya. Eh, ke tak patut kesian?

Bila dah tahu betapa mencabarnya student life Kakak, Mamy berazam yang Mamy kena kena usaha betul-betul untuk tolong Kakak belajar, dan jadikan Kakak student yang terbaik dalam kelas dan sekolah Kakak. Walaupun Mamy ni seorang WAHM, Mamy akan buat sehabis baik - bahagikan masa untuk kerja bisnes Shaklee Mamy dan untuk buat tugas hakiki Mamy sebagai  seorang ibu dan teacher Kakak kat rumah. InsyaaAllah..

Harapan Mamy supaya Mamy dapat beri inspirasi kepada ibu-ibu yang dah tanam niat dan dah ada cita-cita untuk jadi WAHM - yang boleh jaga anak sendiri sambil jana pendapatan sendiri. Dan boleh bantu orang lain untuk jana pendapatan dan jadi work-at-home-mom juga.


InsyaaAllah.. Anda yang baca tolong doakan untuk Mamy Sara, Laila dan Nana juga ye..

:D

Jaga diri

Kak Sya
Ibu anak tiga yang masih bertatih dalam alam keibubapaan

-tsunami2018 0101-

7 simptom slip disc yang anda perlu tahu

Bismillah

Anda pasti pernah mendengar tentang slip disc kan? 

Apa tu slip disc?

Column tulang belakang kita terdiri daripada 1 siri tulang (vertebra) yang disusun antara satu sama lain. Dari atas ke bawah, column tulang belakang termasuklah 7 tulang di tulang belakang serviks, 12 di tulang belakang toraks dan 5 di tulang punggung lumba, diikuti oleh sacrum dan coccyx di pangkal. Tulang-tulang ini dibalas oleh cakera (discs). Cakera melindungi tulang dengan menyerap hentakan dari aktiviti harian seperti berjalan, mengangkat dan berputar. 

Setiap cakera mempunyai dua bahagian; bahagian dalaman lembut dan cincin luar yang keras. Kecederaan atau kelemahan boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera menonjol melalui cincin luar. Ini dikenali sebagai slip disc atau cakra tergelincir, herniated atau proposed. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Sekiranya cakera  yang tergelincir memampatkan salah satu saraf tulang belakang anda, anda juga mungkin mengalami rasa kebas dan sakit sepanjang saraf yang terjejas. Dalam kes-kes yang teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau membaiki slip disc.

Apakah simptom-simptom slip disc?



Anda boleh mengalami slip disc pada mana-mana bahagian di tulang belakang anda , daripada bahagian tengkuk sehingga ke bahagian bawah belakang. Bahagian bawah belakang adalah satu tempat yang sangat biasa dijumpai dengan kes slip disc. Column tulang belakang kita ialah jaringan saraf dan salur darah yang amat rumit. Slip disc boleh meletakkan tekanan tambahan kepada saraf dan otot di sekelilingnya.

7 simptom seseorang mengalami slip disc termasuklah:
  • Sakit dan kebas, selalunya pada sebelah bahagian badan
  • Kesakitan yang juga dirasai di bahagian lengan dan kaki
  • Kesakitan yang semakin teruk pada waktu malam atau pada pergerakan tertentu
  • Kesakitan yang semakin teruk apabila sedang berdiri atau duduk
  • Rasa sakit apabila berjalan dalam jarak yang dekat
  • Kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • Rasa semut-semut sakit atau terbakar pada kawasan tertentu
Jenis kesakitan boleh jadi berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Anda wajib berjumpa dengan doktor jika kesakitan yang anda rasai membawa kepada rasa kebas atau semut-semut yang menjejaskan kebolehan anda untuk mengawal otot anda.

Jom tengok sebab-sebab slip disc pula dientry seterusnya ya!

Thanks untuk masa anda membaca artikel dalam blog Kak Sya

Jaga diri

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore +6.013.7799.624

Testimoni Shaklee Collagen Powder untuk kulit flawless, bebas parut

Bismillah


Harini Kak Sya akan share 2 testimoni lagi sebelum kita sama-sama tengok topik baru yang juga ada kena mengena dengan Collage  Powder


Testimoni #3

"Saya dah masuk box kedua - memang superb! Kesan dah boleh nampak after sachet ke 5 ~ muka glowing je.. bersinar-sinar especially dekat dahi batang hidung dan dagu ~ memang super duper berbaloi-baloi.. tak payah nak gaduh mengelupas ke bagai ~ bekas-bekas jerawat semua jadi semakin pudar dan kulit jadi sekata"

Testimoni #4

Pigmentasi pudar selepas amalkan Collagen Shaklee!


"Picture dua-dua ni memang asli.. Tak pakai make up ke apa..Sebab tu korang boleh tengok lagi kesan pigmentasi yang semakin samar-samar tu.. Kalau sekiranya saya apply foundation memang kesan tu hilang sama rata je dengan kulit.. Dulu kakak saya sendiri selalu suruh saya guna naturactor bagai hehehe.. Cuma saya rasa masih pelik kalau bersih tang tang.. Dah bertahun-tahun dengan jeragat ni.. Semakin teruk bila mengandung. Menjadi-jadi

Jadi saya ambil keputusan.. Biarlah saya tunggu hilang sendiri dengan supplement Shaklee ni. Tak payah susah-susah nak sembunyikan.. Sebab saya yakin ia akan hilang. By the way umur saya masih 24 tahun (salam perkenalan.. saya mama 3 anak kecil.. ramai pulak pm dok panggil saya kakak.. segan hikhik)

Kesan utama Collagen ni.. Sangat terasa kulit kita lembut je.. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tapi semua-semua. Kesan calar, sunburn.. semua takde dah.. sebab saya dulu memang ahli persatuan.. Aktif berjemur, berkhemah sana sini (baru suami cakap tadi haha. Sebab dia tak nak tegur sebelum ni takut saya upload pic sendiri. Padahal pic sendiri kat FB pun jarang nak keluar)"

Ok lah, tu je testimoni untuk kulit jelita selepas megamalksn Collagen Powder

Sampai jumpa lagi

Babai..

Testimoni Collagen Powder untuk kulit cantik, berseri dan muda

Bismillah

Hai semua! Jom layan testimoni-testimoni Shaklee Collagen Powder untuk kulit cantik! Baik punya testimoni Kak Sya belanja kalini.. hihi

Testimoni #1

"Saya makan baru nak masuk kotak ke 3.. Makan sebab muka salah pakai produk, jadi sangat kering dan teruk. Makan kolagen hari ke 3, muka terus lembap je rasa. Hilang serta merta kulit kering mencengkam tu. Parut makin hilang, kulit lembap, dan sakit sengal lutut pgg takde dah! Sangat best dan berkongsi dengan kawan. Kawan pun dah repeat 2 kotak dah.. Heheh! Suka sangat kolagen Shaklee! Sangat superb!"

Testimoni #2

"Gara-gara promo kolagen Shaklee bulan lepas, Atie pun terjebak sama dengan aktiviti mencantikkan kulit.. dan alhamdulillah, liang pori di muka ku dah MENGECIL!! Rasa licin je, takde rasa menggerutu.. ni testimoni sendiri ye.. seronok yang beronok-ronok sebab sebelum ni Atie memang ada masalah liang pori kat muka ni besar, bila liang besar, mudah la kotoran, debu nak masuk, so blackhead pun banyak la.. sekarang ALHAMDULILLAH.. seronoknya!!"


Ok lah, cukup dulu dua ni. Esok Kak Sya belanja lagi testimoni untuk anda ok!

Jaga diri

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Singapore, Malaysia
+6.013.7799 624

Apa istimewanya Shaklee Collagen Powder? 4 Beza Collagen Powder Shaklee dengan kolagen lain

Bismillah

Dah tahukan 7 bahan yang menjadikan Collagen Powder Shaklee yang terbaik? Kalau belum sila klik dulu kat link tu.

Anda mesti tertanya-tanya, apa istimewa sangat Collagen Powder Shaklee ni berbanding jenama kolagen yang ada di pasaran? 

1. Collagen Shaklee semestinya HALAL

Bahan utama Shaklee Collagen Powder ialah sisik ikan merah (RSS). Shaklee Collagen Powder merupakan supplement yang mengandungi 4000mg proprietari RSS Collagen.


Tahukah anda, antara sumber Collagen yang terdapat dipasaran termasuklah dari sumber porcine (babi)? 

Berhati-hati dengan collagen pilihan anda. Pastikan ia diperbuat dari sumber yang halal dan tidak diragukan

2. Berat Collagen Powder Shaklee yang super ringan



Shaklee Collagen Powder mengandungi berat molekul yang rendah, menjadikan ia kolagen yang sangat mudah diserap oleh badan

Berbanding dengan kolagen jenama lain, Shaklee Collagen Powder mempunyai berat molekul yang amat rendah (1000 Dalton), membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapiasan dermis dengan berkesan 

3. Sangat mudah disediakan dan dibawa ke mana-mana!

Shaklee Collagen Powder datang dalam 15 sachet sekotak. Ia sangat mudah larut dalam minuman kegemaran anda


Kalau tanya Kak Sya, pagi-pagi Kak Sya akan shake Collagen Powder dengan ESP + Milo dan oat. Yummy sangat! Energising & ngam sangat untuk kulit



4. Collagen Shaklee adalah kolagen PREMIUM!


Collagen Powder Shaklee diekstrak dari sisik ikan merah (RSS) yang hidup di lautan dalam.


Ikan merah yang hidup 5000 meter dari aras laut merupakan ikan yang mempunyai sisik yang tahan kepada tekanan yang tinggi semasa dalam air, menjadikannya supplement kolagen yang sangat tahan lasak dan yang paling best, ikan laut dalam ni jauh sangat dari pencemaran yang membuatkan dia sangat PREMIUM.

Dah tau kan kenapa Collagen Shaklee sentiasa dihati Kak Sya dan orang-orang yang makan kolagen Shaklee? Haa sebab yang berempat tu lah!

Anda takmau ke cuba kolagen PREMIUM ni? Alang-alang nak cantik biar sihat sekali. Dan alang-alang dah promo, biar beli sampai 2 set!


Eh, belum tahu promo apa? Adaaaaa dah Kak Sya share kat sini


WA Kak Sya Ok!

http://shakleepasirgudang.wasap.my

Jaga diri

Kak Sya
+6.013.7799.624
Your SIDPro




Siapa yang perlukan Collagen Powder Shaklee?

Bismillah

Dalam entri yang lepas Kak Sya ada ceritakan pada anda tentang pengenalan kepada Collagen Powder Shaklee dan 7 bahan utama yang menjadikan Collagen Powder kolagen yang terbaik!

Kali ini Kak Sya akan kongsikan dengan anda tentang siapakah yang perlu dan mesti mengambil Collagen Powder sebagai salah satu dari supplement harian mereka

Sebenarnya, kalau nak cerita, semua orang perlukan Shaklee Collagen Powder sebab secara semulajadinya, kadar kolagen dalam badan kita merosot selepas usia kita melebihi 20 tahun.


1. Individu yang mempunyai masalah kulit muka

2. Wanita yang menghampiri menopause

3. Wanita

4. Individu yang mengalami masalah osteoporosis

5. Individu yang mengalami masalah sendi

Haa..kan Kak Sya dah kata, Shaklee Collagen Powder ni bukan untuk orang yang nak kulit cantik gebu gebas je tau. 

Best ke best Collagen Powder ni?

Anda jangan lupa tau, cepat-cepat grab Collagen Powder ni untuk kegunaan seisi keluarga. Bukan saja anda dapat kesihatan yang lebih baik, untung-untung raya nanti kulit cun berseri 😊

Jom rebut Collagen Powder sempena promosi di bulan Februari ni!

Beli 4 kotak Collagen Powder & 1 botol Sustained Release Vitamin C dengan diskaun bukan 5, tapi 10%!!

Yippie!

Cepat WA Kak Sya tau!

http://shakleepasirgudang.wasap.my

Kak Sya (ID : 1168907)
+6.013.7799.624
Pengedar/Agen Shaklee Malaysia

Fungsi Collagen Powder Shaklee


  • Bismillah

Dalam entri yang lepas, Kak Sya ada ceritakan tentang pengenalan kepada Collagen Powder, dan apakah 7 bahan yang menjadikan Collagen Powder Shaklee collagen terbaik dalam dunia.

Dalam entry ini, Kak Sya nak tekankan kepada anda apakah fungsi collagen powder kepada penggemarnya.

Tapi sebelum tu jom kita tengok apakah fungsi kolagen yang ada dalam badan kita.

Kolagen banyak fungsinya dalam badan kita. Antaranya:

  1. Dapat merawat luka pada kulit. Collagen dapat merangsang platlet darah agar cepat membeku dan membentuk lapisan bagi melindungi luka.
  2. Selain itu kolagen berupaya menyegarkan semula kulit yang sihat.
  3. Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.
  4. Menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.
Jadi apa pula fungsi jika saya mengambil Collagen Powder Shaklee?

Shaklee Collagen Powder mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Antaranya :

  • Anti-penuaan - dapat mengurangkan kedutan
  • Mengecilkan liang pori
  • Melembabkan kulit yang kering
  • Mencerahkan pigmentasi
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Memudahkan pergerakan sendi dan
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Tona muka lebih sekata
  • Milkbooster (berdasarkan pengalaman sendiri)

Memang Shaklee Collagen Powder ni known sebagai supplement kulit cantik flawless. Tapi, bila diri sendiri dah makan, bukan kulit je makin cantik, tapi susu badan meriah dan sendi juga dah tak sakit. Mantap sangat!

Lepas entry Siapa yang perlukan Shaklee Collagen Powder nanti, Kak Sya mesti share banyak-banyak testimoni Collagen Powder untuk anda baca. Biar anda terpikat sama! Hihi

Sampai jumpa lagi

Jaga diri

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang