Punca-punca batu dalam hempedu

Bismillah

Batu dalam hempedu terjadi apabila cecair hempedu membentuk partikel pepejal (batu) dalam hempedu.


  • Batu terbentuk apabila kandungan kolestrol atau bilirubin dalam cecair hempedu tinggi
  • Bahan-bahan lain dalam cecair hempedu mungkin menggalakkan pembentukan batu
  • Batu pigmen (pigment stone) lebih kerap terbentuk dalam individu yang mempunyai masalah hati atau darah yang mana mereka ini mempunyai kandungan bilirubin yang tinggi.
  • Otot yang lemah  menyebabkan hempedu tidak dapat  mengosongkan sepenuhnya sisa-sisa dalam hempedu. Jadi, kehadiran  saki-baki sisa dalam hempedu menggalakkan pembentukan batu.
Faktor risiko pembentukan batu kolestrol termasuklah:

  • Jantina - perempuan
  • Berat badan berlebihan (overweight)
  • Hilang berat badan yang banyak dengan cepat disebabkan diet melampau
  • Mengambil ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan atau ubat merendahkan kolestrol

Batu dalam hempedu merupakan punca yang biasa untuk penyakit batu dalam hempedu

  • Apabila batu bercampur dengan cecair hempedu ia akan menyekat pergerakan keluar cecair hempedu daripada hempedu Ia juga boleh menyekat pergerakan keluar enzim pencernaan daripada pankreas.
  • Jika sekatan atau penyumbatan berterusan, organ-organ ini akan mengalami keradangan. Jeradangan hempedu di dipanggil cholecystitis. Keradangan pancreas dikenali sebagai pankreatitis.
  • Kontraksi hempedu yang tersumbat menyebabkan peningkatan kepada tekanan, pembengkakan dan yang ada masanya jangkitan pada hempedu.

Bila batu dalam hempedu atau salur hempedu menjadi radang atau terkena jangkitan, pankreas selalunya akan mengalami keradangan juga.

  • Keradangan ini boleh menyebabkan kerosakan kepada pankreas dan pesakit akan mengalami sakit perut melampau.
  • Penyakit batu dalam hempedu yang tidak dirawat boleh meragut nyawa terutamanya jika hempedu terkena jangkitan atau pankreas mengalami keradangan teruk.

Next entry Kak Sya akan share simptom-simptom batu dalam hempedu pulak ye. 

Selamat malam.

Jaga diri
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB & Singapore



Bahaya ke batu dalam hempedu?

Bismillah

Awal Jun yang lepas, pelakon dan pengacara - Awal Ashaari diberitakan telah menjalani pembedahan membuang hempedu beliau. Ini disebabkan oleh terdapatnya batu dalam hempedu. Pembedahan yang memakan masa selama sejam berlangsung dengan selamat dan jayanya.



Apa tu batu dalam hempedu?

Batu dalam hempedu atau gallstones merupakan partikel yang terbentuk daripada kolestrol hempedu dan bilirubin dalam hempedu.

Batu dalam hempedu
  • Hempedu ialah organ kecil yang terletak di bahagian atas kanan abdomen. Ia terletak di bawah hati, hanya dibawah sebelah rusuk hadapan.
  • Hempedu merupakan sebahagian daripada sistem biliary, yang mana organ lain termasuklah hati dan pankreas.
  • Sistem biliary mengangkut hempedu dan enzim pencernaan (hempedu adalah cecair yang dibuat oleh hati untuk membantu pencernaan lemak)
  • Hempedu mengandungi beberapa bahan termasuklah kolestrol dan bilirubin, sejenis sisa  dari proses pemecahan sel darah yang normal dalam hati.
  • Cecair hempedu akan disimpan dalam hempedu sehingga ia diperlukan.
  • Bila kita makan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolestrol yang tinggi, hempedu akan merembeskan cecair hempedu ke dalam usus kecil melalui tiub kecil yang dikenali sebagai saluran hempedu biasa. Cecair hempedu ini akan membantu proses pencernaan.
Sistem biliary

Ada dua jenis batu dalam hempedu:

1. Batu kolestrol - batu kolestrol adalah kes yang selalu dijumpai dalam hempedu. Ia terbentuk apabila terdapat terlalu banyak kolestrol dalam cecair hempedu

2. Batu pigmen - ia terbentuk apabila terdapat lebihan bilirubin dalam cecair hempedu.

Saiz batu dalam hempedu boleh menjadi sekecil-kecil pasir kepada sebesar-besar bola golf

  • Walaupun biasanya terdapat banyak batu kecil dalam hempedu satu batu yang besar atau kombinasi saiz batu-batu adalah tidak mustahil
  • Jika saiz batu terlalu kecil ia mungkin akan menyebabkan enapcemar (sludge or slurry)

Batu dalam hempedu selalunya tidak mendatangkan masalah kecuali jika ada terlalu banyak batu atau saiz batu tersebut yang besar. Batu dalam hempedu boleh menyebabkan kesakitan apabila hempedu bertindak balas dengan makanan berlemak.

Ia juga boleh menyebabkan masalah jika cecair hempedu tidak dapat keluar dari hempedu disebabkan oleh saluran yang tersumbat.

  • Apabila pergerakan batu dalam hempedu menyebabkan saluran yang menghubungkan hempedu, hati atau pankreas tersumbat, komplikasi mungkin berlaku.
  • Saluran yang tersumbat boleh menyebabkan cecair hempedu atau enzim pencernaan terperangkap dalam saluran.
  • Ini akan menyebabkan keradangan dan kesakitan melampau, jangkitan dan kerosakan organ.
  • Jika keadaan ini tidak dirawat ia boleh menyebabkan maut.
Nanti kita sambung simptom batu dalm hempedu pulak ye di entry berikutnya!

Jaga diri,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar/Agen Shaklee Pasir Gudang

Kenapa saya sayang bisnes Shaklee?

Bismillah..


Biasa kalau Kak Sya pergi mana-mana, rumah kenduri sanak-saudara, pasti ada yang akan tanya, masih buat bisnes Shaklee? Jawapan Kak Sya ofkos lah YA!

YA tu bukan dengan nada yang marah tau. Tapi Kak Sya jawab dengan nada teruja. Nada bangga. Happy. Sebab Kak Sya tak pernah menyesal kenal dengan Shaklee. Nak tahu tak kenapa Kak Sya sayang sangat dengan bisnes Shaklee ni?

1. STOCK READINESS

Sebelum ni Kak Sya pernah jadi agen tudung kanak-kanak. Tapi tak lama. Sebab Kak Sya rasa susah jadi agen. Memang masa tu Kak Sya ada ready stock, tapi bukan semua design, bukan semua colour, bukan semua size. So Kak Sya tak dapat nak fulfill order customer. Dan bila tanya HQ selalunya stok takde. Payah juga sebab stock availability tak boleh nak confirm masa ada order

Tapi bila Kak Sya start buat Shaklee, kita sentiasa boleh check stock availability. Guna sistem online. So malam-malam pun tak perlu risau orang tak angkat call untuk check stok Vivix ade ke tak lagi.. Hihi..


2. SISTEM PEMBAYARAN BONUS


Kalau dah nama pun bisnes, mesti lah mau habuan kos berpenat lelah, ye dak? 

Alhamdulillah setakat 3 tahun Kak Sya buat bisnes Shaklee ni, sekalipun tak pernah Shaklee bayar bonus lewat. Not even a day! Dan yang paling menarik, sistem pembayaran bonus Shaklee ni dah dipatenkan - sistem pembayaran Shaklee ni infinity tau! Tiada had. 

Be it 3, 4, 5 atau 6 angka! Semua boleh! Janji anda memenuhi kriteria pembayaran bonus. Lagi banyak UV (point), lagi banyak la bonus yang anda akan dapat. Memang takde had. Pokok pangkalnya anda mahu! Anda azam dan usaha!


3. TOLONG RAMAI ORANG

Satu benda yang Kak Sya suka sangat ialah kepuasan sebab dapat tolong orang. Dapat tolong orang jadi lebih sihat, dapat tolong orang untuk jana pendapatan tambahan, tak kiralah orang tu ada kerjaya tetap atau sama-sama nak bisnes buat tambah duit belanja bulanan

Sejenis kepuasan yang takde bandingannya bila dapat tolong orang dan dapat gembiralah orang. Bayangkan, anda tolong satu pasangan yang dah lama TTC. Tiba-tiba satu pagi si isteri Whatsapp anda gambar pregnancy test kit dia yang ada garisan 'double line'. 

Ataupun bila anda dapat berita gembira dari seorang anak yang dah lama usahakan untuk pulihkan ibu dan ayah yang dah lama menderita penyakit gula dalam darah yang tinggi, sampai hampir kena potong kaki.

Anda rasa? Mestilah seronok! Rasa nak lompat sampai bintang. Rasa syukur sebab Allah pilih kita untuk jadi perantara kepada asbab kesembuhan orang lain. Alhamdulillah..


4. TIME FREEDOM



Sejak serious berbisnes Shaklee  - (maksudnya Kak Sya dah resign dan buat Shaklee fulltime) yang paling Kak Sya rasa ialah Kak Sya punya masa untuk diri sendiri dengan keluarga, dengan Dia dan untuk buat bisnes

Org kerja sendiri kan, anak cuti sekolah kita boleh blk kampung, seminggu, nak sebulan pun boleh. Bahagiakan mak ayah kat kampung

Macam Kak Sya, tahun depan ni dah start jadi tahun mencabar untuk kitorang nak balik Seremban, umah Atok dan Uwan, sebab weekend Kakak dah tak sama dengan Ayah 😔. Masa cuti sekolah atau cuti panjang je la kami dapat spend masa lama-lama dgn Atok Uwan 😭


5. SAMA TAPI TAK SERUPA

Dalam Shaklee, walaupun namanya MLM, tapi dia tak sama dengan sistem MLM yang lain. Tahukah anda bahawa sistem MLM yang ada didunia ni dipelopori oleh Shaklee? Dr. Shaklee buat MLM ni untuk tolong lebih ramai orang untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Dalam Shaklee, takde istilah downline kerja bagai nak rak, upline kerja goyang kaki duit masuk dek kerjaan downline. NO! Takde macam tu dalam Shaklee

Dalam Shaklee, YOU EARN YOUR MONEY. Makin banyak buat, makin banyak la dapat. Memang adil dan saksama.  That's what makes Shaklee the best!

Anda pun mesti ada sebab kenapa anda sayang dan masih kekal dalam bisnes yamg anda dah ceburi, kan? 😊

Doa Kak Sya semoga kite sama-sama berjaya dalam bisnes yang kita pilih dengan jayanya! Aameen

Mahu jd setia pada yang satu macam Kak Sya? Meh WA kita borak-borak..


http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/



Jom bisnes dengan Shaklee!
Join #TeamMagnifique

Kak Sya
Founder #TeamMagnifique
Established 2016

Shaklee Landmark Study - kajian berani mati Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum semua. Jom kita belajar sikit tentang Landmark Study. Anda pasti pernah dengar pasal Landmark Study kan?


Sesiapa pun (tak yah cakap orang, Kak Sya pun sama) mesti takut nak makan apa-apa supplement yang dikatakan terbaik, power, berkesan and so on, kan? Lagiiiii la kalau produk-produk yang tumbuh macam cendawan ni..


Kita kalau nak yakinkan orang, mesti pakai fakta. Ada nombor. Ada result. Bukan cakap-cakap kosong saja.


* SHAKLEE LANDMARK STUDY *




Nak dijadikan cerita, satu hari Dr. Gladys Block (seorang pakar dalam bidang Epidemiologi dan Public Health Nutrition, University of Berkeley) approach Shaklee untuk buat Landmark Study.

Tujuan Landmark Study ni ialah untuk mengkaji dan membandingkan orang-orang yang tak makan vitamin, yang makan vitamin brand lain & yang makan Shaklee. 


Roger Barnett, selaku CEO Shaklee juga nak Shaklee diuji secara saintifik oleh pihak ketiga untuk membuktikan yang Shaklee memang vitamin yang semulajadi dan selamat. Beliau juga bersetuju untuk publish result study ini, tidak kira sama ada resultnya baik atau sebaliknya.


Berani betul Roger Barnett ni kan? Berani mempertaruhkan Shaklee untuk buktikan pada semua orang bahawa Shaklee memang supplement yang semula jadi, selamat, berkesan dan tidak memberi kesan sampingan kepada pemakannya..


Kajian yang melibatkan 3 kumpulan:-

  1. Yang tak ambil supplement langsung
  2. Yang ambil supplement, brand selain Shaklee
  3. Yang ambil supplement Shaklee


Kalau kita tengok dan summarykan graf tu:-

  1. Pengguna-pengguna supplement Shaklee (ni yang dah makan lebih 20 tahun tau) mempunyai kadar risiko penyakit-penyakit kritikal yang lebih rendah.
  2. Kadar HDL pengamal supplement Shaklee juga tinggi berbanding subjek yang tidak mengambil supplement dan yg mengambil supplement brand lain.
  3. Bacaan triglycerides (lebih tinggi bacaannya, lebih tinggi risiko utk mendapat serangan jantung), c-reactive protein (pun bahaya, kerana semakin  tinggi bacaannya, bermaksud ada inflammation, yang boleh menyebabkan arteri tersumbat. Arteri ialah salur darah yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan), dan homocysteine (bacaan homocysteine yang tinggi menunjukkan pembentukan awal penyakit salur darah dan jantung). Nah, dah terbukti lepas Dr Block dan team membuat kajian terhadap Shaklee, ianya MEMANG TERBAIK!

Dah tak perlu ragu-ragu, tak perlu risau sebab anda patut risau ambil supplement yang tak dikaji, yang tak diuji dan yang tak disahkan oleh mana-mana 3rd party lab yang tak ada kepentingan dengan company supplement yang anda makan tu.

Ingat tau! Bila kita nak makan supplement mesti ingat 3 benda ni:-

1. Ia dihasilkan dari bahan yang terbaik dan semulajadi

2. Ia terbukti memberi kesan yang baik dan positif kepada pengamalnya 

3. Ada ujian yang dibuat ke atas produk. Bukan sekali je, tapi continuous testing dan upgrading.

Ok! Tu je sharing Kak Sya tentang Landmark Study kalini. Selamat memilih supplement yang betul dan berkesan dan semulajadi dan selamat.. (eh banyak nauu selamat? 😅😅)

Jika anda masih ada persoalan tentang Landmark Study ataupun tentang Shaklee, jangan hesitate untuk contact Kak Sya do mana-mana medium dibawah:-

Call/WA/SMS : 013.7799.624
FB: Syahridah Ishak
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar. Kalau weekend boleh consider sampai area Jusco Tebrau.

POS terus ke alamat anda bila2 masa saja!


Jaga diri,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

Testimoni Vivix untuk Endometriosis Part 2

Bismillah

Semalam Kak Sya ada share satu testimoni berjaya endometriosis kan? Harini Kak Sya nak share lagi untuk manfaat bersama..

Testimoni 2


Baru 5 hari.. but my sakit perut due to endometriosis dah banyak kurang. Yang tu I amazed sangat. Untuk pengetahuan you, I kalau period sakit nak mati. And with endometriosis, sakit perut tu continues sampai seminggu lepas period.

And I has always been in constant sakit perut.. 13 hours a day.. Tolak waktu tidur je

But alhamdulillah, sakit tu dah kurang after two days saya ambil Vivix. And since semalam, dah kurang banyak sangat..

Testimoni 3


Kalau Endo & cyst.. GLA insyaallah terbaik . Hana sendiri endo.. Nana amik GLA dan Omega. Alhamdulillah kena 1st phase treatment je. Endo semua clear

Tanya advice pakar O&G pun.. Dia suruh je continue GLA dan Omega. 

Hana detect ada endo + trigger cancer bulan 5. Start bulan 6 makan GLA. Bulan 8 treatment dengan doktor. And start makan Omega. Doktor target Nana kena 4 fasa treatment.

Tapi bila check bulan 9 ke 10 gitulah.. Alhamdulillah rahim clear cantik. Endo semua hilang. Doktor pun a little bit surprise

Ada doubt lagi ke? Jangan tunggu lagiii. Endo bahaya tauu!


Jaga diri
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

Testimoni Vivix untuk Endometriosis

Bismillah..   

Endometriosis adalah salah satu punca ketidaksuburan wanita. Bila kata tak subur tu, maknanya ada kemungkinan seseorang wanita tu sukar untuk mendapatkan zuriat.  

Kak Sya ada kongsikan tentang tanda-tanda endometriosis serta rawatan yang anda boleh lakukan sekiranya anda menghidapi endometriosis. 

Sekiranya anda sedang dirawat oleh doktor dan ingin mencuba untuk  jadi lebih sihat dengan supplement, anda mesti mencuba Set Endometriosis Shaklee. 

Kalini Kak Sya suka nak share dengan anda testimoni berjaya penghidap endometriosis yang menjadi lebih sihat dengan Shaklee. 


Testimoni 1  
 

Saya pernah ada masalah yang lebih kurang sama sebelum ni tapi ENDOMETRIOSIS bukan cyst. Tiub fallopio sebelah kiri saya tersumbat dan hampir dibuang.. 

Tapi alhamdulillah, operation berjaya. Tiub yang tersumbat tu tak dibuang. 

Saya TTC selama 5 tahun. 

Setahun lepas operation, saya still belum berjaya hamil. Period pun jadi tak regular. 

So saya & suami tawakal dengan Vivix. Dua2 minum Vivix (saya & suami).. Tujuan utama sekadar nak dapatkan kesihatan yang optimum je. Tapi nak jadi rezeki, sebulan lepas ambil Vivix itu period mula datang balik. 

Sekali je period dan lepas tu tak datang. Tak expect apa2 pun Masa tu sebab saya ingat healing crisis ke apa ke.. 

Tapi alhamdulillah, Januari tahun lepas saya disahkan hamil 4minggu.  

So apa yang saya boleh katakan Vivix membantu dari segi memperbaiki sel2 yang rosak akibat operation tu & pada masa yang sama membantu beri energy semula kepada sel2 badan kami suami isteri. 

======= 

Alhamdulillah. Puan ni menjadi lebih sihat dan berjaya hamil selepas TTC selama 5 tahun. Siapa yang tak happy kan? 

Jika anda masih ragu-ragu untuk mencuba Vivix bagi masalah endometriosis anda, berhubunglah dengan pengedar Shaklee anda sekarang. InsyaaAllah mereka akan berikan khidmat konsultasi terbaik untuk anda 

Boleh juga berhubung terus dengan Kak Sya untuk info dan konsultasi percuma. 

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
FB Page : Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak 
Call/WA : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya (ID: 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore 

Supplement Shaklee untuk endometriosis

Bismillah..

Jika anda dah berusaha dengan membuat rawatan dengan doktor, tetapi anda ingin berikhtiar dengan supplement anda boleh mencuba set endometriosis Shaklee.


Sebelum anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang fungsi setiap supplement dalam set endometriosis anda mungkin ingin membaca tentang rawatan yang boleh anda cuba dengan doktor.

Fungsi supplement dalam set endometriosis


VIVIX

Vivix merupakan supplement yang kaya dengan resveratrol dan polifenol yang merupakan supplement antioksidan terbaik. Ia bertindak menyingkirkan sel yang rosak dan menggantikannya dengan sel yang baru. Fungsi anti-radang yang terdapat dalam diri memastikan keradangan yang dihidapi oleh pesakit endometriosis berkurangan.

GLA COMPLEX 

GLA merupakan supplement yang boleh memperbaiki ketidakstabilan hormon dikalangan wanita. Disebabkan endometriosis ada kaitan dengan hormon estrogen yang berlebihan, GLA mampu bertindak menstabilkan hormon dan menggalakkan kesuburan pada wanita.

OMEGA GUARD

Omega Guard yang kaya dengan Omega 3 merupakan salah satu supplement yang wajib diambil oleh pesakit endometriosis. Ini kerana Omega Guard merupakan supplement anti radang yang mampu mengurangkan keradangan pada wanita yang menghidapi endometriosis. Ia boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan juga bertindak sebagai supplement yang mengelakkan pembekuan darah.

Jika anda masih ragu-ragu tentang keberkesanan supplement dalam membantu anda untuk survive endometriosis tanpa pembedahan, boleh hubungi Kak Sya untuk konsultasi lanjut

JAGA DIRI

Kak Sya
+6.013.7799.624
Agen Vivix Shaklee

Siapa yang berisiko mendapat endometriosis?

Bismillah..


Terdapat beberapa faktor yang menjadikan anda berisiko tinggi untuk mendapat endometriosis seperti:

  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Haid bermula pada usia yang muda
  • Menopause pada usia yang lebih tua
  • Mempunyai kitaran haid yang pendek - contohnya kurang dari 27 hari
  • Mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi dalam badan
  • Mempunyai BMI (body mass index) yang rendah
  • Mengambil alkohol
  • Mempunyai seorang saudara (ibu, makcik atau adik-beradik perempuan) yang mempunyai masalah endometriosis
  • Sebarang masalah kesihatan yang menghalang laluan asal darah haid untuk keluar dari badan
  • Rahim yang tidak normal

Endometriosis selalunya terjadi beberapa tahun selepas bermulanya haid (menarche). Tanda dan simptom endometriosis berakhir dengan kehamilan and berakhir secara kekal dengan menopause, memainkan anda mengambil hormon estrogen. 

Rawatan yang sesuai untuk endometriosis

Bismillah

Tiada penawar untuk endometriosis tapi rawatan boleh membantu mengurangkan kesakitan dan ketidaksuburan. Rawatan bergantung kepada betapa teruk simptom yang anda hadapi dan sama ada jika anda ingin hamil. 

Jika anda hanya menghadapi simptom kesakitan, anda boleh mendapatkan rawatan terapi hormon (hormone theraphy) untuk mengurangkan tahap estrogen dalam badan.

Tetapi jika anda merancang untuk hamil, anda boleh mendapatkan rawatan kesuburan atau pembedahan atau kedua-duanya.

Tidak semua wanita yang mempunyai masalah endometriosis merasa sakit. Dan endometriosis tidak selalunya menjadi lebih teruk. Selalunya semasa kehamilan endometriosis menjadi lebih baik begitu juga selepas menopos. Tetapi jika anda mempunyai kesakitan yang ringan dan tiada perancangan untuk kehamilan masa depan atau menghampiri menopause baru semua (dalam lingkungan 50 tahun). Anda mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan dan keputusan ini terletak di tangan anda.

Ubat-ubatan

Jika anda mengalami kesakitan atau pendarahan tetapi tidak merancang untuk hamil hormon kawalan kehamilan atau anti-radang Mungkin berkesan untuk anda gunakan untuk mengawal kesakitan. Hormon kawalan kehamilan selalunya digunakan untuk mengelakkan endometriosis menjadi lebih teruk

Pembedahan

Jika terapi hormon tidak berkesan atau jika endometriosis merebak sehingga memberi kesan kepada organ lain pembedahan adalah cara seterusnya untuk merawat endometriosis. Ini boleh dilakukan melalui satu atau lebih pembedahan menggunakan laparoscopy

Laparoscopy boleh mengurangkan kesakitan dan meningkatkan peluang untuk hamil

Dalam kes-kes yang teruk Anda mungkin akan diberi pilihan sama ada untuk membuang Rahim dan ovari histerektomi dan oophorectomy. Pembedahan jenis ini akan menyebabkan menopause awal. Ia hanya akan dipilih Jika anda Tiada perancangan untuk hamil dan hanya mendapat sedikit kelegaan daripada rawatan lain

Nak tahu tak supplement yang boleh anda ambil untuk membantu anda yang ada endometriosis?

Klik sini ye


Boleh terus WA Kak Sya kalau ada soalan yeee..


Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Apakah punca endometriosis?

Bismillah..


Walaupun punca sebenar endometriosis tidak diketahui namun ada beberapa kemungkinan yang menjadi punca endometriosis termasuklah:

1. Aliran haid mundur. Dalam aliran haid mundur, darah haid yang mengandungi sel endometrium mengalir semula melalui tiub falopio ke dalam pelvis, dan bukan keluar dari badan. Sel-sel endometrium ini melekat kepada dinding pelvis dari permukaan organ pelvis dimana ia membesar dan menebal dan menyebabkan berlakunya pendarahan di setiap kitaran haid.

2. Perubahan sel peritonial. Di dalam apa yang dikenali sebagai 'teori induksi', pakar mencadangkan bahawa faktor hormon atau imun menggalakkan perubahan sel peritonial - sel yang membentuk bahagian dalam abdomen - kepada sel endometrium.

3. Perubahan sel embrionik. Hormon seperti estrogen boleh menukarkan sel-sel embrionik iaitu sel di awal pembentukan bayi kepada sel endometrium yang menempel semasa akil baligh.

4. Implan parut pembedahan. Selepas sesuatu pembedahan seperti histerektomi atau C-section sel-sel endometrium mungkin akan 'terlekat' pada luka pembedahan.

5. Pergerakan sel endometrium. Sistem salur darah atau bendalir tisu (lymphatic) boleh menjadi sumber pengangkutan sel endometrium kepada bahagian lain dalam badan.

6. Gangguan sistem imun. Adalah mustahil jika masalah dengan iman sistem menyebabkan badan tidak boleh mengenalpasti dan memusnahkan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim.

Dah tahukan punca-punca yang berkemungkinan terhadap endometriosis?Jom kita tengok siapa yang berisiko untuk mendapat endometriosis...

Salam sihat,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Shaklee Pasir Gudang

Apa itu Endometriosis? Apakah simptom Endometriosis?

Bismillah..

Endometriosis adalah keadaan di mana lapisan tisu yang biasanya tumbuh di kawasan rahim, tumbuh di luar kawasan rahim. Dalam kebanyakan kes yang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh di ovari, tiub fallopio dan tisu di sekitar rahim dan ovari, dan di dalam kes-kes yang jarang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh dibahagian lain dalam badan.

Antara tanda-tanda seseorang menghidap Endometriosis adalah:

1. Senggugut
  • Simptom utama endometriosis adalah senggugut. Tetapi jangan salah faham pula ye, tak semua orang yang mempunyai masalah senggugut adalah penghidap endometriosis, tetapi jangan pula pandang ringan jika anda ada masalah senggugut ni
  • Untuk pesakit endometriosis, senggugut biasa bermula sebelum haid bermula, dan masih belum berakhir walaupun haid sudah tamat.
  • Selalunya, seseorang itu juga akan berasa sakit dibahagian bawah belakang dan sakit dibahagian abdomen.

2. Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Rasa sakit ketika atau sesudah melakukan hubungan seks sangat normal dikalangan penghidap endomteriosis

3. Sakit semasa buang air besar dan kecil

  • Anda mungkin akan merasa simptom di atas semasa kedatangan haid

4. Pendarahan yang banyak
  • Anda mungkin sekali-sekala akan mengalami pendarahan yang banyak (menorrhagia) atau pendarahan di antara period (menometrorrhagia)

5. Ketidaksuburan
  • Perkara pertama yang selalu di diagnos dalam sesetengah wanita yang mendapatkan rawatan ketidak-suburan adalah endometriosis

6. Simptom-simptom lain
  • Simptom-simptom lain endometriosis termasuklah kelesuan cirit-birit, sembelit, kembung atau loya terutamanya ketika datang bulan

Sebenarnya kesakitan yang dirasai oleh seseorang tidak semestinya boleh menjadi penanda tahap keadaan seseorang. Ada wanita yang mempunyai endometriosis ringan merasakan kesakitan yang melampau manakala Ada pula yang mempunyai endometriosis yang teruk dengan hanya Merasakan sedikit kesakitan atau tidak sakit langsung.

Endometriosis selalunya disalah ertikan dengan keadaan lain yang menyebabkan kesakitan di bahagian pelvis seperti penyakit keradangan pelvis (CID) atau ovarian cysts. Ia juga boleh dikelirukan dengan irritable bowel syndrome (IBS), suatu keadaan yang menyebabkan cirit-birit, sembelit dan kekejangan abdomen.

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, cepat cepatlah berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Jumpa Kak Sya di entry yang seterusnya untuk tajuk lain di bawah endometriosis ini.

Stay healthy!
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

Testimoni Set HFMD - HFMD sembuh lepas amalkan Shaklee

Bismillah..

Alhamdulillah sekali lagi dapat Kak Sya kongsikan dengan anda testimoni seorang ibu yang berjaya pulihkan anakanda tercinta dari HFMD selepas berikhtiar dengan Shaklee

Jom kita baca kisah Puan Sharifah Nurulkamariah dan Shaklee untuk HFMD

=======


Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.

Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.

Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.

Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.

Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.

Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.
Membesar menjadi anak yg soleh & solehah. Aaminnn

=======

Begitulah usaha Puan Sharifah untuk anakanda Aleesha yang tercinta. Jika anda lihat ada simptom-simptom HFMD pada anak anda, jangan berlengah dari terus berjumpa dengan doktor. Dan jangan ragu-ragu untuk terus ikhtiar untuk bantu anak anda pulih dengan segera dengan Set HFMD Shaklee

Shaklee untuk HFMD - tingkatkan sistem imun anak anda!

Bismillah

Jika anda list anak anda mempunyai simptom-simptom HFMD, silalah bawa anak anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan mencadangkan jenis rawatan yang bersesuaian dengan simptom-simptom yang dilihat daripada hasil pemeriksaan fizikal terhadap anak anda.

Selain daripada rawatan yang dicadangkan oleh doktor, anda juga boleh berikhtiar dengan memberikan anak anda supplement untuk menguatkan sistem imun tubuh dan melegakan kegatalan dan kesakitan akibat lepuhan dan ruam.

Shaklee untuk HFMD 

Set HFMD Shaklee

Apakah fungsi untuk setiap supplement dalam set ini?

1. NUTRIFERON

  • Membantu meningkatkan interferon tubuh sekaligus meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan virus dan bakteria

2. OMEGA GUARD
  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan keradangan akibat serangan virus kerana Omega Guard mempunyai Omega-3 yang sangat baik sebagai anti radang

3. MEALSHAKES

  • Mengandungi 19  jenis vitamin dan mineral termasuk vitamin C untuk peningkatan sistem imun dan zink untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan juga untuk meningkatkan sistem imun tubuh

4. HERBAL BLEND
  • Herbal Blend digunakan sebagai krim kegunaan luar untuk melegakan rasa tidak selesa ruam dan lepuhan
  • Ia memberikan rasa dingin yang memberi rasa selesa kepada anak-anak

5. BASIC H
  • Mandikan anak anda dengan Basic H kerana ia sangat baik membunuh bakteria dan virus

Kak Sya harap apa yang Kak Sya kongsi kali ini memberi manfaat untuk anda semua..

Jaga diri,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapura

Rawatan untuk HFMD

Bismillah..

Jika anak anda mempunyai simptom-simptom HFMD anda seharusnya membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk diperiksa. Doktor selalunya akan melakukan diagnosa dengan melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor akan memeriksa mulut dan tubuh badan untuk kehadiran lepuhan dan ruam. Doktor juga akan bertanyakan kepada anda dan anak anda tentang simptom-simptom lain.

Doktor juga mungkin akan mengambil sample dari tekak atau najis untuk menguji kehadiran virus.


Bagaimana HFMD dirawat?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan akan hilang tanpa rawatan dalam masa 7 hingga 10 hari. Walaubagaimanapun doktor mungkin akan mencadangkan rawatan tertentu untuk mengurangkan simptom sehingga penyakit hilang. Ini termasuklah:
  • Ubat sapu untuk melegakan lepuhan dan ruam
  • Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan sakit kepala
  • Sirap berubat atau ubat sakit tekak untuk mengurangkan kesakitan pada tekak
Ada juga rawatan di rumah yang mampu memberi kelegaan terhadap simptom penyakit HFMD. Anda boleh mencuba rawatan di bawah untuk mengurangkan lepuhan:
  • Menghisap ais atau popsicle
  • Makan aiskrim atau sherbet
  • Minum minuman sejuk
  • Elakkan makan buah-buahan sitrus, air buah-buahan dan soda
  • Mengelakkan makanan yang pedas atau masin
Berkumur air garam suam juga mampu mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh lepuhan di bahagian mulut dan sakit tekak. Buat beberapa kali sehari atau sekerap yang diperlukan.