Bismillah..
Anda mesti selalu dengar tentang Alfalfa Shaklee kan? Entry kalini Kak Sya nak cerita tentang pengenalan kepada Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa Complex Shaklee adalah signature formulae Dr. Shaklee yang telah dibangunkan pada tahun 1950-an. Alfalfa dikenali sebagai RAJA TUMBUHAN kerana khasiat nya yang memang diakui. Kak Sya kongsikan khasiatnya nanti.
Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada daun pokok Alfalfa yang ditanam secara organik di California, dan ia bebas dari pestisid dan baja kimia sepanjang penanamannya. Pokok Alfalfa dibiarkan selama dua tahun untuk membesar secara semulajadi, dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap nutrien. Ia hanya akan dituai apabila ia sudah mencapai kematangam mutlak.
Daun Alfalfa yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun matang yang telah dituai akan dikeringkan secara semulajadi (air-dried) untuk mengekalkan nutriennya. Setelah itu daun yang kering akan diproses menjadi serbuk, dan kemudiannya dijadikan dalam bentuk tablet. Alfalfa Complex Shaklee tidak ditambah dengan bahan pengawet, pewarna, dan perasa tambahan. Ia nya adalah 100% daun alfalfa semulajadi!
|
Pokok Alfalfa matang mengeluarkan bunga |
Alfalfa yang digunakan oleh Shaklee adalah dari kumpulan Medicago Setiva yang merupakan gred Alfalfa paling tinggi.
Kelebihan Alfalfa Complex
Mengikut sejarah, alfalfa telah digunakan dalam lebih dari 2500 tahun. Ini kerana dari dulu lagi manusia telah mengetahui bahawa alfalfa merupakan makanan yang kaya dengan nutrisi dan galian. Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, enzim & fitokimia serta kalsium. Alfalfa juga tinggi serat.
Apakah kelebihan atau khasiat memakan Alfalfa Complex Shaklee?
- Mencuci hati, darah dan usus
- Menyingkirkan alkali ke paras normal
- Membuang toksin dalam badan
- Melawan alahan seperti resdung dan kurap
- Melawan tumor
- Melegakan keletihan
- Melegakan sakit badan
- Agen milkbooster
- Mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit, kembung dan gastrik
- Membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol untuk individu yang ingin kurus
- Bertindak sebagai JAMU MODEN - merapatkan Ms V, mengelakkan faraj dari berbau, mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengelakkan keputihan.
- Melancarkan darah haid
- Meneutralkan asid urik untuk pesakit gout
- Melegakan urat selepas bersalin
- Membekalkan Vitamin K yang membantu masalah pembekuan darah
- Melegakan simptom menopause
- Melegakan sakit sendi
Jom kita lihat pula siapa yang perlukan Alfalfa Complex disini
Jika anda ada persoalan berkenan Alfalfa Complex atau apa-apa supplement Shaklee yang lain, boleh lah berhubung dengan Kak Sya melalui salah satu medium dibawah:
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : +6.013.7799.624
FB : https://www.facebook.com/syahridah.ishak
FB Page : https://www.facebook.com/preciouspearlvitaminshoppe/
IG : https://www.instagram.com/msishaque14/
IG : https://www.instagram.com/shaklee.pasir.gudang/
Twitter : syahridahishak
Nak pesan ni, Vivix promo beli 2 botol dan dapatkan extra 5% less dari harga member akan berakhir esok (30/11/17) tau! Cepat2 dapatkan bekalan Vivix anda harini!
Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang