Bismillah..
Apa tu recharge?
Recharge ni macam ni - kita kembalikan semula energy atau tenaga kita setelah kita penat dan dah melalui rutin sehari-hari kita..
Recharge ni macam ni - kita kembalikan semula energy atau tenaga kita setelah kita penat dan dah melalui rutin sehari-hari kita..
Sebelum Kakak sekolah, weekend kami tetap Sabtu Ahad, walaupun kami ni duduk kat Johor. Sama macam orang-orang kat KL, Selangor, dan yang bukan weekend dia Jumaat & Sabtu sebab kindy Kakak boleh pilih weekend yang mana - Jumaat Sabtu atau Sabtu Ahad. Kami ofkos la pilih Sabtu Ahad, senang sebab Ayah Kakak pun weekend dia memang Sabtu Ahad (kilang-kilang dan pihak swasta masih lagi weekend mereka Sabtu Ahad).
Masa weekend lah masa untuk Kak Sya recharge diri. Pergi taman untuk ambil angin, layan anak main di indoor playground, shopping, semua tu boleh kikis kepenatan yang Kak Sya kumpul untuk seminggu. Aktiviti-aktiviti yang kami buat memang bagus untuk Kak Sya recharge untuk minggu seterusnya.
Weekend yang bakal tiba lagi 3 hari adalah weekend ke lapan Kakak sekolah dihari Ahad. Kak Sya masih rasa 'sempit' dengan weekend macam ni. Hihi. Biasalah, benda baru memang takes time to adjust, kan?
Anda tahu tak, ada banyak lagi cara untuk kita recharge.
Antaranya:-
Anda tahu tak, ada banyak lagi cara untuk kita recharge.
Antaranya:-
- Pergi bercuti. Bercuti atau staycation sangat membantu kita beralih angin. Even kalau kita stay satu malam ni luar dari rumah kita, memang kita boleh kosongkan banyak space dalam fikiran kita untuk idea-idea baru
- Balik kampung. Sama juga macam pergi holiday atau staycation, balik kampung dengan environment yang sangat boleh buat kita happy sangat membantu kita untuk relax dan recharge.
- Baca Al-Quran. Kalau buat yang ni, confirm memang boleh recharge. Bila hati runsing, takde idea, stuck, silalah baca kalam Allah. Memang sangat membantu
- Zikir. Zikir adalah perbuatan kita untuk mengingati Allah, yang mendekatkan kita dengannya. Zikir mampu membuat kita rasa energized, dan lebih relax
- Bawa anak-anak mandi pool/pantai/pergi theme park. Bila anak-anak mandi, jangan lupa join sekali. Mesti segar dan bersemangat semula lepas tu!
Hihi. Ni lah yang Kak Sya selalu buat. Point nombor 1 tu tak selalu lah. Masih perlu ada kira-kira dan plan yang teliti sebelum execution. Hihi.
Tapi yang lain memang Kak Sya buat. InsyaaAllah memang membantu sangat lah!
Cuba lah! Especially mak-mak WAHM macam Kak Sya ni mesti selalu buat. Trust me, it really helps!
Ok tak cerita pasal recharge ni? Kalau anda minat nak tau lebih pasal recharge dalam bisnes, jangan lupa klik link kat bawah ni ye untuk Whatsapp Kak Sya ye..
Jaga diri
Kak Sya
Masih gigih menyesuaikan diri dengan 3 days weekend
-tsunami2018 0701-